Kali ke dua aku ke sini dan tiada perubahan namun banyak perbezaan ! Haaa... perbezaannya membuatkan aku ingin berkunjung untuk kali ke 3 dan seterusnya ! Dalam erti kata lain , yer... inilah tempat aku nak bawak anak anak bila nak bermain air ! Hehehee..
Keselamatan adalah paling utama di sini dan mereka telah lakukan dengan yang baik. Tiada lagi tempat tempat licin dan kedua , semua tempat berfungsi dengan baik.. yang sesuai untuk anak anak la maksud aku ! Puashati anak anak bermain air kat sini... termasuk orang tuanya sekali !
Ok... sempena cuti sekolah ni ada Bangi Wonderland ThemePark and Resort mengadakan promosi menarik yang diberi nama GEMPAK GILER ! Apa yang gempak sangat ??? Sambil mandi leh layan artis menyanyi ! Hehehehe.... Dan artis bukan sebarang artis yer ! Ada Awie , Ameng , Ezad Lazim , Siti Nordiana , Amy Search dan ramai lagi..
Untuk maklumat lanjut boleh ke www.bangiwonderland.com.my/
Ok.. persembahan artis berdasarkan hari berikut dan bermula pada jam 2 petang.
2 Disember : Ameng Spring dan Ezad Lazim
3 Disember : Awie dan Siti Nordiana
9 Disember : Amy Search dan Nico G
10 Disember : Khalifah dan Projector Band
Harga tiket , sila rujuk ke laman web sebab ada promosi. Heee..
Waktu buka dari hari Isnin hingga Jumaat ialah 11 pagi hingga 6 petang. Manakala Sabtu dan Ahad, bermula jam 11 pagi dan tutup jam 6 petang. Selasa tutup yer... kecuali musim cuti sekolah dan cuti am.
Ok... Yang keduanya... tahniah diucapkan atas ulanghtahun pertama ( kalau tak silap ) dan juga anugerah yang mereka dapat baru baru ini ! Ini membuktikan Bangi Wonderland ThemePark and Resort adalah taman tema yang setanding dengan taman tema yang lain. Segala kritikan mereka terima sebelum ini , telah padam dari ingatan ! Terbaik !!
Tunggu apa lagi ? Meh la bawak anak anak sementara cuti masih ada. Heeee.. Selamat bermain air ! Best !!!
15 comments
Nak pergi lagiii..
BalasPadamBest2..nak pergi lagi
BalasPadamBest betul tu aben. Anak-anak pun seronok main air gitu
BalasPadamCiri-ciri keselamatan tu penting! hikhik...
BalasPadamTahniah Bangi Wonderland. Antara taman tema pilihan lepas ni. Sebab anak-anak suka
BalasPadamBestnya, tak sabar nak bawak anak² ni.
BalasPadambawa anak-anak main air dekat bangi sempena cuti sekolah nie pasti seronok
BalasPadamMemang best...dekat rumah ..pasti repeat lagi
BalasPadamKalau pergi berkali-kali, maksudnya best lah.
BalasPadamseronok nya.. nak gak pi..huhuh
BalasPadamPaling suka sebab isu keselamatan tu. memang best bawa family main air di Bangi Wonderland
BalasPadamSalah tulis tu ben.. sabtu ahad 10pg start.
BalasPadamsonoknye mandi manda giniii
BalasPadamKalau bukan sebab si kembar ni berkhatan, konpem i pi gak hari tu. Kena plan next holiday lah pi sana
BalasPadambestnya main air..
BalasPadam