Ke mana sampah sarap harian kita itu pergi ? - BEN ASHAARI

Ke mana sampah sarap harian kita itu pergi ?

Pernah terfikir tak ?  Setiap minit kita membuang sampah. Plastik , kaca , kertas dan macam macan lagi bentuk. Dalam kepala kita , semua ini akan dikitar semula. Tapi tahu tak , tak semua boleh dikitar semula ! Apa akan jadi dengan sampah sampah tu ? Kemana perginya ?

Yer... 


Bagi negara yang punya teknologi yang canggih serta rakyatnya yang bijak , maka ada pelbagai inisiatif.  Ok... ada yang boleh dilupuskan. Dalam erti kata lain, dilenyapkan. Dibakar dan sebagainya la.. Ikut kepada kemampuan teknologi negara masing masing. Contohnya di negara Filipina , mereka sudah pun punya inisiatif untuk kitar semula segala plastik untuk digunakan sebagai bahan membina jalan raya. 


Negara kita camana pulak ? Pernah tengok tepian pantai kita penuh dengan plastik ? Aku pernah tengok sendiri dan update di blog ni mengenai hutan paya bakau kita , dipenuhi dengan sisa sisa plastik yang datangnya dari lautan terbuka... Mencemarkan sangat ! 



Jijik kan ? Tak kisah la.. asalkan bukan depan rumah kita ! Kan kan ? Tapi lama kelamaan , jika tempat pelupusan sampah dah tinggi mengunung... apa akan jadi ? Maka akan dibuka tempat baru... Tempat lama tu camana ? Hurm.. benar.. akan ada yang uruskan tapi pada masa yang sama , kita akan buka tempat baru pula. Adoiii... Makin penuh dengan sampah sarap bumi kita ni... Negara kita ! 

Apa yang merisaukan aku ialah....hasil hasil dari pelupusan sampah tu.. Jika dikitar semula ok la.. Jika ada yang terlepas ke lautan ? Ikan akan makan sisa sisa tu.. Menjadi sebahagian dari dirinya dan kemudiannya akan ditangkap oleh manusia. Seterusnya manusia akan makan ikan tersebut. Dalam erti kata lain , sebenarnya manusia akan makan sisa sisa plastik itu yang mana akan memberi kesan pada tubuh badan kita. Maka hadirlah kanser dan juga punca kepada kemandulan manusia . Haaa.. ini yang aku dengar ketika hadiri kelas mengenai IVF baru baru ni ! 

Fikir fikirkan la demi masa dengan bumi dan juga anak cucu kita. Apakah kita nak tengok virus terhasil dari segala sampah sarap ini pulak ? Baru nak basmi ? Tak mustahil kan ?

2 ulasan:

  1. tangan2 manusia yg merosakkan bumi tempat tinggal manusia sendiri :(

    BalasPadam
  2. Filipina ada teknologi kitar semula jadi bahan buat jalan.
    Malaysia patut ikut contoh Filipina kitar semula plastik buat bahan yang hebat bukan biasher-biasher je...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.