Gempak giler 4 filem ni ! - BEN ASHAARI

Gempak giler 4 filem ni !

Ok... aku jarang nak tonton filem sejak PKP ni. Macam takda cerita best jer untuk dilayan. Terutama filem tempatan. Takda yang kena dengan selera aku, buat masa ni. Kalau nak layan pun , mungkin nak layan cerita lama seperti 16 Puasa dan seangkatan dengannya. Cerita ringan tapi sarat dengan mesej yang nyata. 

Tiba-tiba aku tertonton keratan cerita Gemini Man di Facebook. Aku peminat Will Smith tapi bila filem ni dikeluarkan , banyak review mengatakan film ni tak best ditambah lagi dengan kegagalan kesan khas yang digunakan. Hurm... Aku terus tak minat nak layan ! Ketika tu laa.. Tapi lepas tengok keratan dari filem tu, terus aku cari cerita tu dan download. 


Kesimpulan... Jalan cerita ni best. Walaupun simple jer tapi masih best bagi aku.  Kesan khas dalam beberapa babak kelihatan begitu ketara yang tak patut berlaku pada filem Hollywood. Tu je yang bikin spoil skit. Dan seperti biasa Will Smith , tetap best. Boleh la layan filem ni. Mengisahkan seorang pembunuh upahan dihantar untuk membunuh pembunuh upahan. Asalnya aku ingatkan orang yang dihantar tu dari masa depan tapi rupanya tidak ! 

Kemudian satu filem keluaran Skop Production.. My Stupid Boss.Cerita dah lama tapi aku baru nak layan. Heheheh... Mengekek aku ketawa tengok cerita ni.  Pelakon filem ni , aku kenal beberapa orang jer tapi yang menghidupkan filem ni ialah si Bunga Cinta Lestari dan Reza Rahadian. Si Bossman dengan si Ketua Kera-ni.. hahahahaa.. Jahat giler si boss panggil ketua keranidia  dengan panggilan digitu.. Kera-ni ! Filem ni simple jer. Bagaimana staff di pejabat menghadap perangai bossnya yang bapak kedekut !  Bayangkan bila staff masuk mengadap.. ayat pertama yang keluar dari mulut dia ialah...

" Enggak ada duit.... " 

Boleh giler kerja kat pejabat gini. Memang respek la orang boleh kerja lama kat situ. Realiti ada ke ? 


My Stupid Boss ni ada dua yer.. Satu di tahun 2016 dan satu lagi 2019. Best la layan. Tak berat dan tak perlu keluarkan airmata pun. Tapi perasaan bengang  bila tengok muka boss dia tu... perghh ! Bayangkan sampai aircond rosak pun dia suruh repair , repair dan repair.. Dah berkurun pun ! Dah la tu.. suruh je staff yang reti repair je buat. Cuci kereta pejabat...guna air pejabat , kena potong gaji sapa yang cuci tu ! Hahahaha.. Bengong ar.. Memang best layan berjemaah citer ni.

Ok... satu lagi filem. Yang ni aku ingat cam..hurm.. tak best ! Kenapa ? Sebab pelakon dia ialah si Harry Porter tu ! Huhuh... Muka comel cam dia cam tak layak je nak main citer ganas ganas ! Hahahaha.. Tapi tak pe la.. Try layan dulu. Tak best , tutup je kan ? Hahahaha...

Citer ni , tak boleh layan depan anak anak. Bahasa yang digunakan , kesat memanjang. Hahahah.. Tapi cara cerita ni bergerak dan suntingannya memang cool ! Dan menariknya cerita ni mengingatkan aku pada cerita Desperado , Pulp Fiction dan Long Kiss Godnight. Filem aksi yang giler giler tahun 90an. 


Citer ni mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang kebosanan dalam kehidupan realitinya dan sering habiskan masa dengan di dunia maya. Satu hari tu , dia terjebak dengan satu game ganas ala ala citer cam Death Race dan seangkatan dengannya. Bayangkan budak yang tak pernah pegang senjata api tiba tiba terjebak dek kerana komen negatifnya di game tu !

Apa yang berlaku memang best la. Aku tak sangka la mamat ni leh bawak cerita ni dengan cool. Hilang terus 'Harry Porter' dia. Hehehehe...  Bagi peminat cerita aksi lucu , boleh layan cerita ni. Yang minat cerita Kdrama dan sebagainya , filem ni mungkin bukan citarasa korang.. Hee...

Di Netflix lak... ada dua cerita best untuk dilayan.  Ikutkan banyak jer tapi aku bagi 2 cerita ni la. Yang pertama , Game Night. Yang ni keluar tahun 2018 dah pun. Plot twist dia memang best la. Hahaha... Masing masing nak pastikan mereka penganjur game night yang paling best.. Dan akhirnya, game night mereka 'dihijack' ! Hehehehe... 

Cerita ni kalau layan bersama anak anak.. mereka mesti boring. Maka tak payah la. Hahahaa..


Black And Blue..


Mengisahkan bagaimana seorang anggota polis wanita yang jujur dan amanah , dikhianati orang rakan rakan sepasukannya ! Layan cerita gini. Sakit hati tu , memang la. Realiti dalam dunia kita dari dulu hingga sekarang.. sering dikhianati dek kerana duit dan kuasa ! Hurm...  Takda sapa nak tolong dia dek kerana takut terlibat . Malah dalam pasukannya , sapa pun tak boleh dipercayai. Ramai terlibat dalam korupsi ni. Dia diburu oleh rakan sejawatnya dan juga ahli ahli kongsi gelap di tempatnya. Bagaimana dia lepaskan diri ? Nah.. kena tonton sendiri  !

2 ulasan:

  1. Black and Blue tu memang best. Realiti dalam dunia sekarang pun ada je manusia yang sikap macam ni.

    BalasPadam
  2. cerita gemini tu best. Mula minat dia dalam cerita MIB. Sampai lah sekarang.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.