Hilangkan stress, sengal sengal otot mahupun bikin recovery di PRO MMR - BEN ASHAARI

Hilangkan stress, sengal sengal otot mahupun bikin recovery di PRO MMR

Wife aritu terseliuh. Tisunya koyak sedikit kata doktor. Aku lak , non stop action di gym. Bukanlah nak sado tapi lebih pada nak berpeluh tanpa henti gitu. Hehehe.. Kalau aku tak gi gym , nafsu makan aku ibarat T-Rex berbuka puasa. Bukan sehari punya puasa tau.. sebulan ! Semua benda nampak , na bedal ! Nah.. gitulah aku punya tahap nafsu nak makan ! Tengok kepala lori pon sedap !! 

Kesannya.. yearh.. sengal sana sini la. Dah lama aku plan nak kembali ke PRO MMR ni. Tapi tak berkesempatan. Banyak sangat kerja. Dan akhirnya ,  selepas ada geng nak mengurut... aku ke sini. Bawak wife sekali. Dia ni lak jenis manja. Urut sini dah sakit ! Tapi pelik , bila 'bergaduh' ngan dia , tak pulak nak sakit ! Kental je jiwa. Tong gas pun leh angkat gitu jer ! Pelik orang perempuan ni sebenarnya. Ada kederat tersembunyi gitu.. Huhuh..

Nah.. sambung cerita.. Di Pro MMR Bandar Seri Permaisuri , Cheras ni aku suka pergi sebab mudah nak dapat parking terutamanya hari minggu. Hari kerja tu , memang agak padat tapi kalau rajin , boleh parking jauh skit la. Namun lokasinya bagi aku , sangat strategik. 

Kenapa sini ? Ok. sejujurnya , kalau nak sport massage .. aku memang pilih sini. Dan perlu tau , bila melibatkan fizikal ni , ada macam macam jenis massage ada.. Aku dah cuba kebanyakkan. Masing masing ada kelebihan. Kalau nak relaks, aku suka gi sini la.. Sambil di urut , leh lena gitu.. Hahaha.. Tapi pastikan bagitau kat mana korang 'bermasalah'. 

Dan kawan kawan aku yang gi sini memang puashati. Siap rekemen kat kawan kawan yang lain. Wife aku , selepas massage , aku tanya dia. Dia kata sangat berpuashati dan nak buat sebulan sekali. Maklumlah , stress dengan kerja dan penat urus rumah. Huhuh.. 

Bagi korang yang kaki sukan... suka belari  atau berbasikal.. sesekali kena buat recovery yer. Jangan biarkan je. Bahaya. Kesian kat badan tu gak. Dan sekarang , PRO MMR ada buat promosi. Korang boleh tanya terus pada Puan Nas di 017 2109 734  mengenai harga promosi atau jika nak buat event sukan , pon boleh jemput diorang.. Heeheee..





Tel :  017 2109 734 ( Nas ) 

3 ulasan:

  1. wow menariknya.. rasa nak pergi gak . huhu

    BalasPadam
  2. Bandar sri permaisuri dah dekat sangat rumah mertua. Boleh la bawak suami pegi sini nanti

    BalasPadam
  3. wahhh bestnya..dah lama nak try sport massage....boleh cuba ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.