Menariknya Tasik Raban , Lenggong di Perak - BEN ASHAARI

Menariknya Tasik Raban , Lenggong di Perak

Lenggong.. teringat seseorang bila sebut Lenggong ni. Kawan lama ketika aku bekerja dulu.. Tapi dah terputus hubungan. Dia amat bangga dengan Lenggong. Katanya cantik ! Aku tak pernah pon ke Lenggong. Hanya sekadar dengar namanya saja. Begitu juga dengan Tasik Raban. 
Kelmarin, selepas selesai 'tugas' di Royal Belum Rainforest Resort , aku dan rakan rakan ke Tasik Raban. Tujuan ke sana adalah untuk ke Riverine Nature Camp. Menurut rakan blogger #KBBA9, Jean Gallyot.. Tasik Raban wajib dikunjungi kalau berada area Lenggong ni. Dan kena gi berkelah atau berkhemah di Riverine Nature Camp ! Tak kira la bersama kawan atau keluarga, berkhemah di situ menjanjikan keseronokkan disamping akan belajar mengenai keindahan alam semulajadi. Nak trekking ke.. nak gi ke gua ke.. boleh je ! 

Ok... Aku tak sempat nak jelajah Tasik Raban sebab kesuntukan masa. Tapi Alhamdulillah , cuaca boleh tahan la... mendung dan aku dapat lihat Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa yang berada di kiri dan kanan aku. 
Cantik sangat ! Rasanya kalau cuaca cerah , pasti kelihatan lebih cantik kawasan ni. 




Jika korang kaki makan.. di sini ada restoran yang harganya memang berpatutan sungguh sambil menikmati permandangan indah dan cara hidangannya pon ala ala kampung gitu ! Setalam RM20 dan 4 orang boleh makan ! Haaa... Kitorang datang 5 orang.. amik dua dulang dan tersangatlah kenyangnyaa .  Pastu boleh pekena air detox untuk kasi stabilkan perut yang kekenyangan.. hehehe... 
Nasib baiklah aku dah janji dengan wife nak balik petang tu.. kalau tidak , mau berkhemah semalam di Riverine Nature Camp ! Hahahaha.. 
Gi la jela jelajah Lenggong ! Aku pasti korang akan terpesona dengan Lenggong ni. Jarak dari KL pon dalam 3 jam je perjalanan. Memang dekat jer. Best untuk aktiviti bersama rakan mahupun keluarga. InshaAllah , akan menjanjikan kenangan manis sebelum kembali ke pejabat.. hehehe.. Stress ingat kerja kan ? Hahaha.. manfaatkan cuti anda. Jangan abiskan masa dengan tidur jer ! 



2 ulasan:

  1. Sebut Lenggong, teringat pekasamnya yang popular. Pekasam Lenggong.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.