Buruk benor logo baru Visit Malaysia 2020 ?

Alhamdulillah... Logo yang dinantikan selama beberapa bulan lamanya, telah pun kita dapat jawapannya. Logo yang diinginkan seperti yang dijangkakan sudah! Tenang dan tidak serabut ! Yang penting , orang ramai boleh melukisnya terutama pelajar pelajar sekolah ! 

Ok..kita imbas kembali logo logo lama Tahun Melawat Malaysia bermula dari tahun 1990 eh..



Dan untuk 2020 , nahh... Amacam ?


Logo ni hasil kreativiti rakyat Malaysia iaitu Alfred Phua yang mana pertandingan mencipta logo Visit Malaysia 2020 telah dibuka kepada orang ramai sebelum ini dan telah menerima ratusan penyertaan. Pada logo ini ada burung kenyalang , bunga raya , paku pakis liar dan warna bendera Malaysia. Dan perkataan Visit Truly Asia Malaysia , bagi aku sangat kreatif ! Hee.. ada yang keliru tapi bagi aku ianya bagus untuk membuatkan mereka yang memandangnya akan baca berkali kali dan pasti akan menarik minat mereka. Kan kan ? 

Ok... Seperti biasa.. pandangan sisi pastinya ada. Ramai yang memuji dan ramai yang agak sinis. Itu perkara biasa. Mana ada manusia berpuashati dengan semua benda kan ? Itu perkara biasa. Tak perlu nak berbalah dan pertikai. Bagi aku , logo ini lebih baik berbanding yang sebelum ni. Yang itu wajar dipertikaikan ! 

Bagi aku logo atas ni jika diprint atas baju, cenderamata atau sebagainya pasti akan kelihatan lebih wow ! Tahniah buat kerajaan Malaysia terutama Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya , Tourism Malaysia dan pelbagai agensi lagi yang terlibat ! 

Yang penting , setiap logo perlu ada maksud dan maksud itu perlulah sampai pada mereka yang memandangnya. Cantik saja tapi maksud sukar difahami pun masalah juga kan ? Dan logo Visit Malaysia ni bagi aku dah capai taraf antarabangsa. Sekali tengok , orang dah boleh cam negara mana punya.. kan ?

1 ulasan:

  1. Aku setuju dengan pendapat bro. Logo kalini mmg cantik dan menarik untuk buat atas baju, gift, cenderemata dan keychain.
    Tone colour tak bersepah macam sebelum ni.Nak buat baju silk screen pun senang sbb kurang kos untuk buat mould.

    Ikhlas pendapat saya Hisham

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.