Bijak berniaga dengan perbodohkan netizen ?
Pada awal aku buat blog , aku dapati netizen ni gemar membaca entri entri kontroversi. Aku dah cuba pelbagai cara untuk memikat mereka singgah baca entri entri aku. Jika aku menulis tentang apa yang aku buat , memang krik krik la jawabnya. Hahaha..
Garu kepala aku. Aku cuba tulis pasal sukan. Pon tak begitu memberansangkan. Yer, sukan memang ramai peminat tapi aku bukanlah sesuai menulis mengenainya walaupun aku minat sukan. Kurang info rasanya. Ok , cuba hiburan.. dan fokus pada artis artis yang top masa kini. Yer, ada perubahan. Nak lagi best , tajuk perlu kontroversi. Contohnya 'Artis cun tunjuk bangangnya! Melambung trafik dalam 3-4 jam.
Nak lagi best ? Tulis artis popular mati kena sambar petir ! Haaaa... Malatop nak oiiii ! Sekali masuk.. rupanya kena kencing hidup hidup ! Amik kauuu.. nak sangat baca kan ? Haaa... Sentap ? Lantak laa.. janji blog aku trafik melambong ! Ada aku kisah ?
Kemudian aku terfikir.. Aku menulis.. ada yang baca. Masa yang mereka gunakan tu , jika kita curi tapi tak kita gunakan dengan betul , apakah nanti tidak akan disoal di akhirat kelak ? Haish... Apa yang aku tulis , adakah memberi manfaat pada pembaca ? Dosa dan pahala ? Hurmm... Tu belum part gambar gambar tak tutup aurat yang di share.. adeh ! Banyaknya dosa aku...
Sengaja atau tidak 3 negara : Spain , Spanyol dan Matrik ?
Pagi ni aku ada share satu status ahli perniagaan kosmetik yang terkenal dengan kekayaannya .Dia punya kaya , aku tak kisah pon. Aku tak nak pertikaikan part tu. Rezeki masing masing. Cuma yang aku pelik tu.. bab ilmu pengetahuan dia. Ada yang kata dia saja saja buat gitu. Ada yang kata memang dia tu tak belajar tinggi pon.. Aku tak tau..
Tapi yang aku tau... kita mendidik followers kita ke arah yang diredhai Allah. Berniaga sambil berdakwah. Besar pahalanya. Takkan kita nak kejar kekayaan je. Berapa banyak harta nak dipunggah masuk ke dalam rumah kita ?
Bagi aku la.. kekayaan lebih baik dikongsi bersama. Bukanlah sekadar harta tapi ilmu pengetahuan. Jika kita bijak tapi memperbodohkan insan lain , tu tak bagus sama sekali. Kesian kat orang lain.. dalam isu ini , netizen maksud aku. Kalau rasa nak perbodohkan netizen dan membiarkan netizan bertekak ,berbalah asalkan ko punya produk viral , apakah ok dengan perbuatan gitu ? Di mana rasa tanggungjawab kita ? Bagus eh buat gitu ? Agama kita ajar buat gitu ?
Sebab tu aku respek jutawan yang benar benar jutawan. Mereka rileks jer. Dan pada masa yang sama, merek banyak buat kebaikkan .. yang nampak dan tidak ! Mendidik insan lain mengikut jejak mereka dengan cara yang betul... meniaga dengan ikhlas.. kerana Allah.
Kaya raya tu bagus... tapi janganlah dengan cara yang ..hurm.. korang pon tau kan ? Bijak berniaga bukanlah dengan 'melagakan' netizen..
12 comments
Alhamdulillah selesai memnaca..usaha tanpa putus asa...inshaAllah individu mpasti berjaya dalam apa juga bidang yang penting halal rezeki itu. Nasihat dan teguran membina ..
BalasPadamResipi, cerita dan info yang Nina tulis dalam blog pun satu perkongsian . Moga ianya memberi manfaat pada yang sudi baca. Manalah tau, kot itu lah pahala berpanjangan untuk Nina. Aamiin..
BalasPadamBetul Aben.. Kaya bukanlah tak penting, ada part dan masanya penting juga. Tapi biar kaya yang betul caranya. Biar berkat.
BalasPadamTerima kasih nasihat abg ben
BalasPadamnice sharing
BalasPadamgood info..
BalasPadamsetuju yang ni
BalasPadamya. marketing macam ni mmg menjadi, tapi tak sihat.
BalasPadambiarla kne dengan cara..
BalasPadamFuh, betul juga. Nanti tak berkat rezeki kita tu kan...
BalasPadamFuh, betul juga. Nanti tak berkat rezeki kita tu kan...
BalasPadamHurmmm memang tak sukalah cara ahli perniagaan kosmetik tu.
BalasPadam