Anak korang ketagihan gula , makanan ringan , roti , biskut dan...

by - Khamis, Oktober 03, 2024

Dulu diorang ni masing masing buncit..serupa bapak dia !


Kesian tengok anak anak kita kan ? Kecil lagi dah obesiti. Ada yang kata comel. Eh, biarlaah.. comel pe gebu gebu gitu. Bila berlari , bergegar satu badan. Eh, kau suruh orang yang cakap tu , buat badan gitu pastu suruh dia berlari. Meh pakat pakat kita gelak ketawa. Kau rasa camana ? Budak budak ni bukan tahu apa pun. Kita tau.. kita nak gomol mereka je. Tapi yang kita tak tau ialah penyakit yang bakal datang di kemudian hari ! 

Ya.. aku tahu.. kurus pun belum tentu sihat. Aku tak nak bertekak bab ni. Aku nak fokus pasal diet pemakanan anak anak yang semakin tidak seimbang. Kesian mereka. Bukan apa , kesilapan aku ialah mengikut cara pemakanan aku dulu dulu ketika kecil.

Wajib ada roti putih atas meja. 
Gi sekolah bawa roti krim dan juga duit jika masih lapar.
Dalam almari dapur , ada pelbagai biskut. Boleh makan sambil layan movie. 
Lapar , bosan makan nasi. Layan megi segera lak. Ada pelbagai perisa. Pergh..
Dalam peti ais kena ada ais krim dan minuman air kotak. Ala ala omputeh gitu. 
Malam , kena keluar makan cari fast food macam mekdi atau kepci. Layan sekeluarga.

Tau apa kesannya ? Hahahaha.. Anak mudah jatuh sakit. Kerap demam , selsema dan batuk. Kena hujan skit je, dah selsema dan demam. Pastu korang pun tertanya.. kita zaman dulu , main hujan.. ok je ! Apasal budak zaman ni lemah betul antibodi mereka ? 

Semua salah diri sendiri. Kasi makan makanan penuh racun sejak dari bayi lagi. Silap silap dari dalam kandungan lagi kita dah bentuk tubuh badan mereka dengan pemakanan kita. Ingat.. apa yang kita makan , jadi darah daging. 

Bayangkan... bila dah bertahun tahun, baru tahu rupa rupanya apa yang kita suap anak anak itu sebenarnya memudaratkan mereka malah kita juga ! Gastrik , gerd , anxiety, diabetis type 2 , jantung sumbat , buah pinggang , tekanan darah tinggi dan paling bahaya.. kanser ! 

Perasan tak.. anak anak perut buncit tapi badan tak berisi ? Atau ngan badan badan sekali naik ? Ada yang kata genetik. Hehehe.. memang la genetik kalau mak ayah pun melantak siang malam tak kira masa. Anak anak ikut la. Bukan diorang nak tapi dah disuruh makan apa yang diorang makan. Jadilah gitu ! Cuba ubah. 

Aku ubah dah.. Ada yang gelak ! Kata mereka makanan tak salah. Kita yang salah ! Memang la salah kita. Kita yang beli. Kita yang sua pada anak anak. Kita yang paksa anak anak makan. Tak kira waktu. Mereka  yang cipta makanan tu, pedulik apa. Diorang nak kita ketagihan dan seterusnya membeli , makan dan berterusan. Gitulaahh.. Untung woiii bisnes makanan ketagihan ni. 

Abis tu ? Tak boleh makan ke makanan gini ? Boleh... sebulan sekali layan la. Atau bila dah darurat takda makanan , makan je la. Anak anak nak makan, kasi sesekali. Cuma sebelum nak kasi tu bagitau mereka yang makanan ni sekadar untuk penyedap rasa lidah. Tiada khasiat atau manfaat pada tubuh badan. 

Camana nak ajar atau ubah anak anak ? Sukar... memang sukar. Memula , kena didik melalui ilmu pengetahuan. Budak budak zaman sekarang ni , bijak .Jadi kita manfaatkan kebijaksanaan mereka. Di media sosial seperti Tik Tok , Instagram dan Facebook , ada banyak video video kesihatan pelbagai bahasa. Ajak mereka tonton bersama. Pada masa yang sama , bagitau yang kita pun nak ubah. Nak sihat. Tak nak dah sakit sakit. Duit makan tu, kita simpan boleh gi melancong. Haaa.. 

Kemudian , kurangkan makan di luar terutama ke kedai makanan yang tak baik untuk perut. Jadualkan semula waktu makan. Jangan makan lewat malam. Kurangkan makanan yang tinggi karbhidrat. Banyakkan fiber dan protein. Jika anak anak tak nak makan, biarkan je. Nanti diorang lapar , diorang mintak. Dan masa nak kasi makan tu, cuba tambah sesuatu untuk kasi sedap./ Aku biasanya tambah black pepper atau lada sulah. Biasanya bila ada rempah ratus dalam makanan tu, jadi sedikit sedap. Kasi telur dadar atau sup sup gitu. Buat sendiri. Guna minyak masak sawit atau kelapa. Lemak sihat. 

Serius.. kalau korang ubah gaya hidup gini.. korang akan perasan ada banyak baki duit bulanan korang. Orang kata , makanan sihat tu mahal tapi yang diorang tak kata.. ko makan makanan sihat ni, kenyangnya lama berbanding makan makanan yang tak sihat tapi asyik lapar. Murah.. tapi kena makan banyak kali ! 

Aku sekadar berkongsi pengalaman jer.. Tak nak ikut , sudah.. 

You May Also Like

1 comments