Hari 1 : Arahan Perintah Gerakkan Kawalan

by - Mac 18, 2020



Lokasi aku ... Kok Lanas , Kelantan.

Aku dah di sini sejak hari Sabtu lepas , yakni sebelum arahan diberikan pada semua rakyat Malaysia. Perancangannya cuma nak beberapa hari di sini tapi arahan dah dikeluarkan dan jangan 'bergerak' dari lokasi masing masing maka... aku dan wife ambil keputusan untuk kekal di sini sehingga 'tamat tempoh. 

Di sini , aku sekeluarga tak perlu panik membeli barangan keperluan. Takda masalah untuk itu. Dan jika aku di Kuala Lumpur , sememangnya aku dah pun bersedia dari 2 minggu lepas. Dah beli sedikit demi sedikit. Barangan yang penting.

Dan hari ini... aku abiskan masa dengan layan anime Jepun jer.. One Punch Man. Lama dah nak tengok tapi tak berkesempatan. Pada masa yang sama , belek berita berita terkini. Aku malas dah nak rasa takut pada Covid 19 ni.  Kalau takut tu datang , akan menghadirkan rasa stress seterusnya membuatkan tekanan darah aku naik... aku mati sebab tekanan darah tinggi la pulak ! 

Manakala di taman perumahan aku , ada isu mengenai Covid 19. Surau terpaksa menjalani pembersihan sebab ada jemaah yang terlibat dengan majlis  itjimak yang menjadi punca kepada kes kes terbaru Covid 19 . Semoga Allah lindungi mereka semua.

Sejujurnya , pendapatan aku yang bergantung pada media sosial ini tergugat 100% !  Hurm.... bukan aku saja tapi ramai lagi senasib aku malah ada yang lebih teruk.  

Sekarang kita dah rasa camana mereka di negara yang terlibat rasa .. Harap mereka yang 'degil' tu , sedar diri akan apa yang kerajaan cuba buat ketika ini walaupun dah terlambat... 

You May Also Like

2 comments

  1. Ooo. Ore Kok Lanas rupanya, dulu masa di sekolah Men. Bukit Jawa,Selising selalu la gi sana melepak dengan kawan2 di kedai makan area Kok Lanas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. isteri dia orang Kok Lanas dia orang Kuala Lumpur.

      Padam