Hentikan operasi selepas jam 12 malam ? Apa pendapat korang ?

by - Sabtu, Disember 30, 2017

Keratan dari Sinar Harian bertarikh 30.12.2017

Ke New Zealand , beberapa bulan lepas.. selepas jam 12 malam , memang mati ! Bandar Auckland masih hidup tapi hanya untuk mereka yang kaki bersosial tengah malam.  Pelancong yang macam aku ni , memang keras la kat sana , selepas jam 8 malam ! Kena duduk je la kat dalam bilik. Huhu.. Nak amik angin malam ? Hurmm..  Ke Perth pon gitu gak.. sama.  

Tapi Korea dan Jepun , malam malam.. heaven ! Hahahaha... Hidup wooo  ! Meriah ! Tapi di bandar utama je la. Bandar bandar kecil aku tak ingat lak... Tapi yang pastinya , bagi rakyat yang macam aku ni.. siangnya kerja malamya teringin nak release tension , pastinya akan tercari tempat minum seperti Starbuck , atau paling tidak pun restoran segera. Kalau takda semua ni , memang bosan ! 

Bila di luar negara , malam takda aktiviti terus rindukan Malaysia ! Paling tidak pun , nak la ke kedai makan dan pekena sepinggan dua mee goreng atau keow teow goreng ! Hahaha.. Tak bagus untuk kesihatan ? Dah tu.... stress di sebelah pagi dan malam abiskan masa dengan tidur , best eh ? Dari Isnin sampai Jumaat, hanya kerja.. kerja.. kerja ! Adusss.. stressnya ! 

Kalau nak buat... aku cadangkan tutup kelab malam dan pub tu ! Tu penyumbang pada masalah sebenarnya ! Ada tak dengar cerita lelaki kekenyangan makan nasi kandar langgar pejalan kaki ? Takda kan ??? Lelaki mabuk langgar orang , ada tak ? Haaaa...

Kalau kerajaan nak fokus pada kesihatan... tuuuu , rokok , makanan segera tuuu.. bersepahhhh ada tuu.. kasi tahan je la ! Jangan bawak masuk ! Alang alang nak kasi rakyat sihat kan ? Paling tidak pun , benarkan je operasi sehingga 2 pagi. 

Masalah jenayah selesai ke kalau 'offline' tepat jam 12 malam ? Tu yang duit Felda hilang beratus juta tu punca dari restoran 24 jam ke ?  Huhhh...

You May Also Like

4 comments

  1. Entri ni buat kita berfikir ..semoga ada pihak lain membaca paparan ini

    BalasPadam
  2. Hentikan pun tak guna jugak kalau gejala sosial dan rasuah tetap berleluasa.

    BalasPadam
  3. Boring gila kalau tak ada tempat lepak after 12am. Kalau tak makan pun, lepak minum. Kalau part kelab malam tu setuju laa sangat kalau nak ditutup. Kalau restoren jangan. Wehehe..

    BalasPadam