Berbaloi beli set Ulanzi di Lazada !

by - Rabu, Mei 20, 2020

Lama aku dok pikir.. nak beli ke tak ? Dah masuk dalam cart tapi belum buat pembayaran. Masih dok mencari kot kot ada yang lagi gempak. Harga buat masa ni bagi ok dah ni. Murah la dengan kualiti. Nak amik yang satu digit punya harga, takut pakai jap jer. Lagi pun aku ada dah yang biasa biasa tu. Nak yang berkualiti skit.. Huhuh.

Jenama Ulanzi menarik minat aku. Aku ada dah yang handheld. Yang handheld ni pun ada macam macam. Memang rambang mata la nak beli. Masalah cuma antara nak amik yang berada di Malaysia atau China. Kalau China , memang berdarah la nak tunggu. Makan minggu gak la. Macam yang aku amik kat bawah ni , semua di Malaysia. Harga memang sedikit mahal berbanding di China tu tapi ok la.. aku nak pakai segera. Ada projek nak kena buat dalam minggu ni. 

Aku order hari Isnin ari tu.. Rabu dah dapat. Memang terbaik la seller dia. Lazada ni korang kena pandai pilih seller. Ada yang slow giler. Macam aku beli resistant band , walaupun seller di Malaysia, tapi dah masuk dua minggu. Haish... Takda stok ? Hurmm.. Tunggu je la.

Ok.. ni set Ulanzi la. Pasni nak usha ada satu tripod tu.. memang menarik minat aku ! Hahahaha..  Ni dah ada flash , microphone .. rasanay boleh dah nak bikin vlog ari ari.. Hahahaha.. 












Jumlah aku abis untuk semua ni dalam RM200++ jer.. Ok la.. Kualiti tengah tengah punya. Kasi try dulu. Kalau komitmen tinggi dengan vlog ni , boleh la tukar yang gempak lagi.. Tapi tak de la plan nak buat studio bagai.. Lebih pada mobile jer.. Boleh bergerak dan mudah urus. Anak anak pun boleh buat gak. Nampak macam Qhaliff tu nak jadi Youtuber. Siap kata nak kaya macam Ryan. Ada hati la ponn ! Hahahaha..

You May Also Like

4 comments

  1. bagus Qhalif, sebagai ayah jgn sabotag impian dia, biar dia cuba.. dan beri sokongan positif. INSYAALLAH berjaya Qhalif nanti.

    BalasPadam
  2. Wahhh..siap microphone haa..macam best. Semua tu 200++ kira okay la. Kan? Pemegang phone tu pun nampak kukuh. Ada link untuk beli juga?

    BalasPadam
  3. daddy support lah qhaliff sampai jadi milionaire cam Ryan tu, anak2 huda pun asyik layan youtube channel Ryan tu

    BalasPadam
  4. Tengok barang ni nampak macam berkualiti dan tahan walaupun harga dia taklah mahal sangat.

    BalasPadam