Bila Qhaliff keluar kelas dengan muka masam..

by - Selasa, Julai 02, 2019


Jam 12 tengahari. Alarm di telefon pintar aku berbunyi. Masa untuk amik Qhaliff di sekolah. Walaupun jarak tak sampai 1km pon tapi aku kena gi awal untuk dapatkan tempat parking yang selesa. Tak nak kasi dia tunggu lama atau dia akan naik kereta dengan lencun bajunya !

Loceng berbunyi. Aku menanti berhampiran dengan kelasnya. 3 minit berlalu. Qhaliff belum keluar. Aku ke kelasnya. Kelihatan muka dia monyok. Apa pulak kes kali ni ?? Hurm..

" Kenapa Qhaliff ? " tanya aku.

" Diorang tak nak kasi pinjam color pensil. " katanya.

" Diorang tu sapa ? Kawan kawan Qhaliff ke ? " tanya aku. 

" Aah.. sapa pun tak nak kasi.. " dia jawab dengan muka sedih.

Hurm... aku pun mula soal siasat. Tanya mana pergi pensil warna dia.. kenapa tak bawak dan pelbagai soalan lagi diajukan. Dan dia jawab satu demi satu. Kesimpulannya , Qhaliff ni terlalu murah hati ! Dia punya barang , orang pinjam.. memang akan hilang punya pastu ! Banyak kali dah mak dia mengamuk. Hahahaha.. Pensil , pemadam.. pensil warna. Dia berbeza dengan Zahra. Jangan mimpi nak pinjam barang dia. Selepas guna , dia akan simpan terus dalam beg dia. 

Penyelesaiannya.. aku bisik ke telinga dia. Aku kasi tips untuk dia. Selepas ni , sorok semua barang dalam beg ! Jangan letak atas meja. Katanya , dia letak di dalam laci sebelum ni tapi kawan tu 'rampas' jugak. Aku garu kepala. Katanya perempuan. Tu pasal dia tak nak panjang citer. Aku kata baguslah. Jangan gaduh dengan perempuan. Dia redha akan kehilangan barang barang dia. Hahahah.. Mak dia je tak redha. Malam kang , kena bebel lagi la Qhaliff.. Huhuhu..

You May Also Like

5 comments

  1. hahaha, bagus qhaliff, mengalah dengan perempuan.heeee

    BalasPadam
  2. Ala , kesian.. Malam ni Qaliff tidur awal sikit ye - tips ni 😂

    BalasPadam
  3. Heheh..redha sangat Qhaliff ni..mahu dalam dilema Qhaliff,yang ambil perempuan..ibu yang bagi nasihat pun perempuan..Qhaliff.......dulukan ibu ok.Anak buah PC pun sama...sampai papa mamanya cakap...setiap hari dah macam hari pertama nak masuk sekolah lepas daftar mahunya jadi hijau kuning merah papa mama..kikikiki.asyik nak beli alat tulis je.Allahuakbar.

    BalasPadam
  4. Alahaiii.. kesian Qhaliff. anak buah pun selalu macam tu juga. asyik hilang je sebab kawan ambil. jenuh tulis nama hilang juga.

    BalasPadam
  5. Agaknya budak skrg mmg macam tu kot....penat dok bebel suruh jaga barang, tp esok hilang jugak

    BalasPadam