BEN ASHAARI



Alhamdulillah.. 9 tahun dengan pelbagai pengalaman pahit manis , suka duka dan penuh dengan pengajaran ! Kenangan sebagai blogger inilah yang paling memberi kesan mendalam pada diri aku. Biasanya , aku mampu berada di satu satu sektor pekerjaan hanya untuk 3 tahun saja. Pastu akan jadi bosan dan mula buat pasal ! Huhuh.. pastu berenti dan cari kerja lain yang lebih memuaskan hati ! 

Apakah kenangan manis 2017 yang cukup meninggalkan kesan dan penghargaan buat aku ??? Pastinya jemputan dari JAPAN AIRLINES ke Fukushima dibawah trip business bersama beberapa agensi travel terkenal di negara kita. ! Itu antara impian aku sejak awal berblog lagi ! Memang terasa bangga sangat ! Bukanlah nak kata blog aku bagus sangat tapi bila ada yang hargai , cukup dah buat aku. Maklumlahkan.. blogger picisan jer.. Sebelum ni , dengan Air Asia dan MAS. Ok la kan ? 



Keduanya , Sony Mobile Media Creator ! Giler kooo.. Sony sponsor telefon pintar sepanjang tahun ! Sebelum ni , aku asyik beli je phone Sony. Maklumlah , aku memang kagum dengan Sony ni lama dah.  Bila dapat tawaran gini , mestilah bangga kan ? 

Dan kontrak bersama Sony Mobile disambung setahun lagi. Alhamdulillah. 


Lagi ? New Zealand pastinya. Lama dah aku mengidam nak jejakkan kaki ke sana. Aku ingatkan , aku sekadar mampu berangan... huhu.. Tapi sapa sangka kan ? Usaha perlu ada untuk pastikan angan angan jadi kenyataan ! 


Lagi ?? Hee.. kontrak aku sebagai duta Cosmoderm dilanjutkan setahun lagi ! Dan secara tidak langsung , #KBBA9 turut mendapat manfaatnya. Alhamdulillah.. 


Hurmm.. Banyak sangat nak diceritakan. Tapi yang paling membanggakan ialah kejayaan rakan rakan blogger #KBBA9 yang berjaya menaikkan nama komuniti blogger ini ! Ada yang anggap #KBBA9 sekadar komunti syok sendiri atau perasaan hot tapi bagi yang mengikuti perkembangan #KBBA9 , pastinya tahu segalanya. 

Tapi tak mengapa. Tak perlu terasa hati dengan insan insan begitu. Mereka ada dunia mereka , dan kita ada juga. Masing masing jaga , sudah.. 

Terlalu banyak gambar nak diletakkan ! Sila follow Instagram #KBBA9

2018 , aku dan #KBBA9 dah ada banyak program sehingga hujung tahun. Awal awal tahun pon dah ada program kembara tapi nampaknya tahun ni aku lebih berminat nak fokus dalam negara. Yer , terlalu banyak tempat menarik di dalam negara perlu diterjah ! InshaAllah..

InshaAllah. Doakan agar komuniti ini terus sukses dan lebih ke hadapan di hari hari mendatang ! Er, jangan lupa doakan aku dan juga keluarga aku juga yer. Heee.. Semoga Allah berkati dan murahkan lagi rezeki kita semua. Aamin...

Selamat Tahun Baru 2018 !
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Ni kali ke 2 aku pergi dalam seumur hidup aku. Ingat lagi kali pertama , gi ngan Qhaliff. Sebenarnya aku tak suka nak pergi sangat event di Putrajaya ni. Pernah sangkut dalam kesesakkan berjam lamanya. Memang insaf la nak pergi pastu. Tapi kali ni pergi sebab Aariz dan Zahra memang suka tengok lampu. Qhaliff pun dah pandai layan semua ni. Tu teruja nak bawak gi gak. 

Ok... kalau tanya aku la kan , best tak LAMPU 2017 kali ni ? Jawapan aku... Tak da yang menarik ! Aku ingatkan kali ni mungkin ada kelainan dari segi persembahan. Namun hampa ! Aku nampak lebih pada nak menarik duit pengunjung berbanding dari nak memberikan pertunjukkan yang menarik ! 

Aku sekeluarga tiba di Masjid Besi jam 6.30 petang. Memang nak tunggu Maghrib dulu baru masuk ke  tapak majlis. Parking sedikit demi sedikit dipenuhi. Bersyukur datang awal. Cuma tak tau lagi camana keadaan balik nanti ! Huhuh.. 



Kalau korang nak datang pada hari terakhir dan nak sambut tahun baru , boleh cuba parking di BAHEUU. Parking free bawah tu. Naik lif terus ke tingkat 2. Senang. Nak keluar dari situ pun senang. Tak ramai tau boleh parking situ. Sila datang awal ! 

Tarikan... nasib baik ada lampu warna warni ni. Kalau tak ??? Hurmmm.. hurmm... Selain tu ada beca berlampu dan beberapa lagi tarikan berbayar. 





Ok.. jam 8.45 malam , baru pertunjukkan bermula..  Temanya, berkenaan dengan negara kita. Hurm..  Ok la.. Patriotik skit. Layankan je. Aku memandang kosong. Ingatkan gempak mana la sangat. Rupanya, takda beza dari yang lepas. Hurmm... \


10 minit mengadap mahkamah. Bosan ! Teringat ada bazaar makanan ! Ok... terus ajak wife dan anak anak ke sana. Inilah tarikan sebenar di sini ! Hahahahaha... terus perut aku nyanyi lagi Aiman Tino... Apa saja aku tengok , semua nak ! Ternyata kelihatan semua sedap ! 

Makanan... Aku pekena Tako Yaki dan MeatBall kambing. Baby Crab pon sedap ! Sayangnya air milo macam... hurm. Harga RM4. Kasi cup besar pon tak guna kalau rasa cam minum air paip ! Gagal ! Makanan sedap dah... air tu je out ! Aku tak rasa air di gerai lain. Beli makanan jer. 


Jam 9 malam.. terus menghala ke parking. Nak balik ! Nyesal datang. Hurmm... Nasib baik makanan sedap. Terus mood kembali ok. Tapi sekejap je ok ! Tersangkut dalam jammed ! Nak lepas kuar dari parking pon dah sejam lebih. Terpaksa ikut kereta lain , turun dari divider ! Nasib baik kereta standard ! Kalau aku bawak Ferarri ??? Mampu nak lepas ! 

Kesimpulan.... LAMPU 2017 diselamatkan oleh lampu  lampu berwarna warni yang dipasang berhampiran masjid.  Di tapak majlis , replika lampu yang ada tu macam ... recyle yang lepas ke ? Tak menarik perhatian sungguh. Pihak penganjur harus lebih kreatif. Sepatutnya buat la pertandingan kereta berhias ke.. terbuka pada orang awam ke... Baru cool ! Ni takat tengok lampu dipancarkan ke mahkamah pastu pasang lagu kuat kuat.. hurm.. cam event fun fair pon ada. Haih.. 

Aku kasi 2/5 bintang. 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Keratan dari Sinar Harian bertarikh 30.12.2017

Ke New Zealand , beberapa bulan lepas.. selepas jam 12 malam , memang mati ! Bandar Auckland masih hidup tapi hanya untuk mereka yang kaki bersosial tengah malam.  Pelancong yang macam aku ni , memang keras la kat sana , selepas jam 8 malam ! Kena duduk je la kat dalam bilik. Huhu.. Nak amik angin malam ? Hurmm..  Ke Perth pon gitu gak.. sama.  

Tapi Korea dan Jepun , malam malam.. heaven ! Hahahaha... Hidup wooo  ! Meriah ! Tapi di bandar utama je la. Bandar bandar kecil aku tak ingat lak... Tapi yang pastinya , bagi rakyat yang macam aku ni.. siangnya kerja malamya teringin nak release tension , pastinya akan tercari tempat minum seperti Starbuck , atau paling tidak pun restoran segera. Kalau takda semua ni , memang bosan ! 

Bila di luar negara , malam takda aktiviti terus rindukan Malaysia ! Paling tidak pun , nak la ke kedai makan dan pekena sepinggan dua mee goreng atau keow teow goreng ! Hahaha.. Tak bagus untuk kesihatan ? Dah tu.... stress di sebelah pagi dan malam abiskan masa dengan tidur , best eh ? Dari Isnin sampai Jumaat, hanya kerja.. kerja.. kerja ! Adusss.. stressnya ! 

Kalau nak buat... aku cadangkan tutup kelab malam dan pub tu ! Tu penyumbang pada masalah sebenarnya ! Ada tak dengar cerita lelaki kekenyangan makan nasi kandar langgar pejalan kaki ? Takda kan ??? Lelaki mabuk langgar orang , ada tak ? Haaaa...

Kalau kerajaan nak fokus pada kesihatan... tuuuu , rokok , makanan segera tuuu.. bersepahhhh ada tuu.. kasi tahan je la ! Jangan bawak masuk ! Alang alang nak kasi rakyat sihat kan ? Paling tidak pun , benarkan je operasi sehingga 2 pagi. 

Masalah jenayah selesai ke kalau 'offline' tepat jam 12 malam ? Tu yang duit Felda hilang beratus juta tu punca dari restoran 24 jam ke ?  Huhhh...
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Dok dengar orang bercerita pasal restoran ni jer. Tapi aku tak pernah la rasa teringin pon. Jujur aku kata , aku bukanlah kaki makan tapi makan untuk hidup jer.. melainkan kalau kena gi review makanan la.. Tu lain kes. 

Nak ke Felda Residence Sg.Klah , Sungkai akan melalui restoran Nasi Bamboo Sg. Klah ni. Pasti akan tertarik untuk singgah sebab banyak kereta berenti makan kat sini. Banyak ok !! Banyakkk ! Haaa.. Kalau nak datang sini , pastikan datang sebelum jam 12 tengahari. Kalau antara 12 tengahari hingga 2 petang tu , memang penuh laaaa. 

Tak jauh dari KL pon. Apakah berbaloi kalau datang makan kat sini ? Ok.. ni pendapat aku. 


Ok.. nak ke sini tak sukar. Satu kelebihan buat Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. Keluar dari tol jer . dah boleh nampak ! Dan nak parking pon nampak tak sukar melainkan pelanggan terlalu ramai. Nampak macam mereka pun dah usahakan buka tempat parking kawasan berdekatan. 

Tempat makan... Hurm..Terbuka. Ada kipas tapi jika panas di luar terik , memang akan berbahang di dalam. Jika terlalu ramai pelanggan , memang boleh jadi rimas. Tak begitu selesa. Kena guna kipas besar yang ada air tu bagi menyejukkan keadaan di dalam. 

Sistem layan diri... Walaupun wife aku tak beberapa setuju dengan sistem yang digunakan kerana agak menyusahkan tapi bagi aku ianya praktikal untuk mengelakkan kes tak bayar makanan ! Satu sistem yang memudahkan semua pihak , bagi aku. Tapi bagi mereka yang tak biasa, mungkin akan jadi sedikit isu... rasa cam menyusahkan. Sila bersabar yer. 

Staff.. wife aku tak cakap apa apa. Kalau tak , dia mesti akan membebel kat aku terutama part senyum dan terima kasih. Hehehe.. Yang selisih ngan aku pon nampak mudah senyum walaupun bekerja dalam keadaan tertekan. 



Kedai cenderamata. Bagus inisiatif mereka.

Kebersihan , tandas dan tempat cuci tangan.. mereka lakukan kerja yang bagus di sini ! Selesa ! Tandas di dalam dan asingkan jantina. Tempat cuci tangan yang selesa dan bersih. Senantiasa di jaga. Kemudian meja cepat dibersihkan oleh pekerja mereka. Maka , takda la pelanggan nak berdiri lama tercari meja kosong gitu. Pantas ! Tahniah. 

Makanan dan harga... Bagi aku , makanan memang tip top ! Harga pon ok jer bagi aku. Tak da la nak kata murah sangat tapi sesuai dengan makanan dia dan size. Kira puas la makan. Cuma pasti akan bertambah part nasi tu. Hehehe.. Sedap ! 





Bersih dan tersusun.

Keseluruhannya... aku kasi 4/5 bintang. Bersih adalah keutamaan diikuti dengan selesaan serta kemudahan. Bila part tu ok , makanan yang dijual automatik jadi tarikan tekak ! Heee... Kalau tanya aku , apakah aku akan datang lagi ? Yer... tapi kali ni pakai baju nipis sikit.. hehehe... 
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Teruja pada awalnya.  Dengar pelbagai cerita menarik di sini. Tu yang nak gi sangat. Ditambah lagi dengan adanya rakan rakan blogger yang turut serta bersama sama keluarga masing masing.. pastinya percutian kali ini antara yang menjadi memori terindah tahun 2017.

Dari KL nak ke Sungkai , Perak ni cuma memakan masa dalam satu jam setengah je. Tak jauh mana pon. Petrol tak luak sangat. Ok la. Tol , aku tak ingat berapa. Guna Touch N' Go jer. Malas nak pikir sangat bab tol ni. Sakit hati jer!  Nak bercuti , jangan berkira bab ni. Nanti spoil jer mood ! 

Ok.. aku malas berintro intro sangat laa.. Hahaha. Letih nak berbunga bunga. Aku terus pada point berdasarkan gambar eh ? Senang nak citer.. heee..



Dari jalan masuk nak ke pintu depan resorts ni , aku takda apa apa nak dikomen. Segalanya bagus. Parking banyak dan luas. Mudah dan tidak menyukarkan. Selesa. Aku kasi 4/5 bintang.  Kaunter , layanan.. bagus bagi aku. Walaupun seorang je yang bertugas , tapi staff tetap berikan yang terbaik ! Aku kasi 4/5 bintang.  Takda isu gitu..






Persekitaran , bersih ! Aku kasi 5/5 bintang gitu ! Takda isu. Mendamaikan kalau datang rehat disini. Anak anak pasti seronok. Luas dan tiada gangguan.

Cuma , yang menjadi isu buat aku ialah.. Hurmm.. bilik hotel ! Kotor ? Tak de la. Ok je bagi aku. Sesuai dengan harganya kot ? Tapi yang aku tak puashati ialah.. extra bed yang diminta. RM20 untuk extra bed. Kalau RM50-100 pon ok. Aku nak tidur selesa sebab aku datang sini nak berehat. Sekali yang sampai depan muka pintu aku..

Boleh lipat tiga. Mampu terkedu je la aku. Kalau dia kasi yang tebal lagi dan harga atas RM100 pon ok lagi bagi aku. Asalkan selesa.

Ok, yang kedua. Yang ni aku rasa cam sedikit terkilan. Banyak banyak hotel aku pernah pergi, aku tak pernah lagi nak tersembol bijik mata dengan pembersih bilik hotel. Lebih kurang dalam 10 pagi gitu , pintu bilik di ketuk.  Aku bukak. Diorang kata nak bersihkan bilik. Aku mintak tangguh sekejap sebab wife sedang bersiap. Katanya tak boleh sebab ada banyak bilik lain lagi. Ok , aku paham.

Kemudian diorang terus offer air , tuala , tisu. Tapi aku tetap nak diorang bersihkan bilik tu gak. Aku mintak tunggu dalam 15-30 minit sebab kami memang nak keluar pon. Nak gi mandi kolam. Dia kata ok. Lega ! Aku minta cara baik je ni. Atas budi budi bicara. Hehehe.. Kalau tak boleh , tak pe la.. Redha je.. Dah kitorang terlewat gitu. Tapi kitorang tak tau la jadual kemas bilik kul berapa ? Sekurangnya , ada la sorang mai ketuk bilik tanya dulu... kan ??? Huhuh.. Tak pe.. takda masalah. Mungkin diorang tengah angin sbb 'Felda kena tipu' kot ? Aku pikir gitu je la.. hee.. 

Pastu kitorang ke Hot Springs. Jalan kaki je. Dalam 10 minit jer.  Best ! Nanti aku citer part yang tu. Dalam sejam lebih , kitorang balik bilik. Dan bilik masih tak berkemas ! Hurmm.. Beria kitorang kuar tapi tak berkemas gak.  Tak pe la.. nanti call je mintak diorang datang kemas . Tapi ada satu part tak best ! Ni yang aku sedikit terkilan. Aku tak tau kenapa dan mengapa serta tujuannya ! 

Air mineral yang dioffer tadi , berada di tepi bilik. Apakan ini tanda sebagai bilik belum dibesihkan atau ? Aku tak paham.. serius ! 

Di dalam bilik , internet out ! Takda sambungan WiFi dan Celcom cuma dapat 2G+. Di luar bilik , Celcom boleh dapat 3G+ dan sesekali 4G. WiFi masih out. Depan kaunter receptionist je ok Wifi. Luar kawasan resort , coverage cantik. Aku berpendapat, mungkin mereka nak pengunjung mereka berehat ? Hurmm.. memang berehat sungguh !

Dua ni je aku nak komen. Kalau tanya aku apakah aku akan kembali lagi ke resorts ni.. ye aku akan kembali tapi mungkin amik villa atau bilik yang lebih ok skit. Dan alasan aku nak kembali bukanlah sebab resorts ni tapi sebab HOT SPRINGSnya yang menjadi keseronokkan buat anak anak !

Best giler !











Keseluruhan , taman airnya aku kasi 5/5 bintang. Bersih , terjaga dan terurus.  Tandas , aku tak sempat masuk.  Ada life guard.  Cuma sayangnya sikap pengunjung masih ada yang tak cukup disiplin. Buang sampah merata rata dan juga mereka yang merokok. Hurmm..

Dan aku harap part bilik hotel tu dapat diperbaiki lagi terutama part servis dan internet. Makanan pon perlu penambahanbaikan. Terutama sarapan pagi. Maklumlah, tak lama lagi Tahun Melawat Malaysia , kan ? 
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Berdiri depan cermin. Hurm... nak gi gym , dah payah skang ni.. Money , money !! Heheheh.. Boroi bukanlah masalah aku sangat tapi aku risaukan beberapa jenis penyakit yang dikatakan menjadi musuh utama bila dah usia cecah 40 an ni. Diabetis dan sakit jantung ! Segalanya berpunca dari pemakanan. Kalau tak kawal , perghhh.. naya laa ! 

Selain dari penyakit , aku perlu juga pastikan badan aku ni senantiasa cukup dengan zat , protein , kalsium , mineral serta vitamin ! Nak bedal pelbagai jenis pil , letih dah. Banyak kali dah skip gitu.. Dah tu camana ?? Apa yang sesuai dengan aku ni.. yang sibuk jaga anak memanjang ?

Ok.. susu ! Susu di pasaran ada pelbagai jenis. Aku dah cuba. Manis tu , memang ada. Walaupun ada yang kata kurang gula tapi bila bancuh , terasa gulanya. Bahaya untuk aku. Untuk aku yer.. untuk orang lain , aku tak tau. Makanya , aku kena cari susu yang sesuai dengan aku.

Susu kambing ? Aku dah banyak kali minum susu kambing. Memang sedap ! Tapi untuk membantu aku untuk berdiet ni, rasanya macam tak beberapa sesuai. Terasa manisnya. Dan terbaru... aku diberi peluang untuk review LAZZ SUSU KAMBING. Aku rasa aku tak perlu nak perkenalkan dah LAZZ SUSU KAMBING ni kat korang. Dah popular pon ! Cuma aku tak pernah rasa jer. Nama tu , dah selalu dengar. 

Ok.. aku diberi peluang mencuba dua rasa. Yang pertama , LAZZ SUSU KAMBING ASLI dan satu lagi , LAZZ SUSU KAMBING PRACAMPURAN KURMA.



Aku cuba dulu LAZZ  SUSU KAMBING ASLI.  Hurmm... rasanya macam memang minum susu kambing asli ! Tak manis sangat ! Rasa cam tetiba nak tambah gula tapi , apa gunanya ??? Aku kan nak jaga kesihatan dan juga tubuh badan ! 

Ni la masanya. Bukannya tak sedap cuma tak beberapa manis ! Bagus la kan ? Haaa.. bayangkan jika diamalkan selalu ? Walaupun tak manis tapi tetap berkrim ! Haaa... Ni boleh bagi pada Aariz yang masih setahun usia. 

Bagi mereka yang ada anak kecil tapi tak menyusu badan, boleh cuba la LAZZ Susu Kambing Asli ni. Bagus juga untuk ibu yang sedang hamil mahupun menyusu atau berpantang. Untuk orang tua pun bagus. Bagi mencegah osteoporosis dan mereka yang ada asma dan gastrik pon sesuai. 

Kemudian , aku cuba LAZZ SUSU KAMBING PRACAMPURAN KURMA sambil buat kerja. Hehehehe.... sedappp ! Maklumlah , campur ngan kurma ! Sesuai untuk usia 2 tahun ke atas. Aku bagi pada Zahra yang sangat memilih susu harian ni. Zaasss , selesai ! Pastu lena terus tidurnya. Kenyang la tuuu..


Kebaikan untuk kanak kanak jika diamalkan susu kambing ni , banyak ! Antaranya mencerdaskan minda , menguatkan serta menyihatkan tulang dan gigi , mencantikkan kulit , menambah selera akan dan juga untuk memastikan sistem penghadaman mereka sihat. 

Kedua dua jenis susu kambing jenama LAZZ SUSU KAMBING ni , memang sesuai untuk aku. Kalau aku bersungguh nak jaga kesihatan , maka aku kena amalkan selalu.. minum sehari satu hingga tiga cawan gitu ! Penghasilan LAZZ SUSU KAMBING mengunakan bahan yang  tidak diubah secara genetik atau dicampur kimia (non-GMO) menjadikannya lebih berkualiti dan mendapat kebaikan yang terkandung di dalam susu kambing tersebut.


Kesimpulannya.. LAZZ Susu Kambing ni , memang sesuai untuk aku yang nak kembali jaga badan dan kesihatan. Aku pun memang dah tolak minuman manis manis ni. Makanan yang berkolestrol pon kena 'buang jauh jauh' ! Bagi yang nak ikut jaga kesihatan cam aku ni , korang boleh mulakan dengan amalkan LAZZ Susu Kambing ni ! Tak cuba , tak tau kan ? 

Harga murah jer. Tapi jangan risau... kandungan ditambah lagi 50gram. Oh ya... LAZZ ada sijil HALAL ! Maka , sila minum tanpa was was yer. Hehehe.. Berminat ? Heee.. aku tau korang mesti berminat punya. Produk berkualiti pastinya dicari , kan ?  Bagi yang berminat , sila hubungi mereka di  :

Tel : 013 308 3354 | 018 2777 290 
Web : www.lazzsusukambing.com
FaceBook : LAZZ Susu Kambing
Instagram :  LazzSusuKambingHQ 
Harga Lazz Susu Kambing Asli : RM45.90 ( SM) dan RM50.90 ( Sabah dan Sarawak ) 
Harga Lazz Susu Kambing PraCampuran Kurma : RM47.90 ( SM) dan RM52.90 ( Sabah dan Sarawak ) 

**Khidmat penghantaran ke rumah disediakan


Dapatkan khidmat nasihat Careline di talian 06 - 671 8650 untuk sukatan dan kaedah penggunaan.

"Yakini Khasiat Sebenar"

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments
Tik tok...tik tok...

Kedengaran hujan di luar rumah. Jam menunjukkan dah lebih 12 tengah malam. TV terpasang. Yang lain dah lena dibuai mimpi. Zahra menemani aku. Dia tu , selagi aku tak tidur.. dia pun tak tidur ! Walhal , sepanjang hari ni tak tidur lagi dia.. Hurm... Anak daddy sungguh.

Di benak.. Sejak siang tadi tercari idea untuk menulis. Bukan mudah untuk menulis bila ada 3 orang anak ni. Kadang kadang aku rasa macam nak campak semua gajet gajet aku ni ke dalam tong sampah! Dan cari kerja di pejabat je. Bila hari cuti , aku pun cuti ! Penat woii kepala tak ni ! 

Apa ? Buat jadual bekerja ? Aku bukan artis ! Aku bukan gadis seksi yang tayang muka dan badan mahupun lelaki bermuka wicet untuk dapatkan followers ! Aku kena bekerja keras untuk dapatkan 'LIKE' dan 'SHARE' dengan penulisan santai jer ! Bukan aku gilakan semua tu tapi dunia zaman ni , mementingkan semua tu ! Baru duit masuk !! 

Pening cari idea

Yer.. idea tak datang begitu saja.. lebih lebih lagi kalau duduk rumah dan jaga anak. Pergh.. cabaran ! Dan kena pulak aku ni , suami ! Aku kena dapatkan juga pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian untuk 5 orang ! Fuh... ada hati nak kawin lagi 2 konon ! Huhuh.. 

Bila tengok ada blog blog yang up entri bikin makian atau fitnah , aku mampu geleng kepala jer. Mudah sungguh mereka mencari nafkah. Tak kisah dah akhirat. Asalkan perut terisi ! Sapa nak kasi makan kalau sendiri tak berusaha ? Tak kisah dah bab halal dan haram di zaman ni. Yang halal , ternyata haram.. pon bersepah ! Yang nampak haram tapi halal , orang tak amik kisah ! Dipandang hina lagi ada la..

Aku bukan mengeluh. Aku sekadar berkongsi dengan korang. Kalau ada pasangan korang yang duduk di rumah dan bekerja secara online.. support la. Diorang ni , hari cuti pon kena kerja ! Bukan nak sangat tapi terpaksa ! Bukan giler cari duit tapi kena cari duit. Kitorang bukan kerja di pejabat.. internet ni la pejabat kita ! Kalau kita OFFLINE , bila ONLINE... kena mula balik dari bawah melainkan dah stabil ! Dah stabil ni , taraf taraf artis dan usahawan kaya raya. Tengok je la cam Dato Seri Vida tu.. dah bergelar jutawan pon masih dok 'tergedik' atas pentas. Apa nak kisah orang kata ? Janji dia tak menipu harta orang ! Tu yang menipu harta orang , krik krik jer bunyinya.

Sebab tu la... kalau pasangan korang serius dengan media sosial terutamanya blog ni, bagi la support. Support ni bukan sekadar tepuk bahu atau belikan laptop tapi kasi idea... kasi dia ruang dalam sehari untuk dia menulis.. cam aku , kalau otak penat.. duduk depan laptop seharian pon tak da idea ! Otak penat bukan sebab tak cukup tidur tapi seharian dok berkejaran dengan anak anak.. menahan geram dengan keletah anak-anak lagi ! Fuh...



Ok la.. aku nak up entri review. Nampak senang tapi payah ! Yang mudah tu, part nak habiskan duit yang masuk tu.. nak cari duit ? Hurmm... sapa nak kisah ? 
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2023 (44)
    • ►  Mac 2023 (17)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (184)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ▼  2017 (648)
    • ▼  Disember 2017 (47)
      • Cita-cita tercapai di tahun 2017 ! Selamat Tahun B...
      • Pendapat aku mengenai Festival Light And Motion Pu...
      • Hentikan operasi selepas jam 12 malam ? Apa pendap...
      • Pendapat aku mengenai Restoran Nasi Bamboo Sungai ...
      • Pendapat aku mengenai Felda Residence Hot Spring S...
      • LAZZ SUSU KAMBING , untuk mereka yang pentingkan k...
      • Ingat mudah nak cari makan dengan media sosial ni ?
      • Pelbagai Pilihan Makanan Yang Menarik di Restoran ...
      • Zahra buktikan, ' Aara Love Daddy !'. Buat daddy ...
      • Kau tak keje ? Duduk rumah jaga anak je ? Best laa...
      • Buat apa bayar zakat ? Aku sendiri pun tak cukup m...
      • Asalkan tiada gajet !
      • Tarik nafas dalam dalam..
      • Wang Kelian ? Apa kes kat sana ?
      • Salah ke kalau cikgu lempang murid ? Cikgu ikut pe...
      • Contohilah Cikgu Azizan !
      • Pendapatan sebulan RM200 , anak berhenti sekolah. ...
      • Timbul keinsafan. Itu gunanya kita berzakat. Janga...
      • Qhaliff kritik aku , sekali lagi !
      • Gegar Vaganza 4 Final ! Tak puashati dengan si jua...
      • Sekitar FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2017 , Kua...
      • Bila dapat boss bermuka dua...
      • Tahniah COSMODERM ! Tak sia sia #KBBA9 !!
      • Daddy , hensem tak Qhaliff ?
      • Sapa yang patut diutamakan ?
      • Syoknya bercuti di Korea !
      • Qhaliff makin petah berbicara kerana Tadika Arina ...
      • Nak tengok JIBAM atau STAR WARS ?
      • Set Shy Girl oleh Imanni Skinz , kosmetik organik ...
      • Si isteri semakin senyum tengok bil elektrik !
      • Aduh , dia punya 'smash' ... daddy boleh hangin sa...
      • Jom boikot restoran dan kedai makan yang tak letak...
      • RASUAH hancurkan negara !
      • Terkedu ! #PrayForMissyBlurkit
      • Bijak berniaga dengan perbodohkan netizen ?
      • Sementara nak berakal.
      • Bayangkan kau makan macam macam di Kelantan tapi...
      • Ulang Tahun Pertama serta Majlis Makan Malam Amal ...
      • Merasa jugak akhirnya PERDANA STREET FOOD 3.0 di H...
      • The World Week Of Italian Cuisne - The Exraordinar...
      • Philips Hue mengubah kehidupan aku sekeluarga !
      • Kali pertama memandu dalam ketakutan !
      • Akhirnya , aku tewas... aku serahkan gigi aku pada...
      • Gegar Vaganza 4 : DSV oh DSV !
      • Misi hilangkan boroi.. masa untuk jaga kesihatan !
      • Bangi Wonderland ThemePark and Resort : Promosi Ge...
      • Hadiah hari lahir ke 41..
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Rakan blogger

  • Nina Mirza
    16 KHASIAT CUKA KURMA OXYMEL : TIPS ELAKKAN SAKIT PERUT KETIKA PUASA - Yusuf Taiyoob! Bisikan yang sering kali kita akan dengar bila tibanya Bulan Ramadhan. Buah kurma... The post 16 KHASIAT CUKA KURMA OXYMEL : TIPS ELAKKAN ...
    21 jam yang lalu
  • Eiza GreenAppleKu
    Beli Rumah Pertama : Jangan Salah Pilih Antara Rumah Kediaman dan Rumah Idaman. - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Bila terbaca Skim Rumah Pertamaku (SRP) akan dimansuhkan mulai 1 April, terus aku terimbau pengalaman ke...
    5 hari yang lalu
  • Umminani
    Percutian ke Pulau Langkawi 2023 - Alhamdulillah, kadang kan benda dirancang susah nak jadi. Bila tidak dirancang tetapi Allah swt yg atur,semua berjalan lancar. Perjalanan yang tidak dira...
    Seminggu yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
Tunjuk 1 Tunjukkan Semua

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes