BEN ASHAARI



Perintah berkurung di seluruh dunia. Tapi hati dan jari jemari tidak dikurung. Begitu juga dengan mulut cuma kali ni , mulut dilepaskan melalui jari jemari. Dan dua hari ni , isu artis bersuara pasal Pakej Rangsangan. 

Sejujurnya , aku faham maksud diorang ni. Semua faham. Tapi rasanya cara penjelasan tu kurang sampai dan kesilapan mereka ketika dunia dalam keadaan tenang , mereka 'menunjuk-nunjuk' harta mereka. Bukan tak boleh.. hak diorang. Cuma sepatutnya , yang bersuara tu mereka yang memang dalam ketagori artis yang memang sederhana. Haa , contohnya Heliza Helmi ke.. atau artis artis veteran mahupun pengarah seperti Mamat Khalid bersuara. 

Keadaan bertambah buruk bila proposal mereka viral di media sosial. Adeh... bila baca permintaan mereka, aku sendiri tepuk dahi ! Takkan sebab korang artis , maka korang nak demand sebegitu rupa ? Di kala virus bermaharajalela dan ekonomi merundum ni , korang demand sesuatu yang.. hurm... yang mana rakyat bawahan ni ( artis rakyat atasan ? ) , ada yang sampai ikat perut ! 

Bagi artis yang berniaga tu.. kita sama sama la menangis di bucu katil yer. Ramai yang senasib anda. Apa nak buat kan ? Ni semua salah manusia. Lupa dunia ! Alpa ! Angkuh ! Sombong ! Riak ! Huhuh.. termasuk aku. Bila berduit , eksen  !! Haaa...

Apa yang boleh kita buat sekarang ni ialah , teruskan hidup ! Bukan perjuangan tau.. Hidup ! Sehingga hujung tahun. Selesai masalah Covid 19 ni , kita kena bangkit semula dari bawah. Bukan mudah tapi inilah masanya untuk kita sama sama ubah diri ke arah yang lebih baik. Mungkin ini peringatan terakhir dari Allah ? Sapa aku nak menghukum kan? Cuma kita sama sama beringatlah. 

Peluang yang aku nampak sekarang ini ialah perniagaan kecilan melalui internet ! Kena pelbagaikan.  Sebelum semua tempat kena lock down yang mana sekarang ni cumalah baru PKP ( Perintah Kawalan Pengerakkan ) , rakyat yang ada urusan je boleh ke bandar atau kalau nak buat hantaran barang , boleh guna perkhidmatan courier jer. Maka , bolehlah buat bisnis dari rumah je kan ? 

Contohnya , kawan gym aku ni ha , Raja Lynn... Dulu orangnya memang berisi la.. Tapi berkat rajin diet, gym dan jaga pemakanan .. tadaaa ! Kurus kauuuu ! Nah sekarang , dia dah keluarkan produk dia sendiri ! Aku sendiri terliur tengok weh ! 





Menarik ? Hehehe.. Dalam keadaan darurat gini , makan nasi ngan sambal gini je dah cukup ! Jimatkan lauk pauk gitu... bukan nak makan sampai terbaring gitu haaa ! Cukuplah untuk kenyangan seharian.. Dah la tu, bahan yang digunakan memang bagus. Kan kan ?

Berapa harga ? RM 20. Camana nak order ? Nah , korang boleh whatsapp terus ke  +60 18-291 4969 (Raja Lynn). Atau boleh follow Instagram Sambal Kurus Raja Lynn untuk tengok sendiri la yer... Jangan terliur awal awal dah la... Hehehehe... 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Semalam , Perdana Menteri Malaysia umumkan satu pakej khas untuk rakyat Malaysia. Alhamdulillah , ramai dapat manfaat. Dan seperti biasa , ramai yang  mengkiritk. Ok la tu.. Kalau semua setuju pun , bahaya kan ? Hehe.. 

Aku masih tak tau apa yang layak untuk aku. Huhu... Tak belek pun lagi. Tak memerlukan ? Huhuh.. Sejujurnya , aku kena amik apa yang ditawarkan skang ni. Maklumlah , job blog sangkut banyak tahun ni. Tak pe la.. Ada naik dan ada turun. Alhamdulillah. Kena selalu bersyukur. 

Dan pastinya tahun ni , aku tak mampu nak bayar zakat... buat pertama kalinya ! Tapi kalau ada rezeki lebih, aku akan bayar gak. InshaAllah. 


Hari ni, aku keluar ke bandar Ketereh. Nak ke pejabat pos. Puas dah cari runner. Berjawab bila mesej tapi takda jawapan seterusnya. Tak pe la.. Aku gi sendiri jer.  Dan awal pagi , aku gerak ke sana. Polis dan tentera yang jaga roadblock sangat bekerjasama. Aku sorang je dalam kereta dan siap berface mask. Dan kerta aku terang jer.. Yang kena tahan kebanyakkannya bercermin gelap. Aku pun tak tau la kenapa diorang nak gelap sangat cermin tu ! 

Dan sesampainya kat pejabat pos.. tutup ! Hurmm... Nampak gayanya , esok sekali lagi kena keluar. Aku malas nak keluar sebab nak kurangkan risiko jangkitan . Aku tak paham camana la diorang tu boleh ke hulu ke hilir dengan selambanya. Haih... kalau kena , naya woo ! Bukan takut mati tapi kita menyusahkan orang lain. Menyebabkan merebaknya satu hal.. kena kat anak anak ? Haaa... 

Aku terus balik ke rumah. Malas nak singgah mana mana. Dan setibanya depan rumah , nampak lori paling popular masa kini depan kedai ayah mertua aku.. Fuh lamak ! Pertama kali aku teruja tengok lori Gardenia ni. 

Aku terenyum jahat ! Hehehe.. Payback time ! Dulu diorang eksen dengan post gambar travel kan ???? Haa... sekarang aku post gambar dengan roti Gardenia yang takda sapa nak bererbut pun ! Heheheh... 




Tiba tiba rasa macam posing kat depan Eifel Tower ! Huhuhhu...  Tapi aku tak beli pun. Aku kurang makan roti putih sekarang ni. Kalau yang krim tu makan la.. 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Awalnya, seolah pesta. Masih ada yang degil. Masih ada yang anggap ianya gurauan dunia. Ada yang tak kisah sama sekali. Bagi yang sedar , mulai panik.  Namun masih ramai yang tenang. Inilah ujian Allah buat hamba-hambaNya yang mana semakin hari semakin alpa ! Yer.. kita ! 

Dalam ketika ini. ada yang bijak rebut peluang . Dunia dan akhirat ! Kita kesuntukan masa. Namun masih ada yang rasa ingin hidup seribu tahun lamanya lagi !  Takut mengenang kematian yang ada di depan mata , lagaknya ! Hurm..



Kedegilan membawa binasa.. Disebabkan nila setitik... rosak abis susu sebelanga ! Ni baru permulaan.  Namun aku harap inilah pengakhirannya. Cukuplah tapi sayangnya aku rasa tak mungkin. Masih banyak kes yang tak tau punca dari mana. Pihak KKM masih menyiasat. Mereka bekerja keras .


Di luar negara , semakin buruk ! Mereka pandang rendah akan virus ini. Kononnya ianya cuma flu atau virus biasa. Siap berpesta ! Gelak pada mereka yang pakai face mask. Mengeji ! Yer , itulah sikap mereka. Dan mereka sedang 'menikmati' hasil dari perbuatan mereka.. dan kita sendiri ! 

Alhamdulillah.. hari ni aku masih berkesempatan menulis di blog... Hari esok ? Entah la.. ketika ini , manusia ibarat berperang dengan musuh paling menakutkan. Jika dapat atasi , manusia ada satu lagi musuh yang bakal ditempuhi... ekonomi ! 

Semoga Allah lindungi kita semua. Ampun maaf dari aku jika penulisan di blog aku selama ini ada yang menguris hati korang.. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hurm... Perdana Menteri baru umum... Perintah  Kawalan Pengerakkan dilanjutkan sehingga 14hb Aprul yang mana sepatutnya tamat dalam beberapa hari lagi. Aku tak kisah pun cuma risau kat rumah aku tu jer ! Hurm... Nak tak nak , esok aku kena keluar ke bandar untuk ke Pejabat Pos. Nak pos sesuatu kepada jiran aku. Kena mintak tolong dia juga akhirnya. Ingatkan nak balik je dalam minggu depan tapi... kena ikut arahan kerajaan. Dan masalah aku ni pun berat sebab melibatkan jiran tetangga.

Dan sejujurnya , aku seperti mereka yang bekerja sendiri mula terasa akan beban yang bakal melanda. Bulan ni lega la skit sebab dah ready awal awal. Tapi akan datang ? Jika masalah Covid 19 ni selesai , dunia menghadapi satu lagi masalah besar iaitu ekonomi yang semakin merundum. Harga barang dah mula naik. Ramai bakal kehilangan pekerjaan. Ada yang mula mengemis meminta bantuan terutama yang kais pagi makan pagi. 

Aku bernasib baik lagi sebab wife kerja kerajaan. Tapi sampai bila, kan ? Itu pun ada yang dah bunyi suruh menteri menteri serta pegawai kerajaan kanan potong gaji ! Hurm...  Mereka yang di kampung , ada tanah sediri boleh dah bercucuk tanam atau ternak ayam. Sekurangnya boleh teruskan kehidupan. Yang merisaukan aku ialah di bandar bandar besar ni. Jika masalah pengangguran , kekurangan bekalan makanan akan mengakibatkan masalah lain pulak ! Kacau bilau ! Harapnya tidak berlaku sampai ke situ !  

Cuaca di Malaysia bakal berubah. Diramalkan fasa peralihan monsun mula akhir bulan ini yang mana jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia negeri menjelaskan keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat dan mengakibatkan kerosakan struktur bangunan yang tidak kukuh. Ketika fasa peralihan monsun keadaan cuaca lazimnya akan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam masa yang singkat terutama waktu petang dan awal malam.

Kena bersedia la dari sekarang. Berjimat cermat dan simpanlah makanan untuk persiapan terutama jika harga barang akan naik. 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Petang tadi, kerajaan Malaysia dah umumkan 4 inisiatif tambahan kepada Kementerian Kesihatan dan juga pada rakyat. Bagi aku , ramai yang ternanti nanti sebelum ini terutamanya mereka di bahagian hadapan  yakni Kementerian Kesihatan. Bukan apa haa.. ada yang sampai terpaksa buat sendiri atau meminta sumbangan untuk membeli peralatan yang diperlukan. Bukan dari Kementerian tetapi dari mereka yang prihatin. 

Lega sangat bila dengar semua ni. Moga mereka dapat menangani Covid-19 dalam masa yang ada ni. Lagi cepat lagi bagus. Dan seterusnya kita memerlukan alatan khas membasmi virus seperti yang dilakukan di China atau Korea yang mana perlu diletakkan di tempat tempat awam untuk membendung dari wujudnya kluster kluster baru. 

Aku malas nak sabitkan dengan politik. Ada yang tak puashati tapi bagi aku , ini dah cukup baik. Di kala ekonomi semakin tenat , sekurangnya kerajaan masih prihatin terhadap rakyatnya. Alhamdulillah.





Rutin aku dua hari ni... hurm... Sedikit sebanyak sebenarnya dok fikirkan nasib selepas Covid 19 ni. Namun aku positif mengenai masa depan yang mana selepas ni akan banyak fokus kepada bisnes online yang banyak membantu rakyat Malaysia ketika dilanda wabah Covid 19 ni. 

Cuma persoalannya.. apakah aku akan survive dalam 'pertempuran' ini ? Semoga kita semua dilindungi Allah. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dup dap , dup dap... laju benar pengerakkan jantung si isteri bila baca pasal harta di media sosial. Bagi yang berpengetahuan , tak da masalah.  Macamana pulak mereka yang tak pernah ambil tau ? Mesti kalut semacam jer, kan? Yelah  , selama ini ingat bila si suami dah meninggal dunia , segala harta mereka bersama selama ini .. automatik milik dia ! Tapi rupa-rupanya.... gulp ! Tersilap sudah wehh! 

Kes kes yang viral atau tidak viral mengenai harta ni memang banyak. Bila terkena kat kepala sendiri, masa tu barulah nak garu kepala. Ingatkan boleh dapat 100% tapi rupanya tidak ! Ada lagi best , si isteri tu tak dapat apa apa dek kerana tak tau apa apa ! 

Kalau digoogle (carian ) , memang banyak dah blogger blogger membuat awareness mengenai pewarisan harta suami ni cuma masih ramai malas membaca. Hehehe... sebab tak terjadi lagi pada dia... kan kan ? Tak pe tak pe... korang dah boleh google cari atau baca je kat blog aku ni. Aku akan cuba ceritakan secara ringkas tapi jelas pada korang yang masih belum tau. Jika masih kurang jelas , korang boleh terus rujuk pada pihak berkaitan seperti Majlis Agama atau peguam yang korang lantik. 

Peringatan untuk suami isteri ! Si isteri perlu senantiasa ingatkan si suami untuk melakukan wasiat atau hibah jika belum lakukan. Bahaya tu ! Jangan tangguhkan tau ! Selagi sihat atau berkemampuan, segera melakukannya.

* Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).



Persoalan yang perlu dijawab.


Pening ? Jangan risau.... Tenang... Rileks dan ikuti je langkah-langkah yang dinasihati ini oleh Majlis Agama Islam Selangor. Baca dan fahamkan.  Pelan pelan ye nak. Jangan kalut naa..

Merekodkan.

Jika belum ada pernah buat persediaan , mulakan dengan cari dan simpan segala rekod mengenai harta yang ada. Rekodkan segalanya.

  1. Jika masih ada hutang pembiayaan, pastikan semua resit bayaran, penyata pembiayaan tahunan dan penjanjian pembiayaan disimpan dengan baik. Anda juga perlu menyimpan ‘cover note’ atau polisi takaful yang melindungi pembiayaan ke atas harta tak alih. Ia penting supaya baki hutang pembiayaan dapat diselesaikan jika terjadi sebarang musibah. 
  2. Semua dokumen yang berkaitan harta alih perlulah disimpan seperti buku akaun, penyata pelaburan dan polisi. 
  3. Simpan nombor telefon broker, remisier, ejen atau syarikat pelaburan dan takaful yang sering dihubungi, catatkan untuk kemudahan membuat sebarang tuntutan atau urusan. 
  4. Untuk akaun simpanan, jika ada kad ATM, bolehlah dicatatkan nombor pin setiap kad ATM yang ada.
  5. Kenalpasti semua hutang yang masih ada. Tidak kira hutang dengan Allah seperti zakat, badal haji, fidyah dan kaffarah atau hutang dengan individu atau dengan bank/institusi kewangan. Semua perjanjian pembiayaan, resit bayaran dan penyata pembiayaan perlu disimpan dengan baik. Sebaik-baiknya, hutang perlu diselesaikan semasa hayat masih ada. Tetapi, jika ajal sudah menjemput, menjadi tanggungjawab waris untuk menyelesaikan hutang yang masih berbaki. 
  6. Jika menjadi pemiutang (pemberi hutang) dan penjamin, semua dokumen berkaitan juga perlu didokumenkan.menyenaraikan semua waris yang ada. Waris-waris yang perlu disenaraikan adalah anak-anak, isteri, ibu dan bapa. 
  7. Jika sebelum ini pernah berkahwin lain, mempunyai anak dan bercerai, perlulah dikenalpasti anak-anak yang terpisah tersebut. Waris-waris yang terputus hubungan perlu dikesan dan dicari, walaupun mereka tinggal berjauhan, mereka masih mempunyai hak ke atas harta pusaka yang akan ditinggalkan. 
  8. Dapatkan dan simpan salinan sijil beranak, kad pengenalan, sijil kahwin/nikah dan sijil kematian (jika waris telah meninggal dunia). 
  9. Jika ada perkahwinan yang belum didaftarkan, daftarkan segera supaya tidak berlaku drama-drama pertikaian selepas kematian nanti. Begitu juga dengan anak-anak yang tidak didaftarkan, pastikan semuanya berdaftar dan mempunyai sijil kelahiran atau kad pengenalan. 
  10. Setiap waris adalah berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan. 




Instrumen Perancangan Pewarisan Harta 

Antara instrumen-instrumen yang boleh digunakan dalam perancangan pewarisan harta ini yang mana para isteri boleh lakukan sendiri adalah : 

  1. Wasi / Penama / Pentadbir – Melantik wasi / penama / pentadbir yang akan bertindak untuk mentadbir dan bertanggungjawab untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kepada benefisiari dan waris-waris yang berhak selepas kematian nanti.
  2. Hibah – Memindahmilikkan / menghadiahkan harta semasa hidup kepada mana-mana waris atau bukan waris atau mana-mana orang yang disayangi.  
  3. Wasiat – Mengikrarkan untuk mewasiatkan harta semasa hidup untuk dibahagikan selepas mati pada kadar 1/3 harta sahaja dan bukan kepada waris. Sekiranya lebih dari 1/3 atau kepada waris, ia tidak akan berkuatkuasa melainkan dipersetujui oleh waris-waris lain nanti.
  4. Amanah – Menyerahkan harta kepada pemegang amanah yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dan melindungi harta pusaka anda.  
  5. Wakaf – Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan untuk kegunaan umum seperti pembinaan masjid. Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Jumlah harta yang diwakafkan sekiranya selepas kematian adalah tidak melebihi 1/3 daripada nilai kesemua harta bersih yang ditinggalkan.
  6. Faraid – Pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum syarak. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan. 
Bila korang dah faham yang ni , seterusnya apa yang perlu korang buat ialah dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang profesional yer ! Bukan post kat Facebook atau Twitter mahupun Instagram sambil berselfie. 

Korang boleh melantik Majlis Agama Islam Selangor sebagai pihak berautoriti untuk bertindak sebagai wasi, pemegang amanah atau pentadbir harta pusaka. Hubungi MAIS di talian 03-55143773 atau 3772 atau layari www.mais.gov.my untuk mendapatkan dokumen yang sah. Kalau korang bukan di negeri Selangor , sila hubungi Majlis Agama negeri korang eh.. 

Dan pastikan apa yang korang buat ni dimaklumkan pada mereka atau waris  yang boleh dipercayai. Langkah ini dilakukan bagi memberitahu waris atau orang yang dipercayai supaya menghubungi wasi, pemegang amanah atau pentadbir yang telah dilantik jika berlaku kematian oleh pemilik harta. Perancangan yang bijak yang telah dilakukan sebelum ini akan dapat membantu waris-waris seterusnya mereka boleh menikmati harta pusaka dengan penuh kesyukuran dan mengekalkan hubungan erat silaturrahim dalam keluarga. 


Itulah nasihat serta pandangan bertulis dari Majlis Agama Islam Selangor. Jika masih belum faham , sila hubungi mereka yer.. Kalau hubungi aku , aku nak skit.. boleh ? Heheh.. gurau !! Ok ok...  Sekali lagi nasihat... buat sebelum pening kepala di kemudian hari ! 

Sekian , terima kasih MAIS





Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Khabarnya  hari ni ramai pakat cabut balik ke bandar semula sebelum ATM 'turun padang'. Lebuhraya kembali sesak. Adoiii.. lari sana sini macam kena kejar dek musuh. Apa yang nak ditakutkan pun tak tau laa.. Duduk rumah diam diam , kan senang.

Hari ni kes makin meningkat. Bagi aku tidak mengejutkan sebab memang dah dijangka. Mustahil akan menurun dalam seminggu dua ni. Selagi mana kerajaan belum benar benar membendung virus ni , jangan mimpi nak turun. Setakat ni, kerajaan berusaha nak memutuskan rangkaian virus ni dengan cara menyekat pengerakkan rakyat tapi sayangnya , arahan ni tak ramai faham.

Pasni ketua keluarga je boleh keluar beli barang dapur

Dukacita , fronliner negara mula dijangkiti virus ini. Dan inilah yang menakutkan. Jika ramai yang terkena , sapa pulak nak selesaikan masalah ni ? Apakah kita perlu mintak bantuan dari negara luar seperti mana Itali meminta bantuan China ? Nak harap negara jiran , mereka pun sedang berhempas pulas membasmi virus ni gak. 

4 hari di rumah , memang dah bengkak bontot. Hahaha.. Tapi nasib baik la aku dah biasa begini di Kelantan. Malas nak keluar jenjalan sebab tiap kali aku balik sini , Kelantan memang jammed punya. Maklumlah , balik time musim cuti . 

Apa yang aku buat ari ni kat rumah ? Hurm... Setakat ni aku berjaya sekat nafsu makan. Cuma makan awal pagi tadi dan petang. Makan mee goreng jer. Memang tak nak usik nasi ni. Plan aku nak kurangkan bab ni sebab nak catu makanan. Anak anak lak , diorang nak makan roti dan coklat jer. Nasi memang payah nak masuk terutama Qhaliff. Selera barat ! Huh.. 


Harap harapnya kehadiran anggota tentera membantu polis esok dapat mengurangkan manusia di atas jalan raya seterusnya dapat mengesan mereka yang positif  Covid 19 ni. Dan seterusnya membendung virus ini dari berleluasa... bukans saja di Malaysia tapi di dunia. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sana sini viralkan video spesis spesis tak dengar arahan. Ada yang tak tau dan ada yang saja saja engkar ! Diorang ingat sekarang ni kerajaan kasi cuti cuti Malaysia kot ? Haish.. Mungkin mak bapak diorang sendiri pun tak tau akan bahayanya virus Covid-19 ni. Kalau ditunjuk pada diorang camana mereka nazak sebelum mati , mungkin kecut perut kot ? Hurmm..

Letih nak cakap pasal ni. Sampaikan YDPA pon terpaksa turun padang tengok camana karenah rakyat yang tak reti duduk di rumah. Jalan raya masih penuh dengan kereta. Hurmm... Dan akhirnya , Menteri Pertahanan dah keluarkan arahan...ATM akan bantu PDRM ! Baguslah... Naik meluat tengok perangai masing masing. 

Anak anak.. hehe.. Dah start boring di rumah. Free Astro pun bukan nak tengok sangat. Nak jugak cari gajet. Nasib baik biras aku ada sekali kat rumah. Dia cikgu..Apa lagi ! Pakat kena belajar la diorang. Ngan aku , mana nak sangat. Hurmm... Tapi aku pun mainkan peranan la. Takda la serah gitu jer. Aku pun ajar mana yang aku teror.. Ecece... 

Mak mertua lak masak sedap ari ni. Nasi kerabu gitu.. Memang mengketedarah nasi je la jawabnya aku. Huhuh.. Tak berpantang nasi dah. Adeh..Esok start baru balik la ! Diet nasi. Huhuh.. Aku terlupa sebenarnya aku diet nasi. Hahahaha.. Dah dia masak , kan ? Adeh..

Dan aku.. habiskan masa dengan cari info info terkini di dunia mengenai virus ni. Ada yang kasi harapan. Ada yang bikin gementar ! Macam macam la diorang ni. Yang kata dah jumpa anti virus.. ada yang kata semakin bermutasi beratus kali ganda la ! Haish..  Garu kepala gitu..

Bagi aku.. Virus ni menyatukan dunia. Mana yang sibuk cari harta.. terlupa ada anak bini. Nah, masa untuk bersama di rumah. Dan biarlah bumi berehat sebentar. Kasi dia sembuhkan dirinya... Dah lama dirosakkan manusia. Tak henti henti dirosakkan !


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Segalanya berjalan dengan lancar. Teringat di rumah. Hurm.. nasib baik wife bawak semua  barang berharga balik ke Kelantan. Takda masalah bab stok makanan di sini , buat sementara waktu ni. Namun kena berjimat jugak. Kena ada simpanan semua sumber. Selagi boleh simpan , simpan. Maklumlah , tak tau bila akan berakhir dan aku tak rasa dalam sebulan dua sebab dikatakan di China yang kononnya dah kurang kes tapi mereka pernah dapat Covid 19 , kembali positif ! Selagi takda vaksin , berjaga jagalah. 

Hari pertama penguatkuasaan arahan , menampakkan kejahilan sebilangan rakyat Malaysia yang tak reti bahasa. Masih ada yang keluar lepak kedai minum. Kononnya tak menganggu sapa sapa pun. Adeh.. Diorang ni mungkin tak faham camana virus Covid 19 ni merebak. Agaknya diorang nak nampak kot virus tu macam kusta ? Baru nak cuak bagai ??? Haihh... 

Perdana Menteri , TSMY malam tadi , dah merayu supaya rakyat Malaysia mengambil berat akan perintah ni. Harapnya hari ke 2 , takda dah isu ni dan kakitngan KKM dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih lancar lagi.  Semoga Allah oermudahkan urusan dan rahmati mereka. 

Malam tadi... diapers Aariz abis. Stok ada tapi bukan jenis dia biasa pakai. Punyalah puas paksa dia pakai tapi dia tak nak . Meraung raung tak nak. Hurmm.... Aku pening dah ! Camana ni ? Takkan nak keluar gi pasaraya lak ? 


Nak tak nak , malam tu kena kuar gak. Bawak sanitizer yang beli kat farmasi punya. Aku ke pasaraya yang tak ramai orang. Untunglah aku tau selok belok kat sini berkat dok ulang alik ke gym. Hehehe.. Dan barangan pun banyak kat situ. Nasib baik stok jenama Aariz tu banyak. Lega aku. Terus aku suruh wife amik banyak ... sekurangnya untuk 2 bulan terus. Huhuh... 

Camana aku bersenam lak ? Hehehe.. aku kena aktif untuk elakkan aku banyak makan. Nasib baik aku bawak balik push up board dan abs roller. Untuk fitness , aku ada stepper di sini.. tangga rumah ! Hehehe.. Berkesan la.. Boleh la dari takda kan ?

Pesan aku.. kurangkan makan. Belajar belajar berpuasa atau paling tidak pun , cuba makan ala kadar. Jangan boros.  Dan rajin rajin bersihkan diri tu terutama tapak tangan.. 

Stay safe ! Semoga Allah lindungi kita dan tamatkan wabak ini. Aaamin..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Lokasi aku ... Kok Lanas , Kelantan.

Aku dah di sini sejak hari Sabtu lepas , yakni sebelum arahan diberikan pada semua rakyat Malaysia. Perancangannya cuma nak beberapa hari di sini tapi arahan dah dikeluarkan dan jangan 'bergerak' dari lokasi masing masing maka... aku dan wife ambil keputusan untuk kekal di sini sehingga 'tamat tempoh. 

Di sini , aku sekeluarga tak perlu panik membeli barangan keperluan. Takda masalah untuk itu. Dan jika aku di Kuala Lumpur , sememangnya aku dah pun bersedia dari 2 minggu lepas. Dah beli sedikit demi sedikit. Barangan yang penting.

Dan hari ini... aku abiskan masa dengan layan anime Jepun jer.. One Punch Man. Lama dah nak tengok tapi tak berkesempatan. Pada masa yang sama , belek berita berita terkini. Aku malas dah nak rasa takut pada Covid 19 ni.  Kalau takut tu datang , akan menghadirkan rasa stress seterusnya membuatkan tekanan darah aku naik... aku mati sebab tekanan darah tinggi la pulak ! 

Manakala di taman perumahan aku , ada isu mengenai Covid 19. Surau terpaksa menjalani pembersihan sebab ada jemaah yang terlibat dengan majlis  itjimak yang menjadi punca kepada kes kes terbaru Covid 19 . Semoga Allah lindungi mereka semua.

Sejujurnya , pendapatan aku yang bergantung pada media sosial ini tergugat 100% !  Hurm.... bukan aku saja tapi ramai lagi senasib aku malah ada yang lebih teruk.  

Sekarang kita dah rasa camana mereka di negara yang terlibat rasa .. Harap mereka yang 'degil' tu , sedar diri akan apa yang kerajaan cuba buat ketika ini walaupun dah terlambat... 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Selepas pengumuman semalam oleh Perdana Menteri Malaysia  , pasaraya menjadi tumpuan. Tak kira mana mana negeri dalam Malaysia , diserbu ! Gulp.. Keadaan berterusan hingga hari ni memandangkan esok dah bermulanya arahan sekatan perjalanan. Yang disekat cumalah perjalanan yang tertentu jer. Bukan semua.. buat masa ni ! Kalau nak gi beli barang keperluan , masih dibuka. Kedai runcit.. pasaraya dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kepentingan orang awam ! 

Kalau tanya aku... aku dah beli ke ? Aku dah bercerita mengenai isu ini dalam beberapa entri aku yang lepas.  Pastinya aku dah bersedia tapi bukanlah 100%. Aku berdoa segalanya akan kembali pulih sebelum pertengahan tahun. Jika tidak pulih.. hanya Allah saja Maha Mengetahui. 

Apakah barangan yang perlu di beli buat masa ini ? Nah... kalau korang tanya aku , aku akan utamakan keperluan pada anak anak. Aku, suami isteri kena pastikan makanan yang berkhasiat. Sekali sehari makan ok dah. Selebihnya kena banyakkan minum air. Puasa ? Hurm... buat masa skang , kita kena tahu.. virus akan sangkut pada bahagian kerongkong kita. Kata pakar la.. Kena banyak minum air suam untuk pastikan tekak kita senantiasa basah. Wallahualam. 


Betul atau tidak , itulah yang aku buat sekarang. Jangan sampai tekak kering baru nak minum air. Gitulah... Dan pastikan ada simpanan bekalan air minuman dan kegunaan harian. Risau bekalan putus time gini... masalah gak kan ? 

Diulangi... jangan panik ! Kedai runcit , pasaraya masih dibuka dan kita boleh pergi beli barang keperluan. Lain lain kedai , kena tutup dah ! Maka , jangan risau part makanan. Macam aku , aku simpan ubat-ubatan asas seperti demam , batuk , selsema , sakit perut dan sebagainya. 



Dan tolong.. tolong jangan keluar rumah , berkumpul dan abiskan masa dengan buat benda berfaedah bersama keluarga tersayang. Jaga kesihatan yer. 

Semoga Allah lindungi kita semua. 

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Semalam , ketika aku ke Kelantan.. hujan turun dengan lebatnya selepas Raub. Ketika menghala ke Benta , hujan semakin lebat. Dada aku berdebar debar. Aku tak suka memandu dalam hujan. 2 kali aku dilanggar ketika dalam hujan ! Di traffik light ! Kenapa ? Sebab ramai sekarang memandu sambil main handphone ! Tahap kecuaian dan kelekaan sangatlah tinggi. Sebab tu aku takut ! Tahu tak impak camana kena langgar dari belakang ? Bayangkan mereka yang lebih teruk dari tu ? Dari sudut psikologi. Aduh...

Pelik aku tengok... dalam keadaan hujan , mereka memandu seolah olah perut sedang memulas nak terberak ! Ko nak gi mana ???? Apa yang sedang ko kejar ??? Covig 19 sedang mengejar dari belakang ke ?? Aku tengok , takda la pulak. Aduh... Yang merisaukan aku ialah.. jika berlaku kecuaian atau kenderaan tiba tiba disable seperti tayar meletup atau sebagainya, pastinya mendatangkan kecelakaan pada diri sendiri dan juga orang lain ! Berapa banyak kes kereta terbabas masuk ke lorong bertentangan ??? Tak pasal pasal orang lain terlibat sama.

Nak dijadikan cerita.. dalam kejadian semalam yang masih terbayang di benak aku hingga kini.. Ada seorang penunggang motorsikal memandu laju memotong aku di sebatang jalan lurus . Tiba-tiba motor dia tergelincir lalu mengelongsor ke hadapan. Aku yang memang memandu dalam had laju sekitar 80kmj , dah pastinya berpeluang untuk mengelak. 

Terus aku masuk ke lorong bertentangan yang kosong. Nasib baik takda kereta yang memotong aku ketika tu ! Biasanya akan ada kereta yang tak sabar sabar , memotong walaupun dalam keadaan hujan gitu ! 

Aku tak boleh tekan brek ! Jika aku tekan brek , kereta belakang akan menghentam kereta aku dan pastinya akan berlaku kemalangan berangkai sebab kereta berderet deret di belakang aku ! Nak tak nak , aku terpaksa mengelak sedaya upaya. 

Dua kali aku mengelak sebab dia mengelongsor dengan laju. Aku nampak dia berusaha untuk menyelamatkan diri dia juga.  Alhamdulillah , aku berjaya lepasi dia dan aku sempat tengok cermin pandang belakang. Kereta belakang juga berjaya potong dia. Dia bangun dan angkat motor dia. Kejadian begitu pantas. 

Aku pandang dashcam aku. On ! Sememangnya aku kerap check. Jika berlaku kemalangan , aku ada bukti ! Terus aku memandu ke stesen Petronas Benta yang tidak jauh dari situ. Di situ , aku amik laptop aku. Keluarkan memori kad dan masukkan ke dalam laptop. Aku cari videonya. 

Rekod video sehingga jam 7.24 pm ! What ????? Kejadian antara 7.25-7.30 pm ! Waktu maghrib. Tapi takkan kot ?? Aku tak rasa sama sekali ianya gangguan. Sebab banyak kereta yang terlibat sama. Lain la kalau aku seorang jer... Cuma yang pelik... video ! Kenapa waktu tu tiada rekod ? Dan selepas kejadian , video rekod  seperti biasa !

Tak kisah la... yang penting semua selamat.. Alhamdulillah.

Hurmm..  Nasib baik pakai cermin mata baru. Jelas pandangan.


Frame tahan lasak Eye Eye. Kalau Korang jenis tak reti nak jaga spek cam aku, sila amik bingkai ni di @eyesvisiongroup . Pastikan amik lens anti silau Aplha Blue Ray juga. .

Lokasi kedai : Sungei Wang. Whatsap  terus ke 0163636464 ( Mr Jun) . Nak diskaun, sebut je BEN ASHAARI suh beli situ.


Facebook :  Eyes Vision Group 
Instagram : Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr. June )
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap Hari)
Kod Diskaun : Sebut jer ( Ben Ashaari Follower )

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aku tinggal di Sepang , Selangor yang mana turut mengambil takaful untuk keluarga aku. Adalah sangat penting memandangkan zaman ni macam macam boleh berlaku tanpa disangka. Dan bila berlaku , pastinya mencari hospital terdekat tapi mempunyai perkhidmatan yang cemerlang demi keselamatan dan juga keselesaan. 

Nah... aku kasi 5 hospital yang terbaik di Selangor.  Pengalaman aku dalam masa 2 bulan yang lepas di mana aku membawa pelajar pelajar perubatan dari Indonesia ke KPJ Damansara ni , sememangnya hospital ni terbaik la. Aku pandang dari segala sudut dan memerhatikan jururatawat yang bertugas , mereka senantiasa memberikan layanan yang terbaik.  Sayangnya , aku tinggal di Sepang. Nak ke Damansara ni , heheheee.. jauh kau ! 


1 .KPJ Damansara Specialist Hospital 

" Hospital Pakar KPJ Damansara terletak di lokasi elit di Kuala Lumpur yang sering menjadi pusat ekspatriat dan pemuda eksekutif. Hospital Pakar KPJ Damansara adalah sebahagian daripada KPJ Healthcare Group, salah satu daripada penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di rantau ini yang mempunyai pengalaman lebih daripada 29 tahun dalam industri penjagaan kesihatan. Pesakit-pesakit tempatan dan antarabangsa gemar ke hospital ini kerana perkhidmatannya yang anggap berkualiti setaraf dunia dalam bidang Kardiologi, Pembedahan Bariatric, Onkologi, Pemupukan In Vitro (IVF), Ortopedik, Pediatrik & Neonatologi, dan Pemeriksaan Kesihatan. "


2. Sunway Specialist Centers Damansara

" Pusat Pakar Sunway Damansara (SSCD) memberi tumpuan kepada penyampaian konsultasi pakar pesakit luar dan perkhidmatan pembedahan hari. SSCD adalah anak syarikat Pusat Perubatan Sunway (SunMed), salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia. Setiap Pusat Perubatan dibawah naungan Sunway dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan moden, disokong oleh satu pasukan profesional penjagaan kesihatan yang berpengalaman termasuk perunding perubatan, kakitangan kesihatan bersekutu dan jururawat berdedikasi. "




3. The Tun Hussein Onn National Eye Hospital

" Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang juga Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) (1975 - 1990). Selama lebih dari 30 tahun, Tun Hussein Onn National Eye Hospital telah membina reputasi sebagai pusat kecemerlangan yang menyediakan penjagaan kesihatan mata khusus yang berkualiti dalam pelbagai kepakaran dan menmpunyai sub kepakaran yang komprehensif dengan menggunakan teknologi terkini bagi menawarkan rawatan perubatan yang termaju dalam bidangnya. "



4. Avisena Specialist Hospital

" Avisena Specialist Hospital terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, di pusat bandar Selangor dengan jarak memandu 35 minit ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Hospital ini dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin 


Abdul Aziz Shah dan disambut oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Turut hadir pada pelancaran itu ialah YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Avisena Specialist Hospital adalah sebuah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, pelanggan tempatan dan antarabangsa. "



5. Columbia Asia Hospital Bukit Rimau

Hospital Columbia Asia Bukit Rimau adalah sebuah hospital pelbagai bidang pengkhusus yang terletak di Shah Alam yang juga berhampiran dengan komuniti-komuniti di Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitarnya. Hospital Columbia Asia mempunyai kakitangan dan jururawat yang berkemahiran tinggi dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang terkini. Hospital ini juga meliputi pelbagai bidang perubatan seperti Kardiologi, Ortopedik, Rheumatologi, Perubatan Kecederaan Sukan, Pediatrik, Pembedahan Am, Radiologi dan Urologi.
Setiap hospital memerlukan doktor panel yang cukup pakar dan arif dalam pelbagai bidang perubatan kesihatan. Justeru, penting bagi setiap hospital untuk merawat setiap orang pesakit dengan penuh amanah dan dedikasi.



Kalau rasa rasa tak berkemampuan , boleh terus je ke hospital kerajaan. Bagi aku , hospital kerajaan pun bagus dah sekarang ni. Yang swasta ni , jika nak cepat dan pantas.. inshaAllah ok jer. Kerajaan pun pantas cuma ada bahagian bahagian tertentu tu , kena buat appointment dulu.. Hehehe.. 

Tapi yang penting , hospital di negara kita memang antara yang terbaik di dunia ! Tahniah. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
"Sesuatu yang tak dijangkakan sama sekali ! Solat Jumaat dibatalkan ??? Takkan kot ? Kita nak gi beribadah ! Boleh pulak main batal batal ? ". 

Dan..

Dulu pernah la bergurau bab ni.. " Solat Jumaat ari ni batal ! ". Kena gelak je la. Takkan solat Jumaat batal pulak ! Allah suruh kot . Bila pulak turun wahyu kata Solat Jumaat dibatalkan . Haishh... 

Itu dulu laa... Sebelum ada ilmu pasal ni. Kena rajin membaca dan mencari. Dan sekarang , kita ada ramai ulama dan juga mufti yang sering memberi maklumat dengan pantas. Maka , kita ikut je la.. kan ? Tak perlu nak bertekak ! Kan ? Haaa.. Segalanya bersebab..

Mula mula , Iran. Ketika baca , aku cam ... biar betul ? Tapi mengenangkan diorang tu negara Syiah , maka tak kisah la. Diorang boleh buat apa diorang rasa .. negara diorang kot ! 


Kemudian kecoh di Brunei. Peserta Itjimak yang baru pulang dari majlis tabligh di Kuala Lumpur positif Covid-19 ! Gulp... dan katanya lebih 25 ribu peserta yang hadiri majlis tu. Allah ! Ramai giler kot. 

Dan hari ni.. hari Jumaat. Camana tu ?? Kalau peserta tu tak disaring dan pergi solat Jumaat di masjid masjid, bayangkan camana punya viral virus tu nanti. Tak boleh nak bayangkan. Takut. Semalam , Menteri Hal Ehwal Agama dah keluarkan kenyataann... seperti dibawah.



Manakala di Singapura pulak ..


Di Perlis , Sultan Perlis dah bertitah..


Ujian buat umat Islam. Dan kita semakin kehilangan nikmatNya di dunia ini. Selepas ni akan datang Ramadan. Bagaimana nak berpuasa sedangkan kita kena pastikan tekak kita ni , dibasahi air setiap 15 minit ! Jangan kasi kering. Dan pastinya bazaar Ramadan tak boleh ada. Camana pula dengan buffet Ramadan oleh restoran dan juga hotel ? Nah... peniaga peniaga pakaian raya pulak ! Dah bersedia dengan fashion masing masing ! Jika tiada pembeli yang mana akan abiskan masa di rumah jer, maka.. Hurmm...

Satu tika dulu.. kita tonton di tv atau panggung jer. Sapa sangka ianya menjadi realiti. Harapnya jangan sampai ada orang makan orang dah la. Huhuh.. 

Korang camana ? Nak gi solat Jumaat ari ni atau tidak ?



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Menakutkan bunyinya ? Ahaaa... Tapi itulah realitinya. Bila aku baca media sosial , ada kes pertama di Brunei yang mana pembawanya adalah peserta itjimak tabligh yang diadakan di Kuala Lumpur , baru baru ini. 

Aku macam.. Gulp ! 5 ribu ? Yang kes gelombang kedua bermula pun dari satu event yang kecil tapi impaknya besar ! Ni kan pulak 10 ribu ? Allahu Akhbar ! Tak terbayang kesannya ! 5 ribu saja dalam Malaysia. Dan biasanya , mereka akan gunakan LRT untuk bergerak. Aduh... Bayangkan camana viralnya ? 




Keadaan terkawal ? Hurm... Setakat ni apa yang aku nampak cumalah langkah langkah pencegahan dan juga perubatan. Bagaimana pula langkah langkah pembasmian ? Aku ke bank tengahari semalam pun tak de langkah pencegahan. Main masuk gitu jer. Sanitizer pun diletakkan di tempat yang agak terlindung.

Teringatkan kes sanitizer kehabiasan stok di pasaran dan begitu juga face mask , aku amik langkah selamat. Mulakan menyimpan makanan utama di dalam rumah dan juga ubat ubatan.  Bukanlah nak hadirkan rasa takut kat korang tapi sekadar beringat. Itali boleh kena , inikan pulak kita ? Haaa.. Tak salah beringat kan ? Bukan takut mati tapi jika kekurangan stok makanan , ubatan.. atau anak sakit demam ke... ubat dah ada. Nak gi klinik , mana tau la kot kot kena kuarantin dek mungkin ada pesakit pernah ke situ atau apa jua alasan sekali pun.. kan ?

Ok.. aku bukan nak cerita pasal tu.. Aku nak cerita mengenai masalah aku dan aku tau , korang pun ramai begitu. Sapa yang baca entri aku ni , seorang yang rabun ?  Tak kisah la rabun jauh atau dekat.. janji rabun ? Haaa.. ramai kan ? Dan aku nak tanya.. berapa banyak spek korang ada ? Backup ? Kot la patah atau pecah , kan ? Kena pulak time time lock down atau shopping mall kena lock down ! Perghhh... berdarah hidung wehh ! Confirm mengelupur. Camana nak melihat dengan jelas kan ?

Aku pernah kena la.. Spek aku hilang. Kena pulak masa tu aku nak kena drive gi kerja. Dah tu camana ? Nasib baik la spek lama aku ada. Walaupun dah kabur , membantu la gak untuk bergerak. Dan sementara 'ada masa' , aku rasa aku nak kena buat satu lagi cermin mata yang mana membolehkan aku melihat di kala siang hari yang panas dan juga boleh memandu di malam hari ! Penting ni !! Tapi dengan bajet yang rendah. Bajet ciput jer ! Duit kena standby buat masa ni dan cermin mata pun penting. Takda spek , hilang penglihatan wooo ! 

Maka aku akan ke Sungei Wang di Bukit Bintang. Situ ada kedai kegemaran aku. Senang nak kira kat situ. Bagitau nak apa.. berapa bajet.. Diorang akan buatkan ! Confirm puashati. Tapi janganlah mintak harga mengarut pastu harapkan kualiti gempak giler ! Huhhh.. kena bijaksana la skit , ok ! 



Dah banyak kali aku buat kat sini. Dan memang puashati. Rayban berpower pon boleh kauu ! Dulu aku buat spek , abis beribu.. sekarang ? Huhuhu.. Nyesal aku tak jumpa kedai ni dulu. Boleh jimat banyak weh ! 

Hari Jumaat ni aku gi amik spek baru aku. Cermin tukar gelap. Hehehe.. Dari warna putih , pastu boleh gelap dengan harga baekkkk punya ! Pastu boleh memandu malam ! Anti silau gitu...  Harga ? Aku bajet dalam .. hehe.. kena tengok bingkai apa aku nak ! Nak yang tahan lasak  seperti titanium atau plastik seperti yang aku pakai sekarang.. duduk berkali atas dia pun tak pecah ! Heheheh..  

Kat mana ? Camana nak pergi ? Korang boleh follow di bawah ni :

Facebook :  Eyes Vision Group 
Instagram : Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr. June )
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap Hari)
Kod Diskaun : Sebut jer ( Ben Ashaari Follower )

Jangan ingat cermin mata tak penting ! Haaa... meraba dalam terang nanti woooo.. Nak tengok tv , membaca.. fuh... tak pasal pasal mintak tolong orang buatkan lak ! Sebelum terjadi , pastikan ada backup dan satu lagi.. sementara belum ada GST ! Hehehehe.... 

Bila dah ada spek , boleh fokus kembali buat simpanan stok keperluan harian.. heee.. Persediaan jer. Bukan mintak pun.. Tak salah bersedia.. kan kan ?


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Semakin tidak terkawal bila dengan aku. Dengan mak diorang , tau pulak takut. Dengan aku , main main pulak walhal aku ni dah jenis garang dan naik tangan punya ! Tak kasi muka walaupun sebenarnya memang aku kasi muka. 

Salah aku. 

Sebelum terlambat .. sebelum Sazali kembali salahkan ayahnya , aku perlu buat sesuatu untuk kebaikan mereka. Aku tak perlukan pintu belakang untuk perbetulkan segalanya. Aku cuma perlu  lakukan sesuatu yang dah lama aku patut lakukan ! 

Yer... 

Aku rasa sangat berpuashati ! Masing masing tergamam ! Terus ke meja makan bersama buku masing masing. Qhaliff yang selama ni cuma nak baca buku satu muka surat sehari , terus bermuka muka tanpa henti ! Zahra , menulis angka ! Aariz ? Yer.. terus bermain.

Segalanya bermula di awal pagi hari. Zahra yang tak reti nak tinggalkan telefon malah bila aku amik , dia punya meraung.. pergh.. Bila dah kena hempas , automatik senyap ! Eh , boleh pulak ??



Menyesal ? Hurm.. Entah la.. Aku dah lama menyimpan dalam hati. Diorang mudah hilang kawalan bila bersama sepupu sepupu mereka.  Nah , sekarang ? Nak telefon pintar.. tunggu berakal dan matang dulu. Baru aku kasi. Buat masa ni.. Layan je la Astro Ceria ! 

Aku harap... diorang dapat kekalkan momentum ni. Hurm... Dengan mak diorang , boleh pulak hidup tanpa gajet. Dengan aku.. masing masing macam kemaruk ! Haish... Nak kena selalu gi outstation aku ni ! Hurmm.. 
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Mula mula si Boboy post gambar ni kat Facebook dia. Aku macam.. hurmm... Ayam tu bikin kacau tul la ! Haishhhh... Pastu dia kata ada set BodyBuilder kat situ ! Maksudnya , nasi ayam tu dengan air protein. Harga dia , RM22.90 ! Hurmm... leh tahan ! Ayam pun banyak gak tu. Nasi , unlimited ! Tambah laaa selagi nak tambah ! Ayam je kena bayar. Hahahaha..

Ok... fine ! Aku ajak famili aku ke The Lorong, Nilai. Dari rumah aku cuma dalam 10 minit jer. Kalau malam minggu syok la. Ada buskers situ. Memang port anak muda lepak sambil makan situ. Banyak pilihan makanan di The Lorong tu. 

Tapi pilihan aku buat masa ni ialah Tres Pollos Charcoal Chicken. Menu dia bagi aku , menu sihat la. Bagi yang nak jaga badan tu , ok la sini. Kiranya nak makan tu , tak la terasa menyesal ! Macam aku , kalau makan pun , takda nak letak kicap atau sos sebab ayam dengan nasi tu pun dah cukup melazatkan ! 


Ayam yang digunakan diambil dari pembekal Ayamas. Dan segala rempah ratus atau bahan yang digunakan juga dari bahan yang halal.  Pemilik bersama . Carlo dan Isig merupakan pramugara Air Asia yang sudah pun menetap di Malaysia hampir 10 tahun. Keduanya berasal dari Filipina. Ni kalau gadis gadis tengok.. cair weh ! Hahahah.. Sado dan kacak gitu !

Kalau tanya pendapat aku mengenai menu mereka , maka jawapan aku ialah korang patut cuba la. Resepi tersendiri yang unik dan menyelerakan. Ayam digolek hingga masak tapi tidak la sampai garing menaikkan lagi selera dan tak sabar nak menjamunya. 

Dan pastikan datang selepas jam 6 petang dan sebelum 10 malam sebab... senantiasa abis ! Hehehe.. Aku datang malam ni, tapau sekor terus. Makan kat rumah sambil layan Netflix. 










Untuk ke sini , korang cuma perlu Waze ke The Lorong Nilai . Confirm jumpa ! Heheheh.. 

Facebook : https://www.facebook.com/TresPollosCharcoalChicken/

Instagram : https://www.instagram.com/tres_pollos_charcoal_chicken/



Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (13)
  • ►  2022 (184)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ▼  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ▼  Mac 2020 (23)
      • Hari 11 & 12 : Artis-artis kena hentam dek netizen...
      • Hari 10 & 11 : Pakej Rangsangan dan Roti Gardenia
      • Hari 8 & 9 : Mulai terasa kesan buruk..
      • Hari 7&8 : Tekanan mula terasa
      • Hari 5 & 6 : Terima kasih kerajaan Malaysia
      • Bila suami meninggal dunia , apa si isteri perlu k...
      • Hari 4 : Sehari sebelum ATM membantu PDRM
      • Hari 3 : Susah sangat ke nak ikut perintah ?
      • Hari 2 : Arahan Perintah Gerakan Kawalan
      • Hari 1 : Arahan Perintah Gerakkan Kawalan
      • Apa perlu buat ketika ini ?
      • Hampir berlaku kemalangan maut !
      • 5 pusat perubatan terbaik di Selangor ! Penting ni !
      • Hah ? Solat Jumaat dibatalkan ? Biar betul ???
      • Apa nak kena buat jika Kuala Lumpur atau seluruh M...
      • Aku hempas telefon itu demi kebaikan anak anak !
      • Dua jejaka kacak Filipino ni punya kedai ayam gol...
      • Hilangkan stress, sengal sengal otot mahupun bikin...
      • Ke mana sampah sarap harian kita itu pergi ?
      • Nak ke mana cuti sekolah ni ?
      • Apa yang menarik di Best Western I-City Shah Alam ?
      • Buka Puasa di Galeri Mufors dengan sajian tradisio...
      • Jika semua pintu masuk negara luar ditutup untuk p...
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Rakan blogger

  • Nina Mirza
    Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi - Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi Korang tengok atok yang... The post Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY...
    Sejam yang lalu
  • Umminani
    Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC) - 14/1/2022 Tahun 2022 / 2023 : Tahun terakhir aku ada anak kecil di tadika. ini juga pengalaman terakhir yang takkan berulang lagi. Even kalau ikutkan 8-1...
    2 minggu yang lalu
  • Eiza GreenAppleKu
    Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Berjemaah Di Rumah - Setiap pagi sambil drive balik dari hantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja, aku suka dengar kuliah secara live di facebook Ustazah Asma' Harun (UAH). ...
    2 minggu yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
Tunjuk 1 Tunjukkan Semua

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes