BEN ASHAARI



Terbaca la komen seorang wanita ni pada posting video aku yang lepas. Video seorang pakcik berusia 60an yang masih fit ke gym. Katanya buat apa dan apa gunanya ? Hurm... Bagi yang tak tau la kan, fit di usia atas 40an ni sangatlah penting tambah tambah lagi jika ada anak anak yang masih kecil.

Aku pernah alami sakit pinggang. Tak leh nak bergerak dengan baik. Pernah sakit lutut yang menyiksakan. Pernah ada Gerd dan ada Anxiety yang membuatkan aku takut nak makan dan keluar rumah. Ada tekanan darah tinggi yang membuatkan aku selalu sakit kepala dan nak tidur jer. Baran tak tentu masa !!! 

Alhamdulillah.. aku dah tahu puncanya dari mana. Aku kawal dari situ. Ramai yang tak ambil pusing dan berpegang pada 'nikmatilah' dunia ini seadaanya berbanding aku yang lebih suka 'bersederhana' saja dan fokus pada membesarkan anak anak untuk pastikan mereka  menjadi insan  yang berguna dan jangan jadi sampah kepada masyarakat serta negara ! 

Bersenam bila ada waktu tu bagi aku salah. Carilah waktu untuk bersenam ! Kalau kita ada masa untuk melayan media sosial dan ada waktu untuk makan , pastilah ada waktu untuk bersenam. Memadailah sehari 30-40 minit saja ! 







Bila kita fit... bila kita boleh berlari dan berjalan jauh... bila boleh angkat benda berat.. percayalah, korang akan sangat sangat bersyukur. Bayangkan , jika nak angkat tong gas pun tak larat. Nak tunduk kutip baju pun sakit pinggang.. makan ubat hari hari ! Berbijik bijik lak tuuu.. Tak ke kesian kat tubuh badan kita sendiri ? 


Dan lebih naya.. nak gi solat berjemaah pun tak mampu. Bergenang air mata. Kenapa masa  sihat dulu tak nak jaga kesihatan ? Dah sakit ni.. macam macam pasang azam. Tapi bila dah sihat kembali, buat balik perangai lama.

Gi kejar makanan viral.
Makan siang malam tak kira waktu.
Malas nak bersenam. Bukan nak sado pun ! 
Solat je kat rumah. Takda masa nak gi masjid atau surau ! 

Fit di usia tua ni.. serupa dapat peti emas di tangan. Ramai kawan kawan seusia aku dah ada penyakit 3 serangkai yang mana sebenarnya boleh dielakkan ! 

Hargailah sementara Allah kasi pinjam.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Setiap kali aku ke rumah adik ipar aku di Sungai Buloh, aku akan memandang gym ni. Tertanya tanya bagaimana keadaan gym ni. Luarnya memang dah nampak berusia la. Tapi dalamnya ? Apakah ni gym old skol ?

Sehinggalah satu hari tu, aku tergerak hati nak gi selepas pulang dari KIP Mall yang terletak berhampiran dengan Fit Zone Gym ni. Bila aku naik ke atas, aku cam.. Wow ! Kemasnya gym ni. Aku ingatkan gym ni macam.. tak terjaga gitu atau biasa biasa je. Yelah , aku pernah masuk gym yang mana mesinnya siap ada sarang labah labah malah labah labah bersize besar pun masih ada kat situ ! Hahaha.. adoilah. 

Aku minta izin dulu berjalan dalam tu. Nak tengok mesin mesin yang ada dalam tu. Jika ada yang aku suka layan , maka aku akan kembali petang tu. Heee.. Dan ya, ada banyak mesin yang aku rasakan berbaloi untuk aku masuk berbayar ! Hahahaa..

Berbual dengan salah seorang pemilik gym. Katanya sebelum ni gym ni milik seseorang tapi adiknya dah ambil alih dan tak terurus. Kemudian dia dan kawannya beli lalu membuat ubahsuai dan penambahbaikan. Katanya lagi baru 2 bulan mereka kembali beroperasi. Ternyata berbaloi kerana ramai yang datang walaupun gym ni boleh dikatakan sedikit kecil. Bagi aku , ok la.. Dapat layan berpeluh juga dari lepak kedai makan je ! 

Walk in , RM7. Pelajar , RM6. Bayaran untuk sebulan jika tak nak bayar walk in , RM110. Bagi ok dah ni harganya. Siap ada jual bancuhan whey protein bagi yang berminat. 

















Amacam ? Ok la kan ? Aku dah cuba 2 hari dan bagi aku, ok ! Barang semua dalam keadaan baik. Tandas pun bersih. Syok datang waktu pagi kerana petang ramai. Bukan jam 10 dan tutup jam 12 malam. 

Pastinya aku akan ke sini setiap kali ke Sungai Buloh. Takda la sangap lagi. Heeee... Maklumlah, bila aku ke mana mana... dua menda aku akan cari.. satu masjid dan satu lagi gym. Alhamdulillah..  Ha, korang yang tinggal area situ dan mencari gym... boleh la ke sini ! 

 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Katanya bakal dilaksanakan pertengahan tahun depan. Jika ianya berlaku, banyak aktiviti harian aku kena rombak semula sebab melibatkan penggunaan petrol. Antaranya gi solat berjemaah ke masjid yang mana jarak dari rumah aku ke masjid , 4km. Pergi balik , 8 km. 

Ke sekolah , antar anak anak lak.. 2km. Pergi balik 4 km. 2 kali ulang alik dah 8km sehari. Manakala untuk ke gym pula , hampir 8km. Pergi balik , 16 km. Biasanya aku akan pergi 2 kali sehari. Maka dah jadi berapa ? Petrol aku isi, 5 hari sekali. Kos terlibat dalam RM50. 

Wife aku lak ? Ke pejabat dia setiap hari.. 20km. Tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Ambil masa untuk sampai ke pejabat, hampir sejam ! Seminggu sekali isi , hampir RM70 gak la. Tu pun cuma guna untuk pergi balik kerja jer. 

Kalau aku ke rumah mak aku.. biasanya seminggu sekali, Jarak dalam 40km. Pergi balik 80km. Ke rumah adik ipar di Sungai Buloh , sebulan 2 kali.. jarak 70km.. gi balik 140 km. Dan balik kampung , Kelantan ? Akan isi 2 kali penuh. Berapa dah ? 



 Jika subsidi petrol ditarik dan harga akan naik , rasanya aku akan potong bahagian aktiviti harian aku yakni ke gym. Aku mungkin tak perlu dah jadi ahli di gym tu dan hanya akan pergi gym seminggu 3 kali saja kot? Selebihnya aku bersenam di rumah jer. Perlu ingat.. aku gi gym hari hari sebab itu cara aku bersosial cara sihat.Ke masjid , inshaAllah diteruskan.

Cuma persoalannya.. apakah subsidi petrol akan ditarik seperti yang diperkatakan ? Bagi aku , ada dua kemungkinan.. Pertama , kerajaan memang takda duit dah. Takda income. Pelabur pun tak nak masuk sebab takda daya tarikan terutama dari sudut pentadbiran dan yang kedua , ini cuma strategi 'superhero' memandangkan tak lama lagi akan ada pilihanraya. Kita pun tahu yang 'mereka' ni dah spin banyak perkara berkali kali. Nanti bila sampai masa, akan ada cerita lain pulak. Automatik, mereka dijulang sebagai wira rakyat terutama pada penyokong mereka. 

Aku bukanlah penyokong mana mana parti. Dari kerajaan dulu lagi aku dah mengkritik jika ada yang tak betul dan zalim pada rakyat seperti AES , GST dan jangan lupa pada tahun 2017 , petrol pun pernah diapungkan.. jadi mahal weh ! Aku hentam gak !! 

Kalau dah tahu mahal , kerja keras la eh ? Abah kau.. kau nak rakyat Malaysia ni jadi hamba pada duniawi ke ? Sapa yang dulu beria berjuang untuk rakyat ? Turun harga petrol... tol.. pendidikan percuma. Sekarang ??? 

Lagi pun kata mereka.. hanya T15 je yang kena ! Yang lain tak kena weh. Betul. Tapi masa isi petrol tu, kau pun kena isi mahal !! Memang la formula diorang duit bantuan akan diberikan. Kau ingat rutin harian kau sama je ke ? Lainlah duduk dalam gua. Memang sama jer. 

Tu belum masuk bab pemakanan sihat. Katanya akan turut naik juga. Yang tak sihat , murah ! Heee.. makin ramai sakit la ye ? Kos perubatan makin mahal. Sekali demam selsema , gi klinik swasta dah telan RM60-70 ! Gi klinik kerajaan ? Hahahaha.. adoilah. 

Tunggu dan lihat jer la kita.  Oh ya, kalau korang yang baca ni para sibertrooper PH , fikirkan keberkatan pendapatan korang tu ya. Jenuh kalau rakyat Malaysia hari hari berdoa pada Allah meminta pertolongan. Penat weh.. kena kencing hari hari !  Tak penat ke ??? Tanya sama hati tu... 




Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Haaa , sekali lagi mereka kembali ! Dua tahun berturut dah aku gi Tamashii Spot Pop Up Ultraman Ultra Heroes ni. Dan setiap kali mereka buat , mereka akan perkenalkan Ultraman baru. Tahun lepas Ultraman Blazar. Tahun ni , Ultraman Arc lak  katanya akan muncul! Haaaa... Itu sebab aku nak gi tengok. Hahahaa.. Anak anak tak ikut sebab sekolah. Tak pe, daddy gi dulu. Nanti cuti , kita gi sekali lagi. 

Dan menariknya kali ni ialah lokasi diorang punya event ni , mudah nak akses ! Naik MRT jer. Terus sampai dalam mall. Jalan kaki 2 minit, sampai dah. Tak payah nak redah kesesakkan lalu lintas. Oh ya, turun stesen Cochrane yer. Ikut laluan Mytown. Naik ekslator dan tadaa.. sampai ! 

Umur bukan penghalang minat ! Hahahaa..

Suka Blazar sebab design dia gempak ! 

Seperti biasa , tarikan utama dia adalah persembahan pentas yang mana Ultraman akan bergaduh dengan raksaksa ! Haaa... secara live ya ! Boleh la anak anak tengok sendiri dan jadikan memori untuk mereka. Diorang akan ingat punya menda menda gini. 

Kali ni syok persembahan pentas. Ada banyak Ultraman terlibat dan raksasa. Lama gak la persembahan dia. Dalam 20 minit gitu. Memang anak anak yang tengok nanti akan berpuashati. Menghiburkan dan terpesona masing masing.  Antara Ultraman yang terlibat ialah Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed.

Dan si ayah leh lari jap gi tengok patung patung figura yang ada dipamer dan dijual di situ.  Hehehee... Jangan lupa bergambar dengan patung Ultraman bersize manusia tu yaaa.. Ada Blazar dan Arc ! 


Antara figura Ultraman yang istimewa kali ini ialah ULTRAMAN Belial Clear Color ver, ULTRAMAN ZERO Clear Color Ver ,  ULTRASEVEN [THE MYSTERY OF ULTRASEVEN]  dan ULTRAMAN (THE RISE OF ULTRAMAN). Harga boleh dibeli dalam RM200+ jer.  Kalau dah minat , kasi rembat jer. Hahaha.. Simpan buat koleksi. Mana tau , harga akan datang lagi mahal. Haaa ! 


Selain figura Ultraman , Son Goku ( Dragon Ball ), One Piece , Naruto , Demon Slater , Kaiju dan banyak lagi ada di pamer serta dijual untuk orang ramai. Katanya edisi kali ni gempak gempak dan limited ! Haaa... kena cepat cepat beli. Kang tahun depan , takda dah .

Oh yaa.. ada yang harga ribu ribu ! Hahaha.. Terkejut la tengok gak tapi kalau dah minat , nak kata apa dah kan ! 

  • METAL BUILD EVANGELION TEST TYPE-01 CHOGOKIN 50th Exclusive ( RM 2046 )
  • METAL ROBOT SPIRITS WING GUNDAM ZERO CHOGOKIN 50th Exclusive (RM1279 )
Dan banyak lagi !  Puashati la berpusing n bergambar kat situ. 



Cepat ! Ada masa lagi nak gi ! Bawak anak anak dan bawak duit ! Hahahaha.. baru syokkkk.. 

Lokasi : Central Town, Aras Bawah, Pusat Beli-Belah MyTOWN, KL,  
Tarikh : 18 – 27 Oktober 2024 |  
Masa : 10 pagi – 10 malam 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Aku tak nak cerita pasal orang camana mereka boleh dapat tekanan darah tinggi sebab aku bukan doktor. Hee.. punca , ada banyak. Yang aku nak fokus ni ialah aku sendiri yang melibatkan gaya hidup tak sihat dan diet pemakanan yang merabu raban. 

Dulu.. aku punya life memang hancur. Takda disiplin. Tidur lewat , bangun lewat. Makan , nak sedap dan ikut dan je kata orang utara. Maksudnya makan ikut suka. Kedai mamak , memang wajib singgah hari hari. Roti canai, nasi kandar tu dah kira wajib la. Sekali balun roti canai, mesti 2 keping dengan kuah banjir. Pagi hari ? Pergh... roti putih cicah kopi atau air coklat. Kopi 3 in 1 , mesti 2 sachet. Baru paduuu ! Malam... cari mekdi ! Nak layan aiskrim atau beger dia. Waduh, nikmat ! Megi ? Jangan cerita laa.. sekali balun mesti 2 bungkus. Mee goreng segera ? 5 bungkus sekali jalan. Apa nak risau.. gym kan ada ! 

Pertengahan 20an , aku dah rajin dapatkan surat cuti sakit ! Sebab ??? Rajin sakit kepala. Sakit tengkuk. Selalu je urut dahi. Arwah ayah dah pesan tapi aku degil. Bila gi check doktor , dia terkejut. Bapak tinggi la bacaan tekanan darah aku. Dia sendiri tak percaya ! Dia ugut nak telefon ambulan. Ambil aku gi hospital sebab tinggi sangat ! Aku jawab aku ok jer ni..

" Awak hisap rokok ? " 

Aku gelengkan kepala. 

" Awak kurang bersenam ni. "

Aku jawab.. hari hari saya gi gym ! Dan aku kasi tau, aku stress di tempat kerja. Tekanan kerja la kot yang bikin bacaan tinggi. 

Maka doktor kasi ubat dan sijil cuti sakit. Dia kasi aku 2 minggu untuk turunkan bacaan tekanan darah. Dia minta aku ubah gaya hidup dan pemakanan. Keluar dari klinik, ubat aku buang. Aku nak MC tu jer. Huhuh.. 

Bila dah menikah , aku masih lagi dengan gaya hidup gitu. Kali ni bersama sang isteri lak. Layan makan makanan sedap sambil layan Kdrama ! Hahahaha.. 

Tahun 2009 . blogger lak. Aduh.. Food review memanjang. Macam macam dibedal aku atas tiket review. Aduh...Disini keadaan makin memudaratkan. Ada kawan tegur kenapa aku punya pernafasan sepertu ada asma. Begitu juga bila aku ke klinik bila jatuh sakit. Doktor yang periksa akan tanya soalan gitu. Pelik.. aku mana ada asma ! 

Segalanya berubah , bila aku dapat job review di Phuket , Thailand. Di situ aku belajar mengenai detox tubuh badan. Balik Malaysia , aku buat. Yelah, mana tahan kan asyik sakit kepala. Sakit kepala darah tinggi ni , lain macam weh. Memang boleh buat orang hilang akal jap. Nak kasi ok , kena makan ubat tahan sakit ! 

Tapi sampai bila nak makan ubat tahan sakit. Rosak buah pinggang woi ! 

Aku amalkan minum air jus yang digabungkan bersama sayur dan buah. Alhamdulillah, ada la kurang skit tapi masih tak cantik. Apa yang tak kena ?? Apa yang aku salah ? Rasanya aku buat betul dah. Tapi rupa rupanya.. masih banyak yang salah. 

Apa yang aku kena buat ialah UBAH DIET PEMAKANAN dan BERHENTI MAKAN MAKANAN SAMPAH YANG MEROSAKKAN PERUT ! Kalau aku tak ubah, aku kena makan ubat doktor. Kalau tak , bahaya menanti. 2 orang dah kawan aku meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi. 

Alhamdulillah.. di usia hampir 50 ni, aku berjaya ubah segalanya. Bukan aku saja.. malah sang isteri dan anak anak juga ikut sama.  Tak susah sebenarnya. Cuma kena tau apa yang perlu elakkan dan perlu kena makan hari hari. Itu pun selepas wife jatuh sakit ! Tanda Allah sayang kitorang. DIA suruh ubah gaya hidup.

Bila aku mula jaga pemakanan, ada yang kata aku tolak nikmat dunia. Ek eleh... ko tak sakit lagi , boleh la sembang. Ada yang bergantung ubat doktor hari hari tapi masih tak jaga pemakanan. Katanya, ubat kan ada ! Tak pe la.. aku tak perlu nak bertekak dengan orang gitu. Kau banyak duit , tak pe . Aku duit takda. Anak anak perlukan aku lagi. Dan aku sendiri kena tunjuk contoh yang baik buat mereka. Kalau tak, bila mereka sakit , diorang kata genetik ! Walhal diorang ikut contoh mak ayah !! 

Sekarang.. seminggu sekali aku check bacaan tekanan darah. Alhamdulillah. Tidur awal, bangun awal. Terus gi solat Subuh di masjid. Satu kenikmatan yang sesungguhnya.. hurm.. tak terkata ! 

Bacaan sejam selepas workout di gym


Bacaan malam sebelum nak tidur



Tips mudah nak jaga makan bagi mereka yang berpenyakit melibatkan perut , boleh baca di SINI. Penyakit melibatkan perut yang aku maksudkan adalah seperti tekanan darah tinggi, kencing manis , gastrik , gerd , anxiety dan sebagainya. Moga bermanfaat.

Ada yang kata nak makan apa kalau tak makan nasi ?! Tak kenyang la kalau tak makan nasi. Aku berhenti makan nasi putih hampir nak 3 kali raya dah ! Hahahaha.. Ya, nasi putih tak bersalah tapi korang kena tau.. kena tahu ya ! Nasi putih sekarang ni tak sama macam dulu. Berbeza sangat dah. Banyak banyakan membaca. Aku bukan anti nasi putih ya. Cuma aku tahu keadaan kesihatan aku amat berbeza lepas berhenti makan nasi putih ni. Tak caya , korang boleh cuba buat untuk seminggu dua. Pertama sekali , korang akan mengigil. Apasal korang gigil ? Biasanya orang mengigil ni sebab apa ? Haaa... pikir ya. 




Aku makan macam ni je. Alhamdulillah , cukup untuk perut dan penting sekali , perut aku selesa je tak seperti lepas makan nasi putih. Rasa kemengahan ! Beza siut . Dan satu lagi , aku amalkan minum air halia sebelum dan selepas makan. Banyak bagus woo untuk perut. Guna serbuk halia jer. Korang leh cari aku di Facebook untuk dapatkan tips tips pemakanan yang lain. Panjang sangat nak cerita kat dalam ni. Korang boring nak baca. Hahahaha.. Tapi sesungguhnya, kesihatan ni mahal harganya sekarang. Sekali masuk klinik , terbang RM50 ! 

Bagi yang suka berkira kira dengan kalori pemakanan , boleh guna aplikasi ni utk mengetahui kalori makanan atau minuman yang korang nak ambil tu. Mudah sangat je..  Install. Amik gambar. Tau dah kalori makanan tu berapa. Walaupun tak tepat , tapi ada la juga info dari tak tau apa apa.. 

Download di : https://dietiqa.com

Guna kod : W95JLM



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hari hari makan telur rebus. Kekadang ada telur goreng. Masak dengan minyak sawit atau minyak zaitun. Lemak sihat. Kalau main tak berat sangat ok la. Tapi hari tu kalau tetiba main berat dan terasa banyak guna otot, rasanya makan telur saja macam tak cukup jer.. Tu aku la. Korang , aku tak tau la. 

Protein ni penting untuk pemulihan otot. Kalau tak, camana nak sihat otot tu kan ? Haa.. Kalau nak kasi besar pun, kena tambah lagi pengambilan protein dan juga bahan lain. Untuk aku, macam ni pun ok dah. Tak larat nak bela besar besar otot ni. Makan modal. Hahahaha.. 

Ok..Real food tu penting. Sumber protein utama termasuklah creatine , glutamine dan sebagainya, hendaklah didahulukan dengan real food. Kalau tak cukup , barulah cari makanan tambahan. Persoalanya, jenama apa yang boleh dipercayai ? Banyak sungguh jenama di pasaran sekarang ni. Apakah semua itu ok untuk dimakan ? 

Hurm... Kalau tanya aku la kan... menda menda ni , last sekali la. Kalau dah takda pilihan dan adakalanya payah juga nak jumpa dalam pemakanan. Kena ambil melalui makanan tambahan cuma takda perlu ambil hari hari. Kena tanya doktor korang dulu la. 

Whey protein.. ada 3 jenis whey protein. 
  1. Whey protein concentrate (WPC) 
  2. Whey protein isolate (WPI) 
  3. Whey protein hydrolysate (WPH)
Yang boleh masuk dengan aku ialah isolate dan hydro. Satu lagi tu, tak leh dah. Kalau masa muda dulu ok la. Tapi sekarang, rasa macam sebu je perut kalau masuk. Haaa.. Dan macam macam jenama dah aku telan. Ada yang manis dan ada yang tawar. Harga pun tak sama.  Ikut kemampuan masing masing. Ada yang bikin badan naik tapi tak lama. Hahaha.. serupa masuk angin je la. Dan ada yang berkesan tapi takda la jadi level berketul ketul. Jangan percaya sangat la amik ni boleh bikin sado kaw kaw. Korang kena makan makanan yang sebenar dan wajib angkat beban. Kalau nak sado yang cantik la. Bukan sebu. 

Jadi sekarang ni.. aku amik jenama ni. Sebulan sekali je. 1kg. Sehari satu scoop. Dapat 2 minggu lebih. Pastu aku rehatkan dulu pengambilan. Dalam seminggu rileks.. pastu beli lagi. Bila gi travel, aku fokus real food. Aku tak nak bergantung pada suppliment ni walaupun dia cukup campuran dalam tu.  

Kesimpulan.. bagus untuk diambil selepas workout. Pastikan makan dulu telur rebus sebutir dua baru minum. Tujuan buat gitu untuk elakkan pencernaan terlalu pantas. Kasi la proses dulu.. haaa.. gitu ! 


HALAL 



Berminat untuk order : https://s.lazada.com.my/s.NRNyu?cc

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Tempe... sapa tak suka kan ? Hahaha.. Sedap weh ! Bukan saja sedap tapi berkhasiat. Sumber protein dan juga bersifat probiotik yang mana ianya bagus untuk perut kita. Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan. Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.

Untuk pengetahuan korang , tempe ni berasal daripada suku Jawa bahagian Ponorogo di Pulau Jawa, Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

Kata "tempe" berasal dari bahasa Jawa Kuno. Pada zaman Jawa Kuno terdapat makanan berwarna putih terbuat dari tepung sagu yang disebut tumpi. Tempe segar yang juga berwarna putih terlihat memiliki kesamaan dengan makanan tumpi tersebut.

Khasiat tempe : 
  • Makanan yang Berzat. Tempe mempunyai profil nutrien yang baik. ...
  • Mengandungi Probiotik. ...
  • Boleh Membantu Merendahkan Paras Kolesterol. ...
  • Boleh Membantu Merendahkan Tekanan Darah. ...
  • Boleh Menguatkan Tulang. ...
  • Boleh Melindungi Hati. ...
  • Tinggi dengan Protein.
Setiap kali gi pasar basah, wife aku akan beli sekurang kurangnya 2 bungkus tapi aku tambah lagi 2. Bermakna seminggu 4 gitu la.. Cuma tak pasti akan abis semuanya. Dan anak anak pun suka makan begitu saja. Ganti makanan ringan di rumah.. 

Cuma.. itulah.. Kita kena makan dengan kadar sederhana. Yer, semua benda kita kena makan dengan sederhana. Jangan berlebihan. Tetap ada kemudaratan.  Makan saja untuk meneruskan kehidupan. 



Bagus komen ni. Ianya membuatkan aku mencari info mengenai Oxalate ni. Aku pun cari la info pasal Oxalate ni di Google. Oksalat adalah sejenis sebatian atau molekul yang boleh didapati dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan juga tubuh manusia. Dalam tumbuhan, oksalat ini berfungsi menyingkirkan lebihan kandungan kalsium. Oleh sebab itu, oksalat banyak dijumpai dalam tumbuh-tumbuhan berbanding sumber makanan lain. Namun tubuh manusia tidak begitu memerlukan oksalat. Malah, terlalu banyak oksalat dalam tubuh sebenarnya boleh menyebabkan batu karang. sekali gus dianggap pantang larang batu karang.

Apabila kita makan makanan yang mempunyai oksalat, oksalat akan melalui saluran pencernaan tubuh kita. Ketika di dalam saluran pencernaan, oksalat akan bercantum atau melekat dengan kalsium dan akan disingkirkan melalui najis atau air kencing.

Namun, jika terlalu banyak oksalat melalui kawasan buah pinggang, ia boleh membentuk batu karang buah pinggang. Semakin tinggi tahap oksalat dalam tubuh, maka semakin besar risiko anda untuk mendapat batu karang jenis ini. 

TAPI jangan risau ! Haaaa.... untuk pengetahuan korang , oksalat dalam tubuh dapat disingkirkan apabila ia bercantum dengan kalsium. Oksalat akan bercantum dengan kalsium semasa proses pencernaan makanan sebelum ia sampai ke bahagian buah pinggang anda. Dengan itu, risiko pembentukan batu karang buah pinggang juga akan semakin berkurangan.

Antara sumber makanan tinggi kalsium adalah seperti:
  • Brokoli
  • Vitamin C
  • Kacang parang
  • Kacang kuda
  • Susu
  • Ikan sardin bersama tulang
  • Ikan salmon
  • Yogurt
  • Keju
Selain itu, pengemar tempe juga perlu meminum banyak air kosong untuk mengelakkan pembentukan batu karang buah pinggang. Namun, jika korang sememangnya berisiko tinggi mendapat batu karang, atau telah mempunyai batu karang, cuba untuk hadkan atau elakkan makanan tersebut bagi mengurangkan risiko.

Selain itu, kurangkan juga makanan tinggi garam. Ini kerana, makanan yang tinggi garam juga boleh menyebabkan batu karang buah pinggang dek kehadiran kalsium berlebihan di dalam urin.- Hello Doktor

Kesimpulan.. bersederhana dalam kehidupan ! 


Yogurt Greek bersama buah naga

Sambal tempe Pak Tua 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Masalah ni timbul bila menjelang Syawal ! Tiap kali nak gi mencari baju raya , mesti aku punya masalah ni. Wife kata dia nak warna gini gini gini untuk tahun ni. Bila aku tunjuk contoh baju , dia kata bukan warna ni. Aku kata ni la warna yang dicakapkan tu ! Bertekak manja la jap. Akhirnya mengalah. 

Dia tunjuk contoh dan aku pun.. " Ooo.. " Ni ke  warna gitu gitu tu ? Ingatkan ni warna...Haa , sudah ! Apakah aku rabun warna atau sebenarnya.. aku  yang tak kenal warna ! Rasanya ramai macam aku ni. Bukan tak nak amik tahu tapi  benda lain nak kena pikir dan ambil tahu. Contohnya macam bilakan Fazura dan Emma Maembong nak bernikah lagi ? Haa.. benda gini memang tak penting tapi dok sibuk berpusing dalam kepala. Macam Nora Danish punya kisah pun penting juga. Sapa lagi ? Haaa.. Cuma tak la diupload dalam media sosial pun. Terpikir gitu gitu je la.

Haahaa.. ok ok.. gurau ! Kita kembali serius naa.. Ok , aku sendiri pun hanya kenal warna asas saja. Warna warna yang lebih mendalam tu , aku tak beberapa nak tau nama dia. Bila sang isteri bagitau.. barulah aku tahu. Ternyata banyak lagi perkara atas dunia ni , aku perlu pelajari selain poligami. Arghh.. ke situ laak perginya ! 

Ok ok.. jom kita ambil tahu serba sedikit pasal warna warna yang ada di atas dunia ni memandangkan tak lama lagi nak raya dah ! Hahahha.. Adoilah. Sibuk nak raya la pulak ! 

Black atau dalam bahasa London , Hitam ! Ada macam macam 'black' rupanya. Aku ingatkan ada satu dua jer. Sekali.. tu diaa ! Tak sangka lak yang kelabu pun dalam kategori 'black'. Eh, apa lak.. kelabu is Gray laaa ! 

Duh..

Ok.. kita tengok warna Purple atau Ungu. Ni warna yang gadis gadis minat ni. Teringat awek lama yang minat warna ungu ni. Ah , sudah ! Bini baca blog aku. Mau panjang cerita nak jelaskan sapa dan mengapa aku teringat ! Hahahaha.. Adoilah. Perlukah aku block dia dari membaca entri aku ini ? Tak pe tak pe.. dia sudah matang. Lagi pun itu cerita lama. Hahaha.. Aku cuma teringat jer. Isteri tetap yang terbaik.. kan korang kan ?

Haa... Korang suka purple ? Yang mana satu.. 

Putih.. yang ni aku stress ! Tiap kali nak cat umah. wife kata nak warna putih. Aku terbayang la putih melepak. Takkan rumah nak cat putih ? Katanya nampak luas. Hurmm.. Masalahnya bila nak gi beli cat, orang tu kasi catalog.. " U mau mana satu ? " Aiseyman ! Banyak pulak putihnyaaa..

Kesudahannya, amik warna putih serupa sekolah punya warna dah ! Hahahaha.. Adoilah.

Haahaha... coklat ni satu hal gak ! Si bongsu suka tanya aku warna kulit dia. Apakah dia dalam kategori hitam atau gelap ? Aku jawab la coklat ! Coklat yang macamana ? Aiseyman. Macam aiskrim coklat ? Coklat yang boleh dimakan atau.. 

Hurm.. rupanya memang banyak spesis coklat Aku jawab... Kita ni coklat yang lebih kacak dari mereka yang putih tapi kelihatan kuning ! Haaaa.. gitu ! 
Argh.. banyak warna lak aku nak kena cerita ! Dah dah.. Korang tengok la sendiri dan hafal Tak lama lagi nak exam UASA. Harap masuk 2-3 soalan dalam subjek Matematik. Haa, bercakap pasal UASA, korang dah tanya anak anak korang ? Mata ok tak ? Dah bawak periksa mata ? Ramai rabun sekarang. Bukan sebab genetik tapi sebab rajin benor tengok skrin ! Hari hari wajib tengok skrin. Tutup hp , tengok tv lak. Tutup  tv , bukak komputer lak. Tutup komputer , tengok daddy dia lak ! Aiyokkk ! 

Bagi yang mencari cermin mata untuk diri sendiri mahupun anak anak, aku cadangkan korang ke sinilah. Aku memang pelanggan setia dah masuk tahun ke 5 ! Cepat siap dan paling penting, harga boleh sembang punya. Korang bagitau apa korang nak, diorang akan bantu. InshaAllah.. 

Mereka , Eyes Vision Group ni dah berpuluh tahun berpengalaman dalam bidang cermin mata ni. Takda masalah punya. Benda boleh bincang.. kenapa mau pening kan ? Haa.. gi cari Mr. June bila ke sini. Nanti dia tolong selesaikan masalah korang. 
 




Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (35)
    • ►  Mei 2025 (3)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ▼  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ▼  Oktober 2024 (13)
      • Apa gunanya fit di usia tua ni ?
      • Fit Zone Gym, Desa Coafields di Sungai Buloh
      • Apa perancangan aku jika kerajaan Madani tarik sub...
      • Korang peminat Ultraman dan pengumpul figura dari ...
      • Ada tekanan darah tinggi ? Cuba tips aku ni !
      • Whey Hydro Isolate yang berbaloi !
      • Tempe bahaya untuk kesihatan ? Punca batu karang ?
      • Bukan buta warna ! Rupa rupanyaaa...
      • Biar betul anak anak kau makan sikit je ?
      • Kereta Sewa Kuantan Murah: Panduan Lengkap untuk P...
      • Betul ke pelebat rambut viral tu berkesan ?
      • Tips hilangkan lemak di perut dengan cepat !
      • Anak korang ketagihan gula , makanan ringan , roti...
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes