Magic World dan Ghost Museum antara tarikan menarik wajib dikunjungi di Pulau Pinang tika ini !

by - Ahad, Julai 21, 2019

Sungguh pun aku punya kampung di Pulau Pinang , tapi peluang untuk explore Pulau Pinang masih tak terbuat lagi. Jemputan Tourism Malaysia tidak aku sia siakan ! Pulau Pinang antara negeri negeri di Malaysia yang mempunyai pelbagai tarikan yang menarik untuk dilawati dan pastinya memberikan pulangan yang berbaloi !

Bersama Tourism Malaysia, aku berpeluang ke Magic World dan Ghost Museum yang mana sebelum ni aku hanya mampu lihat gambar gambar pelancong tempatan dan juga antarabangsa bergambar di sana dengan gembiranya ! Hahahaha...

Sejujurnya aku katakan bila berada di dua tempat ni , terasa jadi cam WOW dan kebudak-budakan. Segalanya nak cuba dan nak bergambar ! Cuma di Ghost Museum , hhehehe... serius seriau sedikit nak bergambar sebab hantu hantunya menakutkan. Oh ya, Ghost Museum tu bukan rumah hantu yer. Sejarah hantu hantu di seluruh dunia dikumpulkan di satu tempat !



Magic World

Memaparkan ilusi ilusi yang korang kagum dengannya. Ilusi cermin paling aku benci sebab aku beberapa kali nyaris terlanggar ! Hahahaha.. Best !! Korang kena fokus di dalam tu atau akan terkeliru.. 

" Eh.. camana diorang buat ? ". Haaa.. gitu la adanya ! Pertunjukkan pentas wajib tonton sebab melucukan ! Dan aku kagum dengan pelakon pelakon mereka. Santai namun memberikan persembahan yang cukup baik. 















Jangan lepaskan peluang cuba air ni ! Sejuk bekuuuu !!

Maklumat lanjut di https://www.facebook.com/magicworldpg/


Ghost Museum


Gulp.. masa nak masuk ni, dah nak jam 7 petang. Dalam kepala aku , camana laaa kalau dia hidup ! Mau bertempiaran lari ! Hahahaa.. Maksud aku ialah jika ada yang memakai kostum tapi ini bukanlah tempatnya. Tiada yang menakutkan sama sekali. Penerangan mengenai hantu hantu diberikan oleh staff di situ dengan baiknya. 





Saja aku tak nak amik gambar banyak banyak dalam ni sebab aku pun takut nak bergambar dengan hantu hantu dalam tu ! Hahahaha... Tapi serius , best wooo dalam ni ! Dan ada juga jual cenderamata sebagai kenangan. Kena beli satu dua untuk dibawa pulang !


Sempena Visit Malaysia 2020 , 2 tempat ni memang wajar dijadikan produk tarikan pelancong domestik dan juga antarabangsa cuma jika datang ke sini dengan menggunakan kenderaan sendiri , masalah tempat letak kereta akan membantutkan sedikit mood. Ini perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan.


Maklumat lanjut di https://www.facebook.com/ghostmuseumpenang57/


You May Also Like

2 comments

  1. Memang kena pusing Penang nih.. wpon dekat, x smpt2 lg. Huu

    BalasPadam
  2. wooow memang wajib cuba lah kepas ni kalau balik Penang... seronok giler.... awesome sangat..

    BalasPadam