Apa kita nak cerita pada anak cucu kita nanti ?

Sedih. Serius sedih ! Negara tergadai sedikit demi sedikit. Lama kelamaan , kita akan merempat di tanah air sendiri. Saban hari kita disajikan mengenai berita berita mengenai alam sekitar. Hutan rimba yang semakin menipis , sungai sudah tercemar , udara yang juga bekalan oksigen buat kita pun dah terganggu. Dan terbaru , tanah juga sudah dijumpai mengandungi bahan toksid ! 

Jika semua ini berterusan , apa yang kita tinggalkan untuk anak cucu kita ? Hutan batu ? Bumi yang tercemar ? Penuh dengan sampah sarap terutamanya bahan plastik dan juga bahan bertoksid ? Persoalannya .. Sapa yang harus dipersalahkan ? Apakah tindakan yang ada sekarang ni , tak cukup tegas ? Hurmm...





Apa yang perlu kita buat selain buat bising di media sosial ? Apakah pihak berkenaan akan amik kisah ? Selagi tak kena pada mereka , segalanya adalah 'terkawan' ! Sejujurnya , apa yangberlaku di negara kita sekarang ini , membuatkan hati aku sedih dan sayu. Satu ketika dulu , sungai kita cukup sejuk , jernih , dipenuhi ikan ikan yang ligat berenang ke sana sini tanpa rasa takut tapi sekarang... 

Bila anak cucu kita ajak camping , rasa rasa kat mana kita boleh camping , dengan percuma ! Akan datang , segalanya perlu dibayar dan pastinya bukan murah dah ! Kan ? Takkan nak pakai goggle pastu tengok video menerusinya untuk menikmati alam sekitar , yang sebenarnya. 

Ayuh.. kita mulakan dari yang paling kecil.


Mampukah kita ?

6 ulasan:

  1. Akibat tangan-tangan manusia...berbalik kepada manusia menanggung akibatnya.

    BalasPadam
  2. kita la ni ambil gambar banyak2 ..nnt tunjuk kat anak cucu.. yang bumi ini indah satu saat dan ketika dahulu .

    BalasPadam
  3. betulah al-quran kata.. rosaknya bumi ni akibar tangan2 manusia huuhuh

    BalasPadam
  4. huiyo... teruk betul pencemaran... hope pihak berkuasa buat sesuatu segera.

    Web Design

    BalasPadam
  5. Benda2 macam ni lah yang buatkan dunia bukan saja facing climate changes, but its now climate crisis

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.