Hari 10 & 11 : Pakej Rangsangan dan Roti Gardenia

by - Sabtu, Mac 28, 2020

Semalam , Perdana Menteri Malaysia umumkan satu pakej khas untuk rakyat Malaysia. Alhamdulillah , ramai dapat manfaat. Dan seperti biasa , ramai yang  mengkiritk. Ok la tu.. Kalau semua setuju pun , bahaya kan ? Hehe.. 

Aku masih tak tau apa yang layak untuk aku. Huhu... Tak belek pun lagi. Tak memerlukan ? Huhuh.. Sejujurnya , aku kena amik apa yang ditawarkan skang ni. Maklumlah , job blog sangkut banyak tahun ni. Tak pe la.. Ada naik dan ada turun. Alhamdulillah. Kena selalu bersyukur. 

Dan pastinya tahun ni , aku tak mampu nak bayar zakat... buat pertama kalinya ! Tapi kalau ada rezeki lebih, aku akan bayar gak. InshaAllah. 


Hari ni, aku keluar ke bandar Ketereh. Nak ke pejabat pos. Puas dah cari runner. Berjawab bila mesej tapi takda jawapan seterusnya. Tak pe la.. Aku gi sendiri jer.  Dan awal pagi , aku gerak ke sana. Polis dan tentera yang jaga roadblock sangat bekerjasama. Aku sorang je dalam kereta dan siap berface mask. Dan kerta aku terang jer.. Yang kena tahan kebanyakkannya bercermin gelap. Aku pun tak tau la kenapa diorang nak gelap sangat cermin tu ! 

Dan sesampainya kat pejabat pos.. tutup ! Hurmm... Nampak gayanya , esok sekali lagi kena keluar. Aku malas nak keluar sebab nak kurangkan risiko jangkitan . Aku tak paham camana la diorang tu boleh ke hulu ke hilir dengan selambanya. Haih... kalau kena , naya woo ! Bukan takut mati tapi kita menyusahkan orang lain. Menyebabkan merebaknya satu hal.. kena kat anak anak ? Haaa... 

Aku terus balik ke rumah. Malas nak singgah mana mana. Dan setibanya depan rumah , nampak lori paling popular masa kini depan kedai ayah mertua aku.. Fuh lamak ! Pertama kali aku teruja tengok lori Gardenia ni. 

Aku terenyum jahat ! Hehehe.. Payback time ! Dulu diorang eksen dengan post gambar travel kan ???? Haa... sekarang aku post gambar dengan roti Gardenia yang takda sapa nak bererbut pun ! Heheheh... 




Tiba tiba rasa macam posing kat depan Eifel Tower ! Huhuhhu...  Tapi aku tak beli pun. Aku kurang makan roti putih sekarang ni. Kalau yang krim tu makan la.. 

You May Also Like

3 comments

  1. yang krim tu manis aben. Try beli yang wholemeal. Bagus utk kesihatan

    BalasPadam
  2. Memang payah gu nok bulih roti gardenia sekarang ni. Saya sediri po 2-3 kali pegi kedai baru dapat. Mujur Speed mart 99 selang dua pintu jah dari tempat saya kijo. Nampok je lori roti Gardenia samapi, terus gi beli.

    BalasPadam
  3. semenjak PKP roti terjual anya dalam beberapa jam. OMG memang ternyata panic buying btw entry terbaru saya
    https://ummuhurairah78.blogspot.com/2020/04/geseran-tahun-6.html

    singgah baca tau

    BalasPadam