Tips hilangkan lemak di perut dengan cepat !
Lama dah aku nak hilangkan lemak kat perut dan pinggang ni. Pernah amik fat burner , L-Carnitine dan beberapa jenis produk lagi dengan harapan , dapat hilangkan lemak tu ! Nak turunkan berat , takda masalah tapi lemak tu cukup degil.
Bukanlah nak dapatkan badan impian tapi lemak kat perut tu sangat menganggu aku. Hahaha.. Muka membulat satu hal pastu terasa cam gemuk jer. Bila ada perasaan gini , aku malas nak jaga badan. Makan , makan dan makan je la jawabnya. Walaupun bersenam tapi lebih pada nak keluarkan peluh dan gerakkan tubuh badan.
Baru baru ni ada la terbaca dan tertonton satu video yang mana dia kasi tips. Selain pemakanan yang sihat , kena rajin minum air halia yang diletakkan dengan hirisan lemon dan cuka epal. Kalau takda cuka epal pun tak pe. Lemon tu kena ada. Haaaa... Gabungan dua ni memang memberikan kesan yang bagus.
Aku cuba untuk 2 minggu. Ketika gi trip pun aku masih bawa lemon dan halia. Aku bancuh di pagi hari dan kemudian bersenam ringan. Asalkan ada pengerakkan untuk pembakaran kalori , ok dah. Setengah jam atau 45 minit cantik dah.
Dan pastikanlah penjagaan pemakanan tu betul. Janganlah main belasah je makan. Macam yang aku tulis sebelum sebelum ni , ada yang siap cheat day bagai. Tak perlu pun sebenarnya. Kalau korang betul betul nak sihat dan dapatkan bentuk badan idaman atau elok.. part pemakanan ni sangatlah penting. Ada yang kata tak pe.. asalkan sederhana ok dah ! Masalahnya ialah korang akan ketagihan ! Untuk elakkan dari berlaku ketagihan , jauhi terus. Cukup cukuplah makan. Bukan tak pernah rasa pun makanan tu ! Lainlah korang jumpa makanan tu buat pertama kali.. dan nak rasa.. Haa, makanlah ! Dan pastikan jangan makan selepas jam 8 malam.
Bagus kita jaga makan ni terutama ekonomi dunia semakin mencabar. Kena banyak banyak ikat perut dah.
Gabungan air pembakar lemak : Serbuk halia + hirisan lemon ( tak perlu perah jus ) + cuka epal
Guna serbuk halia yang 100% asli tanpa campuran. Dapatkan yang berkualiti di SINI
0 comments