BEN ASHAARI



Termenung.. kenapa ???

Siap kerja ! Tengok jam dah jam 3 pagi. Baru dapat baringkan diri ! Huhuh.. Tiba-tiba terdengar wife yang tidur nyenyak pada awalnya , terasa seperti tidak boleh bernafas. Aku tau dia selsema teruk pagi tu tapi takkan la sampai sesak nafas kot ?? 

Kemudian dia sedikit meracau ! 

Ah, sudahhh ! Takkan aku nak kena azankan kat telinga dia ? Sebelum ni , memang la aku kerap azan ketika tidur ! Hehehe.. mimpi hantu la katakan ! Terbawak bawak terus ke mulut gitu. Tak pasal pasal kena bantai gelak dengan wife. 

Tapi yang ni apa kes lak ? 

Aku pun kejut la dia perlahan lahan. Orang sedang tidur ni , jangan main kejut begitu saja. Bahaya ! Terutama orang dah tua ni. Haaa.. Hee..

Dia terjaga. Terus dia urut dada dia. Aku tak urut tau ! Haaa.. Jangan pikir ni blog lucah lak ! 

Dia pandang aku. Kemudian dia cubit lengan aku.

Aku tau dah !  Malas layan. Aku suruh dia sambung tidur. Tapi dia berkeras nak cerita. Adeh, malas betul aku nak layan. Baik tengok cerita Korea kat Netflix dari dengar apa dia mimpi ! Bukan apa , aku tau dah apa dia nak cerita. 

Yer, dia mimpi aku kawin lagi ! 

Aku gakkkk yang kena ! 
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Mak aku call. Katanya ada barang tiba di rumah. Aku memang guna alamat rumah dia sebab rumah aku ni , aku jarang nak ada di sebelah siang. Maklumlah , sibuk ngalahkan Menteri gitu ! Heheh. Sibuk dengan urusan anak gitu. 

" Ada orang antar bunga" katanya. Aku cam... Wowww ! Sapakah itu ??? Hahaha. Aku ada peminat lagikah sekarang ni ? Maklumlah , dah beranak 3 gitu ! Huhuh.. Tapi sayangnya, aku tak dapat nak terus gi amik sebab aku masih kelesuan. 3 hari di Pulau Pinang yang padat dengan aktiviti travel membuatkan aku muak tengok jalan raya ! Hahahaha.. dan juga kesesakkan lalu lintas. Maka aku nak rehat jer.

Esoknya aku ke Cheras. Nak tau apakah barang yang aku dapat tu. Tak sabar sungguh ! Hehehe. Dan bila sampai je rumah mak aku, terus aku cari barang aku tu. Dan... Tadaaa ! Tu dia , bunga hidup dan berbau wangi. Masih segar lagi gitu. Teruja punya pasal , tak sempat aku nak selfie dengan produk yang aku dapat ni. 

Dan best part... mak aku dah mintak sebotol dah ! Dia tau betapa bagusnya produk yang terkandung di dalam kotak tu ! Bukan apa , dulu aku rajin nampak arwah ayah aku guna pada badan dia untuk elakkan badan dari berbau akibat peluh. Dia turut sapu pada siku dia sebelum dia keluar berjalan kaki ke pejabatnya. Perjalanan yang amik masa dalam 30-40 minit la juga. Ikut jalan pintas ! Jimat kos pengangkutan gitu tapi yang pastinya, badan dia tak berbau akibat berpeluh ! Yer, aku sendiri akui tak pernah bau masam pada badan dia. 

Ok , aku nak cerita pasal bedak Agnesia ni sebab aku dapat hadiah dari mereka yang mana dua produk Hygiene Care dalam bentuk terbaru manakala produk terbaru mereka iaitu Beau Care yang menampilkan bauan Lavender dan Ros. Menarik wooo !

Agnesia Hygiene Care ni sememangnya dah jadi pilihan ramai ibu ibu sejak berpuluh tahun lamanya. Yer, termasuk mak aku. Dan bila aku post di Facebook , ramai rakan rakan turut meluahkan rasa betapa Agnesia Hygiene Care ni banyak membantu mereka dalam kehidupan sehari hari dalam menjaga kebersihan diri. Tapi Beau Care ni ramai belum tau. Haaa , baru dilancarkan dan semenangnya Lavender dan Ros mempunyai bau yang wangi. Tapi yang penting ialah kemampuan membasmi kuman sehingga 99.9% dan tidak mempunyai Asbestos.



Bedak Agnesia Hygiene Care sangat terkenal dengan rumusannya yang melegakan dan menenangkan malah mempunyai bahan pelindung serta anti bakteria sebanyak 25% zink oksida dan 0.5% Chlorohexidine. Dengan ini ianya mampu menyerap lebihan lembapan pada kulit dan mengelakkan dari berlakunya kegatalan pada kulit . 

Menariknya bedak Agnesia ni ialah bedaknya halus dan tidak melekit.Terasa selesa jika anak anak kita pakai terutamanya. Maklumlah , budak budak sekarang ni kan tak suka pakai bedak Tapi bila disapu selepas mandi , memang akan senyap la terus. Wangi jer. Dan untuk orang dewasa , boleh je pakai sebelum tidur atau jika kuat berpeluh , nah , boleh gunakan la. Sapu pada leher , ketiak dan juga siku yang gelap tu !

Contohnya cam aku. Cuaca kering cam ni.. walaupun dah cuci muka , masih terasa berminyak dan terasa tidak selesa untuk tidur. Bilik lak tak leh pasang aircond sebab wife dan anak anak selsema.. maka muka aku akan mudah terasa sedikit gatal. Maka , aku pakai je Agnesia ni untuk mengurangkan rasa gatal tu.


Ada sijil  HALAL ! 

Bedak Agnesia ni bukan baru dibuat 10-20 tahun lepas tapi sudah pun berusia lebih 80 tahun dan sememangnya digunakan pada bayi seawal usia 6 bulan lagi. Yang penting , kandungan di dalam bedak Agnesia ini tidak memudaratkan pengguna mereka. Maklumlah , sekarang ni macam macam bahan ada di dalam satu satu produk tu ! Bahaya kan ? Haa.. boleh dapat kanser dan sebagainya. Tapi Agnesia ni , 

Ok.. Dah, dah ! Aku malas dah nak membebel panjang. Kesimpulannya, aku rasa korang patut beli dan guna. Terutama yang mereka yang mudah berpeluh dengan banyaknya.. ha , sapu je sebelum pakai baju ! InshaAllah , menyamankan.. hehee. 

Mana nak beli ? Bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart. Tak susah pun nak cari kan ? 

Untuk maklumat selanjutnya, sila ke  https://www.facebook.com/AgnesiaMY/.







Share
Tweet
Pin
Share
24 comments


Haa , bukan sekolah jer. Jika ada jemputan rasmi , mereka boleh je ke Institut Pengajian Tinggi , jabatan kerajaan , syarikat swasta untuk membuat pemeriksaan mata secara percuma untuk pelajar dan juga kakitangan di tempat terbabit. Tiada bayaran untuk pemeriksaan mata malah jika mata tu ada masalah , mereka akan memberikan pilihan pada kita. Cuba periksa mata dan try kanta mana yang sesuai. Jika berkenan , boleh terus pilih je bingkai di situ atau pergi ke kedai cermin mata mereka yang terletak di Sungai Wang Plaza. 

Baru-baru ni mereka telah pun membuat pemeriksaan mata di Sekolah Menengah Seri Petaling dan juga di Ibu Pejabat Bukit Aman, Kuala Lumpur.  Sila baca entri di blog Nadia Johari dan , Inspektor Mama , Puan Nooraini. 

Zaman ni , ramai murid rabun di peringkat usia muda. Mereka tak tau mereka rabun. Sebab tu ada yang slow di dalam kelas. Tak nampak apa cikgu tulis di papan putih tu ha. Kesannya, mereka ketingalan dan malas ke sekolah. Nak cakap , mereka tak tau atau mereka sedar , nak tempah spek , mahal harganya. Nah... inilah peluang yang dinantikan ! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk anak murid anda ! 

Berbaloi.... 















Dulu , aku rajin la ke Fokus Point tapi selepas kali terakhir , aku punya spek cecah hingga RM2500 , aku rasa memang giler la. Nasib baik Eye Smart Vision ada. Maka sekarang , spek aku cuma dalam 300-400 jer !
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Lama dah aku nampak posting rakan Facebook aku ni. Tertanya kat mana pada awalnya. Bila 3-4 kali gambar dia keluar , aku pun carik balik posting awal awalnya. Dan jumpalah jawapannya. Aduh , takkan kot kat sini ? Huihhh.. cantik giler laaa ! Tergugat wooo bila tengok gambar gambar dia !

Hurmm.... Amacam ? Nak join aku tak ? Hahahaha.. Entah mengapa , aku suka kembara di waktu Autmn. Permandangan dia , Subhanallah ! Daun daun bertukar warna dan kemudian luruh. Fuh , cantiknya memang menghilangkan stress di jiwa ! Huhuh..

Nampaknya plan melancong tahun ni bertukar la jawabnya! Aku perlu usahakan sesuatu ! Hahahaa.. Gatal dah passport aku ni ! Setahun tak keluar dari negara. Oh ya, gambar gambar di bawah ni dari Facebook Husna Shuib yang juga agen travel untuk Travelesscost ! 

Sejujurnya tak sangka Pakistan secantik ini ! Selama ni dilambakkan dengan isu perang , syiah dan pelbagai lagi menda menda negatif. Rupa-rupanya ada permata yang bersinar, aku tak tau. Korang tau dah kan ? Heheee.. 

  




Harga dia ok gak. Ground di bawah RM3K dan untuk tiket penerbangan dia ada dua pilihan. Nak yang gempak atau yang manja manja ? Haaa ! Aku dah dapat lampu hijau sekarang ni. Cuma nak atau tak nak jer ! Hurm... 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

"Apa saja yang berlaku pada Zahra dan Aariz, Qhaliff kena bertanggungjawab !" kataku pada Qhaliff sewaktu bawa dia pergi isi angin tayar kereta. Orang perempuan ni pandai pakai kereta tapi isi angin masih gagal lagi. Kerja suami katanya. Huhhh..

"Kenapa pulak Qhaliff yang kena ??" Tanya dia.

"Qhaliff abang. Apa saja berlaku pada Qhaliff, Zahra dan Aariz, daddy kena bertanggungjawab." bagitau aku.

"Daddy sayangkan Qhaliff, Zahra ngan Aariz. Kalau daddy tak sayang, lama dah daddy letak Qhaliff kat tong sampah jer !! Tak caya? Meh tengok sini.." aku mula menerangkan pada dia kenapa dan mengapa aku selalu marah dia bila melibatkan adik beradik dia. Aku tunjukkan web gambar gambar bayi di dalam tong sampah. Terkedu dia.

Segalanya bermula dari petang semalam. Ketika aku uruskan Zahra, Qhaliff dan adiknya bermain di bilik  mini gym aku. Tiba tiba kedengaran  Aariz menangis. Aku pantas gi tengok. Bibir dia berdarah. Aku pandang Qhaliff. Hurmmm..

Kesabaran aku petang tu dah dibatasi. Jika dibiarkan, aku risau satu hari nanti dia akan salahkan aku kerana manjakan dia. Biarlah dia belajar dan perlu ada rasa takut pada ayah dia. Dan dia perlu belajar gunakan otak sebelum melakukan sesuatu perkara. 

MAAFKANLAH AYAHMU INI.  


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments


Zasss! Pancung depan aku begitu saja! Adussss.. Giler tul la. Kalau takda anak atas motor tu  kau punya pasal la. Ni dengan anak anak lagi ! Yang memandu kereta ni kena pandang kiri kanan depan belakang. Anak sendiri turun dari kereta pun tak sedar dah masuk sekolah ke belum sebab kita kena gerak dengan kadar segera. Kereta lain menanti di belakang. Tapi 'disekat' dek motor yg mencelah dengan tiba tiba. 

Bayangkan jika kita terlepas pandang ? Yang jadi mangsa sapa dan lebih parah, sapa yg susah ????? Elok elok boleh cepat,, terus jadi lambat..

Inilah dia perangai perangai manusia di pagi hari. Boleh didapati di mana mana tempat  di pagi hari. Masing masing mengejar masa. Tak kisah dah bab nyawa sendiri apatah lagi orang lain.

Selepas dua biji motor ni datang kereta lak. Tiba tiba terus berhenti di di depan pondok depan tu. Aku tak perasan ada kasi signal atau tak tapi yang pasti, main berhenti begitu saja. Haish . Stress aku nak antar anak pagi pagi hari.. Rela berhenti jauh dan jalan kaki je memaki hamun dalam hati. 

Banyak kes kemalangan.maut melibatkan motor kebelakangan ni. Hati hati la. Post aku ni bukan untuk mengaibkan sapa sapa. Sekadar peringatan buat kita semua. Tak kena, tak pe.. Kena kalu  baru nak tepuk dahi.. Tak guna dah  nak oiii ! 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Melancong ke Pulau Pinang , memang menyeronokkan. Syurga makanan dan juga banyak tempat bersejarah boleh dilawati. Kaki bergambar , mesti suka punya. Banyak bangunan bersejarah , kedai makan yang unik,  taman negara paling kecil di dunia dan banyak lagi ! 

Masalah utama bila nak bergerak di Pulau Pinang ini ialah kesesakkan lalu lintas. Bila cuti umum , memang padatlah Pulau Pinang. Menyumpah seranah memasing ! Hahaha.. kan kan ? Aku tau. Sebab tu aku malas nak balik kampung bila cuti panjang !

Dan baru-baru ni, baru aku tau cara mudah nak melancong di Pulau Pinang ni ! Dalam sehari jer , boleh ke semua tempat tempat menarik terutama di pusat bandar ! Haaa , guna je Hop On Hop Off jer ! Sama macam di Kuala Lumpur , HOHO ni berhenti di tempat tempat pelancongan yang terkenal. Kekerapan bas pun antara 20-30 minit jer. Tak perlu tunggu lama ! 

Korang boleh naik turun di mana mana saja hentian HOHO ni dalam masa sehari. Berbaloi gitu ! Tak perlu nak pening kepala cari parking dan redah jammed ! Atau tercari cari tempat menarik untuk dilawati. Tanya je Tour Assistant yang ada di dalam bas ni. Dia sedia membantu dengan senyuman terukir di bibir ! Heheeee..








Ada beberapa pakej menarik yang disediakan oleh Hop On Hop Off ni. Korang boleh buat tempahan secara online mahupun beli terus ketika di Pulau Pinang. Maklumat lanjut , korang boleh baca di web Penang Hop On Hop Off ni. 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Bila orang tanya aku , aku asal mana.. maka jawab aku Pulau Pinang. Aku tak dilahirkan di sana pun. Tidak juga bersekolah di sana tapi mak ayah aku berasal dari sana. Ayah, Balik Pulau dan mak aku , Tanjung. Hee.. Mak aku , peranakan. Tau peranakan ? Hee.. anak mami gitu ! Tapi ayah aku tidak. 

Pulau Pinang terbahagi pada dua bahagian. Satu , Barat Daya dan satu lagi , Timur Laut. Haaa , terkejut ? Hehehe.. Aku pun baru tau walaupun aku sering ternampak tapi aku tak nak amik tau sebab bagi aku , tak penting ! Tapi rupa rupanya sangatlah penting yer !! Aku adalah gabungan Barat Daya dan Timur Laut. Jadi aku memang berdarah Pulau Pinang. Eceh. Hahahaa.. Bangga gitu. 

Kampung ayah aku , ada keunikan. Setiap kali kalau ayah ajak balik ke sana , aku memang teruja. Antara sebabnya , suasana kampung yang mendamaikan. Tapi jika nak ke sana sebelah malam , memang menakutkan laa ! Jalan raya dia hanya yang biasa jer berani lalu. Dan menurut arwah ayah aku, kawasan tu dulu memang antara kawasan hitam. Komunis selalu serang hendap.Tapi tu dulu laa.. zaman hitam negara.


Dan Balik Pulau sangat unik ! Ibarat sebuah negeri lain di dalam Pulau Pinang ! Haaa.. kalau korang turun ke bandar besar ( George Town ) , korang akan dapati perbezaannya dengan di Balik Pulau. Orang-orangnya dan juga pemakanannya. Sejujurnya , aku tak pernah perasan pon semua ini sehinggalah aku join Balik Pulau Festival 2019 , baru baru ni. Ketika itu Timbalan Menteri Pelancongan , Seni dan Kebudayaan , YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik ada membuat penerangan ringkas mengenai Balik Pulau. Beliau juga selaku wakil rakyat Balik Pulau sangat aktif memperkenalkan Balik Pulau di mata dunia ! 

Bila mendengar penerangan dia , aku terasa WOW ! Bertuahnya aku menjadi sebahagian dari sejarah Pulau Pinang ! Rupanya inilah tarikan sebenar di Pulau Pinang yang ramai orang tak tau sama sekali. Sejujurnya lagi , aku pelik melihat pokok pokok kelapa yang begitu banyak di Balik Pulau ni ! Pokok kelapa hanya banyak di kawasan kawansan berpantai jer ! Malah pasir di rumah tok aku pun menyerupai pasir pantai tapi di mana pantainya ???? Arwah ayah bagitau pantai terletak di 'sebelah sana' . Kena jalan kaki skit nak ke sana. Aku macam.. ' Bapak aku ni memain ke ? '. Dan aku tak amik pusing pun dah. Aku anggap dia bergurau. Ni kawasan tinggi kot !! Mana datang ada pantai !

Bila dia bercerita yang dia punya tanah di situ dan antaranya ialah tanah sawah bendang , aku cam.. Yeke ???? Atas bukit ni ada bendang apanya? Mana datang ada sawah pagi ! Adehh.. Rupa-rupanya aku amat jahil bab Balik Pulau ni ! Yer .. aku bukan kaki explore ketika kecil dulu. Aku memang duduk bawak ketiak bapak aku jer. Tak berani nak merayau sana sini. Huhuh.. 

Balik Pulau Festival membuka mata aku. Sebab tu aku nak join sangat BPF ni. Aku nak terokai sendiri Balik Pulau dengan cara yang aku nak sangat buat dari dulu.. dengan berbasikal ! Dan ternyata Balik Pulau adalah permata yang tersembunyi di Pulau Pinang ! Seronok dapat mengenali kampung sendiri.

Sedikit sejarah mengenai Balik Pulau. yang aku amik dari blog BalikPulau.Net.

" Menurut Tan Ding Eing, di dalam bukunya , ‘Sejarah Malaysia dan Singapura’, pada bulan Februari 1786, Burma melanggar Siam dan menyerang Ujong Salang. Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mahrum Shah (1773-98), cuba untuk memenangi hati kedua-dua belah pihak dengan menghantar senjata-senjata kepada orang-orang Burma dan perutusan taat-setia  ke Bangkok, tetapi rancangannya telah gagal. Siam, dibawah Dinasti Chakri, menghalau keluar orang Burma dan Ujong Salang dengan jayanya telah menentang penyerang-penyerang itu.

Siam kemudiannya menghantar keluar angkatan-angkatan untuk menghukum Ligor dan Pugit dan mengancam Pattani, Kedah dan Terengganu. Pattani telah diserbu dalam bulan November 1786 dan Kedah bimbangkan nasib yang sama. Sultan Abdullah sedaya upaya cuba berunding dengan Siam dan meminta bantuan British daripada Light.

Dasar perluasan kuasa ini telah mengakibatkan sejarah penghijrahan orang-orang Melayu di di Negeri-Negeri Melayu Siam. Hampir Keseluruhan penduduk-penduduk asal yang ditemui disekitar Balik Pulau mengakui bahawa asal-usul keturunan mereka ialah dari Pattani, Satul, Yala, Kedah dan Perlis. "

" Pada tahun 1821, serangan Siam yang selama ini dikhuatiri oleh Kedah telah terjadi, dengan itu Kedah telah ditadbirkan secara langsung selama 22 tahun oleh Siam.

Pemerintahan Siam telah mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada Kedah. Perpindahan penduduk secara beramai-ramai ke luar negeri telah berlaku. Kebanyakan dari orang pelarian itu talah memperolehi tanah di seberang Perai dan mereka lebih suka tinggal di sana.

Sebahagian lagi dari pelarian-pelarian ini telah menduduki Balik Pulau dan Telok Bahang. Di antara mereka ini, terdapat juga orang-orang Bugis yang telah menetap di Balik Pulau. Mereka telah menduduki Kedah sejak memenangi peperangan merebut takhta di antara dua orang Raja Bersaudara di Selatan Kedah sejak tahun 1770.

Orang-orang dari Kuala Muda, Kedah telah membuat perkampungan mereka di Pondok Upeh sehingga kekal tempat tersebut sebagai Kg. Kuala Muda. Pda tahun berikutnya, 1822, mereka telah mendirikan masjid secara bergotong royong di atas tapak tanah yang telah diwakafkan. Masjid ini dibuna semula dalam tahun 1962. "

Segalanya terjawab ! Aku pelik nape arwah tok belah ayah aku berkulit putih sedangkan aku tahu orang kat pulau ni ramai kulit cam aku.. Rupa-rupanya, inilah dia. Hurmmm... Sebelah ayah berbeza dengan sebelah mak aku. Dari cara perbualan dan juga gaya. Beza woo walaupun satu pulau ! Bila dah tau sejarah sebenar terasa tiba tiba nak pertahankan Balik Pulau ni. Huhuh..

Balik Pulau terkenal dengan buah durian dan buah palanya. Kalau korang makan buah duriannya, aku gerenti korang takkan boleh nak berenti ! Terasa sayang sekali nak stop weh ! Hahaha. Pastu kan , makanan masakan melayu di sini ! Pergh.. cuba la try Gulai Ikan Termenung. Fuh... letak sambal belacan dan makan dengan ulam. Adehhh... tu belum lagi laksa Penang dia. Berbeza dengan Laksa Penang di George Town tu. Confirm akan bertambah punya ! 

Tarikan pelancongan di Balik Pulau ni banyak sebenarnya. Kena rajin buat kajian dan explore. Dan pastikan berbasikal di sini. Baru seronok. Huhu.. Tapi kalau nak puashati dan korang kaki durian ,  datanglah waktu musim durian. Baru berbaloi. Dan pastikan ketika tu padi dah menghijau kekuningan. Syok bergambar.

Bagi yang nak gunakan pakej berbasikal berkumpulan di Balik Pulau ni , boleh hubungi Matahari  Tours & Trips. Basikal berkualiti dan tempat dijelajah pun menarik giler  kauuu ! Best !! 








Sekitar Balik Pulau Festival 2019 . Wajar dibuat setiap tahun untuk pastikan Balik Pulau adalah antara produk pelancongan Pulau Pinang yang wajib dikunjungi bagi mereka yang melancong ke Pulau Pinang atau mereka akan pulang dengan rasa menyesal sebab tidak ke Balik Pulau ! Heee..





















Terasa sayu ketika di Balik Pulau. Teringat arwah ayah. Aku akan kembali dan kini aku ada alasan kenapa aku patut kembali ke sana ! Terima kasih Tourism Malaysia atas peluang yang diberikan. Dan bagi mereka yang nak bercuti di Balik Pulau dengan suasana kampung serta beraktiviti sambil makan durian tanpa henti.... aku syorkan guna pakej homestay di bawah ni ! Lestari Homestay !! Best !




Selamat Menjelajah Balik Pulau. Pastikan Balik Pulau dalam senarai pelancongan domestik korang atau korang akan rasa... tak lengkap bila ke Utara !
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (34)
    • ►  Mei 2025 (2)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ▼  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ▼  Julai 2019 (27)
      • Terdengar sang isteri 'sakit dada' di malam hari !
      • AGNESIA - seumpama sentuhan kasih sayang gitu !
      • Sila jemput Eye Smart Vision ke tempat anda !
      • Pakej ke Pakistan menarik minat aku !
      • Kerana taknak dia jadi macam Sazali!
      • Kerana memerhatikan motor motor yang mencelah!!
      • Mudah pusing Pulau Pinang dengan Hop On Hop Off !
      • Balik Pulau - Permata yang tersembunyi Pulau Pinang !
      • Buruk benor logo baru Visit Malaysia 2020 ?
      • Logo Visit Malaysia 2020 dilancarkan hari ini tapi..
      • Magic World dan Ghost Museum antara tarikan menari...
      • Minggu Keusahawanan Dan PKS Peringkat Negeri Saraw...
      • Aku takda masa nak sakit kepala !
      • Bila kena wife outstation , aku mulai gelisah !
      • Kenapa anak kita tak nak pergi ke sekolah ?
      • Biarlah ! Vape je pun ! Hisaplaahhhhh...
      • Beaches you should visit in Malaysia
      • Bini gi kerja. Laki dok umah, jaga anak! Pendapat ...
      • Menceriakan si anak dara di pagi hari !
      • Kebetulan ???
      • Percutian keluarga atau persendirian ?
      • McDonald's terokai dunia dengan burgernya dan kali...
      • Apa kita nak cerita pada anak cucu kita nanti ?
      • Meh aku ajar cara menjimatkan ketika membeli bela...
      • Bila Qhaliff keluar kelas dengan muka masam..
      • Kisah video caj mahal Plaza Tol Southville City- S...
      • Perlukah aku hantar Qhaliff ke sekolah berasrama p...
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes