Boleh beraya atau tidak ni sebenarnya ? - BEN ASHAARI

Boleh beraya atau tidak ni sebenarnya ?

Tersebar di media sosial terutama di Facebook ! Katanya tak boleh beraya. Arahan baru ! Adeh... pulak ? Sapa la yang rajin sebarkan ni ? Cer tengok tarikh artikal tu. 7hb May 2020. Memang masa ni menteri kata tak boleh tapi cer tengok artikal terkini yakni pada 10hb May 2020. Perdana Menteri kata boleh beraya tapi bersyarat ! 

Ok...

Aku tau..

Yer..

Aku pun.. 

Cuma kita janganlah sebarkan sesuatu yang dah ada maklumat terkini. Bukan apa... Kesian pada kerajaan sekarang. Nanti dikatanya , " Laa... U-Turn gak ke ?? " . Walhal dah dapat lampu hijau pun. Cuma tak boleh la nak balik kampung yakni rentas negeri ! Kan ? 

Walaupun boleh gi beraya , tapi kita janganlah nak gi beraya sana sini. Mungkin ini peluang untuk bersama keluarga terdekat seperti adik beradik yang tak berjumpa sejak PKP ari tu... Ada yang tak jumpa mak ayah walaupun rumah dekat je.. 

Yer.. aku tau..

Nak jumpa tetap ada SOP. Kena la ikut. Kita yang nak pergi jumpa tu , pastikan la diri kita ni clear. Dalam tempoh beberapa hari sebelum nak gi beraya ni tidak ada pergi ke mana mana tempat terbuka. Bukan apa.. kita nak elakkan dari menyebarkan virus. Kalau tak yakin  jangan pergi. Mudah je kan ? Kalau rasa diri tu clear , gi je la.. Tapi jangan la buat gathering lak ! Memadailah bergilir gilir.. Contoh hari petama tu , si along punya keluarga je gi.. Hari ke dua , angah punya keluarga.. Yang penting , dapat jumpa orang tua kita. Pandai pandai la atur. Dan pastikan ikut SOP. Penjarakan Sosial tu kena ada. Nak peluk cium tu , kena pikir la yer.. 

Point aku dalam entri ni mudah jer.. Aku tak galakkan korang gi beraya pun.. Cuma aku nak kita sama sama menyebarkan info info yang lebih tepat. Aku tau korang berusaha nak buat awareness mengenai Covid 19 ni tapi biarlah tanpa memalukan orang lain yer.. Dalam kes ni, kerajaan kita la. 

 Aku sendiri pun tengah fikir nak gi ziarah mak aku ke tak ni. Dekat je ni.. Tak perlu rentas negeri. Dia dah lama tak jumpa cucu cucu dia ni.. Maklumlah , dia yang jaga dari kecil dulu. Terasa rindu gak la kan.. Apa pun , aku kena teliti keadaan tu betul betul nanti. Tak leh main serbu je. 

Dan aku tak risau pun part tetamu nak datang beraya pun. Hehehe.. Sebab dari dulu , kitorang buat open house jer.. baru tetamu datang beraya. Maka tahun ni , takda la open house. Sekadar adik beradik je la nak datang pun. Tapi macam aku kata tadi.. kena buat giliran la.. Walaupun dibenarkan 20 orang dalam satu satu masa , tapi aku rasa biarlah dua keluarga dalam satu satu masa je. Tuan rumah dan kita jer.. 

Dan bila balik.. pastikan bersihkan rumah tu.. 

Psstt.. Kalau korang tak berani nak keluar rumah , tak perlu takutkan orang lain. Memadailah dengan memberi peringatan . Menakutkan orang lain seperti letak gambar paru paru terbakar pada kotak rokok ! Buang masa jer.. 

Sekadar makluman..


4 ulasan:

  1. Demi Keselamatan keluarga tersyg buat video call...masing2 beraya dlm rumah. Hehe

    BalasPadam
  2. Jeles jugak tgok orng yg boleh beraya..kita dh la patut pkpndr awl, and still x dpt balik kg..

    BalasPadam
  3. Sy di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Betul2 sempadan P.Pinang-Perak-Kedah. Bila kluaq, drive sambil fefeeling tu takut terlajak masuk negeri lain. La ni dah ada balik roadblocks di jln2 yg bersempadan. Dptlah control sikit. Kebetulan 2hb Mei sy kluaq nk restock brg2 dapoq, masa tu blh sampai ke Parit Buntaq. Pi satu mall ni, mak ai..qamai mcm qaya. Xjd masuk, pi atoq kedai2 kecik lah utk beli brg. Masa tu dok pikiaq belum 4hb dah ramai, nnt 4hb lagu manalah. Ni hat raya pulak. Risiko tinggi kita pi jumpa mak ayah & sedara2 yg fragile dgn c19, risiko tu on them. Ni mmg rindu vs keselamatan. Semoga baik2 sj semua org musim raya ni

    BalasPadam
  4. raya kali ini jadi takut nak terima kunjungan orang. bila fikirkan mak ada risiko kalau terkena covid19.

    harap orang faham kenapa tak mahu ada yang datang beraya tahun ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.