Tempe bahaya untuk kesihatan ? Punca batu karang ?
Tempe... sapa tak suka kan ? Hahaha.. Sedap weh ! Bukan saja sedap tapi berkhasiat. Sumber protein dan juga bersifat probiotik yang mana ianya bagus untuk perut kita. Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan. Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.
Untuk pengetahuan korang , tempe ni berasal daripada suku Jawa bahagian Ponorogo di Pulau Jawa, Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
Kata "tempe" berasal dari bahasa Jawa Kuno. Pada zaman Jawa Kuno terdapat makanan berwarna putih terbuat dari tepung sagu yang disebut tumpi. Tempe segar yang juga berwarna putih terlihat memiliki kesamaan dengan makanan tumpi tersebut.
Khasiat tempe :
- Makanan yang Berzat. Tempe mempunyai profil nutrien yang baik. ...
- Mengandungi Probiotik. ...
- Boleh Membantu Merendahkan Paras Kolesterol. ...
- Boleh Membantu Merendahkan Tekanan Darah. ...
- Boleh Menguatkan Tulang. ...
- Boleh Melindungi Hati. ...
- Tinggi dengan Protein.
Setiap kali gi pasar basah, wife aku akan beli sekurang kurangnya 2 bungkus tapi aku tambah lagi 2. Bermakna seminggu 4 gitu la.. Cuma tak pasti akan abis semuanya. Dan anak anak pun suka makan begitu saja. Ganti makanan ringan di rumah..
Cuma.. itulah.. Kita kena makan dengan kadar sederhana. Yer, semua benda kita kena makan dengan sederhana. Jangan berlebihan. Tetap ada kemudaratan. Makan saja untuk meneruskan kehidupan.
Bagus komen ni. Ianya membuatkan aku mencari info mengenai Oxalate ni. Aku pun cari la info pasal Oxalate ni di Google. Oksalat adalah sejenis sebatian atau molekul yang boleh didapati dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan juga tubuh manusia. Dalam tumbuhan, oksalat ini berfungsi menyingkirkan lebihan kandungan kalsium. Oleh sebab itu, oksalat banyak dijumpai dalam tumbuh-tumbuhan berbanding sumber makanan lain. Namun tubuh manusia tidak begitu memerlukan oksalat. Malah, terlalu banyak oksalat dalam tubuh sebenarnya boleh menyebabkan batu karang. sekali gus dianggap pantang larang batu karang.
Apabila kita makan makanan yang mempunyai oksalat, oksalat akan melalui saluran pencernaan tubuh kita. Ketika di dalam saluran pencernaan, oksalat akan bercantum atau melekat dengan kalsium dan akan disingkirkan melalui najis atau air kencing.
Namun, jika terlalu banyak oksalat melalui kawasan buah pinggang, ia boleh membentuk batu karang buah pinggang. Semakin tinggi tahap oksalat dalam tubuh, maka semakin besar risiko anda untuk mendapat batu karang jenis ini.
TAPI jangan risau ! Haaaa.... untuk pengetahuan korang , oksalat dalam tubuh dapat disingkirkan apabila ia bercantum dengan kalsium. Oksalat akan bercantum dengan kalsium semasa proses pencernaan makanan sebelum ia sampai ke bahagian buah pinggang anda. Dengan itu, risiko pembentukan batu karang buah pinggang juga akan semakin berkurangan.
Antara sumber makanan tinggi kalsium adalah seperti:
- Brokoli
- Vitamin C
- Kacang parang
- Kacang kuda
- Susu
- Ikan sardin bersama tulang
- Ikan salmon
- Yogurt
- Keju
Selain itu, pengemar tempe juga perlu meminum banyak air kosong untuk mengelakkan pembentukan batu karang buah pinggang. Namun, jika korang sememangnya berisiko tinggi mendapat batu karang, atau telah mempunyai batu karang, cuba untuk hadkan atau elakkan makanan tersebut bagi mengurangkan risiko.
Selain itu, kurangkan juga makanan tinggi garam. Ini kerana, makanan yang tinggi garam juga boleh menyebabkan batu karang buah pinggang dek kehadiran kalsium berlebihan di dalam urin.- Hello Doktor
Kesimpulan.. bersederhana dalam kehidupan !
Yogurt Greek bersama buah naga
0 comments