Pendapat aku mengenai Felda Residence Hot Spring Sg. Klah , Sungkai.

Teruja pada awalnya.  Dengar pelbagai cerita menarik di sini. Tu yang nak gi sangat. Ditambah lagi dengan adanya rakan rakan blogger yang turut serta bersama sama keluarga masing masing.. pastinya percutian kali ini antara yang menjadi memori terindah tahun 2017.

Dari KL nak ke Sungkai , Perak ni cuma memakan masa dalam satu jam setengah je. Tak jauh mana pon. Petrol tak luak sangat. Ok la. Tol , aku tak ingat berapa. Guna Touch N' Go jer. Malas nak pikir sangat bab tol ni. Sakit hati jer!  Nak bercuti , jangan berkira bab ni. Nanti spoil jer mood ! 

Ok.. aku malas berintro intro sangat laa.. Hahaha. Letih nak berbunga bunga. Aku terus pada point berdasarkan gambar eh ? Senang nak citer.. heee..



Dari jalan masuk nak ke pintu depan resorts ni , aku takda apa apa nak dikomen. Segalanya bagus. Parking banyak dan luas. Mudah dan tidak menyukarkan. Selesa. Aku kasi 4/5 bintang.  Kaunter , layanan.. bagus bagi aku. Walaupun seorang je yang bertugas , tapi staff tetap berikan yang terbaik ! Aku kasi 4/5 bintang.  Takda isu gitu..






Persekitaran , bersih ! Aku kasi 5/5 bintang gitu ! Takda isu. Mendamaikan kalau datang rehat disini. Anak anak pasti seronok. Luas dan tiada gangguan.

Cuma , yang menjadi isu buat aku ialah.. Hurmm.. bilik hotel ! Kotor ? Tak de la. Ok je bagi aku. Sesuai dengan harganya kot ? Tapi yang aku tak puashati ialah.. extra bed yang diminta. RM20 untuk extra bed. Kalau RM50-100 pon ok. Aku nak tidur selesa sebab aku datang sini nak berehat. Sekali yang sampai depan muka pintu aku..

Boleh lipat tiga. Mampu terkedu je la aku. Kalau dia kasi yang tebal lagi dan harga atas RM100 pon ok lagi bagi aku. Asalkan selesa.

Ok, yang kedua. Yang ni aku rasa cam sedikit terkilan. Banyak banyak hotel aku pernah pergi, aku tak pernah lagi nak tersembol bijik mata dengan pembersih bilik hotel. Lebih kurang dalam 10 pagi gitu , pintu bilik di ketuk.  Aku bukak. Diorang kata nak bersihkan bilik. Aku mintak tangguh sekejap sebab wife sedang bersiap. Katanya tak boleh sebab ada banyak bilik lain lagi. Ok , aku paham.

Kemudian diorang terus offer air , tuala , tisu. Tapi aku tetap nak diorang bersihkan bilik tu gak. Aku mintak tunggu dalam 15-30 minit sebab kami memang nak keluar pon. Nak gi mandi kolam. Dia kata ok. Lega ! Aku minta cara baik je ni. Atas budi budi bicara. Hehehe.. Kalau tak boleh , tak pe la.. Redha je.. Dah kitorang terlewat gitu. Tapi kitorang tak tau la jadual kemas bilik kul berapa ? Sekurangnya , ada la sorang mai ketuk bilik tanya dulu... kan ??? Huhuh.. Tak pe.. takda masalah. Mungkin diorang tengah angin sbb 'Felda kena tipu' kot ? Aku pikir gitu je la.. hee.. 

Pastu kitorang ke Hot Springs. Jalan kaki je. Dalam 10 minit jer.  Best ! Nanti aku citer part yang tu. Dalam sejam lebih , kitorang balik bilik. Dan bilik masih tak berkemas ! Hurmm.. Beria kitorang kuar tapi tak berkemas gak.  Tak pe la.. nanti call je mintak diorang datang kemas . Tapi ada satu part tak best ! Ni yang aku sedikit terkilan. Aku tak tau kenapa dan mengapa serta tujuannya ! 

Air mineral yang dioffer tadi , berada di tepi bilik. Apakan ini tanda sebagai bilik belum dibesihkan atau ? Aku tak paham.. serius ! 

Di dalam bilik , internet out ! Takda sambungan WiFi dan Celcom cuma dapat 2G+. Di luar bilik , Celcom boleh dapat 3G+ dan sesekali 4G. WiFi masih out. Depan kaunter receptionist je ok Wifi. Luar kawasan resort , coverage cantik. Aku berpendapat, mungkin mereka nak pengunjung mereka berehat ? Hurmm.. memang berehat sungguh !

Dua ni je aku nak komen. Kalau tanya aku apakah aku akan kembali lagi ke resorts ni.. ye aku akan kembali tapi mungkin amik villa atau bilik yang lebih ok skit. Dan alasan aku nak kembali bukanlah sebab resorts ni tapi sebab HOT SPRINGSnya yang menjadi keseronokkan buat anak anak !

Best giler !











Keseluruhan , taman airnya aku kasi 5/5 bintang. Bersih , terjaga dan terurus.  Tandas , aku tak sempat masuk.  Ada life guard.  Cuma sayangnya sikap pengunjung masih ada yang tak cukup disiplin. Buang sampah merata rata dan juga mereka yang merokok. Hurmm..

Dan aku harap part bilik hotel tu dapat diperbaiki lagi terutama part servis dan internet. Makanan pon perlu penambahanbaikan. Terutama sarapan pagi. Maklumlah, tak lama lagi Tahun Melawat Malaysia , kan ? 

16 ulasan:

  1. Hot spring best.. Kena pergi dari awal dia bukk smpi tutup. Baru berbaloi dgn harga.kalau pergi sejam dua x berbaloi dgn price.

    BalasPadam
  2. Seronoknya! Harap dpt bawa si kembar pi in future. Tapi bawa siap siap toto sendiri hehehe

    BalasPadam
  3. Mana2 pergi mmg part bilik jadi keutamaan. Suka tempat ni. Teringin nak ke sana

    BalasPadam
  4. Felda Residence Hot Spring Sg. Klah , Sungkai memang best. Walaupun dah pergi pada bulan Feb lepas, tapi terasa nak repeat lagi jea bercuti di situ..

    BalasPadam
  5. ulasan terbaik dan jujur. teringin nak pergi jgk..

    BalasPadam
  6. Tertarik juga nak pergi Hot Spring tu.. insyaAllah satu hari nanti.

    BalasPadam
  7. Pernah pergi sekali..tp balik hari...lain kali nak pergi nak stay lak...tak pergi kolam air panas?

    BalasPadam
  8. Thanks Aben sudi jemput Nina join bercuti. Anak-anak enjoy mandi manda!
    Sangat setuju bab lanskap dan kebersihan sekitar kawasan Hot Spring - Bersih!
    Bab breakfast memanggggggg perlu sangat ditambahbaik.
    Lain-lain ok!

    BalasPadam
  9. InsyaAllah nak bawak anak-anak jugak ke sini.. Mesti diorang seronok mandi manda kat hotspring.

    BalasPadam
  10. Good review. Tp bab air mineral dpn pintu tu mmg misteri. Dah tu aben dgn wife minum ke idok?

    BalasPadam
  11. Best part mandi mmg anak2 happy. Hope part tak best dan staff kene upgrade lagi service diorang. Tahun depan konfem tip top sbb dah kena komen dengan blogger.

    BalasPadam
  12. Kalau nak datang mandi manda je boleh tak tanpa menginap.

    BalasPadam
  13. Hahaha spoil lak bab kemas bilik tu. Tp takpa la.. Anak2 Aben happy layan mandi manda..

    BalasPadam
  14. Hari tu (last year) saya bercuti kat sini ambik Villa , Alhamdulillah OK. Bilik bersih, luas , jacuzzi kat villa pun ok...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.