BEN ASHAARI



Balik dari sekolah Jumaat lepas, tengah mlmnya dia mula panas badan. Esoknya kebah selepas aku berikan air halia tumeric dan juga garam ditambah lemon. Tapi malamnya kembali demam. Aku berikan dia Panadol. Dia boleh tidur tapi tidak nyenyak. 

Pagi Ahad gi check doktor. Katanya tonsil kelihatan merah. Tapi.. kata doktor yang periksa Qhaliff, kes influenza di kawasan aku tu sedang meningkat naik. Dia syorkan aku utk swab test influenza. Tapi aku tak nak sebab simptom influenza takda. Dia cuma demam je.  

Doktor kasi pendapat pada aku. Jika anak sulung aku ni masih demam selepas makan ubat dan antibiotik , dia perlu buat swab test influenza.  Aku setuju. Malam hari.. suhu badan dia naik sehingga 40. Aku dan wife bergilir gilir jaga dia. Lap badan dia supaya suhu tak tinggi.

Sempat Isyak berjemaah di surau sebelum demam

Ubat demam dah makan. Kata doktor yg periksa dia..jika dah makan ubat tapi suhu masih tinggi , itu antara simptom influenza. Keyakinan aku goyah. Tengok jam dah 12 lebih. Kalau gi klinik , confirm double charge. Aku tak kisah sebenarnya tapi tu la.. Kang pergi pun, kasi ubat demam gak jer. Nak tak nak , kena tunggu hingga pagi. Bukan apa... tahun lepas kami sekeluarga kena influenza , check di klinik tapi ubat beli di farmasi sebab dia kata ubat kat klinik mahal. Gitulah.. 

Dalam kepala..dah rancang..jika suhu naik tinggi lagi , memang aku terus lari ke hospital swasta berdekatan. Alang alanng dah ada insuran untuk mereka kan. Tidur.. terjaga.. tertidur.. jaga.. tertidur. Sampai jam 3+. Wife punya giliran lak jaga. Aku tidur tapi tak nyenyak. 
.
Subuh hari...

Aku check suhu badan Qhaliff sebelum keluar gi masjid.. Dah turun sedikit. Alhamdulillah.. tapi nak tak nak , kena gi swab juga utk kepastian. Pagi.. aku ke klinik. Wife amik cuti. Aku bawa Qhaliff. Masuk je klinik , Qhaliff cuit lengan aku. Ternganga aku.

Ramainyaaaa orang !! Siap batuk batuk lagi. Kanak kanak ramai. Siannya.  Aku batalkan niat utk swab test di situ. Plan ke klinik lain yang berdekatan. Takda masalah klinik kt sini sebab klinik lagi banyak dari kedai runcit di sini !! Wife cakap lepas Zohor nanti dia bawa pergi sebab aku ada kerja luar.  

Zohor..

Lepas solat, wife bawa Qhaliff ke klinik. Aku ada kerja luar sekejap. Dan keputusan swab negatif Influenza. Alhamdulillah. Demam dia pun dah surut. Selera makan pun ada dah. Cuma badan keletihan skit. Exam , 2 hari tak gi. Dapat cuti rehat , doktor kasi. 

Alhamdulillah... 

Demam dah kebah. Batuk selsema sedikit. Kalau aku tak jaga pemakanan dia dulu, kesan keradangan mesti lagi tinggi seperti batuk berkahak. Selsema pun sedikit jer.  Nasihat aku , jagalah pemakanan anak anak kita. Yer, kita tak mampu nak elakkan dari mereka jatuh sakit tapi sekurang kurangnya , kita mampu mengurangkan keradangan dalam tubuh badan bila mereka tidak sihat. Punca keradangan adalah dari gaya pemakanan kita . Jika tinggi dengan gula , memang teruk la jadinya. Kita ubah sekarang. 

Kos rawatan makin mahal.. ubat satu hal.. caj perundingan lagi ! Pergh.. Maka tak peliklah klinik tumbuh bak cendawan lepas hujan... 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Hari hari makan sedap ! Siang malam.. tak kira masa ! Nak lagi giler , terliur tengok video viral makanan di media sosial. Terus ajak pasangan mencari. Kalau tak dapat , terliur ! Weh.. giler kan cam tu ? Tapi nak lagi giler.. dia kata lepas makan kita senaman la.. bakar balik ! 

Ingat semudah tu ke ? Yang dibakar tu kalori.. abis bahan bahan dalam pembuatan makanan tu camana? Ingat tak kasi mudarat ke pada tubuh badan? Lain la kalau yang dimakan tu, makanan tinggi khasiat tapi tu pun tak boleh makan berlebihan. Segalanya sederhana. 

Dah buat check up ? Takut ? Heee.. takut doktor kata awak dah border ni ! Kan ? Mesti mengelupur pastu nak mencari produk produk yang boleh bantu memulihkan semula masalah kesihatan tu. Apa saja asalkan cepat ! 

Makan ubat doktor ? Mesti selalu dengar cerita cerita negatif pasal ubat ubat medikal ni kan ? Haaa.. aku tak nak komen bab ni tapi tu laa.. sapa suruh ikut nafsu sangat ! Makan je berpada pada. Ni sampai makan berpegang pada slogan , 'Makanlah selagi boleh makan. Nanti dah sakit , tak leh makan dah ! ' . Janganlah gitu. Sesekali layan makanan sedap , ok la.. 

Kalau tanya tips aku jaga kesihatan perut ni , aku banyak ikut cara orang orang yang fokus cara alami ni. Ada banyak di media sosial. Alhamdulillah ,  dah 3 tahun aku ikut dan banyak perubahan. Antaranya dari perut bermasalah ke normal dan tiada lagi serangan anxiety. Dengan izin Allah.

Antara herba yang aku amal setiap hari ialah halia , kunyit dan juga lemon. Kalau ada madu tualang dan  cuka epal, memang sedap la gabungan ni. Minum setiap pagi ketika perut kosong. InshaAllah banyak manfaatnya. Amalkan.. bukan minum masa sakit. 

Guna tumeric ( kunyit ) atau curcumin



Order : Tumeric Naddiku

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Semakin kerap aku ternampak poster di media sosial mengenai kehilangan seseorang. Tak kira usia. Ada muda dan ada yang dah berumur termasuklah orang tua. Punca ? Macam macam kes ada. Seperti yang terbaru , lari dari rumah sebab merajuk. Pastu ada kes culik. Allahuakhbar. Kalau melibatkan kes culik ni, memang cukup mengerunkan. Aku tak nak ulas bab ni sebab ianya melibatkan kes polis. Dan ada yang hilang dan bila ditemui... sedih. 

Kes lari dari rumah ikut teman lelaki , satu hal lagi ! Anak dara yang jatuh cinta pastu terikut perasan dan juga dijarum dek teman lelaki kononnya boleh bela dia ! Yang penting CINTA !! Mak ayah bukan faham perasaan mereka. Kononnya walhal dia tak tau.. mak ayah ni dah bedal pelbagai jenama garam sebelum dia ! Cinta la sangat. Kesudahannya.. cari mak ayah balik ! Menyesal tak sudah. 

Ada satu kes yang aku dengar dari mulut kenalan. Anak daranya lari ikut teman lelaki warga asing. Allahuakhbar. Siap balik ke negara dia , katanya. Sian mak ayah dia. Mak ayah lak jenis baik. Kerja bagus bagus lak tu. Ujian sungguh la untuk mereka. 

Pengaruh dari mana ? Drama ? Media sosial ? Atau kurang kasih sayang ? Mak ayah sibuk cari duit dek kerana desakan kehidupan yang semakin keras ? Aduh... pening kepala ! Anak anak kita ni nampak je macam budak budak tapi dalam kepala mereka dah ada macam macam perancangan seolah olah mereka dah cukup dewasa dan matang untuk hidup sendiri padahal mereka belum kenal dunia lagi. Salah langkah, mak ayah menangis. 

Solusi ? Pastikan anak anak kita cukup kasih sayang dari kita. Jangan terlalu asyik nak dapatkan keselesaan kehidupan tapi terlupa apa yang dikendong ! Semoga Allah pelihara anak cucu kita dari mereka yang berniat jahat. 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Aku mula makan telur ayam ni , sejak dari bangku sekolah lagi. Mak aku rajin buatkan telur setengah masak setiap pagi sebelum ke sekolah. Tambah sedikit kicap.. Fuh, menyelerakan ! Aku tak gemuk pun hari hari makan telur. Malah aku nampak lebih berfizikal berbanding adik beradik yang lain. 

Masuk usia 20an , aku mula tukar bidang sukan. Dari bolasepak ke gym. Bukanlah aku nak masuk pertandingan bina badan pun tapi lebih pada nak berstamina memandangkan ketika tu, berat badan aku dah mulai lebih 100kg ! Tu pun aku tersedar selepas tak boleh pakai baju melayu 'tahun lepas' yang mana sebelum tu elok je muat muat. 

Maka sejak keluar masuk gym , telur ayam dan susu low fat menjadi keutamaan perut aku. Badan aku nampak naik dan berotot tapi bahagian perut , gagal lagi untuk keluar six pack ! Hahahaha.. Aku pelik. Kardio pagi hari , gym malam hari. Siap layan sukan lain seperti badminton , jogging dan berbasikal. Tapi gagal bab nak hilangkan lemak ! Di mana salah aku ? 

Eh.. terlari tajuk lak. Tu nanti aku cerita dalam entri akan datang. Isu kat sini , makan telur banyak banyak , tak risau sakit jantung ke ? Kan telur ayam tu tinggi kolestrol. Kalau mengikut kajian dulu , ya la kot .. Telur ni tinggi kolestrol terutama yang kuningnya. Aku pun buang kuningnya dulu. Dalam 10 biji telur ayam yang aku ambik , 5 biji mesti buang kuning telurnya.

Alhamdulillah.. sekarang umur aku pun nak cecah 50 dah. Hari hari makan telur ayam. Antara 5-10 biji tanpa buang kuning. Aku buat rebus je. Kalau buat setengah masak, rasanya akan kembung dengan angin pastu. Tak berani dah. Masa muda muda , ok la tapi aku tak galakkan la setengah masak ni dah. 

Takkan nak makan telur rebus macam tu jer ? Laaa... kalau tak nak makan macam tu jer , letak kuah atau lauk lauk lain. Makan bersama. Macam kes aku ni.. dah bertahun tak makan nasi putih , maka aku makan je telur ni dengan sayur atau lauk lain seperti di dalam gambar di bawah. 

Kalau risau dengan fakta atau masing berpegang pada telur mengandungi kolestrol tinggi , maka makan la 1-3 biji sehari. Banyak manfaat telur ni. Daripada dok bedal makanan ultra proses atau tinggi karbohidrat yang akan bertukar menjadi gula seterusnya memberi keradangan pada tubuh badan , baik makan telur ni. Takkan la kolestrol masuk dalam badan kita bertukar jadi kolestrol ! Adeh... 

Makan secara bersederhana jer. Yang pastinya , jauhkan 5 Putih ini untuk jaga tubuh badan kita dari tinggi keradangan.. Apakah 5 PUTIH itu ? Boleh baca di SINI.






Maintain berotot dengan makanan sebenar ! 


Sumber : Tak Boleh Makan Telur & Daging Kalau Anda Ada Kolesterol Tinggi, Betul Ke? , 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Video Uddin Halim

Lelaki ni , Unddin Halim dalam videonya di Tiktok bercerita mengenai dia hampir dipukul ketika cuba membantu seseorang yang alami masalah di tepi lebuh raya. Menurutnya , dia berseorangan ketika tu nampak ada seorang di tepi jalan bersama motornya. Dia berhenti untuk membantu. Tapi sesuatu telah berlaku namun dia berjaya selamatkan dirinya. 

Dia meninggalkan pesanan buat para penonton. Ya , tak salah nak bantu orang lain tapi pastikan situasi dan keadaan ketika itu benar benar selamat untuk kita. Makin ramai orang terdesak sekarang ni. Sangat terdesak untuk meneruskan kehidupan. Kita semakin terhimpit dengan masalah kewangan yang semakin meruncing. 

Bila bicara bab bantu orang ni.. aku teringat la dua kes aku membantu orang melibatkan sejumlah duit. Alhamdulillah.. sehingga sekarang aku tidak rasa menyesal sama sekali. Aku percaya pada janji Allah. Sedekah tidak membuatkan kita miskin. Kita niat bantu mereka kerana Allah. Jika mereka menipu, mereka akan berhadapan dengan Allah. Tak boleh lari punya melainkan kita tak percaya kepada Allah. 

Zaman sekarang ni, memang ramai penipu. Tak kira la dia kaya atau miskin. Selagi boleh menipu untuk teruskan hidup atau untuk terus kaya , mereka akan terus lakukan. Tak perlu pelik pun. Inilah realiti kehidupan. Dari yang berkedudukan hinggalah yang hina dina... Kecualilah mereka yang benar benar beriman kepada hari Akhirat... mereka akan takut walaupun satu sen duit yang diterima... 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Memori bersama mereka

 Kurus ke ? Diorang ni dulu, masing masing berperut buncit ! Kenapa boleh buncit ? Sebab aku kasi mereka makan makanan yang tinggi dengan gula , karbohidrat tapi rendah khasiat ! Jangan cerita la dalam makanan yang ultra proses tu , banyak khasiat. Bagi aku membohong je semua tu. Sekadar nak kasi laris produk jer. Dulu aku percaya la... tapi tidak lagi sekarang.

Anak anak aku ni, makan je setiap hari. Cuma mereka ni makan dalam 2 kali sehari jer. Dah ikut macam aku. Sarapan pagi , cuma Qhaliff jer. Zahra akan makan waktu rehat di sekolah manakala Aariz balik dari KAFA. Kekadang aku paksa juga diorang makan telur rebus sebiji sebelum ke sekolah. 

Kesilapan aku dulu ialah memberikan mereka makanan seperti roti putih atau roti berkrim, air coklat sebelum ke sekolah. Bekalan pun terdiri dari roti. Nah.. kesannya ? Mereka mudah jatuh sakit terutama bila kena hujan. Mulalah demam disusuli dengan selsema dan batuk. Sistem imun lemah membuatkan mereka turut mudah dijangkiti penyakit berjangkit. 

Masih ramai lagi orang kita sibuk mencomelkan anak anak dengan memberi makan macam macam jenis makanan. Suka tengok tembam atau chubby ! Comeelllll ! Geram nak cubit pipi tu tapi yang merana adalah anak anak. Tiap kali nak makan , kena makan banyak hingga mengah perut. Dan di sekolah , mereka... hurm. Sian. 

Wahai kawan kawan.. tak kira la dah kawin ke belum... Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Makan je la sekadar untuk teruskan hidup. Sesekali makan sedap, takda salah. Tapi sederhana. InshaAllah. Generasi akan datang , kita perlu bimbing dari sekarang. Nak harapkan sapa lagi ?

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Tersenyum aku. Ramai berfikiran begitu. Kesian anak anak aku. Makan makanan yang tak sedap jer. Kalau gi pasaraya, diorang tengok je ke makanan yang dijual ? Tak boleh rasa langsung ke ? Sian anak anak aku kan ? 

Alhamdulillah.. anak anak aku dah faham apa yang aku lakukan untuk mereka. Dulu, diorang makan je semua tu. Tertarik pada label dan juga iklan ! Bagus untuk kesihatan dan kuatkan antibodi mereka. Kononnya la.. Tapi setiap bulan mesti diorang akan selsema , batuk dan juga demam ! Giler laa.. Penat nak gi klinik dan beli ubat di farmasi. Beli lagi suppliment kesihatan untuk kuatkan imun mereka. 

Rupa rupanyaaaa... salah mak ayah ! Dok kasi racun pada mereka sejak kecil lagi. Sistem pertahanan diri lumpuh ! Korang ingat tu semua makanan sihat ke ? Sedap di lidah jer. Pastu bila masuk dalam perut , apa jadi ? Tak caya ? Cuba berhentikan seminggu kasi makanan seperti roti , biskut , air manis pada mereka. Tengok apa jadi ! 





Dah tu, nak kasi anak anak makan apa ? Laaa... Macam macam boleh buat. Buku resepi makanan kesihatan pun ada. Kalau nak menggoreng, gunalah minyak sawit atau minyak zaitun. Ayam , boleh pelbagaikan cara masakan. Sayur sayuran , jadikan resepi menarik. Budak budak memang susah nak makan kalau nampak hijau. Jadikan nugget. Sendiri buat.  Ikan bakar... haish , macam macam la. 

Kesilapan kita ialah dok ingat anak anak ni kena selalu makan ! Alhamdulillah , aku berjaya ubah anak anak dari kerap makan kepada 2 kali makan sehari jer. Sarapan pagi , sekadar telur rebus. Sesekali tukar dengan ayam. Atau si kecil tu sekadar minum air halia ditambah dengan madu dan lemon. Balik KAFA baru makan. Begitu juga si abang dan kakak. Bila balik tengahari, baru makan berat skit. Petang , makan skit. Tu jer. 

Kalau lapar malam nak makan apa ? Aku buat telur dadar atau diorang akan makan almond rebus. Tidur awal.  Sesekali kasi yogurt greek campur madu. Buah buahan tu, diorang makan tapi kena suap. Kita kena rajin suap diorang juga. Kalau nak harap makan sendiri , memang payah. 

Bila anak anak sihat , jimat banyak ! Begitu juga bila ke pasaraya. Hanya beli makanan sebenar saja. Jimat beratus woiii ! 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Percaya pada proses ! Makan masa tapi berbaloi. Alhamdulillah.

Ini gambar aku sebelum aku jaga makan.

Awal awal dulu aku pegang besi , atas kerana tertarik dengan fizikal seorang kawan team bolasepak aku. Smart badan dia. Tak besar , tak kecil. Aku pulak masa tu dah kecewa main bola. Asal main bola je, bergaduh. Emosi sungguh. Hahaha.. kayanya tidak jugak ! Akhirnya aku tukar bidang. Layan bina otot lak. Nak bina badan , tak mampu. Kos tinggi. Maka layan otot otot tertentu je la.

Bab workout ni , takda masalah. Ramai otai otai ada. Tapi bila masuk bab pemakanan ni, aku tengok mereka sendiri pun gagal gak. Kesudahannya , amik jalan mudah untuk kasi lean ! Huhuu... aku tak berani dan tak sanggup sebab aku ada tekanan darah tinggi masa tu. 

Diorang kata.. kena jaga makan ! Yelah.. nak jaga camana ? Katanya elakkan minyak , gula , garam dan lemak ! Er.. nak makan apa ? Katanya rebus je ayam , makan telur setengah masak atau rebus, stop air manis dan sebagainya. Aku cuba buat macam tu tapi tak menjadi. Lemak kat perut dan pinggang menghantui. 

Namun aku masih tak putus asa untuk keluar masuk gym. Dan kewujudan video video awereness di Instagram dan Tiktok memberikan aku semangat baru. Walaupun nampak mudah tapi komitmen dan disiplin amat diperlukan jika nak dapatkan badan lean dan sihat ! 


Bila disuruh jaga makan tu sebenarnya tak susah pun. Fokus pada makanan sebenar atau real food. Bukan susah pun. Apa yang nenek moyang kita makan dulu ? Itulah makanan kita patut makan. Bukan makanan yang dijual atas rak rak jajan di pasaraya tu ! Tu memang nak membunuh kita dalam jangka panjang ! 

Jangan kata la sekadar untuk rasa atau bukan selalu. Persoalan yang patut ditanya, apakai itu makanan ? Apakah sesuai untuk dimasukkan dalam tubuh badan kita ? Ada yang sampai tak tau nak makan apa bila dikatakan makanan yang diorang makan selalu tu sebenarnya merosakkan perut ! 

Dah tu nak makan apa ??? 

Eh... macam macam boleh makan kot ! Carilah makan yang mengenyangkan seperti telur , ayam , ikan , lembu , kambing , kerbau dan banyak lagi. Kan ada banyak resepi di luar sana tu. Dalam buku ada , dalam internet ada... dalam blog , lagi la bersepah ! 


Jadi , nak makan apa je bila disuruh jaga makan ni ? Aku dah tulis pada entri Nak sihat ? Elakkan 5P ni dan Amalkan 2P ini ! Tak susah sebenarnya. Jika diamalkan , banyak manfaatnya. Kalau jatuh sakit pun, inshaAllah tak teruk dek kerana keradangan dalam badan dah rendah kerana kita dah ambil langkah awal untuk mengurangkan masalah keradangan dalam badan kita. 

Dan tolonglah... tolong pastikan anak anak kita juga ikut langkah kita. Jangan manjakan mereka dengan pemakanan yang merosakkan diri mereka. Satu hari nanti, mereka akan salahkan kita kerana tak melarang mereka. Jangan jadi macam Sazali ! Ubah sekarang sebelum terlambat ! 

Aduh.. makan bukan bukan pastu salahkan vaksin ! Racun dah lama bertapak dalam badan kita melalui pemakanan... rasa rasa camana diorang boleh masuk seawal bayi lagi ? Mesti korang cakap baby dicucuk vaksin kan ? Tips... Susu ibu yang terbaik. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


‘Autisme’ berasal daripada perkataan ‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’. Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran. Autisme merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Ia memberi kesan kepada tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkah laku. Kanak-kanak autisme mengalami masalah  seperti pertuturan , emosi , pemikiran ,pola permainan.

Manakala ADHD pula merupakan masalah perkembangan pada kanak-kanak. Ini berlaku apabila kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tumpuan dan bersifat amat aktif pada masa yang sama. ADHD berlaku di antara satu iaitu samada kanak-kanak itu bersifat hiperaktif sahaja atau bermasalah tumpuan sahaja.

Dua dua ni aku petik di carian Google. Satu artikal di Sinar Harian dan satu lagi HyHealth. Yang menjadi persoalan sehingga sekarang apakah punca terjadinya kes ni ? Ramai dok ingat sebab vaksin yang diambil. Tapi kalau tanya aku , gaya pemakanan kita inilah menjadi antara punca terjadinya Austime dan juga ADHD. 

Pemakanan kita sejak kecil hinggalah besar membentuk segalanya dalam tubuh badan kita. Kita bukan makan hari ni, kesannya esok ! Tak... Apa yang kita makan hari ni , akan memberi kesan pada hari hari yang mendatang. Makan masa. Sebab itulah apa yang kita makan akan menjadi darah daging. Pernah dengar ? Makan yang baik baik.. hasilnya baik baik belaka ! 

Perbualan secara umum di aplikas X ni menarik minat aku. Aku bersetuju dengan pendapat Dr. Sandy dibawah ni. Apa yang kita makan sejak kecil , kanak kanak , remaja dan dewasa segalanya memberi impak pada tubuh badan. Ada yang mengubah diet pemakanan bila mengandung. Walhal sebelum mengandung , dia punya makan makanan yang.. hurm... tinggi gula , tinggi dengan bahan bahan.. korang pun tahu la kan. Bila dinasihat , katanya bukan selalu tapi masalahnya dah ketagihan pun ! 


Stress.. ini memang betul ! Ramai yang sangat stess sejak millenium ! Kita mengejar kemajuan. Siang malam kerja , kerja. kerja. Nak hidup selesa. Nak hidup senang. Nak hidup tenang tapi realitinya , kita alami tekanan dalam senyap. Keluar rumah seawal pagi , balik rumah dah gelap hari. Bila cuti, ada kerja sampingan pula. Segala galanya untuk memenuhi keperluan  dan kemahuan. Samada terpaksa atau dipaksa ! 

Stress ! Serius stress ! Aku dah alami dan ianya memberi impak pada aku. Bila stress , tidur pun lewat. Malam hari melepak dan makan. Makan , makan dan makan. Impaknya ? Aku dapat Gerd dan Anxiety ! Sesuatu yang aku tak sangka sama sekali. 

Ubah gaya hidup dan ianya berkesan. Tapi wanita yang dah berkawin dan mengandung.. apakah memberi kesan pada bayi dalam kandungan ? 



Vaksin ? Aku bukan pro vaksin atau anti vaksin. Aku cucuk vaksin dari kecil lagi. Sampai la ke Covid 19 , amik booster. Terpaksa amik kerana arahan kerajaan. Demi negara dan masyarakat. Korang pun tau kan kenapa ? Mana larat nak duduk dalam rumah tanpa ada pendapatan ! Nak tak nak... kena tadah juga lengan untuk dicucuk ! 

Maka , ubahlah diet pemakanan kita mula dari sekarang. Terutama anak anak kita ni. Jangan tergoda dengan makanan makanan viral yang korang pun tau ianya tidak berkhasiat dan akan memudaratkan kesihatan dan tubuh badan untuk jangka panjang ! 


Pemakanan masa mengandung ? Hurm.. ramai ibu ibu yang mengandung terlalu ikut nafsu makan. Anak dalam perut dijadikan alasan. Kononnya teringin. Yang jadi masalah, tiap kali dia makan , dia cakap baby yang nak ! Aduh... sian baby. Baby dalam perut tu cuma perlukan makanan yang tinggi khasiat untuk memastikan dia dapat membesar dengan baik di dalam perut ibunya. Makanlah makanan yang baik baik.. susah ?

Aku malas nak cerita pasal konspirasi dunia mengenai manusia yang semakin memenuhi bumi ni. Kita jaga je kesihatan kita mengikut apa yang diajar dalam Islam. Bukan susah pun. Makan biar bersederhana. Rajin rajin bersenam. Jangan memburu makanan sedap yang senantiasa diviralkan di media sosial. Tak perlu tergoda pun. 




Ya.. aku sekadar berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman. Aku sendiri adalah manusia yang tak jaga perut ketika muda dan sekarang , aku terpaksa menanggun kesannya. Alhamdulillah , umur aku masih panjang. Terpulanglah pada diri sendiri nak ubah atau tidak. 

Jangan sampai tepuk dahi satu hari nanti.. dah la. Bukan tak pesan... pesan dah ! 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dulu bila kawan kawan kata dia tak datang kerja sebab gastrik, aku senyum je. Gastrik je kot ! Takat tak makan atau angin. Hurm... Tapi lepas wife aku kena gastrik , fuh... betul punya teruk berpusing jadinya sekeluarga. Awal awal kena , ambil ringan jer. Tapi bila dah melarat.. memang dia kata nak beranak pun  tak sakit macam tu. 

Kemudian bab kembung perut. Arwah ayah selalu mintak urut perut dia. Katanya kembung. Aku la tukang urut perut. Memang boleh dengar la angin di perut tu. Berlari lari angin tu. Nak kasi pecah bukan mudah. Skill mengurut kena ada. Kalau tak pecah , nak membuang pun payah. Mood jadi ke laut dalam. Boleh bikin hangin satu badan itu jam ! 

Aku lak.. ada masalah asid refluks , kembung perut dan juga tekanan darah tinggi. Asid refluks tu aku anggap biasa je sebab makan makanan pedas. Dia tendang balik. Rupa rupanya itu petanda usus kita mula rosak ! Jangan main main ya. 

Dan ketika PKP.. pakat la makan makanan yang mudah dapat dan sedap seperti roti , kopi 3 in 1 , megi dan macam macam lagi la makanan yang mudah didapati. Nasi semua dah boring. Tanpa disedari , apa yang aku makan semua tu memudaratkan lagi perut aku. Aduh... 

Aku diserang anxiety tanpa disedari. Jantung laju setiap kali baca berita tentang kematian disebabkan virus Covid 19. Semakin hampir.. dan jiran tetangga , saudara mara malah kawan kawan turut dijangkiti virus pembunuh ni. Ada yang meninggal dunia.. ada yang koma ! Allahuakhbar...




Punca anxiety ni antaranya gaya hidup satu tika dulu. Pemakanan, tidur tak cukup, tekanan perasaan dan juga sejarah lampau yang buruk. Gitulah... Macam aku ni , aku rasa laa.. punca dari pemakanan dan juga stress. Tak cukup rehat dan beban kerja. 

Bab pemakanan lak , aku terlalu banyak ambil kafein dek kerana terpengaruh dengan dakyah kafein boleh membantu membakar lemak ! Betul tapi kena tahu hadnya. Bukan main balun jer. Dah la ngan kopi , bantai ngan preworkout dan juga fat burner ! Nah... kan dah naya tubuh badan di usia tua ! 

Selain kafein , nikotin dan juga alkohol tu boleh menyebabkan anxiety. Tapi aku takda la merokok atau minum arak ni haa... Aku lebih pada kafein jer. Ketagihan pada kopi ya juga ! Dek kerana rajin buat review makanan. Asal gi review makanan , mesti ada kopi ! Aduh... masa tu , sedap la balun. Bak orang tua tua kata.. nanti 40 , korang tau laa camana rasa. Macam macam penyakit mai weh ! 


 


Semakin ramai ada anxiety ni. Cuma mereka belum sedar jer. Macam kes baru baru ni aku tengok di TikTok.. perempuan ni bangga la dok promote produk dia yang mana boleh mengurangkan rasa debar dek kerana dia suka minum kopi. Dia cari solusi dengan mengurangkan debar ! Sepatutnya dia kena dah berhenti minum kopi tu. Tu dah tanda badan tinggi dengan kafein. Sudah sudah la minum kopi tu. Dah level ketagihan serupa penagih dadah ! Tak dapat kopi.. gigil ! Ko rasa.. tu sihat ke ?

Nasihat aku... ubah gaya hidup kalau korang dah ada simptom ketagihan kafein ni. Usus pun akan rosak. Jangan sampai dah parah , baru nak tepuk dahi. Bukan salah kopi tapi salah kita yang tak reti nak minum sekali sekala. 

Selain anxiety, kena tahu juga bahaya kafein tinggi dalam badan ni. Tulang kita juga akan terkesan. Teruk wooo.. banyakkan membaca ya. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah...  Dah beberapa kali siaran live dia , aku ikuti sekejap. Seronok tengok dia membuat kerja kerja amal. Yang dapat pun seronok. Yang memberi , lagilah kan ? Nak buat memberi ni , bukan mudah walaupun nampak mudah. Tak perlu tunggu kaya pun sebenarnya. Ada sedikit pun , berikanlah. Tapi utamakanlah yang penting dulu seperti hutang , ahli keluarga dan saudara mara. Jika ada lebih tu, nah... manfaatkan untuk kelebihan di hari akan datang kelak. Semoga Allah berkati. 

Seronok memberi ni. Jika kita ada masalah dengan hati.. seperti gundah gulana , atau ditimpa musibah, cuba banyakkan bersedekah walaupun seringgit. Orang yang menerima , akan berdoa kebaikan untuk si pemberi. Kan itu satu doa yang baik. 

Yang penting , si pemberi tu, kena ikhlaskan hati. Tak perlulah buat video atau gambar dan viralkan kasi tahu dunia. Diam diam sudahlah.  Macam kes di bawah ni, kan ? Lelaki ni cuma menyampaikan tetapi mereka yang menyumbang atau bersedekah tak diketahui dari mana.. Alhamdulillah.. 

Kalau tak silap aku , lelaki ni buat pagi pagi dan petang hari rasanya. Korang boleh tengok sendiri di Tiktoknya. Mungkin akan terbuka hati untuk menyumbang atau buat sendiri.. kan ? 


 Tiktok : NiatSampaikan1


Cerita aku : Esok Jumaat... kalau ada duit lebih , masa ke masjid tu, berikan pada mana mana penjual , dan bagitau pada si penjual , saya nak beli sekian sekian makanan ni tapi tolong sedekahkan pada anak anak kecil yang lalu depan gerai awak ya.. Kata ada orang belanja... Gitu... 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Sebelum ni , aku tak mampu buat gini. Agak ketat pada bahagian bahu. Jika ketat , memang tak best rasa. Dan selalu akan melibatkan belikat , leher dan juga lengan. Semuanya berpunca dari malas nak membuat regangan badan ketika sebelum bersukan dan juga selepas bersukan. Perit bila dah tua nanti. Heee.. macam aku sekarang. 

Kena rajin buat untuk longgarkan semula. Begitu juga dengan lutut aku. Bukan masalah lutut longgar ke atau lutut lari tapi sebab regangan tak buat dengan betul sebelum bersukan mahupun selepas bersukan. Maka , kecederaan mudah berlaku. 

Macam lutut aku ni.. aku dah buat fisioterapi dan juga akupuntur baru baru ni. Masing masing nasihatkan aku untuk membuat regangan dengan betul sebelum mula workout. Jika tidak , akan memudaratkan lagi otot otot badan. Bukannya aku tak buat tapi aku mengejar masa. Hee.. salah sendiri. 

Alhamdulillah.. aku jumpa video ni di Instagram dan dia ajar cara untuk melonggarkan otot otot yang ketat. Dan berkesan. Kena rajin buat. Bukan sekali buat terus ok yaa... Dan di IG dia, banyak tips tips melibatkan otot dia tunjukkan. Memang bagus ! 

Cara nak hilangkan sakit bahu : TWStraining

Cara nak kuatkan lutut : TWSTraining

Dapatkan resistance band di SINI..

Semoga bermanfaat.



 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Manfaat dari main besi

Yer.. dulu aku rasa aku sihat. Hari hari berjogging dan gi gym. Pastu boleh makan apa saja. Tak kira masa. Siang malam makan. Lepak sampai tengah malam. Enjoy bro ! Enjoy life !! Kononnya laaa.. Masa remaja dan belia tu ok la. Tapi bila usia dah mula lebih 30 , masa tu terasa lain macam. Kepala selalu pening. Sakit di tengkuk. Rasa lemau badan. Bangun pagi , mood ke laut. 

Dan aku ingat semua tu biasa jer. Semua orang macam tu. Tapi rupa rupanya tidak. Itulah petanda awal badan kasi amaran penyakit dah mula menjengah !  Bila doktor kasi tau aku dah ada Hypertension , termenung. Tapi aku yakin boleh reverse ! Kata doktor kena jaga makan. 

Dan aku pun jaga makan. Macam macam aku buat termasuklah air detox setiap hari. Ada perubahan pada bacaaan tekanan darah tapi lain pulak terjadi. Aku perasan perut aku makin membuncit. Aku ingatkan biasa jer tapi rupa rupanya... hurm... Itu petanda usus rosak dan ada fatty liver ! 

Covid 19 menyerang dunia. Pakat pakat duduk rumah. Tiap kali baca berita pasal kematian dek kerana virus ni , aku jadi mengigil. Tetiba jadi takut. Risau tak tentu arah. Bila wife kena keluar gi kerja, aku jadi takut. Tak tentu arah punya risau. Apa dah jadi ? Bila keluar rumah , pakai double face mask termasuk face shield. Macam orang bodoh jer. Walhal nak ke kedai Aceh jer. Pekedai pun tercengang tengok. Hahahaha.. 

Rupa rupanya aku ada Anxiety ! Naya sungguh laaa... Ni la dek kerana dok rasa sihat sangat. Kononnya rajin bersenam, akan sihat. Padahal nombor satu bab kesihantan ni ialah jaga makan. Bila kata bab jaga makan ni , ada yang ingat cuma kurangkan kuantiti tapi masih makan makanan yang.. hurm. Katanya bersederhana tapi diorang terlupa apakah bahan bahan yang ada dalam makanan tu. Semua tu akan beri kesan pada tubuh badan pada masa panjang. Bukan makan hari , esok sakit. Takkk..takkkkk ! Lamaaa dia ambil masa untuk rosakkan badan kita. 

Jadi nak makan apa ? Aku dah pernah tulis sebelum ni kat blog ni gak. Macam macam perkongsian aku dah up. Kalau korang rajin cari , inshAllah juga macam macam. Jangan risau.. blog aku ni aku dah buang semua papan iklan. Jadi dah ringan skit nak loading. Heee..

Aku ubah gaya hidup.. Ubah pemakanan. Alhamdulillah.. banyak perbezaan. Satu keluarga dapat manfaatnya. Jimat pun jimat banyak dah. Berbanding sebelum ni kalau gi pasaraya , sekali beli barang lebih RM200.. Sekarang ni , bawah dah. Tu pun boleh dikurangkan lagi. Utamakan real food jer. InshaAllah... 

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Aku kena baru baru ni. Kebas abis lidah. Nak bercakap pun susah. Air liur meleleh nak keluar. Begitu juga dengan Qhaliff. Awalnya yang kena , si Aariz. Zahra kena sikit dan kemudian Qhaliff. Pastu aku. Punca ? 

Aariz.. aku rasa dari makanan yang dia makan. Mungkin terluka sedikit. Pastu lidah depan dia naik biji biji merah. Aku letak ubat ulser dan Alhamdulillah.. hilang. Zahra , naik ulser putih setompok dua. Letak ubat ulser, hilang. Tapi aku dengan Qhaliff ni cukup degil. Letak ubat ulser pun payah nak hilang. Terpaksa jumpa doktor di klinik. Dan katanya sebab jangkitan virus. 

Qhaliff takda ulser putih putih tapi biji biji halus yang memang cukup tak selesa. Aku pun gitu. Tak leh nak cium anak anak dan mak diorang buat sementara. Hahaha.. betul la kan ? Sori sori.. ni bukan blog lucah tapi sekadar untuk cerita yang realiti walaupun sebenarnya, tak perlu cerita. Hehee.. kan kan ?

Ok.. aku sambung. Dua klinik aku dah gi. Diorang kasi ubat yang hampir sama. Ada rasa kurang tapi pelik apasal masih terjadi ? Akhirnya aku gi farmasi dan beli Listerin sebab ada ubat kumur yang doktor bagi kat aku , lebih kurang macam Listerin gak. 

Dan  aku beli yang macam dalam gambar tu. Bezanya dia ada guna aloe vera dan 0 alkohol. Alhamdulillah... berkesan ! Dua hari guna menda ni selepas gosok gigi , masalah Qhaliff dah selesai. Cuma peliknya aku on off !! Apasal gitu ? 

Aku check makanan dan minuman aku. Aku rasa aku tahu punca dari mana. Camana aku tahu ? Bila aku tak minum 'air ni' , rasa gatal pada lidah aku ni takda. Aku cuba minum dan.. Benarlah ! Memang dari situ. Qhaliff pun sebelum ni gemar minum setiap pagi. Dan bila aku tak kasi dia minum dah , masalah tu takda. Kesimpulan yang aku buat , kami berdua alergik dengan air tu. Walaupun sedap tapi tak sesuai untuk badan kami.

Walaupun Listerin ni dikatakan tak bagus tapi bagi aku la kan.. simpan sebotol untuk kecemasan , ok gak. Kiranya dia last resort la... Garam ada , halia ada.. kalau tak menjadi gak , guna dia jer. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Jika aku kata minum air halia ni bagus untuk jaga kesihatan , ramai senyum jer. Tapi jika aku kata minum air halia ni boleh buat badan kurus dan turunkan berat badan , mesti ramai akan terbeliak biji mata. Tak kira la lelaki atau perempuan. Ni berdasarkan pengalaman aku la. Ramai nak kurus dengan cepat... tapi pada masa yang sama tak reti nak jaga makan ! Katanya makan itu kenikmatan hidup walhal akan memudaratkan diri jika berlebihan. 

Alhamdulillah.. setiap pagi , tugas aku ialah membancuh air halia untuk anak bini minum. Seorang seteguk je memadai dah. Tak perlu sampai secawan. Aku campurkan dengan lemon dan madu. Sesekali aku tambah tumeric dan juga cuka epal. Khasiat, memang banyak. Tak perlu nak amik suppliment vitamin dari farmasi dah. 

Dan pada masa yang sama aku kawal pemakanan anak anak termasuk isteri pertama aku ni. Antara yang tak boleh di makan lansung ialah jajan , makanan tinggi gula , tepung putih seperti roti dan makanan ultra process seperti daging burger , hotdog dan sebagainya. Sesekali aku kasi layan macam aiskrim. Biskut biskut ni memang aku tak kasi la. Kalau diorang teringin dan ada depan mata , aku kasi diorang jamah sekali dua jer. Sekadar lepaskan keinginan jer. 

Kalau anak anak korang jenis mudah jatuh sakit, cubalah ubah diet pemakanan diorang. Kalau boleh , jangan galakkan makan lebih 3 kali sehari. Sarapan pagi biarlah makanan tinggi protein dan fiber. Balik sekolah tu boleh la tambah dengan karbohidrat dan malam hari sebelum jam 8 tu , makanan tinggi fiber dan protein. Tak perlu masuk makanan tinggi karbohidrat. Nak tidur dah kan.. 

Kita mampu merancang.. elakkan dari mudarat. Kuasa Allah menentukan. Sekurang kurangnya , kita ada ambil tindakan dari membiarkan saja. 

Amalkan setiap hari... bukan sakit baru nak minum ! 







Jika berminat nak serbuk halia , boleh whatsapp terus ke : https://halia1.wasap.my/

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Aku pernah laluinya.. memang kesan pada diri sangat negatif ! Hypertension , kemurungan dan hilang keyakinan diri. Hidup serupa dah jadi hamba abdi pada manusia lain. Apa yang aku cari dan kejar sebenarnya atas dunia ni ?  Kita terpaksa bekerja dan mengembirakan orang lain walhal kita bukanlah jenis tak berakal dan tidak berpendidikan ! Apasal kena melutut di kaki manusia lain ? 

Belajar tinggi tinggi.. bagus ! Berjawatan tinggi , bagus. Tapi tidak punya kehidupan ? Semata mata nak punya rumah besar.. kereta mewah.. makan enak enak dan mampu beli atau ke mana saja ! Duit banyak.. tapi di mana kehidupan sebenar yang dicari ? 

Masa untuk diri sendiri tiada apatah lagi untuk keluarga. Jika bujang , kita berpura pura gembira dengan kehidupan yang ada. Kononnya boleh pergi melancong sana sini tanpa rasa bersalah. Boleh makan apa saja tanpa risau duit tak cukup. Tetapi dalam hati.. ada sesuatu yang kosong. 

Kenapa kita perlu susahkan diri mengejar dunia ni sedangkan kita tahu , satu hari nanti kita akan tinggalkan semua ni ? Mencari tu tak salah. Mengumpul tu tak salah tapi sampai berperangai seperti Haji Bakhil.. atau sehinggakan berperangai pentingkan diri sendiri tak tak kisahkan orang lain... semata mata untuk mengumpulkan harta dunia..

Tak salah pun nak bekerja. Kita memang perlu lakukan untuk meneruskan kehidupan. Tapi janganlah sampai mengejar kehidupan yang mewah. Bekerja semata mata untuk mendapatkan kesenangan  tapi sebenarnya tidak. Badan tak sihat.. jiwa tak tenang... walaupun tidur di katil empuk. , tidur tak lena. walaupun meja makan panjang berjela.. makanan penuh atas meja tapi sayangnya, sejamah dua , dah tak lalu.. 

Yer.. aku pernah lalui. Bila aku sakit , bos pun tak da nak tanya khabar. Takda pulak nak datang lawat. Ada diorang kisah ? Diorang cuma kisah bila kau cakap kau nak cuti jer ! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Awal-awal begini ! Kena kecam dengan netizen.
Peliknya apasal boleh pulak mereka lepaskan terutama di bahagian bendera negara tu ! Buta warnakah ? 

Dan design pun laaa.. ni dah 2024 kot ! Macam macam software ada untuk design. Kalau tak nak pun , buatlah satu pertandingan terbuka pada rakyat negara ni. Apa guna rakyat bijak pandai malah boleh KBAT lagi ! Kasi peluang la mereka tonjolkan bakat. Takda la design pun macam baju sukan tadika jer.. 


Bila dah viral kena kecam , baru ubah. Asalnya beria nak pertahankan. Nampak sangat laaaa spesis pemalas. Boleh pulak nak berbangga eh ? Pakai baju pun boleh menaikkan semangat ! Malah mereka pun akan simpan dijadikan koleksi kebanggaan mereka. Nak capai peringkat ni bukan mudah. Duit abis beratus ribu. Ada mak ayah bergolok gadai untuk pastikan anak mereka ke peringkat tertinggi dalam sukan yang mereka ceburi. 


Dah ubah dah. Bendera , cantik. Logo garang. Tapi baju tu ? Dah takda idea gempak ke ? Macam tu je ?Aku rasa edisi yang lepas punya lagi cantik. Ni dah macam baju sukan budak sekolah rendah jer. Ala ala zaman aku pakai baju Cheetah jer. Aduh laaa... Tak nak keluar kos design ? Ke budak intern yang buat ?

Janganlah asal buat.. asal ada ! Takda bajet ? Aku rasa banyak je syarikat besar berminat nak taja. Ni macam.. Tukar la orang atas MOM tu. kasi generasi muda lak pegang. Orang lama tu , kasi je jadi penasihat dari kejauhan. 



Baju Olimpik edisi lepas..

Harap benda benda gini tak berlaku lagi terutama part bendera tu ! Sensitif woiii !! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Kita dah 'dibasuh' sejak kecil lagi. Tak tau la nak salahkan siapa tapi dari kecil lagi dah diajar, cari kemewahan atas dunia ni. Belajar rajin rajin supaya dapat kerja bagus bagus. Bila ada kerja bagus , boleh dapatkan harta dan kemewahan yang diidamkan. Jangan jadi macam mak ayah ! Hidup susah ! 

Begitulah... walhal yang sepatutnya kita ajar anak anak kita ialah belajar rajin rajin , berilmu dunia akhirat supaya dapat membantu insan insan lain. Jangan ditindas dengan musuh Islam ! Kita perlu jadi lebih bijak dari mereka. Tapi sayangnya, kita diajar mengejar duniawi ! Diajar untuk berteknologi tinggi. Hinggakan takut mati. Hinggakan rasa sayangkan dunia. 

Tak caya ? Cuba tengok... bila anak anak kita yang dah berjaya tu , bekerja.. apakah harta pertama mereka akan berusaha untuk miliki ? Dan pastiknya, ianya akan dibeli secara hutang ! Muda muda dah berhutang ! Dan bermakna mereka akan bekerja sampai mati untuk melunaskan hutang hutang yang sepatutnya boleh dielakkan. 

Beli rumah besar.
Beli kereta mewah.
Beli pakaian mahal.
Beli gajet mahal mahal. 
Makan nak sedap sedap. 
Perhiasan rumah yang serba mewah.

Bila mengejar semua ni.. apa yang akan berlaku pada dia ? Kerja.. kerja...kerja.. kerja ! Bila ada cuti, pergi melancong.. kononnya hilangkan stress ! Bila pergi bercuti , yang kenyang.. kamera ! Segalanya disimpan dalam kamera. Apakah hilang stress ? Balik sini... kerja semula ! Dapat gaji hujung bulan.. tolak sana sini.. tak cukup ! Terpaksa buat kerja sampingan. 

Bila kawin... kita turunkan 'ilmu' itu pada anak anak ! Nah... berpusinglah begitu saja. Maka tidak peliklah urusan pentadbiran negara ni , diuruskan oleh muka muka sama ! Sepatutnya generasi yang bijak pandai yang ada sekarang ni inilah ambil alih tampuk pimpinan negara ! Itulah yang sepatutnya. Kemana pergi golongan cerdik pandai yang dilahirkan mak ayah zaman ni ? Mereka sedang bekerja untuk golongan di atas... 

Nak lagi teruk... pendidikan sudah jadi satu perniagaan ! Dicanang canang kalau nak nak anak berjaya , wajib cemerlang dalam peperiksaaan dan masuk ke sekolah sekolah bagus ! Kemudian wajib melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.. Ya, bagus.. tapi point utama mereka ke sana ???  Hanya untuk pastikan hidup selesa selepas itu ? Untuk pastikan mereka punya pekerjaan yang bagus ? Bukankah itu rezeki Allah. Kita berikan pendidikan untuk mereka supaya mereka menjadi hamba Allah yang taat. Itulah yang sepatutnya.. 

Maka tidak hairanlah.. di mana kedudukan kita sekarang ni. Apa yang kita kejar sebenarnya atas dunia sementara ni ? 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ▼  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ▼  Julai 2024 (20)
      • Tonsil atau influenza , ramai anak anak jatuh sakit !
      • Cara kurangkan risiko serangan jantung ?
      • Anak hilang atau lari dari rumah ?
      • Betul ke kuning telur tu tinggi kolestrol ?
      • Pesan lelaki ini berhati hati bila berseorangan di...
      • Kurus kurus sangat anak kau ni , Ben !
      • Seksa betul jadi anak anak Ben Ashaari ni !
      • Nak makan apa bila disuruh 'jaga makan ' ?
      • Makanan punca segalanya ??
      • Jangan main main dengan anxiety ni !
      • Lelaki ini mendidik aku untuk bersedekah..
      • Lelaki ini ajar bagaimana nak baiki masalah bahu ...
      • Korang rasa korang sihat ?
      • Ulser lidah sebab alergik makanan dan minuman ?
      • Kenapa kena amalkan minum air halia di pagi hari ?
      • Elakkan diri dari tekanan melampau !
      • Buruk benar baju Olimpik 2024 negara !
      • Kesilapan kita di atas dunia ni !
      • Mereka ada 12 tahun jer bersama kita !
      • Malas camana sekali pun , pastikan 10 ribu langkah...
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes