Cara suri rumah nak kurus dengan mudah tanpa zumba dan gym ! - BEN ASHAARI

Cara suri rumah nak kurus dengan mudah tanpa zumba dan gym !


Siap jemur kain ! Rutin aku di rumah , mudah jer setiap hari jika tiada kerja luar. Mandikan anak anak sebelum ke sekolah , mandikan selepas pulang , jemur pakaian dan tengok anak anak. Hehehe.. Senang kan ? Ye.. dan pada masa sama kena pikir mana nak cari duit untuk bulan ni. Bukan duduk mengangkang je tau ! Haaa..

Dan kita sebagai suri rumah.. pergh , kita tu ! Hahaha.. Para suri rumah ni beruntung sebenarnya. Duduk di rumah dan tiada alasan menternak lemak ! Nah , aku kasi tips mudah jer.. Ini pun aku tengok dari mereka yang berhasil melakukannya. Tak susah pun. Cuma kena ada komitmen dan disiplin. 

Pertama... Puasa ! Puasa ni bagus.. Selain dapat merehatkan organ dalaman , ianya dapat juga menghindarkan kita dari busuk hati dan menjaga mata.. Haa , kan kan ?  Bukan susah pun puasa ni. Tak puasa lagi susah ! Nak pikir nak makan apa je setiap saat.

Kedua,. jika berpuasa, masa bebuka, elakkan makan nasi ! Cuba ratah lauk jer. Pastikan ada ikan yang distim atau bakar , ulam ulaman dan juga buah buahan. Hasilnya tanpa nasi, korang akan rasa badan ringan je lepas berbuka. Jangan risau.. takda sapa mati lagi sebab tak makan nasi. Badan mengigil ? Mudah jer.. gantikan nasi dengan roti atau ubi kentang..Makan dalam jumlah sedikit jer. Lama kelamaan , ok la tuu.. Saja nak mengada je badan tu ! 

Ketiga.. buat 100 kali lompat bintang sehari ! Sehari tu bermaksud dalam masa 24 jam , korang mesti lengkapkan 100 kali yer.. Tak kisah la buat selang seli gitu.. 10 kali setiap kali buat.. asalkan lengkap. Dan jika rumah ada tangga bertingkat , cuba la lompat setiap anak tangga tu , 3 kali. Buatlah untuk 30 hari. 

Keempat..Petang petang, jalan keliling taman. Suri rumah kena juga amik angin yer.. Ajak anak anak tau. Jangan pergi sorang sorang. Bukan apa... kang kena ngorat , naya. Lebih lebih lagi bila badan dah mula slim.. 

Nah.. aku kasi 4 je dulu. Macam wife aku , dia amik part paling mudah iaitu berpuasa dan elakkan nasi putih.  Setakat ni , dia dah buat 3 minggu berturut dan ternyata nampak kesan.  Gula dan garam , memang dah lama kitorang elakkan terutamanya aku la.. Hehehe... 

Ingat.. semua ni bukan untuk korang kembali kelihaan seperti anak dara tetapi untuk pastikan kita ni sihat tubuh badan. Jangan tunggu sakit , baru nak buat yer... Rugi ! Bila badan sihat , otak pun cerdas. Haaaa..jangan lupa.. awet muda juga untuk mereka yang utamakan kesihatan dan rajin bersenam. Jangan tunggu jadi janda baru nak jaga badan yer..  Heeee.. 

1 ulasan:

  1. Kita tuu haha ! Rasa macam semua dah buat ,tapi macam makin banyak je lemak2 diternak nih.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.