Pakej ke Pakistan menarik minat aku !
Lama dah aku nampak posting rakan Facebook aku ni. Tertanya kat mana pada awalnya. Bila 3-4 kali gambar dia keluar , aku pun carik balik posting awal awalnya. Dan jumpalah jawapannya. Aduh , takkan kot kat sini ? Huihhh.. cantik giler laaa ! Tergugat wooo bila tengok gambar gambar dia !
Hurmm.... Amacam ? Nak join aku tak ? Hahahaha.. Entah mengapa , aku suka kembara di waktu Autmn. Permandangan dia , Subhanallah ! Daun daun bertukar warna dan kemudian luruh. Fuh , cantiknya memang menghilangkan stress di jiwa ! Huhuh..
Nampaknya plan melancong tahun ni bertukar la jawabnya! Aku perlu usahakan sesuatu ! Hahahaa.. Gatal dah passport aku ni ! Setahun tak keluar dari negara. Oh ya, gambar gambar di bawah ni dari Facebook Husna Shuib yang juga agen travel untuk Travelesscost !
Sejujurnya tak sangka Pakistan secantik ini ! Selama ni dilambakkan dengan isu perang , syiah dan pelbagai lagi menda menda negatif. Rupa-rupanya ada permata yang bersinar, aku tak tau. Korang tau dah kan ? Heheee..
Harga dia ok gak. Ground di bawah RM3K dan untuk tiket penerbangan dia ada dua pilihan. Nak yang gempak atau yang manja manja ? Haaa ! Aku dah dapat lampu hijau sekarang ni. Cuma nak atau tak nak jer ! Hurm...
6 comments
Juju kalau pi Pakistan mau rakyat sana ckp bahasa sana hahaha almaklumlah ada darah kacukan afganistan ni, semalam lepak kt satu restoren, ada sorang wanita tegur, "Can you speak Malay?" bahahahahahaha, tp serius Pakistan ni lawa rupanya...tetiba Korea hilang dari radar wishlist hahaha
BalasPadamAdoii. Bestnya.
BalasPadamtu diaaa aihh ...nak kena tengok balik nih citer bajrangi bhaijan
BalasPadamWowww... Bestnya Pakistan. Banyak tempat cantik
BalasPadamJom next year pakistan 10hari 11 malam. Rm2050 sahaja. Wassap saya untuk details 0196997669
BalasPadamHi.. Masih ada lagi ke trip ke Pakistan?
Padam