Zahra buktikan, ' Aara Love Daddy !'. Buat daddy terharu sangat..

by - Ahad, Disember 24, 2017

Wife teringin nak makan durian. Aku pun, sebenarnya tapi menahan nafsu sebab harga durian di luar kemampuan aku ! Kalau mampu beli pun , durian kampung. Yang bergred tinggi ni , mampu telan air liur jer la. Apa nak buat , kan ? Gara gara nak eksport sangat ke luar negara.. dalam negara mampu tengok. Yang berduit je laaa mampu banyak banyak ! 

Tak kisah la.. rezeki masing masing.. Akhirnya malam tadi , aku ajak wife ke KIPMALL nun di Sepang. Dengarnya kat belakang tu murah murah duriannya. Entah ye entah tidak ! Aku pandu kereta, wife turun gi beli. Anak anak tidur dalam kereta. 

Di KiPMall.. gi beli.. 15 minit kemudian , dia kembali. Durian kecik jer. Huhuh.. Dia kata sekilo RM15. Kat Taman Warisan Putrajaya , murah lagi katanya.. Tak pe, nanti je gi. Yang kat tangan , balik ni makan.. 

Di rumah... 3 bijik dah dikopek dek penjual. Memang wife suruh. Aku pun malas nak kopek buah durian. Mengantuk. Heeehehee... Dalam 3 bijik tu, sebijik je la buahnya sedap. Tapi tak la sesedap D24 atau yang setaranya.. Namun aku bersyukur.. dapat gak rasa.. 

Aku bagi kat Aariz rasa. Hahahaha.. Terus nak muntah dia ! Zahra pun gitu... Dia rasa hujung hujung lidah..Aku paksa Zahra makan. Qhaliff tidur dah. Zahra dan Aariz kembali terjada sejurus tiba di rumah.. 


Aku paksa Zahra makan. Dia tak nak. Berkali kali aku paksa. Dia tak nak berkali kali gak. Ok laaa.. aku tak nak paksa dah. Tetiba teringat satu menda ! Hehehehe.. Ok , aku nak try yang ni. Apakah benar dia sayangkan daddy dia ?

" Aara... Aara love daddy kan ? ". Tanya aku.

" Aah.. Aara love daddy.. Aara love ibu.. Aara love Aariz.. Aara love abang.. ". Katanya.

" Ok... kalau Aara love daddy , makan ni. !! Haa... ". Arah aku !

Dia serba salah.. Aku ulang sekali lagi soalan. Dan dia datang dekat aku. Nganga mulut. Aku letak skit..yang berlemak punya.

" Hurmm.. sedap ! ". Dia mintak lagi... dan lagi.. dan lagi ! Sayangnya durian dah abis ! Hahahah.. Dan dia dah mula syok !

Esok kena beli lagi ! Hahahaha. Terharu aku bila dia sanggup makan untuk buktikan dia Love Daddy!

You May Also Like

11 comments

  1. Alolo... sweet la Zahra ni kat Daddy...banyaknya cerita Durian ni.. Haish.. silap2 jangkit jap lagi ni.

    BalasPadam
  2. Hahaha so sweet zahra, pandai dia taknak kecewakan daddy dia.

    BalasPadam
  3. Sweetnya Aara.. kecik2 dah pandai jaga hati. Love u too Aara

    BalasPadam
  4. Awhhh...sweetnye ara. Dah jadibhantu durian macam daddy dia daahhh..haha

    BalasPadam
  5. Alahai..comel yer Aara.. Best plak ada gegurl ni dalam family. Sweet jer rasa.

    BalasPadam
  6. so sweet. anak ayah ye? hihhihi.. gitulah, ina pon cmni. Bila kita rapat dengan anak.. sanggup tau anak2 ni

    BalasPadam
  7. alahai zahra..pandai amik hati dadddy

    BalasPadam