Anda peniaga ? Jangan buat pelanggan anda begitu !

Zaman ni , masing masing mengejar kekayaan. Sapa tak nak kaya kan ? Macam macam bisnes ada. Macam macam cara tersendiri. Ada yang jual kawan.. ada yang jual bangsa.. ada yang jual agama ! Tak kisah laaa... janji duit masuk dalam kantung. Yang penting , diri sendiri lepas. Orang lain ? Pandai pandai la usaha sendiri nak hidup ! 
Teringat aku dengan satu peristiwa yang berlaku pada aku satu tika dulu. Percaya kawan punya pasal. Kawan baik kononnya.. Hurm... Dan nak support kawan ! Kalau bukan kawan tolong kawan, sapa lagi kan ? Tapi aku terlupa gak.. kalau bukan kawan makan kawan , sapa lagi kan ? Hehehhe.. Terkena la gak aku ! Puas mengemis mintak duit sendiri. Sampai tahap nak bergaduh la... Yelah , aku masa tu.. gaji ciput jer. Nak kumpul sejumlah duit bukanlah mudah. Ikat perut !! Akhirnya , kawan sendiri telan kita. Apa nak buat , tunggu akhirat je la... 
Dan jika korang ada bisnes... maka janganlah jadi sekadar ahli perniagaan yang mengejar kekayaan pastu menunjuk pada dunia kekayaan anda tu walhal ada pelanggan anda yang sedang merana dek kerana cara anda meniaga tu ! Meniaga biarlah jujur.. dan kerana Allah. Dan janganlah jadikan kawan anda mangsa kepada bisnes korang tu... Sian kawan kita tu tau.. 
Meniaga tu bagus sangat.. tapi jangan sampai ada yang teraniaya. 
Biar untung skit... dari untung banyak tapi tak berkat ! 

2 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.