Betul ke pelebat rambut viral tu berkesan ?

by - Selasa, Oktober 08, 2024

Lama dah aku dok perati iklan dan video berkenaan pelebat rambut yang dibuat oleh laki bini ni. Orang melayu punya. Dia tunjuk rambut dia yang lebat. Memang lebat sungguh la. Kalau dia tunjuk video testimoni orang yang punya masalah rambut ( botak tengah atau botak depan ), dari awal hingga lebat rambutnya, aku yakin dia akan kaya raya. Tapi aku rasa pun dia dah boleh kaya skang ni sebab dapat je sambutan di setiap video dia. 

Ya.. ramai punya masalah rambut sekarang ni. Punca ? Stress dan pemakanan. Dua ni saja dah cukup boleh merosakkan kesihatan manusia. Heeee.. kan kan ? Stress ni melibatkan banyak perkara. Ada yang ingat sekadar tekanan di tempat kerja atau belajar tetapi tidur yang tak cukup atau rehat yang kurang juga turut mengundang stress ni. Sama seperti sibuk hal orang terutama artis yang bercerai. Hahahaha.. aku pun tersibuk sedikit sebelum betulkan balik keadaan aku. Tak payah laaaa nak sibuk hal diorang. Diorang ada Range Rover kot.. Ko ada apa ? Hahaha.. 

Ok ok.. sambung.. Pasal rambut. Nah.. gambar pegang telur di bawah ni adalah pagi sebelum aku dapat produk pelebat rambut tu. Nah, boleh nampak bahagian dahi tu kan ? Haaa... Kat sini aku nak fokuskan. Jika benar benar berkesan , bahagian tu akan naik rambut dengan jayanya. 

Sebenarnya , rambut aku dulu cukup lebat tapi tu laa.. pakai tancho bagai.. gel rambut kasi keras dan stress dengan rambut lebat sebab susah nak digayakan ! Kan dah mendapat ! Haaa, tak pasal pasal dah kurang tapi bersyukurlah lagi.. dah nak 50 pun masih segak gini lagi. Hahaha..

Dan petang tu aku dapat produk pelebat rambut ni. Terus aku guna.. Dan masuk hari aku update di blog ni, hari ke 3 la pakai Apakah nampak kesannya ? 





Selain pelebat rambut yang aku guna ni , telur ayam juga sangat bagus untuk melebatkan rambut ya. Tinggi protein dan juga mengandungi mineral serta khasiat lain yang diperlukan untuk menaikkan rambut.  Dan penting untuk elakkan uban di usia awal. Haaa.. tak ke tak ? Sila Google ya. 

Produk apa yang aku guna ? Buat masa ni, biarlah rahsia ya. Aku bukan review pon produk ni. Cuma sekadar nak kongsi dengan korang. Buat masa ni , biarlah aku yang cuba dulu. Kalau korang nampak aku flip rambut aku pada setiap selfie aku nanti di FB , haaa.. paham paham je la ye ! Maksudnya , produk ni memang memberi kesan ! InshaAllah.

Produk jenama X ! 

 

You May Also Like

0 comments