Terima kasih Nash , Naque , ETIKA , PLUS dan ERL Bandar Tasik Selatan !

by - Sabtu, Februari 08, 2020

Apa yang aku takutkan , terjadi juga akhirnya ! Dan sesungguhnya , aku bersyukur kerana bila terjadinya pada aku , aku tidak keseorangan. Ceritanya begini... Jeng jeng jeng... hehee..

Di pagi Jumaat yang mendamaikan... aku merancang nak gi jemput partner in crime aku di KLIA selepas dia dan anaknya hantar grup jururawat dari Jombang pulang ke tanah air. Memandangkan rumah aku dekat je dengan KLIA 2 , maka takda masalah bagi aku untuk hantar dia ke rumahnya di Bangi. 

Bla bla bla... aku dah jemput dia. Dan menuju ke Bangi. Tiba tiba aku rasa cam hangat semacam dalam kereta. Aku check aircond. Kawan aku , Nash pun check. Kepanasan dia agak pelik. Dia pun tengok di dashboard kereta. Dan ternampak ada lampu merah. Dia tanya aku.. normal ke lampu tu ? Hurm... 

Aku berenti di tepi jalan... Dan buka bonet hadapan.. Adeh... kelihatan pelik ! Ada banyak air di atas enjin !!  Oh man... Tak sangka terjadi pada aku ! Akhirnya kitorang tersadai di tepi jalan dalam 2 jam gitu. Nash terus roger PLUS. Minta bantuan.






Bla bla bla.... roger PLUS.. Setengah jam , diaorang sampai. Check... aku dinasihatkan untuk roger syarikat insuran kereta aku untuk panggil tow truck. Kasi tarik sampai ke bengkel ! Radiator pecah kau ! Nasib baik. Huhuh... ETIKA aku punya insuran. Roger dan terus dilayan. Mudah ! Tak sampai 5 minit, urusan selesai. Sejam kemudian , sampai tow truck. Pemandunya peramah dan sangat membantu.


Bla bla bla.... kereta aku sampai ke Nissan Service Centre. Pengalaman pertama aku 'memandu' dari atas tow truck !  Bla bla bla... kos baiki dalam RM1100 ! Huhuhu.. redha je la. 7 tahun usia kereta tu dan hari hari dilenjan. Aku dah terhutang budi dengan dia. Tak pernah buat hal dan bila dia buat hal ,aku bersyukur sangat ahli keluarga aku takda dalam tu. Kalau tak , kesian gak weh ! 

Kemudian , aku gerak balik ke Sepang. Naik ERL dan kemudian naik Grab. Bla bla bla.. malamnya , aku plan nak tidur awal. Penat. Kemudian aku cari telefon Sony Xperia XZ2 aku. Tak jumpa. Aku guna Find Phone. Tak dengar bunyi phone aku ! Ah, sudah !! Mana pulak ! 

Aku cuba call..

" ERL Bandar Tasik Selatan.. " ada awek jawab. Alamakkk ! Phone aku tercicir ke ???? Terus aku tanya pada dia. Dia kata ada orang jumpa. Adoiyai ! Ni sejarah ni. Tak pernah aku tercicir phone. Mesti sebab aku banyak fikiran ni. Banyak betul masalah dunia aku hari ni. Huhuhu.. 

Bla bla bla.. jam 10 malam , aku gi amik.. Alhamdulillah. Ada lagi insan jujur atas muka bumi ni. Ramai sebenarnya. Hehe.. Terbaik ! Dan aku dapat semula phone aku. 




Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat membantu menguruskan masalah aku hari ni. Semoga Allah balas budi baik korang semua. 

You May Also Like

2 comments

  1. Alamak..sabar ja lah ya, inilah kehidupan..semua tu membuat kita kena syukur pada Allah ya. Dia lah yang memberi peluang sesungguhnya menjaga hubungan dengan Allah kita utamakan. Insan yang baik itu Allah datangkan kepada kita apabila kita dalam kesusahan. Bersangka baik dengan Allah pasti Allah melindungi kita menyayngi kita. Alhamdulillah, saya dapat rasa cabaran lalui dua detik agak cemas tu bro

    BalasPadam
  2. mencabar betul hari aben hari ni, bersyukur masih ada yang baik hati untuk tolong, paling tak sangka handphone tu. memang terbaik!

    BalasPadam