Minggu Keusahawanan Dan PKS Peringkat Negeri Sarawak 2019

by - Ahad, Julai 21, 2019


Minggu lepas , bertempat di Dataran Taman Harmoni Sibu , Sarawak telah berlangsungnya Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 (dulu dikenali Minggu PKS) yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menerusi SME Corp Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian Dan Usahawan Negeri Sarawak (MIED) yang telah berjaya menarik perhatian usahawan-usahawan sekitar negeri Sarawak dan juga yang berminat menjadi usahawan. 

Bertemakan 'Mula Berdikit-Azam Melangit' , Minggu Keusahawan Dan PKS dibuat bagi mengiktiraf kepentingan dan sumbangan PKS kepada negara di samping menyediakan platform khusus buat usahawan mikro untuk mengembagkan lagi perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi. 

Peningkatan usahawan dalam tempoh 10 tahun di negeri Sarawak sangat membanggakan. Maka tidak hairanlah Minggu Keusahawanan Dan  PKS di sana, mendapat sambutan. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dibuat bagi memastikan mereka yang hadir tidak akan pulang dengan tangan kosong ! 

Majlis Perasmian Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 peringkat negeri Sarawak telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Pembangunan Perindustian dan Usahawan

Antaranya ialah Jejak PKS Sibu , Group Business Challenge/ Usahawan Muda , Business Matching , Sesi Perkongsian  atau Pocket Talk oleh Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia , Spell It Right , Peraduan Mewarna , SME Treasure Hunt , Demo dan Pertandingan Mencanting Batik dan banyak lagi. 







Tahniah buat penganjur. Moga aktiviti begini akan memberi manfaat buat mereka yang bergelar usahawan dan menjadikan platform dan ruang untuk maju di masa hadapan.

You May Also Like

1 comments

  1. bagusnya kena hebahkan dekat org Sarawak. Kedah dah setle. feedback positif sangat .. bagus Semoga SME Corp terus buat program ini tahun kedepan

    BalasPadam