Hadiah hari lahir ke 41..

by - Jumaat, Disember 01, 2017

Seingat aku , aku mula berblog pada usia 31 atau 32.. yakni selepas setahun aku bergelar suami orang. Masa tu gambar di blog dan Facebook , muka belia sungguh ! Dan terasa tua dah untuk bergelumang dalam dunia blogging ni. Segan woooo... nak bersaing dengan anak anak muda yang lebih bersemangat waja.. 

Dan hari ni, dah lebih 6 tahun aku dalam dunia blog ni. Biasanya , aku boleh kerja di satu satu tempat, tak lebih dari 5 tahun.. tapi untuk kali ni , kerjaya yang aku pilih ni dah lebih dari jangkaan aku. Alhamdulillah. 

30.11.2017 , genap aku berusia 41 tahun. Wowww... pantas betul masa berjalan. Tapi dalam dunia blog , aku masih terasa muda  lagi. Mentah belaka ! Terlalu banyak yang nak kena belajar terutama dari segi skill penulisan. 

Dan... Alhamdulillah , di hari berbahagia aku ni.. wife offer aku ... nak apa ? Tahun tahun lepas , dia hadiahkan kasih sayang pada aku dan juga anak anak.. Tahun ni dia nak kasi lain.. Dia tanya aku nak apa ? Aku pandang atas bawah.. Nak apa eh ? Tapi kalau dia nak beli pon , walaupun duit dia.. tetap aku punya gak ! Huhuh.. susah senang bersama kan ? Hutang , sama sama bayar wooo... 

Aku nekad. Tak nak ! Dia tanya lagi.. dan lagi. Jangan tanya banyak kali wooooooo ! Tergoda aku nanti. Dia kata tak pe. Hurmmm.... Pelik jee bunyi neh ? Kalau lelaki , sah ada udang disebalik batu ! Tapi ni perempuan ? Bulan 1 birthday dia lak ! Hahahaha.. Kang aku tapau mahal mahal , sampai masa dia.. haaa... apakah mampu aku belikan apa yang dia nak ? Huhuh.. 

Tak pe laaa... alang alang dia dah offer... aku ajak gi KLCC. Usha smart watch. Lama dah teringin. Dia ok jer.. Bajet dia ? Hehehee... Dan di KLCC , aku dan dia ke beberapa tempat. Aku minat dua jenis jer. Samada Suunto atau Pro Trek ! Garmin , cam payah jeeee untuk aku. Hahahaa.. 

Akhirnya... aku pilih jam yang dah sepanjang tahun aku tengok iklan dia di Facebook. Aku ingatkan harga dia dalam 4k lebih.. sekali tergamam tengok harga dia ! Terus aku nak ! Hahahahah.. 

Pikir panjang panjang. Berbaloi atau tidak ?

Pandang jam yang sedia ada di tangan aku. Sian dia berkhidmat  tanpa henti selama 2 tahun lebih. Walaupun ada jam lain, Pro Trek ni tetap jadi pilihan utama aku. Bila gi luar negara , senang.. kat situ dah ada pilihan ikut ibu negeri. Confirm tepat ! Yang digital akan papar Home Time. Senang untuk aku. 

Bab bateri.. aku tak pernah tukar sehingga sekarang . Menariknya , bila aku tak guna beberapa jam , dia akan hibernate. Jimat bateri ! Dan dia guna kuasa solar gak. Sebab tu jimat lagi.. heeee..
Jam sekarang. Dulu beli RM1,700. Hari tu tengok kat kedai tu , RM2,400 !!! Naik ??

Ok... aku pandang wife. Nekad. Beli je. Aku memang dah berkenan lama dah. Kalau dia tak beli , aku akan beli sendiri. Hahahahha. Di tambah lagi kat situ aku tengok dia punya fungsi , terus jatuh cinta lagi , dan lagi ! Suunto telah aku padamkan dalam ingatkan aku. Hehehehhe.... 

Tutup mata.. dah bayar. Tunai.





Amacam ? Huhuh.. Kalau rajin , tengok la video dia kat Youtube... Pro Trek WSD -F20. Warna oren tu smart tapi aku dah ada warna oren kan ? Hehehee... Itu suprise  dari wife. Balik rumah , adik perempuan aku dan anak anak dia buat suprise lagi. Ada kek gituuu.. hehehe.. TQQQQ !

Terharu tapi tak paparkan. Biasala.. Sagitarius memang gitu..


Dan paling menarik.... aku gagalkan usaha wife nak buat suprise dengan kawan kawan aku.. hehehehe... Perbincangan mereka di Whatsapp telah dipatahkan oleh aku.. Heeee, tak tercapai niat mereka nak buat aku terharu. Heee..

Tapi petang tadi , mereka datang berkunjung ke rumah aku. Saja nak makan makan kecilan di rumah. Alhamdulillah.. tak sangka tua tua gini pun masih ada yang sudi hulurkan kek.. huhu.. Terharu gitu.. 


Dan buat rakan rakan di Facebook , Instagram... yang PM , yang komen... beri ucapan dan doa , aku amat hargai sangat sangat ! Jutaan terima kasih. Semoga Allah berkati anda sekeluarga. Huhuh.. Terima kasih juga buat Mat Gebu... sudi buatkan entri buat lelaki kacak ini.. heee..

You May Also Like

17 comments

  1. Mesti lama pilih jam tu. tp Insha Allah boleh bertahan lama tu. berbaloi dgn harga kan.

    BalasPadam
  2. Besnye bila dikelilingi insan2 hebat dan hargai kita. Happy birthday again aben.. Moga sntiasa murah rezeki..

    BalasPadam
  3. semart gila jam tu... tutup mata telan air liur. hehehe.
    Happy 41 Aben..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Selamat hari lahir abg Ben

    BalasPadam
  5. Happy Birthday Mr Ben. Wah, dalam masa enam tahun, Mr Ben dah jadi Ikon Blogger Malaysia. GV kagum dan berharap dapat berjaya seperti Mr Ben juga. :)

    BalasPadam
  6. Tahnia bro /..orang sayang kena hargai sekalipun dalam blog kita hargai hehehe..wadoi special hadiah tu tau..

    BalasPadam
  7. Tahniah bro ..

    Welcome to 4 series..

    USIA yang mencabar kerana kecenderungan untuk kembali seperti remaja 20an..

    Perkara biasa untuk semua orang

    BalasPadam
  8. Happy belated bornday Sifu Ben..moga terus success dalam lapangan kerjaya sebagai seorang blogger dan penaung KBBA9..menjadi anak,suami,daddy yang istiqhomah menjaga syariat Allah dan sunnah Rasulullah SAW serta keluarga..amin..

    BalasPadam
  9. happy bufday abg ben. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

    BalasPadam
  10. Selamat ulangtahun kelahiran Bro Ben.
    Lawa jam, terbaik!!

    BalasPadam
  11. Huh , tahun depan guna bahasa isyarat plan baik punya , hb !

    BalasPadam
  12. Happy birthday Aben, moga terus success. Hadiah birthday memang menarik dan berbaloi.

    BalasPadam
  13. Bestnya bila ramai yang hargai & sayang gitu :-)

    BalasPadam
  14. smartnya jam tu..happy belated birthday abg Ben

    BalasPadam