Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zealand : Ke MataMata

by - Ahad, Oktober 01, 2017

5.00 pagi terjaga. Sejuk. Perancangan seterusnya ialah ke MataMata dan Roturua. MataMata ni terkenal dengan set pengambaraan Lord Of The Rings.. antara filem kegemaraan aku. Aku buka pintu belakang.. Udara segar masuk ke ruang bilik. Hurmm... Lama sungguh aku tak hirup udara sesegar begini.

Terus capai handphone dan rekod segalanya..audio dan video untuk dijadikan kenangan terindah. Bunyi kicauan burung , menambahkan lagi keindahan di pagi hari. Tak sabar nak menerokai keindahan utara New Zealand.


 Sarapan.. siap ! Ready ? Ok... pagi ni , aku kena memandu. Giliran aku. Cuak ? Hahahah.. Tentulah.

Kat sini kena memandu ikut had laju. Kalau tak ? Haa... Sila utamakan pejalan kaki dan mereka yang berbasikal. Ini bukan Malaysia. Maka , sila berhati hati 200% ! Ini pertama kali aku memandu di luar negara. Seronok dan teruja sebenarnya tapi takut pun ada.. heee.. Ku cekalkan hati saja.

Jam 730 pagi... bergambar kenangan dulu..  Ok , jom ke MataMata dulu. Dari Auckland nak ke MataMata , cuma mengambil masa dalam 2 jam 30 minit gitu. Kereta Estima disediakan oleh Ikhlas Tours , dalam keadaan tip top !
Perjalanan ke MataMata memang menarik. Permandangan menghijau senantiasa menemani kami. Dengan ladang lembu serta kambing di kawasan yang amat luas , melambai lambai kami untuk bergambar dengannya tapi sayangnya tak boleh nak berhenti suka suka ! Kang kena saman , sapa nak bayar ??? Haaa.


Bagusnya kat sini kan... kalau nak memotong tu , diorang sabar jer. Tak sekali pun aku kena ' lampu tinggi ' kat sini walaupun aku memandu dengan perlahan. Haaa... bawak kereta orang , kena hati hati woo..

Ok..Dalam jam 940 pagi , kitorang sampai MataMata. Alhamdulillah.. sapa sangka kan ? Dengan sekadar bergelar ' blogger ' , aku dah jejakkan kaki ke beberapa tempat tarikan dunia perfileman .. sebelum ni Harry Potter dan hari ni , Lord Of The Rings ! 

Ok.. kalau korang bercadang nak ke sini , sila parking kereta korang bersebelahan dengan Pusat Penerangan Pelancongan di sini yer.. Hehehehe.. sebijik cam rumah Hobbit ! Dan di dalamnya ada jual macam macam cenderamata.. sediakan duitnya saja ! Aku ternampak sesuatu dan terus ingat pada Zahra.. dia gilerkan Moana ! Huhuhuh.. 



Ok... untuk ke Hobbiton Movie Set ni , ada dua cara.. satu memandu terus ke sana atau naik bas dari pusat penerangan tu jer. Bayaran dikenakan. NZD 75 seorang. Hehehehe.. Tak pe , sekali seumur hidup. Hahahaha.. Tutup mata je la.. 

Trip kitorang jam 11 pagi. Dan bas sampai 1045 pagi. Tepat masa ! Best best ! 


Dari pusat penerangan tu nak ke movie set tu amik dalam masa setengah jam , seingat aku. Tak jauh  pon dan perjalanan disulami dengan tontonan video pembikinan filem dan juga penegaran dari petugas pelancongan.  Terhibur la gak.. tak la boring. Dan pemandangan di kiri kanan , memang cantik. Entah berapa kali aku sebut cantik dalam entri ni.. Hahahah.. Memang cantik la ! 
Tiba di set... aku pendekkan cerita , memang cantik laa ! Apa yang ditonton di dalam filem . semua ada di sini. 



Travel Kit Cosmoderm ni , memang wajib dibawa ! 



Secara jujurnya , korang leh giler jap kat sini. Giler nak bergambar ! Hahahaha.. Ada je lokasi yang menjadi tarikan korang untuk bergambar. Nak letak banyak gambar dalam ni , kang korang keabisan data internet lak.. Hahahaha.. Korang tengok je la di Facebook aku dan juga Instagram eh.. hehehe..
3 jam trip ni. Dalam jam 2 petang , kitorang kembali ke MataMata.  

Perjalanan seterusnya ialah ke Rasa Sayang Villa Rotorua... sebuah rumah yang cukup cantik , milik orang Melayu yang berasal dari Negeri Sembilan.. yang menyediakan perkhidmatan AirBnb ! Nanti aku cerita dalam entri yang lain eh.. 

You May Also Like

5 comments

  1. bestnya....cantik view kat sana allahuakhbar

    BalasPadam
  2. Cantik giler tempatnya..opkos paa giler nak bergambar dah tempat sikit punya cantik..giler apa tanak hahahhahaa.

    BalasPadam
  3. Lecturer saya antara yang suka melancong dan berjalan di luar negara

    dia bagitau tips, antara tangkap gambar dan buat video lebih baik buat video kerana dengan video kita boleh ingat lokasi dan keadaan tempat yang kita lawati jika kita nak datang lagi kesitu pada masa akan datang...

    Terpulang, yang penting bateri kamera @ hp kena sentiasa ada...

    Kalau kong xde makna daaaa

    BalasPadam
  4. Serius memang cantik, teruja tengok.

    BalasPadam