Hari 2 : Arahan Perintah Gerakan Kawalan - BEN ASHAARI

Hari 2 : Arahan Perintah Gerakan Kawalan

Segalanya berjalan dengan lancar. Teringat di rumah. Hurm.. nasib baik wife bawak semua  barang berharga balik ke Kelantan. Takda masalah bab stok makanan di sini , buat sementara waktu ni. Namun kena berjimat jugak. Kena ada simpanan semua sumber. Selagi boleh simpan , simpan. Maklumlah , tak tau bila akan berakhir dan aku tak rasa dalam sebulan dua sebab dikatakan di China yang kononnya dah kurang kes tapi mereka pernah dapat Covid 19 , kembali positif ! Selagi takda vaksin , berjaga jagalah. 

Hari pertama penguatkuasaan arahan , menampakkan kejahilan sebilangan rakyat Malaysia yang tak reti bahasa. Masih ada yang keluar lepak kedai minum. Kononnya tak menganggu sapa sapa pun. Adeh.. Diorang ni mungkin tak faham camana virus Covid 19 ni merebak. Agaknya diorang nak nampak kot virus tu macam kusta ? Baru nak cuak bagai ??? Haihh... 

Perdana Menteri , TSMY malam tadi , dah merayu supaya rakyat Malaysia mengambil berat akan perintah ni. Harapnya hari ke 2 , takda dah isu ni dan kakitngan KKM dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih lancar lagi.  Semoga Allah oermudahkan urusan dan rahmati mereka. 

Malam tadi... diapers Aariz abis. Stok ada tapi bukan jenis dia biasa pakai. Punyalah puas paksa dia pakai tapi dia tak nak . Meraung raung tak nak. Hurmm.... Aku pening dah ! Camana ni ? Takkan nak keluar gi pasaraya lak ? 


Nak tak nak , malam tu kena kuar gak. Bawak sanitizer yang beli kat farmasi punya. Aku ke pasaraya yang tak ramai orang. Untunglah aku tau selok belok kat sini berkat dok ulang alik ke gym. Hehehe.. Dan barangan pun banyak kat situ. Nasib baik stok jenama Aariz tu banyak. Lega aku. Terus aku suruh wife amik banyak ... sekurangnya untuk 2 bulan terus. Huhuh... 

Camana aku bersenam lak ? Hehehe.. aku kena aktif untuk elakkan aku banyak makan. Nasib baik aku bawak balik push up board dan abs roller. Untuk fitness , aku ada stepper di sini.. tangga rumah ! Hehehe.. Berkesan la.. Boleh la dari takda kan ?

Pesan aku.. kurangkan makan. Belajar belajar berpuasa atau paling tidak pun , cuba makan ala kadar. Jangan boros.  Dan rajin rajin bersihkan diri tu terutama tapak tangan.. 

Stay safe ! Semoga Allah lindungi kita dan tamatkan wabak ini. Aaamin..

4 ulasan:

  1. Semoga keadaan pulih seperti biasa

    BalasPadam
  2. Susah yang tak faham Bahasa ni, ingat ini pekara main-main kot. Suruh duduk rumah nak elak wabak dari terus merebak tapi...aduhai letih 🤪

    BalasPadam
  3. Semoga kita semua dilindungi dari Wabak Corona Virus ni.

    BalasPadam
  4. semoga kita semua dilindungi olehNya dari wabak Covid19 ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.