Lelaki ini mendidik aku untuk bersedekah..

by - Khamis, Julai 11, 2024

Alhamdulillah...  Dah beberapa kali siaran live dia , aku ikuti sekejap. Seronok tengok dia membuat kerja kerja amal. Yang dapat pun seronok. Yang memberi , lagilah kan ? Nak buat memberi ni , bukan mudah walaupun nampak mudah. Tak perlu tunggu kaya pun sebenarnya. Ada sedikit pun , berikanlah. Tapi utamakanlah yang penting dulu seperti hutang , ahli keluarga dan saudara mara. Jika ada lebih tu, nah... manfaatkan untuk kelebihan di hari akan datang kelak. Semoga Allah berkati. 

Seronok memberi ni. Jika kita ada masalah dengan hati.. seperti gundah gulana , atau ditimpa musibah, cuba banyakkan bersedekah walaupun seringgit. Orang yang menerima , akan berdoa kebaikan untuk si pemberi. Kan itu satu doa yang baik. 

Yang penting , si pemberi tu, kena ikhlaskan hati. Tak perlulah buat video atau gambar dan viralkan kasi tahu dunia. Diam diam sudahlah.  Macam kes di bawah ni, kan ? Lelaki ni cuma menyampaikan tetapi mereka yang menyumbang atau bersedekah tak diketahui dari mana.. Alhamdulillah.. 

Kalau tak silap aku , lelaki ni buat pagi pagi dan petang hari rasanya. Korang boleh tengok sendiri di Tiktoknya. Mungkin akan terbuka hati untuk menyumbang atau buat sendiri.. kan ? 


 Tiktok : NiatSampaikan1


Cerita aku : Esok Jumaat... kalau ada duit lebih , masa ke masjid tu, berikan pada mana mana penjual , dan bagitau pada si penjual , saya nak beli sekian sekian makanan ni tapi tolong sedekahkan pada anak anak kecil yang lalu depan gerai awak ya.. Kata ada orang belanja... Gitu... 

You May Also Like

0 comments