Nak ke mana cuti sekolah ni ? - BEN ASHAARI

Nak ke mana cuti sekolah ni ?

Arahan untuk tidak berkunjung ke negara negara popular , perlu dipatuhi. Tak kisah la berapa banyak sanitizer yang korang nak bawak... berapa besar topeng korang nak pakai atau nak pakai sarung tangan Iron Man sekali pun... tolong patuhi ! Ini bukan soal korang punya duit atau dah lama tunggu tapi ini soal negara ! Kalau korang je kena , tak pe.. Ni abis ramai terlibat sama seperti kes ke 26 baru baru ni ! Haaa...

Kalau nak pergi gak.. harapnya masa balik tu nanti , kuarantinlah diri tu selama 14 hari sebelum bertemu insan insan lain. Janganlah menyusahkan orang lain lak yer.. Orang lain pun nak gi gak melancong atau ada kerja kat luar negara tapi ditangguhkan sehingga keadaan reda.. haa ! Ok ?

Dan syarikat penerbangan pun... janganlah goda dengan kasi tawaran luar akal punya. Tau la nak jaga periuk nasi tapi kena gak la paham situasi skang ni yer.. Kalau nak kasi, kasi la yang dalam negara punya. Baru syiokkk.. kan kan ?




Batalkan atau tangguh percutian korang tu dan melanconglah dalam negara jer.. Dalam negara sekarang pun dah murah murah khabarnya. Maklumlah , hotel hotel yang bertaraf bulan bintang ni dah mengalami kerugian dek kerana ramai pelancong luar negara dah batalkan tempahan mereka. Pastinya nak cover kerugian tu dengan mengharapkan pelancongan domestik. Katanya hotel di Sabah dah kasi harga kaw kaw punya murah ! Nah ? Tunggu apa lagi ?  

Selain Sabah , aku rasa di Pulau Pinang pun mesti banyak hotel yang kasi murah murah. Kalau tanya aku nak pergi mana ? Apa kata pusing Utara... Andai kata korang tinggal di Kuala Lumpur , mulakan percutian dari Perlis kemudian Pulau Pinang pastu ke Kedah dan diakhiri di Perak. Nah... syok woooo.. Dapat jalan banyak negeri. Kalau nak eksplore satu negeri berhari lamanya , korang boleh cuba Perlis dulu... Atau Pulau Pinang. Situ ada banyak tempat tempat menarik yang korang boleh kunjungi bersama keluarga. 

Dengan cuaca panas sekarang ni , memang ok sangat la ke negeri negeri yang panas. Baru boleh syok berjalan. Takda nak risau hujan bagai... Korang boleh baca artikal di bawah ni untuk rujukan tempat tempat menarik yang boleh dikunjungi :



Haaa... aku kasi situ je dulu eh ! Gi la bercuti kat dalam negara sebelum masuk bulan Ramadan atau sebelum kita tak berpeluang mengunjunginya lagi. Mana la tau kann.. Macam Mekah tu... Jepun... kita ingat kita boleh gi bila bila jer.. asal ada duit ! Tapi tengok apa jadi sekarang ? Haa.. maka itu, jika rasa nak bercuti... duit ada .. pergilah ! Jadikan memori bersama keluarga tercinta.. Ciptakan seberapa banyak yang boleh.. 

Kalau takut virus , duduk umah jer la eh...

2 ulasan:

  1. Betul. Be smart untuk kesihatan keluarga dan orang lain. Ada yang cakap, rezeki (tawaran tiket penerbangan harga murah)dan tawakal (bercuti ke negara ada kes). Macam nak sekeh je jenis manusia pendirian macam tu. Kah kah kah

    BalasPadam
  2. Setuju.. cuti2 dalam negara pun best. Support #vm2020

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.