Qhaliff makin petah berbicara kerana Tadika Arina di Putrajaya.
Sekejap masa berlalu. Tau tau dah 5 tahun. Sapa sangka kan ? Keputusan menghantar Qhaliff ke Tadika Arina, awal tahun lalu dah menampakkan hasil. Pada awalnya , aku rasa macam Qhaliff tak boleh nak bersaing jer dengan pelajar lain. Maklumlah , manja terlebih di tambah lagi dengan asyik memonteng jer. Hehehehe.. Main lebihh !
12 bulan berlalu... Dalam minggu ni saja , aku kena 'sebat' ngan dia berkali kali. Tutur kata dia semakin lancar. Dah pandai susun ayat dan memberi alasan munasabah ! Terkedu kadang kadang bila dia menjawab tu..
Ada sekali tu...
" Qhaliff nak bawak shampoo tu gi tadika ke ? Nanti hilang ? Haaa.. Kang orang guna.. haa ? ". Soal aku.
Dia jawab dengan selamba.. " Daddy tulis la nama Qhaliff kat situ. Takda la orang nak amik.. haaa..".
Serius.. terkedu terus aku ! Tak sangka dia leh bagi jawapan gitu. Aku terlupa lak bab tulis nama tu. Hahahaha..
Di rumah , dia tak tunjuk sangat kemampuan dia dengan aku. Tapi dengan mak dia , ok jer. Ngan aku , bila dia nak apa apa.. dia buat baik... bodek kaw kaw punyaa ! Suruh la buat apa pun , dia sanggup. Pastu tetiba rajin bertanya..
Ujian peperiksaan dia , bagi aku.. ok jer. Dia bukanlah jenis belajar di rumah sangat. Asal suh belajar, masa tu gak la mengantuk. Hahahaa.. . Bukanlah duduk di tangga Top 10 tapi aku tak kisah. Bapak dia pun bukanlah pelajar cemerlang di sekolah namun dengan ilmu yang diperolehi , dia (bapak dia ) berjaya manfaatkan untuk membantu insan lain.. Tu yang penting , kan ?
Yang penting , belajar di tadika mahupun sekolah nanti , mereka diterapkan nilai nilai murni dan sahsiah diri yang terpuji seterusnya menjadi anak yang soleh dan rakyat yang berguna pada negaranya.
Memilih kedai nak gunting rambut
Tahun depan, dia di sana untuk setahun lagi. Kali ni di kelas Advanced. Aku rasa untuk tahun ni dia kena bekerja keras terutamanya dalam Matematik. Dia ni aku nampak la kan , lebih pada praktikal dari teori. Hehehe.. ikut bapak kot ? Tapi aku suka membaca terutama novel cinta cerita cerita agama dan fiksyen. Aku nak dia banyakkan membaca gak sebab nak turunkan blog ni pada dia.. Heee..
Oh ya.. bagi mereka yang berada di sekitar Putrajaya dan tercari tadika untuk anak mereka yang berusia 5 dan 6 tahun.. leh la cuba Tadika Arina ni atau hubungi saja nombor , 016-313 2183 untuk pertanyaan.
6 comments
mana tak jatuh kuah kalau bukan dekat dengan nasi .. hahaha.. ok la tu pandai qhaliff ni. bijakkk...
BalasPadamLittle boy pun baya qhaliff juga... selalu ponteng juga.. markah ? so so je.. tkpe la... bg dia enjoy dlu tknk tekankan sangat. nti streess...
ala comelnyeee
BalasPadamBergaya Qhaliff ni walaupun baru tadika dan 5 tahun. Bakal pewaris blog Aben memang kena sama cam Aben. Hahaha..
BalasPadamso comel..bila anak lelaki dah boleh potong rambut kat kedai..
BalasPadamtadika arina ni ada buka branch di p18 kan. mmg tengah carik taska utk anak. tq sgt en ben review tadika ni..
BalasPadamBijak Qhaliff.
BalasPadam