HealthCare Tour NQ Services - Akbid Anugerah Bintan, TanjungPinang

by - Isnin, Februari 24, 2020



AKBID bererti Akademi Perbidanan. Kali ni , aku berpeluang mendekati mereka menerusi satu program yang diaturkan oleh NQ Services. Seramai 28 pelajar termasuk pengajar Akbid Anugerah Bintan dari TanjungPinang terlibat dalam program kali ni. 

Mereka dibawa ke MAHSA University dan KPJ Damansara Specialist Hospital. Di kedua dua tempat ni mereka berpeluang belajar dengan pakar pembidanan malah berpeluang melakukan praktikal dengan alatan yang lebih moden dan terkini.

Sejujurnya , aku turut belajar belajar walaupun sedikit segan ! Heheheh... Tapi dek kerana ilmu , aku curik curik juga dengar. Sesungguhnya apa yang mereka belajar di situ , sangatlah bermanfaat. Mereka bertanya sendiri dengan pengajar yang berpengalaman dalam dunia masing masing. Dan pastinya ini memberikan mereka ilmu baru dan juga pengalaman yang tiada nilainya.

Dan pelajar pelajar ini memberikan penumpuan memandangkan ini adalah ilmu buat mereka. Ada yang menanam semangat untuk berjaya dan berminat nak menyambungkan pelajaran mereka di Malaysia memandangkan ketiadaan masalah dari segi pertuturan bahasa dan juga makanan. Hehee.. sama je kan ?




Selain itu , mereka turut dibawa mengenali Malaysia dengan lebih dekat. Walaupun Indonesia mempunyai produk pelancongan yang lebih menarik tetapi Malaysia mempunyai kelebihan dari sudut kepelbagaian kaum dan juga sejarah. Mereka dibawa mengenali kelebihan ini.

Terima kasih Akbid Anugerah Bintan kerana memilih NQ Services ! 

You May Also Like

0 comments