Bukan buta warna ! Rupa rupanyaaa...

by - Khamis, Oktober 10, 2024

Masalah ni timbul bila menjelang Syawal ! Tiap kali nak gi mencari baju raya , mesti aku punya masalah ni. Wife kata dia nak warna gini gini gini untuk tahun ni. Bila aku tunjuk contoh baju , dia kata bukan warna ni. Aku kata ni la warna yang dicakapkan tu ! Bertekak manja la jap. Akhirnya mengalah. 

Dia tunjuk contoh dan aku pun.. " Ooo.. " Ni ke  warna gitu gitu tu ? Ingatkan ni warna...Haa , sudah ! Apakah aku rabun warna atau sebenarnya.. aku  yang tak kenal warna ! Rasanya ramai macam aku ni. Bukan tak nak amik tahu tapi  benda lain nak kena pikir dan ambil tahu. Contohnya macam bilakan Fazura dan Emma Maembong nak bernikah lagi ? Haa.. benda gini memang tak penting tapi dok sibuk berpusing dalam kepala. Macam Nora Danish punya kisah pun penting juga. Sapa lagi ? Haaa.. Cuma tak la diupload dalam media sosial pun. Terpikir gitu gitu je la.

Haahaa.. ok ok.. gurau ! Kita kembali serius naa.. Ok , aku sendiri pun hanya kenal warna asas saja. Warna warna yang lebih mendalam tu , aku tak beberapa nak tau nama dia. Bila sang isteri bagitau.. barulah aku tahu. Ternyata banyak lagi perkara atas dunia ni , aku perlu pelajari selain poligami. Arghh.. ke situ laak perginya ! 

Ok ok.. jom kita ambil tahu serba sedikit pasal warna warna yang ada di atas dunia ni memandangkan tak lama lagi nak raya dah ! Hahahha.. Adoilah. Sibuk nak raya la pulak ! 

Black atau dalam bahasa London , Hitam ! Ada macam macam 'black' rupanya. Aku ingatkan ada satu dua jer. Sekali.. tu diaa ! Tak sangka lak yang kelabu pun dalam kategori 'black'. Eh, apa lak.. kelabu is Gray laaa ! 

Duh..

Ok.. kita tengok warna Purple atau Ungu. Ni warna yang gadis gadis minat ni. Teringat awek lama yang minat warna ungu ni. Ah , sudah ! Bini baca blog aku. Mau panjang cerita nak jelaskan sapa dan mengapa aku teringat ! Hahahaha.. Adoilah. Perlukah aku block dia dari membaca entri aku ini ? Tak pe tak pe.. dia sudah matang. Lagi pun itu cerita lama. Hahaha.. Aku cuma teringat jer. Isteri tetap yang terbaik.. kan korang kan ?

Haa... Korang suka purple ? Yang mana satu.. 

Putih.. yang ni aku stress ! Tiap kali nak cat umah. wife kata nak warna putih. Aku terbayang la putih melepak. Takkan rumah nak cat putih ? Katanya nampak luas. Hurmm.. Masalahnya bila nak gi beli cat, orang tu kasi catalog.. " U mau mana satu ? " Aiseyman ! Banyak pulak putihnyaaa..

Kesudahannya, amik warna putih serupa sekolah punya warna dah ! Hahahaha.. Adoilah.

Haahaha... coklat ni satu hal gak ! Si bongsu suka tanya aku warna kulit dia. Apakah dia dalam kategori hitam atau gelap ? Aku jawab la coklat ! Coklat yang macamana ? Aiseyman. Macam aiskrim coklat ? Coklat yang boleh dimakan atau.. 

Hurm.. rupanya memang banyak spesis coklat Aku jawab... Kita ni coklat yang lebih kacak dari mereka yang putih tapi kelihatan kuning ! Haaaa.. gitu ! 
Argh.. banyak warna lak aku nak kena cerita ! Dah dah.. Korang tengok la sendiri dan hafal Tak lama lagi nak exam UASA. Harap masuk 2-3 soalan dalam subjek Matematik. Haa, bercakap pasal UASA, korang dah tanya anak anak korang ? Mata ok tak ? Dah bawak periksa mata ? Ramai rabun sekarang. Bukan sebab genetik tapi sebab rajin benor tengok skrin ! Hari hari wajib tengok skrin. Tutup hp , tengok tv lak. Tutup  tv , bukak komputer lak. Tutup komputer , tengok daddy dia lak ! Aiyokkk ! 

Bagi yang mencari cermin mata untuk diri sendiri mahupun anak anak, aku cadangkan korang ke sinilah. Aku memang pelanggan setia dah masuk tahun ke 5 ! Cepat siap dan paling penting, harga boleh sembang punya. Korang bagitau apa korang nak, diorang akan bantu. InshaAllah.. 

Mereka , Eyes Vision Group ni dah berpuluh tahun berpengalaman dalam bidang cermin mata ni. Takda masalah punya. Benda boleh bincang.. kenapa mau pening kan ? Haa.. gi cari Mr. June bila ke sini. Nanti dia tolong selesaikan masalah korang. 
 




Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group

 

You May Also Like

0 comments