BEN ASHAARI



Beberapa hari lagi jer ! Satu lagi angan angan aku , jadi kenyataan. InshaAllah. Sebelum ni , aku cuma mampu memandang je iklan melancong ke Jepun di musim luruh atau autmn. Orang kata nak dapat trip musim luruh ni , memang payah.. lebih lagi ke Jepun ! Hurmm.... ini rezeki namanya.

Destinasi aku nanti ialah ke Tokyo dan Fukushima. Haaaa , pernah dengar kan pasal Fukushima ? Hehehehe... Yer, dah bertahun pun berlalu. Tapi masih ada yang takut nak pergi. Radiasi katanya. Hurmm... Tapi pihak berkuasa di sana dah pun bagi 'green light'. Clear dari pencemaran radiasi. InshaAllah. Apa apa pun , tunggu je la 6hb ni yer.

Adakah aku bakal menikmati keindahan musim autumn seperti di dalam gambar yang aku google ni ?

Satu lagi lipatan sejarah buat aku.. Kenapa ? Sebabnya aku ke sana dengan Japan Airlines. Sebuah syarikat penerbangan yang kita tau , memang terkenal dan berprestij. 
Dan yang paling menariknya , aku ditawarkan menikmati business class masa pergi dan premium class semasa pulang ! Wowwwww ! Terkedu aku. Pastinya ini satu pengalaman yang cukup lumayan buat aku nanti ! Dalam email aku tu , bertulis begini.. heee..

" We'll be flying to Narita & return on our latest/newest aircraft 787-9 Dreamliner in comfort on Business & Premium Class. "

Tak sabar nak tau camana bestnya dalam kapal nanti , aku check di page Japan Airlines. 

Business Class 

Premium Economy Class 

Ok.... aku tak nak sembang kencang dulu. Semua ni baru atas kertas. Tunggu je la harinya.Baru boleh cerita bestnya kapal baru mereka iaitu Boeing 787-9 Dreamliner ni nanti. Seminggu aku di Jepun. Dan di sana aku akan duduk di beberapa buah hotel. Aku cuma perlu bawa duit untuk shopping jer.... heee.. nak cari beberapa barang kat sana nanti ! Oh ya , best part ni.. luggage aku , 60kg kauuu ! Hahahaha.. leh bawak Aariz dalam tu. Hee.. Gurau. 

InshaAllah , aku buat video nanti.. heeee... Ada pocket wifi. Maka bolehlah berhubungan terus dengan korang melalui Facebook , Instagram aku . Dan jika berkesempatan , buat live update dari sana terus. InshaAllah. Baru feel gitu kan ! Heeee.. Ada wifi dan leh layan movie dengan puasnya gitu ! Heee...


Bagi yang nak ke Jepun dengan keselesaan memandangkan flight makan masa berjam lamanya , boleh la guna Japan Airlines. Alang alang nak bercuti , biar puashati kan ! 

Web : www.my.jal.com
Facebook : www.facebook.com/japanairlines.asia

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments
Menguap ! Aku dah mula rasa yang Gegar Vaganza ni macam dah sampai penghujung dah. Seolah -olah pasni leh buat dah Gegar Warga Emas jer. Hehehee.. Permulaan yang macam entah apa apa. Terlalu banyak 'drama' dan 'skrip' entah apa apa. Artis yang masuk kali ni pun , nampak macam.. hurmm... nasib baik ada muka muka juara atau legend seperti Aishah. Hazami , Liza Hanim , Firman antara yang aku rasa bakal memberikan persaingan yang hebat buat Aishah... tu pun jika Aishah terus bagus seperti konsert pertama ni.

Aqasha , Ferhad dan yang lain lain tu , masih belum teruji lagi... 


Konsert ke 2 nanti , lagu lagu memang gempak la. Itu daya penarik sebenarnya agar penonton akan menunggu konsert ke 2 nanti. Kalau tak disebabkan lagu lagu lejen tu , aku rasa aku tak teruja nak tonton konsert ke 2 nanti. Tapi bagi aku , lagu lagu tu masih belum menguji para artis GV4 ni sebab nampak macam makanan diorang jer.

Sapa aku sokong kali ni ? Hurmm... Aku pilih Aishah. Sori Syura.. walaupun awak cun , saya terpaksa pilih Aishah.. Hehehehe.. Jangan risau.. pasni awak akan dapat banyak tawaran berlakon. Heheheh..

Permulaan yang lembab tapi penutup yang best... artis artis best banyak muncul hujung hujung... heee...

Oh yaa.. Dan kalau boleh.. walaupun 'si dia' penaja premium ... bagi aku kena 'sedar diri' la skit. Tak perlu 'macam-macam' perangai sebab Gegar Vaganza ditonton oleh penonton luar negara juga. Tunjuk skit la sikap kematangan seiring dengan pangkat serta title yang ada tu.. kan jutawan kan... so chill je la.  Syarikat lain taja gak kan ? Rileks sudah.
Sedikit teguran buat Nabil dan Dato Ramli... kena jaga sedikit bahasa dan gaya.. Nabil tu , bab kentut.. ada budak kecil tonton juga yer.. Lawak tu ok jer tapi jangan keterlaluan. 
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Terletak di dalam Kompleks Taman Warisan Pertanian Putrajaya dan berdekatan dengan Alamanda Putrajaya , tempat ni memang sesuai sangat untuk mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan yang santai dan selesa. Berkonsepkan warisan dan kasik decor Melayu dengan ruang yang terbuka dan nyaman , mampu menampung sehingga 280 - 500 tetamu dalam satu satu masa. 
Menarik bagi aku. Boleh buat dua sessi. Majlis makan tengahari dari jam 11 pagi hingga 3.30 petang dan Majlis Makan Malam dari jam 6 petang hingga 11.30 malam.
Pastu boleh buat sesi fotografi percuma di dalam dusun. Wowww ! Rare gituu.. 




Makanan ? Hee.. disediakan secara bufet dan juga hidang khas untuk VVIP gitu...  Dan sedap la. Sapa tak tau kan , FeldaDSaji punya ! Dah terbukti memang tetamu akan pulang kekenyangan dan puashati punya. Aku dah rasa dah.. memang bertambah la. Heee...
Antara pilihan pakej buffet..


Fasiliti yang disediakan ialah meja hi tea , parking percuma , surau , bilik menunggu , PA sistem , basic pelamin , 2 meja khas vip , kek perkahwinan 3 tingkat ( dummy ) , 2 set kaunter buffet , karpet merah , meja hadiah dan skriting dan meja doorgift serta skirting. 
Harga , tidak termasuk GST 6% yer. Berminat ?  Sila hubungi FELDADSAJI di 03-26988302 atau layari www.feldadsaji.com.my 
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Ada kawan mesej aku... 
" Ben , kat Putrajaya apa yang best ? ". Aduh... tergaru garu kepala aku. Bila ditanya spontan gini , memang aku blur ! Walaupun boleh dikatakan Putrajaya ni dalam tangan aku ( ecehhh ), tapi bila 'diperlukan' , aku tak tau ke mana  nak pergi.. apa nak buat !

" Alaa.. ko google je . Confirm jumpa macam macam punya la.. Ramai dah blogger tulis pasal Putrajaya ni selain dari Masjid Putra dan Masjid Besi tu... ". Jawapan aku. Walhal nak je bercerita kat dia mengenai tempat tempat menarik tapi disebabkan ketika tu aku sendiri pun tengah sibuk , maka itulah jawapan paling ringkas dari aku. Nasib baik la ramai blogger ada tulis mengenai Putrajaya ni. Kalau tak , jenuh gak la nak mencari info selain nak kena godek Facebook. Kawan aku ni lak , jenis tau asas je pasal Facebook. Disuruhnya cari , confirm blur punya !

Nak dijadikan cerita... hari ni baru aku tau bahawa , lokasi aku bercinta satu tika dulu ini , tempatnya sangat menarik ! Aku pernah dengar macam macam mengenainya tapi tak teringin langsung nak jelajah ! Apa giler nak tengok pokok buah buahan ! Kat kampung ayah aku pun ada. Dia ada dusun buah buahan kot ! Huhuh..

Tapi segalanya berubah bila aku dan rakan rakan blogger #KBBA9 'mengembara sambil belajar' di dalam Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Dan ianya satu 'pengembaraan' yang sangat menyeronokkan.  Ditambah dengan kakitangan Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni , sangatlah peramah dan membantu terutama dalam menjawab semua soalan soalan yang ditanya.. maka aktiviti di sini , menjadi lebih terisi dan berbaloi.. walaupun cuaca agak terik.

Nak ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni tak susah pun kalau memandu kenderaan sendiri. Waze jer, pasti jumpa !  Terletak di Presint 16 dan berdepan dengan sekolah , ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta percuma , tandas , surau yang selesa dan tempat makan yang pelbagai jenis pilihan makanannya ! 








Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni dibuka setiap hari , dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Tiket , murah jer ! Bagi pemegang Mykad , RM8.50 dan kanak kanak cuma RM6.50 . Jika takda Mykad , harga lain yer.. RM13.50 untuk dewasa dan kanak kanak , RM9.50. Kalau nak buggy , RM25 untuk satu trip.

Seronok ! 



Ada orang tanya.. Ada ke orang nak masuk bayar tiket untuk tengok pokok rambutan , durian , petai dan sebagainya ??? Fuh.. jangan dik , jangan ! Zaman ni , anak anak kita atau ada antara kita pon belum tau bezakan mana satu halia , mana satu kunyit tauuu ( sambil tengok cermin ) ! Maka , dengan adanya taman pertanian begini , ianya memberi satu harapan pada anak bangsa kita... jangan sesekali tak kenal buah buahan tempatan ! 

Di sini ada banyak pokok buah buahan... antaranya rambutan , durian , langsat , cempedak , nanas , ciku ,manggis,pisang,mangga dan banyak lagi ! Dijaga rapi sungguh taman pertanian ni. Jujur aku kata , satu nyamuk pon aku tak perasan ketika di sini ! Kalau ada , aku dah awal awal lagi pakai pelindung ! Hehehe.. 

Tea Tree Oil Magic Body Lotion dari Cosmoderm , dipakai jika aku masuk ke hutan untuk elakkan dari digigit serangga terutamanya nyamuk dan pacat. 

Bila tengok dusun di sini , terus teringat dusun arwah ayah di Balik Pulau , Pulau Pinang. Kali terakhir aku masuk , masa aku kanak kanak dulu. Memang best sangat ! Walaupun dihurung nyamuk ketika tu , keseronokan mengutip buah buahan seperti langsat , rambutan memang terasa sangat ! Zaman ni , anak anak kita tak rasa dah semua tu. Melainkan ayah atau tok mereka masih punya dusun buah buahan. Bagi yang tak da , kat mana nak merasa semua tu ??? 

Sebab tu Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni diwujudkan.. kalau tau , anak kita tengok video di Youtube je la jawabnya.. 


Secara jujurnya.. aku di sini pun banyak kenal dan merasa sendiri buah buahan yang selama ni sekadar dengar nama tapi tak kenal pun asal usulnya ! Huhuhuh.. Cam asam gelugor. Haa.. selama ni kenal asam keping jer ! Tak tau berasal dari asam gelugor ! Huhuuh.. Pastu koko.. baru tau tang mana yang dijadikan 'milo' tu ! Hahahahha.. 






Ok... Selain aktiviti mengenal buah , ada banyak lagi aktiviti yang mampu membuatkan kita tersenyum dan gelak. Antaranya menangkap ikan keli di 'sawah padi'. Hehehehe.. Kat sini pun ada sawah padi yer.. Jangan tak tauuuu .. 

Dinasihatkan , kalau nak ke sini , jangan pakai macam nak gi shopping mall ! Kalau tak , menyesal punya ! Seronok tengok diorang tangkap ikan keli. Hahaha.. Aku seronok makan ikan keli je.. Ikan kegemaran aku nih.





Ok. aktiviti diteruskan di 'ladang getah'. Nak tengok camana getah dihasilkan. Bagi anak anak kita, mereka mungkin tak tau... maka aktiviti ni sangatlah bagus. Aku rasa , ada 'orang tua' pon tak tau camana penghasilan getah bermula. Huhuhu.. 

Di sini, syok. Kalau ada banyak persoalan , tanya jer. Jangan malu malu. Rugi wooo ! Terutama bab  Pemprosesan Susu Getah ni.. Getah ni antara penyumbang terbesar pada ekonomi negara kita pada satu tika dulu. Demontrasi menoreh getah ditunjukkan di sini. Kemudian alatan alatan serta cara turut didemokan agar pengunjung memahami sepenuhnya peranan penoreh getah di negara kita. 





Selesai yang ni. tetamu semua dijamu dengan makan buah buahan tempatan yang menyelerakan dan sangat sedap ! Yang makan ni terkandung dalam pakej yer. Kalau tak amik pakej , takda makan. Makan je makanan yang dibawak dari rumah atau restoran mamak berdekatan.. 

Layan buahan tempatan. Terbaik !


Ok.. ni part paling best ! Dah lama tertanya pada diri sendiri... Madu Kelulut. Aktiviti terakhir pada trip kali ini.. Tengok camana 'menternak' kelulut ni dan kenal madu kelulut ni.  Satu pengetahuan yang sangat bagus buat aku dan rakan rakan. Bagaimana nak kenal madu kelulut serta kelebihannya. Camana dihasilkan serta camana nak tau tiruan atau yang original ! Haaa... memang best laa ! 

Dan masing masing dapat rasa madu segar 'dari ladang' ! Heeee..




Segar dari ladang ! Rasa madu ni bergantung apa yang dimakan oleh penghasilnya. Boleh beli di sini. Original tanpa rasa was was ! Heee..

Penutup , kami semua bergambar di satu lokasi yang menampakkan seluruh sebahagian daripada Putrajaya yang indah. Satu trip yang berbaloi dan bermanfaat. Cuaca yang panas terik , tidak mematahkan semangat kami semua untuk mendapatkan pengalaman berharga mengenai keindahan ciptaan Allah SWT. Alhamdulillah... 



Main boling kelapa. 

Jualan buah buahan

Maklumat tambahan : Jika nak buat trip , pakej makan pagi hingga tengahari juga ada. Harga mengikut pakej dan permintaan. Dan sangat sesuai untuk murid murid sekolah. Cikgu cikgu , sila buat trip ke sini yer. Dan jika anda seorang agen travel, sila bawa pelancong ke sini.. Mesti diorang suka punya laaa ! Ada juga permainan tradisional bagi memastikan setiap pengunjung akan balik dalam keadaan gembira.







Amacam ? Best ? Tak sangka kan di Putrajaya ada taman sebegini kan ? Haaa.. Sebenarnya ada banyak lagi tarikan di Putrajaya ni. InshaAllah , aku akan berkongsi lagi dengan korang pada satu masa nanti yer.. 

Sila manfaatkan taman ini sebelum 'kehilangannya'. Sapa tau kan ? Macam macam boleh terjadi di Malaysia sekarang ni.. heeee..

Untuk maklumat lanjut , boleh ke :
Facebook Putrajaya Floria
Instagram : @Putrajayafloria
Telefon  : 03-888 2722 / 889 31967
Email : info@putrajayafloria.my / info@tamanwarisan.my


Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (35)
    • ►  Mei 2025 (3)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ▼  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ▼  Oktober 2017 (49)
      • Tak sabar dah nak ke Jepun dengan JAPAN AIRLINES !
      • Gegar Vaganza 4 : Permulaan yang lembab tapi..
      • Pakej Perkahwinan di Laman Warisan Putrajaya 2017
      • Menarik di Putrajaya : Taman Warisan Pertanian Put...
      • Anda peniaga ? Jangan buat pelanggan anda begitu !
      • Ada ke Pajeri Rambutan ? Ben tipu je ni ???
      • Jangan bawak anak bila tonton THOR RAGNAROK di paw...
      • Tahniah Sinar Pagi !
      • Rawatan Sonotron jika anak kecil selsema dan berka...
      • Bajet 2018 : Naikkan harga rokok , bukan jalan pen...
      • Bila si kecil demam..
      • Ke'stress'an di pagi hari ! Jika berlaku kemalanga...
      • Isnin datang lagi ! Arghhh, stressnya aku bila ter...
      • Aku takut nak beli barang secara online kerana...
      • Bila sahabat dikasihi pergi untuk selama-lamanya..
      • 'Kotornya' dunia ni !
      • Langkah bijak menyewakan rumah sebagai pendapatan ...
      • Petrol naik lagi ?
      • Nasib baik bawak Gaba Cafe ke New Zealand !
      • Scott's Malaysia bawa program ‘Bright Little Explo...
      • Kepenatan terlampau...
      • Meriahnya Sambutan Ulangtahun Pertama MBH Medispa ...
      • MBH HairCare , bukan sekadar merawat rambut...
      • Nasib baik aku pakai Tea Tree Magic Body Lotion ! ...
      • Orang lelaki kena jaga muka eh ?
      • Royal Belum Rainforest Resort, Pulau Banding untuk...
      • Menariknya Tasik Raban , Lenggong di Perak
      • Menjelajah Hutan Royal Belum , Pulau Banding di Pe...
      • Rama- rama dah bagi petanda pada aku sebelum jatuh ?
      • Gementar nak ke JAPAN AIRLINES !
      • Apa novelis terkenal , Anis Ayuni buat di sekolah ...
      • Lunch dan dinner sedap di Restoran Cheese Banjir ,...
      • 23 tahun aku meninggalkannya. Rupanya di sini nove...
      • Segalanya kerana SISTEM !
      • Minta prhihatin sikit wahai mak bapak dan guru-guru..
      • Cikgu dan anak murid kesayangan..
      • Aku terpaksa berhenti kerja demi..
      • Baru nak 'recover' !
      • Satu lagi penghormatan buat aku , sebagai blogger !
      • Teruk sangat ke Malaysia ni asyik dibandingkan den...
      • Belajar jadi pemandu berhemah di New Zealand...
      • Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zea...
      • Hargai sebuah kehidupan...
      • 'Jet lag' kah aku atau aku yang..
      • Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zea...
      • Pertama kali di New Zealand ! Ini nasihat aku buat...
      • Displinkan anak anak kita !
      • Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zea...
      • Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zea...
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes