BEN ASHAARI







Sejujurnya , aku bukanlah pakar dalam bab ni. Kalau korang nak , boleh gi follow Kelvin Zahri punya page atau instagram. Kat sana mungkin ada penerangan lebih baik. Tapi apa yang aku nak ceritakan dalam ni sekadar pengalaman aku. 

Dulu aku tak paham sangat la part part kalori ni. Pengiraan tenaga dan juga jumlah kalori dalam makanan. Kalau tengok dari jadual pemakanan dan kalorinya , boleh insaf weh ! Bayangkan pagi pagi lagi dah bedal roti canai 2 keping... ditambah lagi dengan telur setengah masak 2 bijik.. Pastu teh tarik. Siap sarapan pagi ! Pastu balik rumah.. sambung tidur ! Atau paling tidak pun tengok tv. Tak pun , basuh kereta. Maka , berapa banyak kita dah gunakan tenaga yang baru kita masukkan tadi tu ? Fuh... Baki tenaga tu camana ? 

Kalau itulah makan pagi , tengahari dan malam sekali gus.. ok la.. Boleh guna sepanjang hari. Tapi kalau tengahari kang nasi kandar atau nasi campur dengan pelbagai lauk pauk ? Fuh...tersandar di kerusi ! 

Yer... ada orang tak kisah. Asalkan dia bahagia dan dia nampak sihat ! Sakit tu , nanti jer cerita. Selagi boleh makan...kita makan. Katanya. Bagi aku, konsep tu salah. Kita makan untuk hidup. Sesekali nak makan yang lazat , ok la. Tapi jangan isi macam penyamun jumpa harta karun ! Semua nak rempat dalam satu beg kecil ! Pilih yang terbaik dan berbaloi la kan ?

Aku dulu macam tu ! Sumbat selagi boleh ! Nasi kandar.. 2 ketul ayam ! Siap ayam madu dengan ayam masak kicap. Bapak ahhh ! Bila pikir balik, ngeri ! Ngeri dek kerana selepas makan tu , termengah mengah jalan. Sedap tu sedap tapi selepas tu kita jadi tak sedap. Badan jadi lemau. Mulut jadi berbau. Otak jadi lembab. Kepala ingat nak membuta jer. Dah jadi macam ular sawa !

Maka... aku ubah cara hidup. Makan tetap makan. Tapi pilih. Apa yang nak kena makan ? Aku tak memaksa wife aku masak itu ini setiap hari. Dia nak masak apa , terpulang kepada kemampuan dia dan juga apa yang ada di dapur ! Melainkan jika aku teringin tu..barulah aku mintak. Contoh macam Maggie ke.. Haa.. Tu aku buat sendiri la. Maggie aku , lain sikit. Telur memang banyak. Sayur kalau ada , semua aku letak. Hahahaha.. 

Ok.. aku pernah ikuti satu program detox di Phuket. Sangat berbaloi ! Di situ aku mula faham erti makan untuk hidup ! Hahaha.. Serius ! Selama ni aku ingat kena makan nasi baru boleh kenyang. Kena makan lauk pauk dengan banyak baru boleh sado ! Hahaha.. 

Di situ aku belajar betapa sayur hijau saja dah cukup membekalkan kalori dalam badan kita. Bergantung pada aktiviti harian kita. Kalau korang kerja berat , kena tambah la dengan makanan yang sesuai. Macam aku yang di sana sekadar santai.. pagi berbasikal , berenang , workout ala ala gadis cun , tak banyak pon kalori digunakan tapi pastinya akan abis ibarat bateri handphone cecah jam 10 malam.. dah 0 % pastu kena recharge.. sama cam aku, sampai jam 10 malam, automatik mengantuk dan nak tidur. Sebelum tidur , amik sedikit kalori ( jus sayur ) supaya tidur kita lena... tak terganggu dek kelaparan. 

Pelajari program Detox sebenar di The LifeCo Phuket. - BEN ASHAARI

Pelajari Program Detox di The LifeCo Phuket #2 - BEN ASHAARI
Jus sayur 100% . Tanpa gula dan pemanis. Cukup untuk membantu tidur lena dan segelas lagi bila bangun tidur... 



Kesimpulan mudah jer.. Kita tak payah nak kira berapa banyak kalori makanan kita. Bukan nak jadi Mr. Universe atau Ratu Cantik Dunia mahupun nak kena menari tiang depan bini setiap kali nak tidur pun.. lebih kepada nak badan sihat dan otak cerdas.. Tak boroi tu satu bonus !

Camana ? Nah.. sebelum makan , minum air suam segelas.. pastu makan buah buahan diikuti dengan banyakkan sayuran. Pastu ratah la lauk lauk yang kurang minyak , garam dan lemak. Kalau ada duit lebih, amik susu protein setiap pagi . Maka protein whey dalam badan dah cukup. Selebihnya seperti zat dan vitamin tu daripada makanan natural. Kalau mampu makan ayam ikan bakar setiap hari  maka protein whey tak perlu dah la..

Sebelah petang.. bersenam untuk mengeluarkan peluh. Tak semestinya kena pergi gym pun.. Di Instagram , ada banyak tunjuk ajar latihan kardio yang pastinya membuatkan korang lebih kelihatan muda dan segak untuk 2 bulan akan datang selepas korang berdsipilin menjaga pemakanan dan juga aktiviti harian korang.

Cukup makan.. cukup rehat.. inshaAllah anda kacak dan jelita ! Jangan lupa , hati mau baik juga.Jaga hati.

Baca juga 10 makanan yang mengemukkan di Malaysia oleh Kevin Zahri
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Aku tak pernah lagi baca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Tapi pernah dengan 'kekecohannya' satu tika dulu. Tapi aku tak amik endah pun. Maklumlah , aku tak berapa gemar nak layan filem cintan cintun ketika tu. Lagi pun aku takda sebab nak tonton filem yang dikatakan panas giler tu ! Memang jadi bualan la masa tu.. Huhuh..

Tapi aku sangat bertuah sebab layan filem dia dulu baru novelnya. Bukan apa.. bila kita baca novel ni, dia punya imaginasi memang tinggi abis la ! Haaa... Maka bila dikeluarkan dalam bentuk filem , memang tak capai apa yang kita nak punya. Bukan mudah nak puashati pembaca sebab masing masing ada imaginasi tersendiri. Huhuh.. 


Ok... Kenapa aku boleh tonton filem ni sampai abis ?? Pada awalnya , hanya watal Zainuddin je muncul. Maka tidak memberi apa apa makna pada aku. Cuma aku tertarik pada gaya percakapannya. Cam Wow gitu.. sepatah sepatah dan cukup tegas namun lembut. 

Dan tak lama kemudian, muncul la awek ni haa atas kereta kuda. Dia punya jeling.. Mak aih ! Aku ulang berkali kali tengok. Kena pastikan wife takda kat sebelah. Kang ada kena cubit lak ! Bukanlah aku tergoda tapi dia punya jeling tu 'berisi' ! Memang menjadi laa.. Mana mana laki di tempat Zainuddin tu cair weh ! Er , aku cair ke ? Eh tak la.. ( cover line ). 



Bermula dari sinilah aku tonton filem ni sampai abis dan mengulangi semula bersama wife. Hehehe.. Terpaksa weh ! Bukan suka suka nak tonton semula. Sebab dialog dan kata kata si Zainuddin pulak kali ni ! Berapi dan makan dalam. 

Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni kena tonton berkali untuk fahamkan maksud tersirat dalam filem ni. Terlalu banyak yang tersurat juga.  Kalau sekali tonton , maka kita akan kata Hayati yang bersalah. Tapi dua kali tonton , akan dapati Zainuddin lak bersalah sebab ego ! Kali ketiga , akan kata mereka ini mangsa keadaan. 

Pendapat aku... seorang lelaki. Bukan berdasarkan novel yer. Berdasarkan filem ni tau.. Hayati yang aku nampak begitu asli tiba tiba jadi cam.. Wow , senangnya kau termakan pujuk rayu kawan kau ! Ketika mencuba 'dress' yang bagi aku agak seksi tu macam menghilangkan sisi gadis kampung dia yang mana aku rasa si Zainuddin sendiri mengagumi part tu. 

Kemudian.. bila dia terlihat 'Aziz' .. hurm.. Dari situ nampak sedikit terkilan. Maklumlah , aku kan lelaki. Sedikit sebanyak ada 'perasaan' dan boleh baca riak muka perempuan yang menyukai kita. Maka tak peliklah bila keluarga Aziz masuk meminang dia boleh terima walaupun sedikit berbelah bagi. Dia terpaksa menerima memikirkan pengorbanan mereka yang menjaganya memandangkan dia anak yatim piatu. Serasa aku la. Dan juga kena fikirkan masa depannya juga.  Pada masa yang sama Zainuddin juga masuk meminang dia tapi ditolak dek kerana keturunannya. 

Dipendekkan ceritanya.. Aku sebagai lelaki.. pada awalnya menyokong cara Zainuddin. Berterima kasih pada Hayati kerana 'mematahkan' semangat yang mana telah membuatkan Zainuddin bangkit kembali dan menggunakan kenangan pahitnya untuk berkarya. Yer , kenangan pahit memang best untuk ditulis. Sangat mendalam dan sampai kepada pembaca. 

Tapi part ketika dia menolak Hayati tu.. aduh, aku rasa cam.. 

" Bro... orang yang kau sayang dah dalam gengagaman. Kenapa kau biarkan ego menguasai diri ? Bukankah dia yang kau tunggu selama ini ? Bukankah dia yang kau puja selama ini ? Maafkan la dia. Terima dia dan mulakan hidup baru. Jangan biarkan dia pergi, Mana tau , jika dia pergi kali ini.. dia tidak akan kembali lagi ! Ketika tu, kau akan menyesal buat selama lamanya.."

Dan menjadi kenyataan ! Hayati mati. Tapi kematiannya tidak membuatkan Zainuddin sekali lagi kecewa tetapi menjadi sumber inspirasi buatnya. Hayati tetap hidup dalam kisah hidupnya...selama lamanya ! 

Yer.. dua dua mangsa keadaan. TDan aku suka Hayati sisi kampung gitew... Ouch.. Oh ya.. Hayati lakonan Pevita Pearce , gadis kacukan British Indonesia. Memang cun gitu.. Bab cerita peribadi tu, lantak dia la. Aku suka dia dalam filem ni jer.. hehee..


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Hari Raya aku diabiskan dengan menonton filem filem dari Indonesia. Aku lebih memahami filem Indonesia terutama yang kisahnya berlatarbelakangkan sejarah dan juga kisah benar. Sebelum ni aku tak tau langsung latar belakang Indonesia. Bagi aku sama je semua . Satu bulatan yang besar. Rupanya-rupanya tidak. Aku memahami dah 'perasaan' Kepulauan Jawa , Kepulauan Riau , Kalimantan dan sebagainya.  Menarik ! Dan sejujurnya aku dah jatuh cinta dengan Indonesia. Moga berpeluang merantau ke sana satu hari nanti. 

Ok..Dari keratan artikal di atas.. Melayu dikatakan bangsa yang penuh dengan hasad dengki. Dalam filem filem klasik pun ada menceritakan. Terlalu banyak ! Setiap cerita mesti ada papar si Melayu dengan perangai dengki khianatnya ! Termasuk dalam filem Indonesia.

Sejujurnya.. ketika awal aku berblog pun , aku dihentam abis abiskan oleh mereka yang sebangsa dengan aku ! Bukan dengan bangsa lain tau... bangsa aku sendiri ! Bangsa lain , amik kesempatan yang terbentang luas di mata mereka.. Yakni peluang menghasilkan duit ! Yer , mereka kasi job. Aku dapat duit , diorang pun dapat sama. Win win gitu.. Kan ? 

Tapi bukanlah semua Melayu tu teruk. Teruknya Melayu tu , ada di semua bangsa ! Kita je tak tau. Dah kita membesar di kalangan orang Melayu. Cuba kau hidup di kalangan orang cina... kulit hitam ke.. atau Red Indian.. Haa , ko rasa camana ? Ada je cerita cerita mengenai perangai hasad mereka ni gak. Ko je tak tau ! Ramai je yang support aku dalam dunia blog ni. Berjaya gak naik. Terima kasih buat mereka. 

Dan untuk kes Yuna ni.. aku sendiri tak suka dia.  Kenapa ? Lagu dia , aku ok jer. Cuma penampilan dia. Mau paham satu perkara.. Bila kau menjadi tatapan umum , ada tiga perkara kau akan bawa bersama. Bangsa, agama dan negara ! Panjang nak ulas bab ni. Tapi contohi Shila Hamzah. Boleh je dia naik dan orang melayu di sini bangga jer ! Dia pakai elok elok.. Nyanyi sedap sedap ! Ok la kan ? Seperti Siti Nurhaliza tu.. Kalau kau kat Amerika , kena ikut style sana la eh ? Anita Sarawak ? Dato Shake ? Ada ke Melayu kecam sampai perlu keluar statement tu ? Dah tu ko bikin lagu melayu untuk sapa dengar ?? Bangsa kau gak kan ? Buat je lagu dalam bahasa Latin . Senang. suruh diorang support ! Mudah gitu kan ? 

Nak berjaya ni bukan mudah. Tapi bila dah berada di atas , mereka yang dibawa selama ni mengecam..mengkritik akan automatik tutup mulut ! Kejar je apa yang nak dikejar. Selagi kita tau mana baik dan mana tidak , teruskan. Jangan tinggalkan agama dek kerana dunia. Tak berkat gitu. Hidup sendiri jadi tak tenang ! 

Ko tengok Raihan dulu camana ? Dunia kenal dia. Berjaya pun popular ! 

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Trending si Fizi kali ni. Bukan sikit lak tu. Hahahaha... Kenapa dia dikecam ? Dek sript yang dihasilkan untuknya la. Apa lagi. Dah tak pasal pasal ramai kutuk dia di Twitter. Sian dia. Hahahaha...  Tapi nak wat camana, memang watak dia disediakan begitu. Hurmm.. 

Sesungguhnya , aku memang tak gemar anak anak aku tengok Upin Ipin ni. Sesekali layan tu ok la. Kenapa ? Gaya bahasa tak sesuai untuk anak anak bawah usia ni tonton. Mereka dipengaruhi secara tidak langsung. 

Yer.. aku tahu. Kononnya itulah cara kehidupan orang kampung dulu dulu. Tapi kena fikir la... kartun yang dihasilkan adalah untuk memberi kebaikan dan manfaat untuk si penonton. Adakah Upin Ipin diciptakan untuk golongan dewasa ? Tidak kan ? Memang sasaran dia adalah kanak kanak. Dan kanak kanak ni pulak umpama span. Segalanya yang ada di depan dia , dia sedut abis ! Tak reti nak tapis lagi. Jenuh mak ayah nak kena jelaskan ! 

Tak pe sepatutnya , kau paparkan yang baik baik je ! Watak kasar seperti Fizi tu dilembutkan sedikit. Pastu tak perlu wujud watak si lembut dalam tu ! Ko nak kasi sapa tengok sebenarnya ? Ingat watak lembut menghadirkan kelucuan ke ? Haish.. 

Aku memang 'done' dengan Upin Ipin sejak 2014 lagi.. Bukan benci kartunnya tapi.. 





Belajarlah buat 'happy ending' dalam episod penting begini... Patut ada babak Fizi minta maaf kerana berkata demikian.  Maka episod syawal ni menjadi lebih baik di mata kanak kanak. Belajar memohon maaf dan juga memaafkan. Takda dalam episod tu, kan ? Hurm..

Haihsh...Entah la nak.. Segalanya dek kerana nak... paham paham je la. Kang kata melayu nak jatuhkan melayu lak..

PS: Jangan sesekali mainkan perasaan anak yatim piatu. Mereka sangat sensitif. Hormati perasaan mereka.
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Seingat aku... sejak dari kecil lagi hinggalah ke tahun lepas , Aidilfitri memang memahat kenangan manis. Tapi sapa sangka , Aidilfitri di tahun 2020 merubah segala kenangan. Sesuatu yang  tak disangka sama sekali. Bayangkan , Syawal sebulan... sebulan itulah beraya sakan rakyat Malaysia. Hanya berlaku di Malaysia saja. Tapi untuk tahun 2020 , rakyat Malaysia hanya dibenarkan beraya sehari saja yakni pada 1 Syawal ! Telan air liur kau nakkk ! Haa.. amik kau ! Huhuh..

Tapi banyak hikmah. Bayangkan sepanjang Ramadan, setiap ahli keluarga kena jadi iman solat. Masuk Syawal , kena jadi iman solat sunat Aidifitri yang mana selama ni, pakat pakat berjemaah di masjid jer ! Haa... Kena baca khutbah sendiri depan keluarga tercinta. Haaa.. apa cite??? Hahahah.. Nasib baik bini aku datang bulan. Hahahaha... 

Dan arahan kerajaan Malaysia.. hanya dibenarkan beraya dikalangan ahli keluarga saja. Persoalannya, apakah rakyat akan ikut ? Hahahaa.. Tu yang tak nampak. Bayangkan yang nampak seperti arahan tidak dibenarkan pulang ke kampung ! Ramai gak balik kampung curi curi. Kena kompaun RM1 ribu pun tak kisah. Asalkan balik kampung. Huhuh.. Alasan macam macam ada. Aku tak nak masuk campur. 

Cuma terkilan di pagi raya la. Biasanya lepas solat Raya , aku akan ke rumah mak aku. Beraya dengan diorang . Tapi dek kerana Covid 19 ni... aku jadi takut nak berjumpa dengan dia. Maklumlah, aku takut aku jadi pembawa atau sebaliknya. Kalau aku sorang je takpe.. rumah aku anak anak kecil. Maka puas dok pikir.. nak gi ke tak nak ? Aku tengok orang lain selamba jer pergi. Ada yang tak pergi gak... Hurm... 

Wife dok tanya. Aku tahu.... diorang boring gak duduk rumah. Tapi Qhaliff lain skit.. 

" Qhaliff, nak gi umah tok tak ? " tanya aku.

" Tak nakkkk... Covid 19 ! Bahayaa.. ". jawab dia 

Adeh... Camana eh ? Walaupun satu negeri dan tak merentas negeri lain tapi kerisauan tu tetap ada.  Tahun depan ? Kau yakin ada tahun depan ? Hahahaha... Tengok tahun ni dah la. Sapa sangka kan ? Ha.. Jangan confident la tahun depan segalanya akan kembali seperti sedia kala.. Tapi kalau kembali, Alhamdulillah.

Apa pun.. Covid 19 membawa perubahan pada penduduk dunia. Sayangnya , tak ramai insaf. Masih dengan perangai jahilliyah malah makin teruk.  Yer , kita di penghujung zaman. Hanya menanti ..

Semoga Allah lindungi kita semua. Er , nak duit raya ? Kasi email address. Nanti aku email gambar duit raya. 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Siapa sangka , kali ini dunia merayakan Aidilfitri dengan penuh kelainan. Dan paling tidak disangka, Ramadan berjaya dilalui dengan penuh keinsafan. Masakan tidak.. aku ingatkan aku tidak mampu berpuasa dek kerana Covid 19 yang dikatakan menyerang mereka yang kering tekaknya ! Huh.. jauh sekali pemikiran songsangku ! 

Alhamdulillah... Hari ini umat Islam merayakan Aidilfitri dengan kesederhanaan yang amat sekali. Tiada buffet Ramadan. Tiada bazar Ramadan.. kita berjaya menyelamatkan betapa banyaknya makanan dari terbazir begitu saja. Dan merayakan kejayaan ini dengan sekali lagi , kesederhanaan. Aku sesungguhnya amat bersyukur sekali. Segalanya sangat sederhana. 

Paling penting Ramadan dan Syawal tiba, aku bersama keluarga tercinta. Entah berpeluang atau tidak di masa yang mendatang... siapa yang tau. Bila dalam keadaan begini, sesungguhnya kita akan menghargai setiap detik yang ada di hadapan mata kita. Jangan persiakan. 

Buat rakan rakan , Selamat Menyambut Hari Kemenangan. Semoga amalan kita diterima Allah hendaknya.  Oh ya , dalam meraikan kemenangan.. jangan sesekali kita terlupa akan musuh yang tidak kelihatan itu. Jangan biarkan dia menghampiri kita sama sekali ! Pastikan dia ketakutan bila melihat kita. Patuhi SOP yang disarankan. Jangan terlalu leka dan terlalai.. 

Hurm... Apa kaitan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni dengan Aidilfitri aku ?? Aku tertonton sekejap kelmarin. Aku tak pernah tonton pun cerita ni. Tak pernah berminat sama sekali ! Orang kata best... Tapi aku tak terbuka hati untuk menontonnya. 

Bila tonton di awalan cerita , aku cam.. Wow ! Punca aku Wow tu sebab aku dah memahami INDONESIA ! Dek kerana aku join trip Medical Tourism yang diuruskan oleh NQ Services , aku berpeluang mengenali Indonesia dengan lebih dekat. Budaya dan adat mereka walaupun aku belum pernah jejakkan kaki ke sana lagi Dan aku sudah tau bagaimana 'mereka'. 

Maka bila aku tonton filem ni , aku mengerti sangat keadaan mereka. Dan filem ini rupanya jauh lebih dari filem Kabhi Kushi Khabi Gham yang mana bagi aku tiada cerita lebih syadu untuk ditonton. Rupanya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini jauh lebih menarik.


Di awal cerita aku seolah boleh baca jalannya tapi rupa-rupanya , tidak sama sekali. Aku terpegun dengan keindahan yang dipaparkan dalam filem ni. Gaya bahasa dan tuturkatanya.. Wow ! Seriuss... aku cam... Aduh ! 

Dan keegoan hero seperti keegoaan aku ! Tapi itulah manusia. Banyak pengajaran yang ada dalam filem ini.  Cinta bukan sebarang cinta... Cinta bukan melemahkan semangat.  Ianya membangkitkan satu perasaan yang cukup kukuh dan utuh lantas tiada apa halangan mampu membuatkan si pencinta maju dan terus maju demi mengejar cintanya... 

Pergh... serius best giler ! Apa lagi filem Indonesia yang best ditonton eh ? Biarlah terlewat pun.. Bagi aku filem begini merupakan satu karya yang patut kita tonton di malam raya. Mampu menghadirkan satu perasaan yang tiada tandingnya..

Tiba tiba aku cakap macam Zakaria lak.. Hayati ? Huhuh... memang jelita dia dalam tu. Adududu..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Dua hari lepas , Zahra demam. Bila malam menjelma.. badan mula panas. Tidur jadi tak lena. Aku kena jaga dia. Pastikan suhu badan dalam keadaan stabil. Jika tinggi, kena lap badan dia dengan air. Jika badan terlalu panas , kena kejut dia dan mandikan.  Sian dia. Nasib baik tak banyak karenah. 

Masuk hari ke dua , demam tak berkurang.. tapi dia tetap aktif cuma takda selera makan. Aku syak dia punya tonsil. Kenapa ? Sebab dia suka gigit kuku.  Tegur dah berkali kali dah. Haish.. Ni dah demam , baru nak insaf.  Untuk makluman , anak anak aku ni memang kerap demam dek kerana tonsil. 

Gi klinik A di Putrajaya. Wife turun dengan Zahra. Aku tunggu dalam kereta. Payah nak dapat parking kosong kalau waktu kerja.  Tak lama kemudian , wife kembali dengan Zahra. Kereta bergerak. Aku bertanya. Dia jawab tonsil sedikit merah. Dia kata tu pun dia mintak doktor check. Kalau tak , doktor tak nak check. Takut bila kata sakit tekak. Huhuhu... Dapat la dua ubat. Satu antibiotik dan satu lagi ubat demam.. 

Baru aku tahu camana rasa bila kita ni suspek Covid 19. Orang takut nak dekat walhal belum lagi positif. Kalau dah positif , entah la.. 

Hari ini di tahun 2017. Zahra masuk wad di Prince Court dek kerana bronchitis

Dan seperti yang aku jangkakan..selepas ambil antibiotik , demam dia akan kebah dan sembuh. Alhamdulillah.. tapi Qhaliff lak mula panas badan. Berjangkit la tu.  Semalaman tidur tak lena. Asyik dok mengigil sejuk. Hurm.. Sian.. 

Petang tadi.. bawa dia gi klinik di Putrajaya. Tapi bukan klinik A tu. Wife tak nak gi situ. Check tak seberapa tapi mahal ! Di klinik B ni, katanya.. doktor cukup profesional. Dia tengok.. dia check tekak.. sendi anggota. Takut denggi juga.  Tonsil dah bengkak. Dia kasi 4 jenis ubat termasuk ubat kemam. Harga jauh lebih murah dari klinik A. Wife sangat puashati la kat situ. Memang akan jadi klinik keluarga la jawabnya... 

Hurm.. demam sekarang menjadi ketakutkan.  Apatah lagi bila kena bukak mulut , doktor sendiri pun takut nak dekat... takut dek air liur terkena muka dia.. Huhuh... 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Aku spesis manusia yang makan , asal kenyang. Kalau nak tumis bawang , nak letak halia atau rempah ratus tu.. belum lagi la hadir rajinnya. Hehehehe.. Aku tak suka abiskan masa di dapur. Bukan malas cuma tak minat jer. Kalau lama kat dapur tu, hanyalah untuk basuh pinggang mangkuk. Memasak tu , idok ler nak oiii ! 

Tapi bila datang teringin tu... memang boleh lama la. Contohnya bila nak buat jus buah atau jus sayur.. nah , memang akan duduk lama punya. Dan pagi ni, dalam jam 3 pagi.. dek kerana wife tak boleh berpuasa dah sampai penghujung Ramadan , maka aku kena la sahur sorang sorang. Tapi aku tak kisah pun. 

Maka ... maggie yang tersimpan dek untuk backup PKP atau lockdown ni tak pernah lagi digunakan,  aku manfaatkan sepenuhnya. Dua bungkus jadi pertaruhan ! Hahaha.. Telur ayam 2 biji. Biasanya aku letak 3-4 biji tapi dek kerana kena berjimat cermat maka 2 dah memadai. 

Serunding ayam , made in Kelantan. Isinya memang padat ! Ratah begitu saja pun dah cukup tapi tamo tamo tamo.... nak campur dalam maggie. Nak kasi pedas sikit , kasi masuk sambal ikan masin cili padi. Serrrr... memang confirm licin !

Dalam gambar ke 2 tu... aku tak suka masukkan telur dalam masakan maggie aku tu. Aku akan gaulkan sekali bila maggie dah siap direbus.. Buang kuah sedikit... pastu masukkan dalam mangkuk. Pastu gaul..gaul dan gaul !  

Dan masukkan la serunding serta sambal cilipadi tu ! Siap ! Tak yah sayur bagai. Sebab kalau ada sayur , kenyang sayur aku jawabnya, Sekarang ni aku teringin nak bedal magi jer ! Hahahah





Tadaaa... siap ! Pastu menyesal ! Tiba tiba nak naik atas , workout ! Takkan nak tidur lepas makan lak kan ? Hahahaha.. Tapi tak pe.. bukan selalu pun buat kerja giler macam ni. Bila teringin jer...Kan kan ! Baru 4 kali dalam minggu ni ..

Lalalalaaa..
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Lama aku dok pikir.. nak beli ke tak ? Dah masuk dalam cart tapi belum buat pembayaran. Masih dok mencari kot kot ada yang lagi gempak. Harga buat masa ni bagi ok dah ni. Murah la dengan kualiti. Nak amik yang satu digit punya harga, takut pakai jap jer. Lagi pun aku ada dah yang biasa biasa tu. Nak yang berkualiti skit.. Huhuh.

Jenama Ulanzi menarik minat aku. Aku ada dah yang handheld. Yang handheld ni pun ada macam macam. Memang rambang mata la nak beli. Masalah cuma antara nak amik yang berada di Malaysia atau China. Kalau China , memang berdarah la nak tunggu. Makan minggu gak la. Macam yang aku amik kat bawah ni , semua di Malaysia. Harga memang sedikit mahal berbanding di China tu tapi ok la.. aku nak pakai segera. Ada projek nak kena buat dalam minggu ni. 

Aku order hari Isnin ari tu.. Rabu dah dapat. Memang terbaik la seller dia. Lazada ni korang kena pandai pilih seller. Ada yang slow giler. Macam aku beli resistant band , walaupun seller di Malaysia, tapi dah masuk dua minggu. Haish... Takda stok ? Hurmm.. Tunggu je la.

Ok.. ni set Ulanzi la. Pasni nak usha ada satu tripod tu.. memang menarik minat aku ! Hahahaha..  Ni dah ada flash , microphone .. rasanay boleh dah nak bikin vlog ari ari.. Hahahaha.. 












Jumlah aku abis untuk semua ni dalam RM200++ jer.. Ok la.. Kualiti tengah tengah punya. Kasi try dulu. Kalau komitmen tinggi dengan vlog ni , boleh la tukar yang gempak lagi.. Tapi tak de la plan nak buat studio bagai.. Lebih pada mobile jer.. Boleh bergerak dan mudah urus. Anak anak pun boleh buat gak. Nampak macam Qhaliff tu nak jadi Youtuber. Siap kata nak kaya macam Ryan. Ada hati la ponn ! Hahahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Fenomena ini pernah aku rasa 10 tahun dulu. Ketika tu ramai sibuk nak jadi blogger. Katanya boleh menjana pendapatan hingga berpuluh ribu , sebulan ! Betul ke ? Huhuuhu....  Korang nak tau ? Heheee.. Memang boleh pun tapi.. tapi.. Haa ! 



Ok... pengalaman aku sebagai blogger selama 10 tahun ni dan berpendapatan melalui blog untuk menyara keluarga aku dari seorang , hinggalah ke 3. sedikit sebanyak tidak menafikan bahawa media sosial boleh menjana pendapatan yang lumayan. Kalau meniaga, lagi laaa kan ? Tapi jadi youtuber camana pulak ? 

Sejujurnya aku tak amik tau sangat part income melalui Youtube. Walaupun aku punya channel tapi itu hanyalah untuk suka suka jer. Atau bila ada task untuk projek blog , baru aku buat. Nak kata konsisten , aku lebih suka post video aku di FB dan juga Instagram berbanding Youtube. Aku punya alasan tersendiri kenapa tidak Youtube. 

Ok.. Sekarang ni kita tengok ramai dah mula buka channel di Youtube. Bukan mudah untuk jana income dari Youtube yer. Banyak syarat syarat nak kena ikut. Jika korang tengok mereka yang berjaya menjana income dari youtube ni , mereka mengeluarkan modal yang agak besar sebagai permulaan. Ada juga yang kos rendah macam yang terbaru ni.. er sapa nama dia.. Haa, Puan Sugu tu.  Kes dia ni terpencil. Memang dia buat pun suka suka tapi meletop ! Ini rezeki dia la.. Dan ramai lagi la macam dia gak. 

Nah.. bab duit memang seronok tapi kan... tau tak sesuatu ? Sepanjang aku bergelar blogger ni la kan.. aku dah kehilangan beberapa orang teman blogger. Mereka meninggal dunia dek kerana sakit dan juga kemalangan. 

Tu tak termasuk lagi dengan mereka yang aktif di Instagram atau InstaFamous mahupun Influecer di Facebook. Bila mereka meninggal dunia, waris waris serta rakan rakan mereka terpaksa meminta bantuan netizen... memadam atau buat report untuk terminatekan akaun media sosial arwah. Kenapa ? Hurm... gambar gambar yang mungkin mendedahkan aurat menjadi tumpuan. Bayangkan setiap kali orang tengok gambar dia yang terdedah aurat.. Hurmm.. 

Bayangkan... video pulak ! Perghh.. buat video nak kena ada tarikan ! Haaa... pakaian pelakon ? Adeh.. Sapa nak menjawab semua tu nanti kat sana ? Kita yang tonton satu hal.. yang berlakon satu hal. Pastu orang mula download dan viralkan .. camana ? Atau ada yang guna unsur kononnya santai dengan bahasa yang..hurmm...Anak anak kecil yang menonton pun akan terikut ! Perlu tahu , itu juga tanggungjawab kita sebagai pencipta content..

Lain la video yang ilmiah.. ok la. Takda isu. Tapi kita tau la kan.. Kat Malaysia ni , video camana yang dapat sambutan. Kan kan ? 

Maka fikir fikirkanlah.. Bagi aku , kalau korang ada skill memasak dan meniaga.. manfaatkan media sosial ni ! Bukan tak boleh jadi Youtuber tapi kena pastikan langkah korang tu betul agar tidak menyusahkan diri sendiri di kemudian hari kelak.. 

Duit memang best... tapi bila sampai satu ketika.. masa tu korang akan tepuk dahi..

" Apa aku dah buat selama ni ???? " 

Kemudian fikirkan ahli keluarga.. soal keselamatan untuk hari mendatang. Bila dah viral, keselamatan sangatlah penting ! Nak bergerak ke sana sini pun , jadi risau. Orang memandang. Mengambil gambar curi curi. Nak korek hidung pun takut dah.. 

Selamat mencuba.. 


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Tiba-tiba semalam mata aku tak boleh tengok skrin tv mahupun handphone. Aku tak tau kenapa. Awalnya aku ingat sebab rabun dekat atau silau. Bila pakai spek , part silau tu hilang la skit tapi rabun dekat tu memang tak leh la cover.. 

Kepala pening sedikit. Tapi takda pulak tanda sakit tengkuk atau dahi. Pening macam berpinar gitu. Badan mula berpeluh. Apahal ni ??? Aku tak rasa pun tekanan darah aku naik. Tak check pun. Maklumlah... aku jaga makan gitu. Apa yang aku buat ialah , aku mintak ubat tahan sakit dan makan. Terus tidur pastu. Yer, kena bereha ! 

Bangun tidur... pening dan kabur dah takda tapi badan masih terasa cam.. panas panas gitu. Ingatkan metabolisma aku naik. Huhuh.. Kalau workout mesti bakar banyak kalori. Tapi aku takda mood nak workout. Apahal ??? 

Yer.. memang tekanan darah aku naik ! Rasa macam nak demam tapi tak demam. Dah check suhu badan. Clear. Takda demam. Apa yang aku buat ialah.. aku mintak wife buatkan secawan air dan masukkan beberapa keping asam gelugor aka asam keping. Tunggu suam , pastu minum. Rasanya ? Jangan cerita laaa dia punya masam aihhh.. Memang padu. Kejap je terasa cam... haa.. Aku tak nak la kata itu ubat untuk darah tinggi tapi untuk turunkan seketika tu, boleh la cuba.. 

Alhamdulillah.. dah berapa kali menjadi pada aku. Kalau diamalkan seminggu sekali pun bagus. Jangan hari hari lak. Huhuh... Dan yang penting, lepas minum tu.. kena rehat. Jangan pulak gi lepak kedai mamak.. Eh , mana boleh lepak lepak dah sekarang kan ? Hehehe..

Yer.. aku tau.. sejak PKP ni ramai dah ada tekanan darah tinggi.. kan ? Hahahaha.. Sabar la yer.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Termenung. Macam tak percaya. Baru beberapa hari lepas aku nampak statusnya. Berkali aku membacanya. Hurm... tak mungkin ? Ke dia buat prank je ? Tapi orangnya yang aku kenal bukan jenis kaki prank macam aku. Hurrmm.. 

Aku bukak profilenya. Baca timeline untuk beberapa hari lepas. Takda cerita pasal dia sakit apa pun. Tau tau , dia dah pergi buat selamanya.. Patutlah tak nampak dia singgah komen dah.. Dan biasanya komen komenya baik baik belaka. Alhamdulillah. 

Pemergiannya benar benar meninggalkan satu perasaan di dalam hati ini. Lama aku kenal dia di Facebook. Seorang guru tadika Islam rasanya.  Orangnya masih muda. Ada anak kecil seramai 3 orang ketika membaca posting suaminya.  Tiada angin tiada ribut, dia pergi menemui PenciptaNya.. 

Kenapa aku terasa sangat ? Ketika kita dok galak jadi 'tentera pembawang' , 'acik bawang' , dok sedap kutuk sana sini.. sedap menurunkan komen berbau wira wira pendekar.. kita terlupa... bila bila je kita boleh mati ! Tu belum part part dok segak menari sana sini dengan Tik Tok bagai tu.. Video tersebar sana sini.. Adeh.. Jenuh waris kita nanti update status..

" Minta tolong rakan rakan buat aduan untuk teminate akaun si arwah.. Dan jika ada gambar gambar dia yang terbuka aurat , minta tolong delete yer.. " 

Kan ? Tak pasal pasal kita susahkan orang lain. Sapa kata kita tak susahkan orang ? Jangan sombong weh ! Sooo... kena la pikir pikir sikit mulai sekarang.. Termasuk aku la. Apa saja nak kena post... kena fikir selangkah di hadapan. Bukan esok tau.. Kejap lagi ! Andai aku mati kejap lagi , camana ? Sapa nak tolong delete semua tu ??

Berbalik pada cerita aku tadi.. aku baca status arwah suaminya. Sedih sangat. Tengok anak anaknya yang masih kecil. Hurm...


" Wahai Allah, ampunilah Hawa Ahmad, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya. "

Jika ini entri aku yang terakhir , maafkanlah aku jika selama perkenalan kita di media sosial ni aku banyak melukakan hati korang samada sengaja ataupun tidak.. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

" Bang , nanti beli lampu lip lap eh ? Nak pasang. Kasi meriah skit. " wife bersuara sambil tunjuk 'katalog Lazada

" Carpet dah antar cuci ke belum " " tanya wife lagi.

Aku pandang dia. Tahun ni unik sedikit. 10 tahun aku bersama dia , hanya sekali je beraya di KL ni. Selebihnya di Kelantan. Memang aku tak kisah pun. Tahun ni , sejarah berulang. Dan aku tau, dia mesti terasa sayu punya. Hehehe.. Tapi sekurangnya , sebulan dah ari tu kat Kelantan dek kerana PKP. 

" Nak gi mana raya ni ? Bukan ada orang nak datang pon ? Kita pun bukan leh gi beraya mana mana. Lepas solat sunat , nak kasi khutbah raya.. Yang nak dengar , sorang jer. Lagi 3 tu , sah sah dah berlari sana sini. Kang elok dari khutbah raya terus ke ceramah poligami. Eh.. " jawab aku. 

Ok.. part poligami tu aku tambah. Hahahaha... Berani nak cakap ? Sembang kat Facebook je la berani. Cakap depan depan ? Mau gak bersahur makan biskut kering. Hahaha... 

Nah... aku difahamkan ramai dah beria nak beraya ni. Siap katanya ari ni banyak kereta kena arah patah balik dek kerana percubaan nak rentas negeri. Huhuh.. Nak balik kampung ke tu bang ? Jangan gitu... Kan kata tak boleh dah rentas negeri. 

Sumber dari Sinar Harian. 

Hurm.. ikutkan hari ni aku nak gi lawat mak aku yang berada di daerah lain tapi sama negeri. Tapi dok pikir pikir akan baik buruk.. terasa cam.. Tak pe la dulu. Aku tangguhkan je dulu niat. Dah sebulan lebih tak gi tengok dia. Kalau dulu memang kerap la.. Boleh kata selang dua hari gi tengok. 

Aku tanya Qhaliff dan Zahra.. Nak gi umah tok tak ? Terus jawab tak nak. Takut virus. Hahaha.. Aku tau dah. Memang diorang nak keluar rumah g mana mana pun tak berani dah sekarang. Kalau dulu , hujung minggu je memang pergi Alamanda. Sekarang , kalau cakap aku atau wife je nak gi , diorang memang tunggu kat rumah jer.. Takut nak ikut. 

Nasib baik mak aku ada dengan keluarga adik perempuan aku. Ditemani 3 orang cucu. Tak la boring. Alhamdulillah.. 

Kalau nak gi ziarah pagi raya Aidilfitri tu, sah sah dah tak boleh. Sekarang ni ada pulak ura ura katanya diminta PKP dijalankan pada 3 hari raya. Takut virus merebak. Katanya rakyat Malaysia ni tak berdisiplin. Tak reti nak ikut SOP. 

Ye ke tak reti ? 

Aku berpendapat rakyat Malaysia reti je ikut SOP. Yang bawak anak tu , gi shopping mall tu.. aku rasa dia tak tau pun akan arahan tak boleh bawak anak keluar gi mall. Kena ada notis pemberitahuan di dalam mall. Kanak kanak dan orang tua , serta mereka yang kurang sihat tidak dibenarkan masuk ke dalam mall.. Haaa.. 

Yang 20 orang tu ? Hahaha.. Yang ni memang banyak la kecelaruan. Aku faham niat kerajaan tu tapi sebaiknya tak yah la.. Tak perlu ramai ramai dalam rumah. Sebab tu kot lebih baik dibuat PKP je terus. Semua duduk rumah diam diam , di pagi raya ! Berdarah kau naakkk ! Sekarang kita rasa camana abang askar , polis , petugas kesihatan kena bertugas di hari raya ! Hahahaha.. Kan kan ?

Tolong..tolong pesan sesama kita. Jika rantaian Covid 19 ni tak diputuskan da muncul yang baru... jawabnya kita akan lebh 'menderita' nanti. Tak nak 'beraya' lebih lama ke ? Takkan nak beraya sehari jer ? Kalau wujud kluster raya ? Camana ? 

Maka.. sebelum nak keluar beraya ke rumah kenalan... baik fikirkan... sapa la yang datang rumah dia. Apakah dia bebas dari Covid 19 ? Apakah kita bukan pembawa ? Nah... Jangan ingat kita dah disaring , kita dah ok. Belum tentu tu.. 

Selagi takda vaksin... 'pembunuh' ni sedang memerhati untuk melaksanakan tugasnya. Sila download Google Meets dan apa jua aplikasi untuk buat video call di pagi raya ! Huhu... Kata nak 'kereta terbang' kan ? Nah... sekarang kita beraya ala ' Star Trek' . 

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Aku tau. Aku pun macam korang gak. Duduk termenung. Berdoa agar Covid 19 ni dapat diselesaikan dengan segera. Tak larat dah nak hidup dalam ketakutan. Nak ke sana sini pun tak boleh. Dah macam terpenjara dalam rumah sendiri ! 

Itu pun bersyukur ada rumah sendiri. Berapa ramai kena halau dari rumah mereka ? Tak mampu nak bayar sewa ! Hilang pekerjaan. Terpaksa pulang ke kampung. Nak pulang pulak , satu hal ! Tak bolen nak pulang sebab dek sekatan pergerakan antara negeri ! Kena dapatkan surat la pulak ! Macam kena ada passport ! Fuh..

Nampak tak ? Satu ketika dulu.. kita bergerak ke sana sini dengan begitu mudah. Tak da sapa nak kisah pun. Tak kira waktu. Malam tak mengenal siang. Sama jer. Sekarang , jam 10 malam kena ada dalam rumah dah ! Apa cite ??? 

Berapa lama tak dapat jengok ibu bapa tercinta ? Dek kerana berada di negeri lain. Dah macam berada di negara lain lak. Dulu , suka tangguh. " Alaaa.. nantilaah.. Banyak masa lagi boleh pergi ! ". Tak endah. Yer.. sibuk dengan kerja. Tapi bila nak gi melancong , boleh pulak amik cuti panjang ? Memang cuti simpan untuk melancong dari balik kampung tengok orang tua ? Huhuh... Kini kita kehilangan peluang tu sejenak. Yer , sejenak pun cukup terseksa. 

Ketika ni... teringat melepak di kedai mamak.. Duduk dengan kawan kawan, berbual santai. Tapi tangan dok menekan telefon pintar. Bual sekejap selebihnya dok layan handphone ! Nah.. sekarang layan laa phone tu ! Takda sapa nak kacau dah. Baru rindu kat kawan kawan kan ?

Di pejabat lak... Boss tanya... sapa nak cuti raya ni ? Semua pakat nak kerja. Kenapa ??? Risau kena buang kerja. Masing masing nak tunjuk rajin time ni. Masa ni nak tingkatkan produktiviti. Kasi company naik . Kalau tak naik ? Kena buang kerja. Mengelabah kan ? 

Dulu... bila cuti panjang. Sibuk nak melancong luar negara. Alaaa.. Dalam negara bila bila boleh pergi ! Nah , sekarang ? Huhuhu.. Duduk dalam daerah je kita , kan ? Haaa.. barulah terasa nak gi Pulau Pinang la.. nak gi Sabah laaa... teringin nak tidur di dalam hutan di Taman Negara la... Nak lepak di pulau pulau sambil snorkling la... Walhal ketika ada peluang tu dulu , kita jawab... 

" Ala.. nantilah pergi.. ".

Sekarang telan air liur tengok gambar gambar. Dek kerana sikap yang suka menangguh tu, berapa banyak dah kita kerugian ?? 

Nak lagi best ??? 

Masa ada duit.. dok sibuk tukar gajet.. Shopping barang branded.. Duit diabiskan begitu saja. Maklumlah , masyuk ! Job sana sini ada. Projek besar. Gaji lumayan. Utamakan dulu yang sukar nak dapat... Sekarang ???? 

" Nak gi umrah ? Nak gi haji ? Nak ziarah Kaabah ? " 

Semua tu dah tak boleh ! Entah sampai bila ? Kita pun tak tau.. Satu kerugian dek kerana sikap kita yang suka menangguh tu.. Huhuh... Rugi kan ?

Dan paling merugikan ialah...  Masjid dan surau pun dah tak boleh pergi untuk bersolat berjemaah. Solatlah di rumah tu. Dulu dok kata.. " Nantilah pergi... nantilah pergi... " . Sekarang Allah dah tarik segalanya . Harapnya seketika. Jika berpanjangan ? Menangis air mata berdarah la jawabnya. 

Nah.. sekarang Allah beri kita satu lagi peluang.. Yang ada di depan mata..

KELUARGA ! 

Apakah kita nak tunggu kehilangannya ? 

Manfaatkan masa tu... 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Setiap hari ada pertanyaan berkenaan aircond Midea ni. Aku pernah buat entri santai mengenai Midea ni pada tahun 2016. Masa tu beli sebab Aariz. Hehehe... Wife sedang mengandung dan bakal melahirkan si Aariz tu pada bulan September. Beli aircond ni pada Julai. Nasib baik aku ada buat log mengenainya. Hehehe.. Tu pentingnya blog.. kan ? Boleh baca di Ok ke pendingin hawa  jenama Midea ni ? First page lak dia duduk. Huhuh..  patut ramai je komen. Tu pentingnya SEO dan blog. Huhuh.. Orang akan search bagi mendapatkan info.  Kemudian mereka akan buat perbandingan sebelum buat keputusan. 

Setelah guna hampir 5 tahun... maka inilah pendapat aku mengenai aircond Midea ni. Dari sudut sejuk , takda masalah. Kena rajin bersihkan filter dan juga buat service. Seingat aku , aku baru buat sekali je servis . Ke dua kali ? Tak ingat aku tapi tahun lepas aku ada buat la dengan kawan aku. 

Part sejuk , memang takda masalah. Kalau letak 16 tu , memang membeku la.. Aku suka part beku. Wife aku tak leh. Level dia antara 21-23 jer.. Tu dah memadai bagi dia. Anak anak , suka beku dulu..baru diorang lena. Dah lena, baru tutup aircond dan pasang kipas.  Lena sampai ke pagi. 

Camana pulak dengan elektrik ? Yang aku punya ni , 1hp jer. Di ruangan tamu 2hb tapi bukan jenis Midea. Tu Toshiba Inverter.  Yang dalam bilik ni takda inverter. Kenapa aku tak guna Inverter yang dalam bilik ni walhal akan buka lebih kerap ? Sebabnya ialah kos membaikpulih andai rosak.  Toshiba aku ni pernah rosak lama.. Kena tunggu spare part dari kilang. Memang nyesal la beli time tu. Berbanding Midea dalam bilik tu , takda pernah wat hal.  Tapi bil elektrik memang cecah ratusan ringgit setiap bulan. Kalau takda aircond , memang takda la cecahnya. Hahaha... 

Tapi aku tak kisah part bil elektrik tu. Sebab apa ? Rumah aku ni atas bukit. Dan terbuka. Bila tengahari tu , pergh...bahang dia.. Memang boleh bikin aku pening kepala la. Anak anak pun kerap demam sebelum tu. Kos ulang alik klinik je dah berapa. Lepas sorang demam.. sorang lagi. Bila dah pasang aircond , diorang tak demam dah. Huhuh.. Manja tul ! Kena kerja keras la skit untuk cari side income bayar bil elekterik ni.. Lagi pun aku kerja dari rumah , kena la selesa. Tak pe la.. untuk keluarga gak. 

Ok... ada yang tanya part bunyi. Bising katanya. Hehehe.. Bising sebab blower ? Blower eh nama dia ? Heee.. Ok.. Kalau tengah malam tu, memang boleh dengar la 'suara' dia. Tiupan dia kedengaran dengan agak kasar tapi tak menganggu aku sama sekali. Malah aku lena je tidur. Bila tak dengar dia , aku akan terjaga. Hahahaha.. Aku tau aircond ditutup dek wife yang dah membeku ! Hahahha..  Maka part bunyi tu, takda masalah. Kalau korang tak suka bunyi bising ketika tidur , rasanya tak sesuai la kot. TAPI !! Midea sekarang ada banyak jenis dah ! Haaa , masa aku beli dulu.. aku amik paling murah. Jimat dan memang menjimatkan. Jimat dari segi tak buat masalah berbanding aircond Toshiba aku. 

Untuk aircond Midea ni , korang boleh tengok di web mereka , Midea.com.my . Kesimpulan... apakah berbaloi beli Midea ni ? Bagi aku...jika nak beli aircond baru , memang aku akan cari Midea.  Sebab ? Takda masalah dengan dia ni. Bagi aku la.. Bagi korang , aku tak tau la.. 

Sekian. 
Share
Tweet
Pin
Share
26 comments
Duit Raya 

Yer... mak ayah tolong pegangkan duit raya anak anak. Maklumlah , anak anak masih kecil lagi. Diorang dah kenal erti duit tapi tak tau betapa 'besarnya' nilai duit itu atas muka bumi ni. Diorang cuma reti mintak jer... Hehehhe...

Bila gi beraya , dapat duit raya. 

Cukup dah seminggu , duit anak anak penuh di tangan mak..biasanya , kan ? Hehehe.. Dan ketika tu , ramai mak ayah dah kering 'duit' . Pelbagai sebab la kering awal. Dan terpaksa 'pinjam' duit anak anak. Kan kan ? 

Persoalannya... 

Mak ayah ganti balik tak duit duit tu ?? Itu amanah dari si pemberi buat anak anak kita. Ada yang mula berkira berkira dengan mengatakan duit tu kena la tolak duit minyak sebab bawak diorang gi beraya. Hurmm.. Ada banyak lagi la jawapan diberikan. 

Entah la.. Korang sendiri yang lebih arif. 

Tapi pastinya... amanah itu besar timbangannya di akhirat kelak. Memang part tu ramai yang lebur. Rasulullah SAW bersabda:

“Empat hal jika dia ada dalam dirimu, engkau tidak merugi walaupun kehilangan dunia. Menjaga amanah, berkata dengan jujur, berakhlaq yang mulia dan menjaga makanan (dari yang haram).” (HR. Ahmad)

Semalam , seorang sahabat mengirimkan duit raya buat anak anak aku. Alhamdulillah. Satu rezeki yang tak disangka buat anak anak. Yang menariknya ialah kata-katanya ketika menyampaikan hasratnya pada aku. Tak terfikir juga sebenarnya aku. Kenapa tidak kita ambil peluang 10 hari terakhir Ramadan ni dengan perbanyakkan sedekah ? Dan memberi duit raya pada anak anak kecil juga satu sedekah. Jika diberi selepas Ramadan berakhinya , maka pahalanya tidak seperti di bulan Ramadan yang berlipat kali ganda.. kan ? 


RM1000 untuk 3 orang anak bermakna RM333.33 seorang. Huhuh.. Aku tak leh nak amik duit tu sebab dia kata duit ni untuk anak anak ! Semoga Allah murahkan rezeki buat si pemberi.

Dan semalam.. aku tak boleh tidur sehinggalah lepas subuh..dapatlah lelap sekejap. Dan sepanjang tak boleh lelap tu, aku masih memikirkan kata-katanya.. 

" Kenapa aku tak ambil peluang ni ?? Mana la tau terdapat keberkatan Lailatul Qadar , kan ? " 

Entah camana... di Facebook keluarla satu iklan berbayar. Sebuah tahfiz meminta sumbangan. Aku pun bukak page mereka dan membaca. Takut scammer. Dan ternyata ianya wujud dan memerlukan sumbangan untuk membeli van bagi kegunaan pelajar pelajar tahfiz. 

Allah... Ruginya aku jika lepaskan peluang tu... 

Terus aku manfaatkan. Terasa lega lepas lakukan sumbangan tu. Jika tidak , terasa macam ada sesuatu je di hati. Rasa cam berat betul masalah aku dengan duit ni ! Hehehe.. Tapi kalau nak membeli kat Lazada tu , ringan la pulak.. Adoi.. Aparaa ! 

Soooo.. point ada dua kat entri aku ni. Pertama , duit raya anak anak tu.. segerakan simpan dalam bank. Untuk kegunaan mereka satu hari nanti. Kita pun boleh gunakan untuk pembelajaran mereka juga.  

Dan yang kedua , manfaatkan 10 hari terakhir ni dengan banyakkan sedekah. Yang plan nak kasi duit raya pada awal pagi Aidilfitri tu, cer kasi dalam bulan Ramadan ni.. banyak ganjarannya.. kan kan ? 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Alhamdulillah.. Aku bayar awal zakat fitrah. Dah jadi kebiasaan aku dah setiap tahun sejak berkeluarga ni , aku uruskan pada awal Ramadan untuk elakkan terlupa. Maklumlah , banyak nak diuruskan hal dunia ni terutama sejak PKP . 


Waktu Membayar Zakat Fitrah

Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.

Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Hukum bayar Zakat Fitrah adalah wajib jika cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Ok... Tu asas yer. Bukan apa.. Ada yang persoalkan bab ni.  Sekurang-kurangnya , aku dah mainkan peranan aku. Hehehe.. Terlepas dah bahagian aku. Kan kan ? 

Nah... bagi mereka yang tinggal dan bekerja di Selangor... jika nak tunaikan Zakat Fitrah ni , digalakkan la secara online yer. Sah ke akadnya ? Adeh... Al maklumlah , ada yang kata  takda feel la.. nak kena berjabat tangan baru syok atau kena mengadap muka amil... baru terasa Ramadannya.. Dan macam macam lagi laaa alasan. Aku nak jelaskan pun , bukan bidang aku tapi secara ringkasnya , korang boleh baca di artikal Sinar yang dikeluarkan pada tahun 2019 ni yang bertajuk ' Tiada akad, sah ke bayar zakat ? '

Aku... Kalau amil ada depan mata , aku bayar je melalui amil. Jika tidak , online pun jer.  Lagi pun rekod secara online pastinya dah ada. Mudah je jika untuk rekod LHDN. Hehehe.. Dan kali ni pulak , dunia sedang dilanda musibah. Huhuh.. Nak keluar, nak berjabat tangan memang sukar la... Maka digalakkan la bayar zakat fitrah secara online jer.. Dah dimudahkan , kenapa nak susahkan diri lak kan ? 

Lagi pun dah ada banyak aplikasi sahih untuk mudahkan pembayar zakat ni. Tak kira la zakat fitrah atau pun zakat pendapatan. Boleh je download dan guna. Ikut je arahan yang disuruh. Tak suruh , jangan ikut. Hehehe.. Bahaya. Takut ternikah online lak. Ehhh.. gurau jer ! Hahahaa...








Bagi terus melalui laman web Zakat Selangor , ada hadiah istimewa menanti korang. Hehehe.. Ok la kan dari takda apa apa , kan ? Hehehe.. 

Untuk bayar zakat melalui Zakat Selangor :  https://fpx.zakatselangor.com.my
Semak bayaran & penyata zakat: https://ezo.zakatselangor.com.my


Ibadah selesai, tanggungjawab tertunai! Semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga dan berkati amalan kita semua. 
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Sebelum PKP ari tu , aku sempat ke Sungei Wang Plaza di Bukit Bintang. Tujuan aku ialah nak buat cermin mata. Dah terasa Malaysia akan 'dilockdown' dek kerana Covid 19. Dan ianya menjadi kenyataan. Nak lagi best , ketika  PKP bermula, aku dah pun berada di Kelantan.  Sesungguhnya aku bernasib baik sebab aku dah buat cermin mata back up ! Hehehhe.. 

Bukan apa... jika takda cermin mata ,  kabur teruk mata aku. Tak la sampai tahap tak nampak apa tapi mata aku akan nampak semua orang cun jer ! Tu yang bahaya ! Laki perempuan cun jer ! Acaner tu ? Hahahha.. 

Cermin mata tu lak , aku buat yang gempak skit. Boleh pakai siang makan. Aku fokus pada untuk memandu. Tapi kalau duduk rumah nak tengok tv pun ok jer. Cuma kalau nak membaca tu , anak anak nanti kata aku mengada lak ! Hahaha.. 

Bingkai Adidas ( tengah jual murah ) dan lens separa gelap. Harga tak masuk akal ! Hahaha.. Ada power lagi tu ! Maka aku boleh memandu pada waktu panas , hujan dan juga pada bila bila masa jer. Bingkai Adidas aku amik sebab tahan lasak. Macam bingkai Eye Eye yang aku guna sekarang ni. Dah dua kali terduduk atas dia. Huhhuh.. tak patah pun. Mudah diperbetulkan kembali. Kalau patah pun , aku tak risau sebab banyak stok kat kedai aku beli tu. Guna balik lens pada bingkai baru. Kan jimat dah ? 

Aku ada empat  koleksi spek aku yang guna separa gelap. Dua coklat ( Ray Ban ) satu lagi hitam. Puashati la pakai. Sayang abis kat spek spek ni. Nak beli kat kedai optik yang popular , jangan mimpi la nak dapat harga ni. Sah sah kena tekan kaw kaw punya ! Aku dah kena weiii ! Beribu terbang ! Pakai tak lama pun. Kejap je patah bingkai dia. 

Oh ya.. untuk korang yang rabun silau tu , boleh mintak lens Alpha Blue 420. Kena tambah RM60 jer. Untung siut ! Kalau kat kedai yang 'berjenama' tu , makan ribu kau ! Kalau nak tukar gelap pun boleh. Murah jer..  






Okeh... Raya tak lama lagi. Aku tak risau part raya tu.. Aku cuma risau part lepas raya ! Apakah akan ada kluster Aidilfitri ? Gulp.... Harap harap takda la. Tamo dah terkurung dalam rumah. Dan ramai tak dapat keluar bekerja. Satu kerugian buat kita semua. Kena jaga dan ikut SOP tau ! 

Tapi jika berlaku.. sekali lagi , apakah korang dah ready backup cermin mata ?? Nah... Sementara boleh keluar ni , gi la buat spek backup. Nak buat spek melawa pun boleh jer.. Beli je dua dua. Harga tengah baik punya ni. Ditambah lagi korang petik nama aku kat tokey tu.. Dapat la harga cun ! Heheheh.. Jangan kasi tau orang tau.. Korang yang baca blog aku ni je tau.. 

Risau pasal SOP kat kedai optik tu ? Jangan risau aih.. Diorang dah ikut segala prosedur pun. Aku sendiri dah check... Pastinya diorang utamakan pelanggan mereka. Kalau tak , diorang sediri pun susah kan ? Haaa.. 

Apakah langkah langkah SOP yang telah Eyes Vision Group lakukan ? Oh ya.. Waktu PKP-B ni mereka buka kedai dari jam 11 pagi hingga 6 petang. Setiap hari buka yer.. Sebarang pertanyaan , boleh terus Whatsapp ke Mr. Jun ( 016 3636464 ) 
  • Setiap pelanggan yang hadir diminta isi borang terlebih dahulu. 
  • Kemudian diambil suhu badan sebelum masuk ke kedai.
  •  Mereka hanya dibenarkan mencuba 10 jenis bingkai. Kemudian bingkai akan diletakkan di dalam kotak berasingan utk tujuan pembersihan sebelum diletakkan ke tempat asal semula.
  • Kakitangan akan senantiasa menggunakan face mask dan sanitizer diletakkan di tempat tempat terbuka bagi memudahkan pelanggan senantiasa membersihkan tangan mereka.






Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur

Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Tersebar di media sosial terutama di Facebook ! Katanya tak boleh beraya. Arahan baru ! Adeh... pulak ? Sapa la yang rajin sebarkan ni ? Cer tengok tarikh artikal tu. 7hb May 2020. Memang masa ni menteri kata tak boleh tapi cer tengok artikal terkini yakni pada 10hb May 2020. Perdana Menteri kata boleh beraya tapi bersyarat ! 

Ok...

Aku tau..

Yer..

Aku pun.. 

Cuma kita janganlah sebarkan sesuatu yang dah ada maklumat terkini. Bukan apa... Kesian pada kerajaan sekarang. Nanti dikatanya , " Laa... U-Turn gak ke ?? " . Walhal dah dapat lampu hijau pun. Cuma tak boleh la nak balik kampung yakni rentas negeri ! Kan ? 

Walaupun boleh gi beraya , tapi kita janganlah nak gi beraya sana sini. Mungkin ini peluang untuk bersama keluarga terdekat seperti adik beradik yang tak berjumpa sejak PKP ari tu... Ada yang tak jumpa mak ayah walaupun rumah dekat je.. 

Yer.. aku tau..

Nak jumpa tetap ada SOP. Kena la ikut. Kita yang nak pergi jumpa tu , pastikan la diri kita ni clear. Dalam tempoh beberapa hari sebelum nak gi beraya ni tidak ada pergi ke mana mana tempat terbuka. Bukan apa.. kita nak elakkan dari menyebarkan virus. Kalau tak yakin  jangan pergi. Mudah je kan ? Kalau rasa diri tu clear , gi je la.. Tapi jangan la buat gathering lak ! Memadailah bergilir gilir.. Contoh hari petama tu , si along punya keluarga je gi.. Hari ke dua , angah punya keluarga.. Yang penting , dapat jumpa orang tua kita. Pandai pandai la atur. Dan pastikan ikut SOP. Penjarakan Sosial tu kena ada. Nak peluk cium tu , kena pikir la yer.. 

Point aku dalam entri ni mudah jer.. Aku tak galakkan korang gi beraya pun.. Cuma aku nak kita sama sama menyebarkan info info yang lebih tepat. Aku tau korang berusaha nak buat awareness mengenai Covid 19 ni tapi biarlah tanpa memalukan orang lain yer.. Dalam kes ni, kerajaan kita la. 

 Aku sendiri pun tengah fikir nak gi ziarah mak aku ke tak ni. Dekat je ni.. Tak perlu rentas negeri. Dia dah lama tak jumpa cucu cucu dia ni.. Maklumlah , dia yang jaga dari kecil dulu. Terasa rindu gak la kan.. Apa pun , aku kena teliti keadaan tu betul betul nanti. Tak leh main serbu je. 

Dan aku tak risau pun part tetamu nak datang beraya pun. Hehehe.. Sebab dari dulu , kitorang buat open house jer.. baru tetamu datang beraya. Maka tahun ni , takda la open house. Sekadar adik beradik je la nak datang pun. Tapi macam aku kata tadi.. kena buat giliran la.. Walaupun dibenarkan 20 orang dalam satu satu masa , tapi aku rasa biarlah dua keluarga dalam satu satu masa je. Tuan rumah dan kita jer.. 

Dan bila balik.. pastikan bersihkan rumah tu.. 

Psstt.. Kalau korang tak berani nak keluar rumah , tak perlu takutkan orang lain. Memadailah dengan memberi peringatan . Menakutkan orang lain seperti letak gambar paru paru terbakar pada kotak rokok ! Buang masa jer.. 

Sekadar makluman..


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2023 (14)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (184)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ▼  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ▼  Mei 2020 (28)
      • Nak kurus tapi tak dapat dapat gak ! Nak buat cama...
      • Pendapatan aku mengenai Hayati dan Zainuddin !
      • Teruk sangat ke bangsa Melayu ni ?
      • Dek kerana 'Syurga Dibawah Tapak kaki Ibu' Fizi Up...
      • Sejarah tercipta di Aidilfitri 2020
      • Salam Aidilfitri dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wi...
      • Bila anak anak demam , bawa ke klinik dan..
      • Maggie Ayam pasti hirup kuah kasi abis !
      • Berbaloi beli set Ulanzi di Lazada !
      • Pakat pakat jadi berduit dengan Youtube !
      • Tips buat mereka yang ada tekanan darah tinggi !
      • Andai ini Ramadan ku yang terakhir..
      • Hari Raya nanti , boleh gi beraya ke ?
      • "Ala...nantilah pergi.. "
      • Bagus ke aircond Midea ni ? Setelah gunakan sejak ...
      • Tugasan paling berat buat ibu dan ayah di hari ray...
      • Korang dah selesaikan ke belum ni ? Jangan terlewa...
      • Cermin mata patah ? Nak buat baru ? SOP camana ?
      • Boleh beraya atau tidak ni sebenarnya ?
      • Sempena Hari Ibu , biar jer.. aku belanja semua or...
      • Gempak giler 4 filem ni !
      • Ini semua salah group ' Suami Masak Apa Hari Ini' !!
      • Sebelum pulang ke Kuala Lumpur , aku hadiahkan 'ke...
      • Group 'Suami Masak Apa Hari Ini ? ' terdiri dari g...
      • Akhirnya dapat juga balik setelah 49 hari 'ditaha...
      • Ke Ibu Pejabat Polis Daerah mendapatkan kebenaran ...
      • PKP dah berakhir ke ?? Dah boleh beraya ke ?? Da...
      • Bank Negara dan bank lain u-turn ??? Kena bayar ap...
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Rakan blogger

  • Nina Mirza
    Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi - Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi Korang tengok atok yang... The post Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY...
    Sehari yang lalu
  • Umminani
    Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC) - 14/1/2022 Tahun 2022 / 2023 : Tahun terakhir aku ada anak kecil di tadika. ini juga pengalaman terakhir yang takkan berulang lagi. Even kalau ikutkan 8-1...
    2 minggu yang lalu
  • Eiza GreenAppleKu
    Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Berjemaah Di Rumah - Setiap pagi sambil drive balik dari hantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja, aku suka dengar kuliah secara live di facebook Ustazah Asma' Harun (UAH). ...
    2 minggu yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
Tunjuk 1 Tunjukkan Semua

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes