Menerokai ilmu kesihatan bersama Stikes Al Insyirah , PekanBaru

by - Khamis, Februari 27, 2020



Tonton dah ? Amacam ? Menarik tak pengalaman mereka ? Mereka ini adalah pelajar pelajar dari Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan atau Stikes Al Insyirah , PekanBaru di Riau. Kali ni trip NQ Services agak berbeza dari sebelum sebelum ini kerana para pelajarnya terdiri dari mereka yang mengambil jurusan Public Health atau Kesihatan Umum yang mana jika dah abis belajar , boleh bertugas dalam sektor kesihatan seperti Inspektor Kesihatan gitu.. 

Oh ya... mereka majoritinya sudah bekerja dan menyambung kembali pengajian untuk ke peringat lebih tinggi. Maka pastinya trip ni bukan calang calang la ye. Maklumlah , dah berpengalaman lagi bijaksana. Maka kena cari yang lebih mencabar aktivitinya.


Stikes Al Insyirah ni dah beroperasi sejak tahun 2009.  Para pelajarnya terdiri dari mereka yang berketurunan Melayu Riau dan ada juga suku kaum yang lain. Majoritinya Melayu Riau. Maka trip ari tu , tak sukar untuk berkomunikasi kerana mereka bertutur dalam bahasa Melayu juga. 

Mengutamakan Al-Quran dan As Sunnah dalam setiap pembelajaran mereka yang mana Islam adalah agama rasmi di PekanBaru. Menarik kan ? Haaa... Tetiba rasa nak sambung belajar kat sana. Eh ? Hehehe.. pelajar mereka ramah gitu ! Mudah nak masuk la dengan kita sebenarnya. 

Ok.. Aktiviti mereka di sini , seperti korang boleh tengok di video tu ... mereka ada ke perkampungan untuk melihat sendiri bagaimana sistem bekalan air sebelum wujudnya bekalan air terawat , ceramah HIV , Fogging dan sepatutnya mereka ke perkampungan orang asli tapi hari hujan , maka terpaksa dibatalkan. Mereka turut dibawa ke Royal Selangor untuk melihat sendiri bagaimana produk produk Royal Selangor dihasilkan. 

Dua hari mereka menginap di Desa Inn. Antara hotel terbaik di Kuala Pilah. Selesa dan menyeronokkan.  Selain itu.. mereka dibawa ke tempat tempat pelancongan di Negeri Sembilan dan juga Kuala Lumpur. Trip 3 hari ni sangat pantas dan pendek berbanding biasa. Maklumlah , masing masing risau akan virus yang sedang dihadapi oleh dunia dan Alhamdulillah , peserta pulang seperti mana mereka datang. Maksud aku , sihat sejahteras gitu. 

Terima kasih kepada Stikes Al Insyirah , PekanBaru. Semoga berjumpa di trip akan datang. Dan juga jutaan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Kuala Pilah atas kesudian memberikan ceramah dan juga ilmu pada kami semua.

You May Also Like

1 comments

  1. Bagus diaorang ni. Belajar sambil mengenal negara kita Malaysia. Selamat datang semua

    BalasPadam