Penguatkuasa..Tugas besar yang tidak setimpal dengan gajinya !

by - Jumaat, Februari 14, 2020

Ahli politik ke ? Kikiki.... Yang betul betul ahli politk berkhidmat untuk rakyat yang aku kenal ,cumalah seorang jer. Dan dia dah pun tiada di dunia ini. Yang lain ? Huhuh.. Korang rasa ? Tapi untuk cerita aku kali ini , mereka bukanlah ahli politik tetapi mereka yang punya kuasa atau digelar penguatkuasa !

Ok.. aku tak nak cerita menyeluruh. Aku nak cerita pasal dua video yang aku tonton semalam. Video begini ada banyak dah kita tengok. Bukanlah setiap hari tapi semakin kerap berlaku. Baru baru ni mengenai seorang perempuan memukul penguatkuasa majlis kerana menahan keretanya ( dipercayai melakukan kesalahan yang aku tak pasti ) . Pegawai tu tak nak melawan dan akhirnya mengalah. Kesian tengok. Pegawai tu patut diberi pujian. 



Kemudian ada satu lagi video viral semalam. Kes balai polis diserbu oleh sekumpulan manusia dan mereka telah ditahan oleh anggota polis namun berlaku kekecohan di dalam balai. Hurm... tak nampak ada kekasaran dilakukan di dalam video singkat tu. Takda pulak yang memuji sebab mereka tak melakukan kekasaran sebaliknya dikeji. Entah laaa..

Pagi ni... ada satu video seorang penguatkuasa mengasari seorang warga emas yang mana warga emas tu telah memukulnya dengan payung. Kes serupa macam perempuan tu rasanya. Setelah dipukul dengan payung , anggota tu bertindak mempertahankan diri tetapi agak sedikit keras. Hurm...  Kesian juga aku tengok orang tua tu tapi orang tua tu pun tak patut buat begitu. Anggota tu cuma mempertahankan diri.. Ok , aku tak nak ulas atau bagi pendapat sapa btul atau salah sebab aku takda kat situ. Bukan apa.. di Malaysia Baru ni , pelik pelik jer 'kejadian' dan cara penyelesaiannya. Kan ?


Inilah risiko mereka yang mengorbankan diri dalam kerjaya ini. Dulu aku berminat dan pernah mencuba sertai tapi tiada rezeki. Allah tau apa yang terbaik buat aku. Namun aku tetap respek la mereka yang bekerja dalam bidang ni terutamanya mereka yang benar benar jujur , amanah dan ikhlas. Semoga Allah berkati anda dan keluarga anda. 

Al- Fatihah buat mereka yang terkorban ketika bertugas. 


You May Also Like

2 comments