Pendapatan sebulan RM200 , anak berhenti sekolah. Suami penagih dadah !
Terkedu aku mendengarnya. Aku yang ikut team Lembaga Zakat Selangor semalam , mendapat satu pengalaman yang membuka mata aku. Di kala kita mengadu tak cukup duit , rupa-rupanya masih banyak lagi insan insan di muka bumi Malaysia ini , kais pagi.. entah bilanya dapat makan !
Bila dengar si pemohon bercerita mengenai masalahnya , aku rasa macam.. hurm.. betapa nikmatnya kehidupan yang aku miliki sekarang. Nak makan , tak yah pening kepala. Anak anak terurus. Keluarga terjaga. Hurmm...
Aku nak berkongsi apa yang aku dengar tu dengan korang tapi rasa cam... tak pe la. Bukan apa, takut jadi kes mengaibkan lak. Cuma apa yang boleh aku kata ialah , elakkan la dari DADAH ! Bila ketua keluarga dah menagih dadah.. keluarga pasti mengalami kehancuran. Kena lak anak anak masih kecil. Kalau si isteri tu kuat semangat , inshaAllah boleh diselamatkan lagi.
Si anak.. yang berhenti sekolah terpaksa bekerja untuk mencari nafkah buat dirinya dan keluarga. Yuran persekolahan, tak mampu dibayar. Belanja harian.. buku lagi. Pihak Lembaga Zakat Selangor meminta anaknya kembali ke sekolah tahun depan. Dan mereka akan berusaha mendapatkan bantuan sepenuhnya untuk si anak jika mereka benar benar layak. Ini termasuk juga bantuan sewa rumah ! Nah , sapa kata Lembaga Zakat Selangor tak buat kerja ?
Di dalam kereta , aku tanya soalan bodoh pada pegawai Lembaga Zakat Selangor tu..
" Tuan , gaji tuan berapa sebulan ? ". Ternganga dia ! Hahahaha.. Boleh aku tanya pasal gaji dia ? Hahaha.. Kenapa aku tanya ? Sebabnya... tanggungjawab yang dipikulnya sangatlah berat. Kalau jenis dalam hati ada taman cam aku ni , aku rasa bercucuran airmata dah dengar rintihan insan insan lain ni.. Tabik spring la kat diorang ni !
Selepas hantar aku kembali ke pejabat LZS cawangan Bandar Baru Bangi , dia nak ke Kajang lak. Nak serahkan duit bantuan pada pemohon yang dah layak. Fuh, aku satu rumah je pon dah penat. Diaorang dalam satu hari , bukan saja kena gi rumah asnaf tapi turut sama membantu.. cam kes ni , pegawai zakat menawarkan pertolongan untuk mencari rumah sewa yang lain.
Satu rumah.. sejuta cerita nak diceritakan ! Ini baru satu rumah. Katanya ada rumah sampai nak masuk , kena pakai kasut ! Terlalu kotor katanya.. tu pun tuan rumah yang suruh pakai ketika datang melawat.. Huhuhu..
Sebab tu la.. kita kena bayar zakat. Bukan zakat fitrah tu saja yer! Zakat harta tuu! Kasi bersih harta tu..
16 comments
Sebab dadah, keluarga hancur. Sedihnya!
BalasPadamBetul tuuu... Kdg fikir begitu juga.. Bila mana gaji hanya cukup mkn.. Sebaliknya kita harus bersyukur sebab tidak pernah pun kita tidak mkn atau tidak cukup mkn... Seperti org lain yg lagi susah hidupnya.. Thanks atas perkongsian cerita ini.
BalasPadamisteri yang jd mangsa..kesiannn
BalasPadamKita rasa susah..ada org lagi susah.huhuhu...kakdy xleh ikut gi dgr masalah keluarga gini...terganggu emosi sendiri berminggu2 nanti....huhuhu. Sedih
BalasPadamBersyukur apa yg ada walau penuh kesederhaaan. Ramai lagi yang susah... Huhuu
BalasPadamKesian.. Nauzubillah dari dadah. Semoga staff LZS terus tabah menjalankan amanah.. Salute!
BalasPadamaduii.. insaf terus...
BalasPadamsedihnyaa dgr.. hmmm.. kerana dadah... sian anak2..
BalasPadamPeluang ada, tulang 4kerat ada. Kita juga kena berusaha improve hidup selain dpt bantuan. Bknnya hrp bantuan saja. Tgk bangsa cina hidup ssh pun, ada yg buat sampai 3 keja sehari. Ada zakat? Tak ada. Jgnla duduk umh dok beranak saja. Sudah tahu tak mampu, cr jln rancang keluarga. Sy ckp ni pun sbb terjd dpn mata.
BalasPadamDia ada terima tempahan buat kuih. Mungkin belum nampak jalan lagi. InshaAllah, Zakat boleh membantu dia.
Padamtiada kata-kata terucap...moga kita semua terus dimurahkan rezki amin
BalasPadamanak dan isteri jadi mangsa... suami syok hisap dadah je
BalasPadamhuhuhu... baca pun sedih. terima kasih Aben mengingatkan. Semoga mereka kuat semangat dan mempunyai masa depan yang cerah.
BalasPadamDoa kita mampu titipkan buat mereka agar ada jalan perubahan ke arah lebih baik.
BalasPadamKesiannya, moga kehidupan dia lebih baik dengan adanya bantuan zakat.
BalasPadamSiapa yang nak hidup susah. Hanya yang telah melaluinya yang faham tentang keperitan hidup. Nasib baik ada zakat. #penerimazakat
BalasPadam