Fit Zone Gym, Desa Coafields di Sungai Buloh
Setiap kali aku ke rumah adik ipar aku di Sungai Buloh, aku akan memandang gym ni. Tertanya tanya bagaimana keadaan gym ni. Luarnya memang dah nampak berusia la. Tapi dalamnya ? Apakah ni gym old skol ?
Sehinggalah satu hari tu, aku tergerak hati nak gi selepas pulang dari KIP Mall yang terletak berhampiran dengan Fit Zone Gym ni. Bila aku naik ke atas, aku cam.. Wow ! Kemasnya gym ni. Aku ingatkan gym ni macam.. tak terjaga gitu atau biasa biasa je. Yelah , aku pernah masuk gym yang mana mesinnya siap ada sarang labah labah malah labah labah bersize besar pun masih ada kat situ ! Hahaha.. adoilah.
Aku minta izin dulu berjalan dalam tu. Nak tengok mesin mesin yang ada dalam tu. Jika ada yang aku suka layan , maka aku akan kembali petang tu. Heee.. Dan ya, ada banyak mesin yang aku rasakan berbaloi untuk aku masuk berbayar ! Hahahaa..
Berbual dengan salah seorang pemilik gym. Katanya sebelum ni gym ni milik seseorang tapi adiknya dah ambil alih dan tak terurus. Kemudian dia dan kawannya beli lalu membuat ubahsuai dan penambahbaikan. Katanya lagi baru 2 bulan mereka kembali beroperasi. Ternyata berbaloi kerana ramai yang datang walaupun gym ni boleh dikatakan sedikit kecil. Bagi aku , ok la.. Dapat layan berpeluh juga dari lepak kedai makan je !
Walk in , RM7. Pelajar , RM6. Bayaran untuk sebulan jika tak nak bayar walk in , RM110. Bagi ok dah ni harganya. Siap ada jual bancuhan whey protein bagi yang berminat.
Amacam ? Ok la kan ? Aku dah cuba 2 hari dan bagi aku, ok ! Barang semua dalam keadaan baik. Tandas pun bersih. Syok datang waktu pagi kerana petang ramai. Bukan jam 10 dan tutup jam 12 malam.
Pastinya aku akan ke sini setiap kali ke Sungai Buloh. Takda la sangap lagi. Heeee... Maklumlah, bila aku ke mana mana... dua menda aku akan cari.. satu masjid dan satu lagi gym. Alhamdulillah.. Ha, korang yang tinggal area situ dan mencari gym... boleh la ke sini !
2 comments
Terima kasih atas ulasan Tuan dan kami sentiasa mengalu-alukan komen dan cadangan semua demi memperbaiki perkhidmatan kami dari masa ke semasa. Semoga Tuan berpuas hati dan kami alukan kedatangan tuan dan orang ramai yang memilih ‘old school’ gym✌️
BalasPadamTerbaik.
BalasPadam