'Jet lag' kah aku atau aku yang..

by - Khamis, Oktober 05, 2017

Alhamdulillah... perancangan telah dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih buat Ikhlas Tours dan Cosmoderm kerana menunaikan impian kami berempat ! Tak sangka tapi sapa sangka kan ? Segalanya milik Allah. Kita mampu merancang dan DIA yang menentukan.
Sampai Malaysia jam 5 pagi dengan menaiki AIR ASIA X. Dulu orang kata kalau nak AIR ASIA X ni laa sempit.. tak best dan kena beli makanan dan macam macam lagi la ! Tak tau la dulu camana kan tapi aku yang dah rasa beberapa kali menaiki AIR ASIA X ke luar negara ni , rasanya ok jer.. Kena bersedia dari awal cam aku buat ni. 

Untuk layan movie. Pastikan download la dulu apa apa cerita menarik. Tapi aku rasa korang akan lena awal sebelum cerita abis pun.. cam aku ! Heeee...

Yesss.. ada bantal.. Tak sakit leher. Kalau sakit leher dan lenguh badan ? 
Sila gunakan Deep Heat Lotion dari Cosmoderm.
 Pastikan beli Pak Nasser's Nasi Lemak kalau lapar atas kapal.. hehehe..
AIR ASIA X.. Kalau bajet dalam tangan tu, ok la naik AAX . Kalau rasa dah banyak duit , gi je amik flight mewah... kan kan ? Tapi bagi aku , AIR ASIA X ok dah. Ramai je warga asing guna pon. Takda isu pon aku tengok. Meriah jer memasing.. kan kan?
Tapi masalah aku sekarang ialah.. sejak sampai dari New Zealand , aku tak henti henti mengantuk ! Semacam punya mengantuk. Masa driving pon tak boleh dah nak bukak mata ! Beberapa kali gak la nyaris nak terbabas.. huhuuh... Terpaksa berenti tepi dan lelapkan mata. 
Aku harap tak lama la masalah aku ni.. Apakah aku sedang alami jet lag akibat perubahan waktu ??

You May Also Like

5 comments

  1. kena pegi balik NZ utk hilangkan ngantuk tu...huhuhu

    BalasPadam
  2. fuhh, bahaya jugak jetlag tu, macam nak atasi jet lag ni? tak pernah alami..so xtahu

    BalasPadam
  3. Ada jugak kebaikan dan kelebihan Air Asia ni, selama ni naik domestic pun ok gak.

    BalasPadam