Aku takda masa nak sakit kepala !

by - Khamis, Julai 18, 2019


Semalam..

Laptop aku tetiba tak menyala ! Ah , sudah !! Terbayang segala kerja kerja aku yang perlu disiapkan dalam masa beberapa hari ! Hurmm.. Ditambah pulak aku kena outstation dalam minggu ni , pastinya kerja kerja aku akan lebih banyak dan perlu segera disiapkan terutamanya entri entri blog tu !

Ditambah lagi dengan Zahra yang masih belum kebah dari demam. Ujian kecil dari Allah yang perlu aku selesaikan dengan bijaksana. Wife pulak baru pulang dari outstation. Masih kelesuan. Terpaksa ambil alih tugasan aku jaga anak anak. Nasib baik , dah hujung minggu. Kalau tak , terpaksa aku tolak kerja luar aku tu. 

Aku search di Facebook. Cari kedai repair laptop di Nilai. Malas nak turun LYP. Kat sana asik kena kencing jer. Dah la ramai warga asing yang kerja sana. Lagi pun jauh. Baik aku cuba cari area aku ni dulu. 

Ok...jumpa. Baca komen pun kata mereka bagus dan berbaloi. Kena dengan harga. Aku waze , dan jarak dari rumah cuma amik masa 10 minit jer. Hee.. dekat ! Dan esoknya aku terus pergi. Itulah plannya. 

Hari ni... 

Aku ke Mat Komputer. Terus mintak dia check. Bukan masalah charger. Motherboard dia ada masalah. Katanya boleh siap dalam masa 3-7 hari. Tak nak amik risiko. Aku kena ada plan B dalam kepala. Aku setuju repair dan pada masa sama , aku kena cari laptop baru. Elak masalah berulang.



Plan aku nak ke Alamanda. Entah camana, Zahra tunjuk kat aku Aeon. Dia nak baju Frozen ! Aku setuju jer nak belikan dia. Dari Mat Komputer ke Aeon Nilai tu cuma 5 minit jer . Seberang jer. Heee.. Rezeki aku , urusan dipermudahkan. 

Aku masuk Sen Q situ. Tak berapa dilayan sangat. Maklumlah , pakai agak selekeh. Anak anak pun keselekehan jer. Heheheee..Tak pe la. Aku bukan orang kaya pun. Belek belek laptop, harga memang  gempak la. Pikir betul betul.

Aku ke kedai sebelah. Staff dia datang dan bertanya..

" Saya nak laptop yang paling kecil. Mudah untuk travel. " kata aku. Dia pun tunjuk pada aku. Lebih kurang macam laptop aku sekarang jer ! Hurm... Tak berbaloi nak amik rasanya. 

" Hurm.. Ok, gini. Saya nak laptop yang untuk buat kerja basic jer. Bukan untuk tengok movie , main game atau editing video mahupun seangkatan dengannya. Dan nak aplikasi selain daripada Office yang berbayar. Free punya. Cukup cukuplah Bill Gates dah kaya ! " kata aku. Senyum dia. Dibawanya aku ke satu lagi barisan. 

Aku belek dan belek. Tanya dan tanya. Fuh , lama dah aku tak ikut perkembangan dunia IT ni. Banyak sangat aku tak tau. Hahahahaha. Dan akhirnya aku pilih yang dibawah ni. Bayar dan settle !


Alhamdulillah... segala yang aku plan ari ni berjalan dengan lancar. Zahra jumpa doktor. Jemput wife di KLIA dan laptop berfungsi dengan baik. Maka aku dapat buat kerja kerja blogging aku dengan baiknya. 

Dan esok.... aku leh gi trip bersama Tourism Malaysia dengan tenang. Lama dah teringin nak jelajah kampung arwah ayah aku sendiri dan inilah rezeki yang aku tunggu tunggu sejak dari kecil lagi. Alhamdulillah.

You May Also Like

4 comments

  1. Nak kena ada seketul laptop gak ni... Tengah kumpul duit. Doakan impian Nina tercapai eh...

    BalasPadam
  2. Thanks di atas perkongsian panduan nak beli laptop untuk kerja blogging. Selamat bertugas di Penang.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan abang ben

    BalasPadam
  4. Semoga semua urusan dipermudahkan.

    BalasPadam