Kerana memerhatikan motor motor yang mencelah!!



Zasss! Pancung depan aku begitu saja! Adussss.. Giler tul la. Kalau takda anak atas motor tu  kau punya pasal la. Ni dengan anak anak lagi ! Yang memandu kereta ni kena pandang kiri kanan depan belakang. Anak sendiri turun dari kereta pun tak sedar dah masuk sekolah ke belum sebab kita kena gerak dengan kadar segera. Kereta lain menanti di belakang. Tapi 'disekat' dek motor yg mencelah dengan tiba tiba. 

Bayangkan jika kita terlepas pandang ? Yang jadi mangsa sapa dan lebih parah, sapa yg susah ????? Elok elok boleh cepat,, terus jadi lambat..

Inilah dia perangai perangai manusia di pagi hari. Boleh didapati di mana mana tempat  di pagi hari. Masing masing mengejar masa. Tak kisah dah bab nyawa sendiri apatah lagi orang lain.

Selepas dua biji motor ni datang kereta lak. Tiba tiba terus berhenti di di depan pondok depan tu. Aku tak perasan ada kasi signal atau tak tapi yang pasti, main berhenti begitu saja. Haish . Stress aku nak antar anak pagi pagi hari.. Rela berhenti jauh dan jalan kaki je memaki hamun dalam hati. 

Banyak kes kemalangan.maut melibatkan motor kebelakangan ni. Hati hati la. Post aku ni bukan untuk mengaibkan sapa sapa. Sekadar peringatan buat kita semua. Tak kena, tak pe.. Kena kalu  baru nak tepuk dahi.. Tak guna dah  nak oiii ! 

3 ulasan:

  1. Lelaki, perempuan sama aje....pagi td perempuan naik moto kena hon lkeluar dari simpang nak terus ke lorong kanan....kita dah lah llaju dkt lorong kanan....nak bunuh diri betul

    BalasPadam
  2. Pintas tak signal..nak belok tak signal..tukar laluan serta merta...kadang khilaf orang lain..tapi kerana kita yang dibelakang..kita juga tetap dipersalahkan..

    BalasPadam
  3. Lagi satu tambahan, selalu nampak parents bawa motor hantar anak sekolah si bapa atau si penunggang motor pakai helmet, anak2 di belakang dibiarkan tanpa langsung aspek keselamatan, helmet untuk penunggang belakang di lupakan terus. Kalau boleh pihak berwajib kena rajin turun padang terutama waktu pagi pantau keadaan mat mat motor ni...x ambil berat keselamatan anak2. Juju memandu setiap hari, inilah fenomena yg juju geleng kepala dalam kereta tiap2 pagi ben.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.