Biarlah ! Vape je pun ! Hisaplaahhhhh...

Terpaku sekejap bila ada mesej yang masuk dalam group whatsapp , tertulis dari sekolah anak aku sendiri ! Kemudian di Facebook , Fan Page Sekolah anak aku ada post mengenai masalah vape ni ! Rupa-rupanya masalah vape ni bukan di satu dua buah sekolah pun ! 

Aku tanya kawan aku yang juga guru disiplin di sebuah sekolah di Damansara. Katanya baru baru ni dia dan beberapa orang guru lagi tangkap lebih kurang 7 orang murid hisap vape di dalam tandas sekolah ! Bila disiasat , mereka terkejut dengan jawapan yang diberikan malah ada yang kata ayah mereka sendiri yang kasi asalkan bukan hisap di dalam sekolah ! Tepuk dahi aku mendengarnya.


Vape je pun kan ? Asap katanya. Bukan merbahaya ! Tahu kan kebanyakkan penagih dadah tu bermula dari rokok ? Kemudian nak mencuba sesuatu yang lebih gempak ! Lebih syok ? Nah... di upgrade dan akhirnya terjebak ! 

Teringat aku sebuah filem lakonan Jet Li yang mana mengisahkan kaum cina di perantauan dikawal dengan diberikan opium atau candu. Ketagihan akhirnya. Itulah yang merisaukan aku. Bila mereka yang layan vape dioffer dengan sesuatu yang lebih 'gempak' , maka... hancurlah masa depan mereka !  Maaf cakap la.. aku datang dari sekolah nakal dan lihat sendiri perubahan rakan rakan yang baik bermula dari ponteng kelas ke merokok dan akhirnya layan ganja , ubat batuk dan sebagainya. Dan mereka ni terdiri dari anak anak yang tidak mendapat perhatian mak ayah di rumah !


Guru di sekolah telah mainkan peranan. Apa peranan kita pula ?

1 ulasan:

  1. Masyarakat nak mainkan peranan..tapi persoalannya boleh terimakah ibu bapa bila anaknya ditegur..dinasihati...ada ibu bapa yang terbuka..sudi dan berlapang dada terima teguran atau nasihat orang lain untuk kebaikkan anak mereka...tapi tidak sesetengah ibu bapa yang lain..dalam dilema jadinya...hal yang tidak baik semakin menular..semakin aktif dan progresif menyerang..sedangkan bila ada yang prihatin itu pula dijadikan musuh.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.