Jom boikot restoran dan kedai makan yang tak letak tanda DILARANG MEROKOK !
Ada restoran atau kedai makan biar je pelanggan mereka merokok. Alasan mereka , tak nak pelanggan lari ! Amboi , ko utamakan yang merokok ? Yang tak merokok ni , berapa ramai ? Aku cadangkan la kan.. pasni kan.. sebelum kita masuk restoran atau kedai makan , kita tengok dulu.. ada tak signage atau tanda DILARANG MEROKOK ! Tak kira la dalam restoran atau di luar kedai yang ada meja makan. Amacam ?
Bukan apa kawan... sekarang ni kos perubatan tinggi ! Kalau anak anak sakit , sapa susah ? Kalau diri tu sakit sapa susah ? Janganlah ingat asap rokok tu tak beri kesan pada kita yang tak merokok ni.. beri wooo ! Rosak paru paru kita !
Bayangkan.. aku bawa anak anak gi restoran yang ramai orangnya. Tiba-tiba ada yang merokok. Walaupun di tempat terbuka , tapi kena la paham... Merokok di tempat awam adalah di larang ! Tapi kan.. bila kita tegur kan , diorang kata apa ? Ada tak tanda dilarang merokok kat sini ? Takda kan ? Tak da kannnn ? Maka... sebab tu aku ajak join kempen gini !
Kalau tak sayangkan nyawa anda , kami ok jer. Tapi kami yang tak merokok ni.. tak nak mati dek kerana asap rokok, yang korang sedut tu !
Maka , apa kata kita pakat pakat lancarkan kempen boikot restoran yang tak ada tanda DILARANG MEROKOK ni ! Haaaa... Jangan benarkan sama sekali. Nak merokok , gi tempat lain. Jauh dari tempat orang ramai ! Hisap la rokok sepuashati anda ! Takda sapa nak larang gitu..
Amacam ? Ada berani ? Aku mintak Kementerian Kesihatan perhebatkan kempen Larangan Merokok ni. Pastu kita buat satu lagi kempen.. Kempen Viralkan Perokok Di Tempat Awam ! Haaaa...
Aku rasa la kan.. hahahaha.. Kempen gini payah nak dapat sambutan. Tau napa ? Sebab 'orang orang atasan' bersepah merokok ! Huhhhh.. Sebab tu kempen kempen kesihatan gini payah nak berjaya. Sebab orang atasan tak amik pusing ! Kita yang dibawah , seperti biasa.. jadi mangsa !
Jawab je la kat akhirat nanti. Ego sangat eh ?
10 comments
susah nak ckp org yang memang prokok tegar ni...kadang mengeluh je klu ada org sebelah yg merokok time makan kt kedai..berangin je hati ni
BalasPadamselambe je kat kedai makan meja sebelah berasapp walaupun kita ni dengan anak kecik berderet2..payahlaaa...
BalasPadamsusah jugak ngn perokok tegar ni. asben kite pun same kuat rokok, asek kene bebel jelaa, pun degil jugak hihihi
BalasPadamHaaa yang ni saya setuju. Lemas makan sambil terpaksa menghidu bau asap dalam restoren terutama restoren yang bukan ekon. Selalu bg org merokok. Siap letak tempat habuk rokok lagi atas meja. Kalau nak juga bg pelanggan merokok, buat restoren dua bahagian kan. Satu ekon, satu kat luar... Hahaha...
BalasPadamWalaupun husband merokok tapi kita akan larang dia hisap di restoran atau tempat awam. Dah siap makan nanti baru pi merokok kat tempat yang sesuai. Kita pun sokong kempen ni.
BalasPadamAda amaran ke...tak ada amaran larangan ke sebenarnya langsung tidak berbekas dihati perokok pun..sebenarnya berbalik pada diri masing-masing.Mahu memungsikan akal dan hati atau sebaliknya.Kadang kita puas tutup hidung,kibas asap guna tangan..bukan mereka tak nampak tapi makin sengaja hembus asap tu....mencabar dalam kebiadapan.
BalasPadambuat x tau jer mereka -- berkepul2222
BalasPadamAnak selamba tegur orang hisap rokok. Tapi si penghisap muka takde perasaan..😠😬
BalasPadamselalu kena...haishhhh...bukan xnampak asap rokok tu pi mana..lagi nak hembus ...kalau laki sha memang akan pi hisap dekat luar kedai..sebab xde hormat dan kesedaran..itu buat muka tembok jer..
BalasPadamTak suka. Kadang-kadang buat kibas-kibas tangan dan batuk-batuk pun buat tak reti je. Sudahnya, kita ke la berganjak dari situ.
BalasPadam